ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Tuesday, November 29, 2011

SIAPAKAH MINAH SIALAN INI?



Anda tau siapakah manusia tu?Berpakaian apakah beliau?Bersama wajah siapakah dia bergambr?




Adakah sudah menjadi seorang ibu?Bila dia berkahwin?

Friday, November 25, 2011

AMAN DAN AMAN...KLCC 2 PETANG 26 NOV 2011...JANGAN LUPA...

Satu benda baru akan dibentangkan selasa ini diparlimen pada selasa ini.Apa benda itu?Benda itu ialah bil perhimpunan aman.Tujuan bil ini dibentangkan adalah untuk menyekat demonstrasi-demonstrasi jalanan.Nampaknya sekarang UMNO dan Barisan Nasional sudah takut dengan kuasa rakyat.Hisamuddin juga mungkin sudah lupa yang datuknya dahulu pun pernah menjadi peserta demo.Sudah terang lagi bersuluh bahawa demonstrasi yang pernah diadakan sebelum ini terutama BERSIH 2.0 merupakan satu kejayaan.Walaupun UMNO dan Barisan Nasional mengaatkan demonstrasi tersebut tidak berjaya.Ini adalah petunjuk besar demonstrasi BERSIH 2.0 adalah berjaya.Mungkin UMNO dan Barisan Nasional belajar daripada apa yang telah terjadi di negara-negara timur tengah terutama di Mesir yang mana kita dapat saksikan rejim zalim Mubarak telh jatuh dengan berhimpunnya puluhan ribu rakyat Mesir teutama golongan-golongan muda di Dataran Tahrir.UMNO dan Barisan Nasional sudah Nampak ajal mereka yang akan kehilangan kuasa pada pihanraya umum yang ke-13 yang bakal menjelang pada bila-bila masa sahaja lagi.
Esok adalh hari sabtu.hari cuti untuk seluruh negara.Esok bertempat di KLCC pada jam 2.00 petang berkumpulah beramai-ramai menyatakan bantahan kita terhadap penyekatan hak kita sebagai rakyat untuk menyatakan suara kita.Anak muda sedarlah bahawa kuasa sekarang di tangan anda.Anda sahajalah yang menjadi harapan negara ini.Perubahan berada di tangan anda.Anda pemacu masa depan negara ini.Selagi UMNO dan Barisan Nasional memerintah negara ini selagi itu hak dan kebebasan anda akan terus di sekat dan dinafikan.Turunlah beramai-ramai..


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentangkan Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bagi bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini, di sebalik bantahan dan demonstrasi yang menuntut ia ditarik balik.

NONEBagaimanapun perbahasan bagi rang undang-undang itu yang dibentangkan bagi bacaan kali pertama Selasa lalu, akan diadakan pada Selasa depan.

Perbahasan sebelum ini dijadualkan pada 24, 29 November dan 1 Disember.

Dewan Rakyat ditangguhkan sehingga Selasa kerana cuti awam sempena Awal Muharam yang jatuh pada Ahad ini.

Sementara itu, ketika membahas usul pemansuhan tiga pengisytiharan darurat itu, Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pemansuhan beberapa undang-undang lapuk tidak bererti kepada amalan demokrasi berikutan pengenalan rang undang-undang baru yang lebih keras.

Sambil menyokong penarikan tiga pengisytiharan darurat yang berlarutan selama 40 tahun, katanya, rang undang-undang Perhimpunan Aman tidak perlu wujud dalam sesebuah negara demokrasi.

“Pembatalan (Akta Darurat) tidak menjadi persoalan besar. Walaupun PM menyebut kelonggaran besar diberi, namun (terbukti) hukuman lebih berat (dicadangkan) iaitu hukuman denda RM20,000.

NONE“Pengecualian tidak dilihat dengan teliti. Walaupun Akta Darurat dibatal dan kita sokong, namun cadangan rang undang-undang itu masih bersifat mengongkong dan membelenggu rakyat,” katanya.

