ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Sunday, May 13, 2012

TOL BT 3 TERPAKSA DIMANSUHKAN SELAMA 5 MINIT !!!

Kira-kira lebih 30 kenderaan berjaya melalui tol Batu Tiga, Shah Alam secara percuma hari ini dalam perhimpunan oleh 300 orang penyokong Pakatan Rakyat di plaza tol berkenaan.Kenderaan berkenaan dapat melalui tol tanpa bayaran apabila salah seorang peserta perhimpunan tersebut bertindak mengangkat palang di satu lorong di plaza berkenaan selama kira-kira lima minit.Bagaimanapun, kutipan bayaran berkenaan kembali kepada keadaan sedia kala apabila ADUN Sri Andalas, Dr Xavier Jayakumar mengarahkan agar palang itu diturunkan.Jayakumar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan menemui pemegang konsesi lebuhraya berkenaan, Projek Lebuhraya Utara Selatan, bagi membayar ganti rugi yang ditanggung akibat tindakan tersebut.Demonstrasi yang bermula pada pukul 2 dan berakhir pada pukul 4 petang anjuran Pakatan Rakyat Selangor itu turut dihadiri oleh Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan DUN Pandamaran, Ronnie Liu.

Shah Alam toll protest Rodziah Ismail and mohd rezwanSelain membawa kain rentang bertulis 'Hapuskan tol baru betul' dan 'Hapuskan tol demi rakyat', mereka melaungkan "Hidup Rakyat", "Undi Pakatan Rakyat tak bayar tol, undi BN bayar tol", dan "Hapuskan tol".

Kumpulan itu turun mengedarkan pelekat kereta dengan slogan 'Hapuskan tol demi rakyat' kepada orang ramai yang melalui tol tersebut.

Hadir sama di perhimpunan tersebut ialah ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad yang turut menyifkatkan tol bagi Lebuhraya Persekutuan itu sebagai "paling mengarut dalam negara."

Katanya, jalan yang menghubungkan Klang dengan Shah alam itu telahpun wujud sejak 1950 dan pemegang konsesi itu hanya melebarkan jalan tersebut kepada enam lorong.

Kutipan tol pula bermula sejak tahun 1992, katanya.

1 comment:

  1. Kekejaman Terhadap Orang Muda - ( Lihat sendiri BUKTI, Kenapa kami KELUAR UMNO dan TAKKAN kembali lagi. Buktikan jika ia PALSU )
    1~BUKTI 1 * (MESTI TONTON)
    2~BUKTI 2 * (HOT)
    3~BUKTI 3
    4~BUKTI 4
    5~BUKTI 5 * (HOT)
    6~BUKTI 6
    7~BUKTI 7
    8~BUKTI 8
    9~BUKTI 9
    10~BUKTI 10

    ~ Orang Muda Geng Kita - Usaha Dengan Doa ~



    Kami Mahu Generasi Muda Terengganu Jadi Perdana Menteri Malaysia Ke-7 Sebelum PRU ke-13 Tanpa Perlu Berdolak-dalik!!
    (Bukti kukuh)
    1 ~ http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=32381
    2 ~ http://www.sabahforum.com/forum/sabah-malaysia-international-politics/topic28065.html
    3 ~ http://www.utaraonline.net/v4/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=22146
    4 ~ http://www.selatanonline.net/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&p=196#196

    5 ~ http://www.detikdaily.net/v6/modules.php?name=Forums&file=viewforum&f=1






    p/s: Ubahsuai (copy&paste) dari 'Abang Sayang'

    ReplyDelete