Lihatlah demokrasi di Malaysia.
Mengaku demokrasi, tetapi banyak betul halangannya - kebebasan bersuara, kebebasan menerbitkan akhbar dan kebebasan berhimpun secara aman.
Semalam, Mahkamah Sesyen baru saja menjatuhkan hukuman bersalah ke atas 14 orang aktivis anti ISA kerana berhimpun secara aman pada 1 Ogos 2009, bagi membantah akta “draconian” tersebut.
Nordin Mohamad, Hayati Abdul Samad, Salmah Ismail, Norlaila Othman, Nashita Mohd Noor, Rashini, Hasbullah Pit, Wan Muhamad Jazlan Razali, Mohd Petri Mohd Yassin, Syaza Muaz Shaharudin, Mohd Sukri Mohd Sirat, Mohamd Sukeri Muhammad, Mohd Sallehuddin Yusop, Zulsifli Kama Kutty, Mohd Fazlzy Mohd Ismail, dan Norazam Sakib dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM 2000 dan penjara sehari.
Inilah demokrasi ala Malaysia. Demokrasi yang hanya ada pada nama.
Pengkhianatan secara terbuka dilakukan oleh pemerintah hari ini terhadap janji perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj - untuk menjadikan Malaysia (Malaya ketika itu) sebagai sebuah negara demokrasi.
Debat BN-Pakatan
Sehingga
hari ini, perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak masih belum
menunjukkan keberanian apabila dicabar oleh ketua pembangkang, Datuk
Seri Anwar Ibrahim untuk berdebat.Entah apa yang ditakutkan, tiada siapa yang tahu. Sebagai seorang pemimpin negara, seluruh jentera kerajaan berada di belakang Najib.
Dengan mudah arahan boleh diberi kepada badanpemikir atau “think-thank” dan institusi akademik untuk menyediakan fakta-fakta bagi Najib berhadapan dengan Anwar.
Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak awal lagi menolak idea debat antara Najib-Anwar ini. Beliau konsisten menyatakan debat antara Najib dan Anwar adalah embuang masa.
Mengenali Dr Mahathir, bukanlah satu “nilai berita” jika beliau menolak idea debat secara terbuka ini.
Pada zaman pemerintahan Dr Mahathir, kerajaan tidak mesra dengan program-program seperti ini. Malahan zaman pemerintahan beliau adalah zaman gelap untuk demokrasi di Malaysia.
Cina lebih berani?
Minggu lalu berlaku perdebatan di antara presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng.Yang mengecewakan adalah debat ini tidak dijalankan dalam bahasa kebangsaan yang boleh difahami oleh masyarakat Malaysia yang bukan Cina.
Pujian harus diberikan kepada Chua dan Lim kerana berani untuk berdebat secara terbuka.
Umno penakut?
Setiausaha
Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan berdolak dalik. Pada mulanya beliau
mengatakan bahawa Umno dan BN bersedia untuk berdebat dengan sesiapa
sahaja.
Apabila
kenyataan beliau dianggap sebagai Najib menyahut cabaran Anwar, beliau
mengubah pula kenyataannya dan berkata Najib tidak perlu berdebat dengan
Anwar.Persepsi umum pada hari ini adalah presiden Umno kecut untuk berdebat dengan ketua pembangkang.
Tidak benar jika berhujah secara dangkal dengan mengatakan rakyat Malaysia belum bersedia menerima debat terbuka.
Perdebatan antara Anwar dan Datuk Seri Shabery Cheek membuktikan tidak berlaku rusuhan selepas debat itu selesai. Begitu juga dengan debat antara Chua dan Lim.
Budaya debat bukan sahaja milik Barat. Di Filipina, perdebatan adalah sesuatu yang lumrah.
Ketika musim pilihanraya di negara Jose Rizal itu, perdebatan di antara calon bukan sahaja berlaku di peringkat tertinggi seperti calon presiden malahan ia turut berlaku sehingga peringkat bawahan.
Commission on Election (Comelec) menyediakan platform untuk calon-calon pilihanraya berdebat.
Ini diamalkan sehinggalah ke peringkat yang paling bawah iaitu ketua kampung (Barangay Captain).Malaysia tidak akan kemana-mana jika terus melakukan sesuatu perkara secara “setengah masak”. Malaysia telahpun ketinggalan berbanding Filipina, Indonesia dan Thailand.
Jangan sampai nanti, Myanmar lebih demokrasi daripada kita.

Himpunan
Hijau di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade itu dicemari apabila
kira-kira 50 orang, termasuk pemimpin tempatan dari Pemuda Umno dan
kumpulan pendesak Melayu, PERKASA mengganggu acara yang dijalankan itu.
Selepas 15 minit berlalu keadaan semakin tegang, namun tidak ada kelibat polis dilaporkan memantau keadaan.
Berikutan
itu, Lim mula meninggalkan pentas dan menyertai orang ramai tetapi
kumpulan itu mula mengasak para hadirin sehingga mengakibatkan
berlakunya pertengkaran.
Mereka kini dirawat di Hospital Pulau Pinang (HPP).
Tidak seperti Pulau Pinang, perhimpunan solidariti di bandar-bandar utama tempat lain berjalan dengan lancar.
Di KUALA LUMPUR,
kira-kira 500 orang berkumpul di hadapan pusat membeli-belah Maju
Junction sepanjang Jalan Tunku Abdul Rahman dalam perhimpunan tiga jam.
Di KUCHING,
Sarawak, kira-kira 30 orang berhimpun di Taman Sahabat, Jalan Song.
Bagaimanapun perhimpunan itu terpaksa dipendekkan kepada hanya 15 minit
kerana hujan lebat.
Sehubungan
itu, menurut Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,
mesyuarat berkenaan sewajarnya dinamakan sahaja Mesyuarat Menteri Besar
dan Ketua Menteri BN.
"Namun,
apabila seorang lelaki menunjukkan sifat tegas, beliau dipuji dan
dikatakan mempunyai keyakinan diri sendiri," kata Rosmah kepada
kira-kira 250 hadirin yang terdiri dari wakil dunia korporat semasa
ucaptamanya pada Forum Kepimpinan Wanita.
Bagaimanapun,
menurut beberapa akhbar-akhbar Cina, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam
Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Tan Lian Hoe dipetik berkata,
kerajaan sedang mempertimbangkan bagi memberi pengeluar lebih banyak
masa untuk mematuhi peraturan berkenaan.
Ini
termasuk logo, yang mesti bersaiz sekurang-kurangnya 4cm dan dicetak
dengan ketara. Ia juga diwajibkan mengandungi perkataan "harga minyak
masak ini (atau produk berkenaan) di subsidi oleh kerajaan Malaysia".
Dalam satu kenyataan, Chang (kiri) berkata walaupun beliau
Sementara itu, Presiden MCA Dr Chua Soi Lek (kanan) berkata,
Perhimpunan
ringkas di Medan Istana, tempat mereka mengadakan 'sidang DUN' pada 3
Mac 2009 menyaksikan kesemua anggota dewan memakai pakaian hitam dan
bertafakur seketika.
"Ini
cerita yang dibesar-besarkan dan sengaja direka untuk menjejaskan
persepsi rakyat tentang pemimpin mereka," katanya di Twitter malam tadi.
Memetik pereka fesyen Sydney Carl Kapp (kiri),
kolumnis itu melaporkan bahawa "pelanggan terbesar" Kapp telah
membelanjakan jumlah yang mengejutkan sewaktu "percutian peribadi" di
sana.