Beliau merujuk cadangan rang undang-undang itu yang memperuntukan denda RM20,000 terhadap peserta perhimpunan berbanding RM2,000 dalam Akta Polis, jika sabit kesalahan.

Wednesday, November 23, 2011

PERKASA NAK TUBUH TENTERA SENDIRI?

Haa..tak terkejut bukan..Semalam Ibrahim Ali mintak Kementerian Pertahanan meletekkan sebuah kem tentera di dalam kawasan Parlimen Pasir Mas.Apa rasionalnya Ibrahim Ali mahu kem tentera tersebut.Sebelum ini tidak pernah pula mintak yang bukan-bukan.Dengan permintaan tersebut sudah jelas dan lagi bersuluh yang Ibrahim Ali pasti akan bertanding lagi merebut kerusi Parlimen Pasir Mas pada pilihanraya umum yang akan datang.Sudah tentu Ibrahim Ali memerlukan pengundi yang secukupnya untuk menang.Tinjauan di beberapa kawasan di Parlimen Pasir Mas sudah kelihatan rata-rata penduduk di situ sudah tidak lagi mempercayai Ibrahim Ali dan mungkin Ibrahim Ali sedar perkara ini.Untuk terus berkuasa di situ, Ibrahim Ali meminta agar ditempatkan sebuah kem tentera di dalam kawasan parlimen Pasir Mas.Sudah di ketahui umum bahawasanya tentera tersebut akan mengundi di dalam pilihanraya secara undi pos.Undi pos sudah laziam dengan talian hayat kepada UMNO dan Barisan Nasional.Agak pelik disitu jika undi pos akan dimenagi oleh parti pembangkang.Bak kata pepatah dimana ada undi pos disitu parti pembangkang akan kalah.Jadi sudah terang lagi bersuluh alasan yang diberi oleh Ibrahim Ali untuk mewujudkan sebuah kem tentera di dalam kawasan parlimen beliau semata-mata atas dasar keselamatan adalah tidak benar kerana dia hanya mahu kekal berkuasa sahaja.Hari ini perkasa diberi muka hanya kerana Ibrahim Ali hari ini adalah seorang ahli parlimen.Siapa akan pandang Ibrahim Ali jika dan perkasa jika Ibrahim Ali bukan lagi seorang ahli parlimen.PAS sudah bertaubat dengan perangai Ibrahim Ali.Adakah UMNO masih mahu mengambil semula Ibrahim Ali.JIka UMNO mahu menerima semula Ibrahim Ali maka terpaksalah Ibrahim Ali mencium bontot Dr Mahathir dulu.....Hahahahaha....


Ahli parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali hari ini mahu kem tentera dibina di kawasan Pasir Mas, dengan membayangkan bahawa ia akan meningkatkan bilangan pengundi 'mesra BN' di situ.

NONE"Jika satu batalion pun, itu ramai pengundi tu. Serampang dua mata.
Binalah sekarang untuk menjamin keselamatan negara. Sediakan payung sebelum hujan," katanya ketika membahaskan peruntukan Kementerian Pertahanan di peringkat jawatankuasa Rang Undang-undang Bajet 2011 di Dewan Rakyat.

Ibrahim berhujah bahawa Kem Briged Kelapan di Desa Pahlawan, dekat Pasir Mas di Kelantan, tidak terletak di tempat yang betul.

"Ancaman sebenarnya di sempadan dengan Thailand. Di mana Pasir Mas bertemu Rantau Panjang. Di situlah berlakunya penyeludupan, dengan dadahnya," katanya.

Beliau bertanya sama ada kementerian berkenaan mempunyai rancangan untuk memindahkan kem tersebut atau membina satu lagi di kawasan pilihan rayanya, dengan peringatan tersirat kepada kerajaan persekutuan bahawa satu batalion tentera akan bermakna sejumlah besar pengundi dari kalangan anggota tentera untuk BN .

