Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam
secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong
Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.Kenderaan berkenaan dapat
melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan
tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan
selama kira-kira lima minit.Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia
kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar
palang itu diturunkan.Jayakumar memberitahu
Malaysiakini
bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek
Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung
akibat tindakan tersebut.Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang
anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen
Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Selain
membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan
tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat
tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".
Kumpulan
itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi
rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.
Hadir sama
di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang
turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling
mengarut dalam negara."
Katanya, jalan yang menghubungkan Klang
dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu
hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.
Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.