Pakatan Rakyat telah menyuarakan kebimbangan mengenai penyalahgunaan undi pos oleh pengundi di kalangan anggota tentera dan pasangan mereka untuk meningkatkan sokongan kepada BN.

Ini merupakan salah satu kebimbangan yang dibangkitkan kepada Jawatankuasa Pilihan Parlimen mengenai reformasi pilihan raya.

'Serban pun boleh terbang'

azlanIbrahim juga menggesa supaya pangkalan kecil Tentera Laut Diraja Malaysia di tempatkan di Kelantan, yang berdepan dengan Laut
China Selatan, dan antara lain, berdepan dengan masalah pelarian Vietnam.

"Bila Jepun takluk kita dulu, mereka datang dari Kelantan, naik kat pantai di Kota Bharu...Tapi hari ini di Kelantan tak ada pertanahan."

Sehubungan itu, Ibrahim menggesa Kementerian Pertahanan menggunakan kapal selam Scorpene bagi meredakan modal politik PAS, yang konsisten mengkritik pembeliannya.

"Hantar satu kapal selam Scorpene ke Kelantan. Saya jamin yang beribu orang akan keluar tengok. Dan jika boleh biar saya bagi syarahan dari atas kapal Scorpene. Untuk bagi penerangan umum."

"Mereka telah selalu dengar PAS berceramah, yang Scorpene ini harganya berbillion dan tak boleh nak selam pun.

"Menteri Besar pun boleh tengok... kemungkinan serban pun boleh terbang bila tengok scorpene ni."

Monday, November 21, 2011

UCAPAN TAHNIAH DARIPADA TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ...

Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian.

Thursday, November 17, 2011

Berantas Korupsi Cara Islami

Korupsi (ikhtilas) adalah suatu jenis perampasan terhadap harta kekayaan rakyat dan negara dengan cara memanfaatkan jabatan demi memperkaya diri atau orang lain. Korupsi merupakan salah satu dari berbagai jenis tindakan ghulul, yakni tindakan pejabat yang mendapatkan harta melalui kecurangan atau tidak syar’i, baik yang diambil harta negara maupun masyarakat.

Korupsi berbeda dengan mencuri. Dalam sistem uqubat, mencuri terkategori hudud yang hukumannya potong tangan, sedangkan korupsi masuk dalam kelompok ta’zir yang hukumannya disesuaikan dengan jumlah harta yang dikorupsi, bisa berupa penjara tahunan hingga hukuman mati. Rasulullah Saw bersabda: ”Perampas, koruptor (mukhtalis), dan pengkhianat tidak dikenakan hukuman potong tangan”. (HR. Ahmad, Ashaabus Sunan dan Ibnu Hibban)

Korupsi adalah perbuatan haram yang tingkat keharamannya lebih berat jika kejahatan itu dilakukan terhadap harta kekayaan milik umum (seperti korupsi APBN dan proyek-proyek negara untuk masyarakat). Abu Dawud meriwayatkan sebuah hadits yang menyebutkan bahwa Rasulullah Saw bersabda: “Hai kaum muslimin, siapa saja di antara kalian yang melakukan pekerjaan untuk kami (menjadi pejabat/pegawai negara), kemudian ia menyembunyikan sesuatu terhadap kami walaupun sekecil jarum, berarti ia telah berbuat curang. Dan kecurangannya itu akan ia bawa pada hari kiamat nanti. Siapa yang kami beri padanya dari hasil itu hendaknya ia terima dan apa yang tidak diberikan janganlah ia ambil”.

Cara Islam Cegah Korupsi

Syariat Islam telah memberi petunjuk tentang bagaimana meminimalkan tindak korupsi. Upaya pencegahan terhadap tindakan korupsi setidaknya harus dilakukan terhadap dua hal, menciptakan budaya yang bersih-Islami dan membentuk sistem pemerintahan yang tangguh.

Budaya yang Islami dapat dilakukan dengan cara: Pertama, membekali aparat negara dengan ketaqwaan. Rasulullah telah menanamkan keimanan dan ketaqwaan kepada para sahabat. Terlebih kepada mereka yang ditunjuk menjadi aparat pemerintahan. Ditanamkan kepada mereka untuk tidak berbuat ghulul (curang). Imam At Tirmidzi menuliskan sebuah hadits dari Muadz bin Jabbal yang berkata: Rasulullah Saw mengutusku ke Yaman. Setelah aku berangkat, beliau mengutus orang lain menyusulku. Aku pun pulang kembali. Rasulullah saw bertanya kepadaku, ’Tahukah engkau, mengapa aku mengutus orang untuk menyusulmu? Janganlah engkau mengambil sesuatu (untuk kepentingan pribadi) tanpa izinku. Itu merupakan kecurangan, dan barang siapa berbuat curang, pada hari kiamat ia akan dibangkitkan dalam keadaan memikul beban kecurangannya. Untuk itulah engkau kupanggil, dan sekarang berangkatlah untuk melaksanakan tugasmu.”

Kedua, memilih aparat negara yang memiliki kapabilitas. Rasulullah Saw tidak mengangkat mereka yang lemah untuk pejabat. Di dalam Kitab Mukhtasar Targhib wa Tarhib, Imam Ibnu Hajar Al Asqalani menuliskan sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Muslim. Dari Abu Dzar ra mengatakan: Aku Berkata, “Wahai Rasulullah mengapa engkau tidak mengangkatku jadi pejabat?. Dia mengatakan: Lalu Rasulullah Saw memukul pundakku dengan tangannya, lalu berkata: Wahai Abu Dzar, engkau adalah orang yang lemah, sedangkan jabatan itu adalah amanat dan jabatan adalah kehinaan dan penyesalan di hari Kiamat, kecuali bagi yang mengambilnya dengan haknya dan melaksanakan kewajibannya.” Di dalam hadits yang lain juga dijelaskan bahwa Rasulullah juga sangat membenci orang yang ambisius terhadap jabatan.

Ketiga, teladan pemimpin. Khalifah Umar bin Khattab adalah penguasa kaum muslim yang berhasil menjunjung tinggi pola hidup sederhana. Muhammad Ash-Shalabi dalam kitab Syakhsiyatu Umar wa Aruhu, menuliskan sejumlah kisah yang menunjukkan gaya hidup Amirul Mukminin yang sangat sederhana, zuhud dan wara’. Suatu ketika, minyak wangi jenis misk dan anbar dari Bahrain didatangkan kepada Umar. Umar berkata pada istrinya, Atikah, ”Aku senang sekali bila menemukan seorang wanita yang pandai menimbang minyak wangi ini untukku, hingga aku membagi-bagikannya kepada kaum muslimin.” Atikah menjawab, “Aku pandai menimbangnya. Bawalah kemari minyak wangi itu agar kutimbang untukmu!”. “Tidak”, kata Umar. “Mengapa tidak?”, tanya istrinya. Umar menjawab,”Aku khawatir kamu mengambilnya, lalu kamu mengoleskannya di lehermu, sehingga kamu mengambil bagian dari milik kaum muslimin.”

Keempat, pengawasan masyarakat. Dalam sejarah kepemimpinan pemerintahan Islam, demi menumbuhkan keberanian rakyat mengoreksi aparat tercatat, Umar bin Khattab telah mengambil inisiatif dan sekaligus mendorong rakyatnya untuk melakukan kewajibannya mengontrol pemerintah. Khalifah Umar di awal kepemimpinannya berkata: “Apabila kalian melihatku menyimpang dari jalan Islam, maka luruskanlah aku walaupun dengan pedang” Lalu seorang laki-laki menyambut dengan lantang “kalau begitu, demi Allah Swt, aku akan meluruskanmu dengan pedang ini.” Melihat itu Umar bergembira, bukan menangkap atau menuduhnya menghina kepala negara.

Sementara upaya menciptakan sistem yang tangguh dapat ditempuh dengan cara: Pertama, sistem penggajian yang layak. Aparat pemerintah tetaplah manusia biasa yang mempunyai kebutuhan hidup serta kewajiban menafkahi keluarga. Agar tenang bekerja dan tak mudah tergoda, kepada mereka harus diberikan gaji, tunjangan, dan fasilitas lain yang layak. Rasulullah SAW bersabda: "Siapapun yang diserahi pekerjaan dalam keadaan tidak mempunyai rumah, akan disediakan rumah; jika belum beristri hendaknya menikah; jika tak memiliki pembantu hendaknya mengambil pelayan; jika tak memiliki kendaraan hendaknya diberi. Siapapun mengambil selainnya, ia telah berbuat curang atau pencuri". (HR. Abu Dawud).

Kedua, larangan menerima hadiah dan suap. Hadiah (hibah, gratifikasi) yang diberikan kepada aparat pemerintah pasti bermaksud agar aparat itu menguntungkan pemberi hadiah. Suap adalah harta yang diberikan kepada seorang penguasa, hakim, atau aparat pemerintah lainnya dengan maksud untuk memperoleh keputusan mengenai suatu kepentingan yang semestinya wajib diputuskan olehnya tanpa pembayaran dalam bentuk apapun. Setiap bentuk suap, berapun nilainya dan dengan jalan apapun diberikannya atau menerimanya, haram hukumnya. Rasulullah Saw bersabda: “Rasulullah SAW melaknat penyuap, penerima suap dan orang yang menyaksikan penyuapan.” (HR. Ahmad, Thabrani, Al-Bazar dan Al-Hakim)

Sementara hadiah yang diberikan kepada penguasa adalah termasuk yang diharamkan. Rasulullah Saw bersabda: “Hadiah yang diberikan kepada para penguasa adalah suht (haram) dan suap yang diterima hakim adalah kufur.” (HR. Imam Ahmad)

Amirul Mukminin Umar bin Abdul Azis pernah menolak hadiah berupa buah apel, karena beliau memahami bahwa itu merupakan penyuapan. Diriwayatkan Amr bin Muhajir, bahwa suatu hari salah seorang anggota keluarga Umar bin Abdul Aziz memberinya hadiah apel. Atas pemberian itu, Umar lantas berkata, "Alangkah harum aromanya. Wahai pelayan, kembalikan apel ini kepada si pemberi dan sampaikan salam saya kepadanya bahwa hadiah yang dikirim telah sampai." Amr bertanya, "Mengapa pemberian hadiah dari orang yang masih ada hubungan kekerabatan ditolak? Padahal, Rasulullah Saw juga menerima hadiah." Umar menjawab, "Sesungguhnya, hadiah yang diberikan kepada Rasulullah benar-benar hadiah, sedangkan yang diberikan kepadaku ini adalah suap."

Ketiga, penyederhanaan birokrasi. Birokrasi yang berbelit dan tidak rasional akan membuat segala sesuatu kurang transparan, menurunkan akuntabilitas, dan membuka peluang korupsi. Prinsip praktik birokrasi dalam pemerintahan Islam, menurut Abdul Qadim Zallum dalam kitab Nidzamul Hukmi fil Islam, harus memenuhi tiga kritera: (1) Sederhana dalam aturan; (2) Cepat dalam pelayanan, dan (3) Ditangani oleh ahlinya (profesional).

Cara Islam Berantas Korupsi

Selain mempunyai cara untuk mencegah tindakan korupsi, Islam juga memiliki seperangkat aturan untuk memberantas korupsi. Pertama, pembuktian terbalik. Untuk menghindari tindakan curang, perhitungan kekayaan para pejabat harus dilakukan di awal dan di akhir jabatannya. Jika ada kenaikan yang tak wajar, yang bersangkutan harus membuktikan bahwa kekayaan itu benar-benar halal. Cara inilah yang kini dikenal sebagai pembuktian terbalik yang terbukti efektif mencegah aparat melakukan kecurangan.

Umar bin khattab pernah menerapkan hukum pembuktian terhadap para wali (gubernur)nya. Salah satunya adalah kepada Abu Hurairah yang telah selesai bertugas sebagai gubernur di wilayah Bahrain. Umar berkata kepada Abu Hurairah, “Hai musuh Allah dan musuh Kitab-Nya, apa engkau telah mencuri harta Allah?” jawab Abu Hurairah, “Aku bukan musuh Allah dan bujkan pula musuh Kitab-Nya, aku hanya menjadi musuh orang-orang yang memusuhi keduanya dan aku bukanlah orang yang mencuri harta Allah!” Umar bertanya, “Dari mana kau peroleh sepuluh ribu itu? Abu Hurairah menjawab, “Kuda kepunyaanku beranak pinak dan pemberian orang berdatangan.” Kembalikan harta itu ke perbendaharaan Negara (Baitul Mal) jawab Umar. Abu Hurairah menyerahkan hartanya itu kepada Umar, kemudian ia mengangkat tangannya kea rah langit sambil berdoa, “Ya Allah, ampunilah Amirul Mukminin”.

Kedua, menerapkan hukuman yang setimpal. Sanksi (‘uqubat) bagi pelaku ghulul (termasuk korupsi) adalah ta’zir (bukan had), karena harta yang dicuri merupakan harta yang syubhat (harta negara/baitul mal) dan merupakan harta milik umum. Sebelum sanksi ta’zir dilakukan maka harta hasil korupsi itu harus dikembalikan terlebih dahulu kepada pemiliknya (baik individu maupun negara). Jika barangnya telah rusak/cacat/berkurang maka harus dikembalikan dengan barang lain yang senilai harganya.

Bentuk ta’zir untuk koruptor bisa berupa hukuman tasyh’ir (pemberitaan/ekspos media), jilid (cambuk), penjara, pengasingan, hingga hukuman mati. Menurut Abdurrahman al-Maliki dalam kitab Nidzamul ‘Uqubat fil Islam, hukuman untuk koruptor adalah kurungan penjara mulai 6 bulan sampai 5 tahun. Namun, masih dipertimbangkan banyaknya uang yang dikorup. Bila mencapai jumlah yang membahayakan ekonomi negara dan merugikan negara (seperti Skandal BLBI dan Bank Century) , koruptor dapat dijatuhi hukuman mati. Wallahu a’lam.

Sunday, November 13, 2011

SEPANG MTB JAMBOREE 2011-11 DEC 2011



Jom kita lupakan sebentar persengkataan politik.Jom kita riadah.Siapa paling kuat kayuh.Siapa paling berstamina.Tak kan nak mengadap laptop je.Sekali sekali turun la.Hahaha..Jom ramai-ramai....

Thursday, November 10, 2011

USAHA JATUHKAN NURUL IZZAH....

Hai tokey lembu.Belum selesai lagi kes lembu duduk kondo yang harga RM 9.8 juta timbul pulak isu pengundi pos.Kenapa mesti dikaitkan dengan isteri tokey lembu mewah ni?Sebab sebelum Parlimen Lembah Pantai dimenangi oleh Nurrul Izah pada pilihanraya umum yang ke 12 lepas kerusi parlimen tersebut di sandang oleh Shahrizat aka isteri tokey lembu mewah.Namun PKR telah merampas kerusi Parlimen Lembah Pantai daripada Shahrizat oleh calon PKR iaitu Nurul Izzah.Namun UMNO dan Barisan Nasioanal nampaknya semakin hari semakin terdesak untuk terus berkuasa.Bermacam helah telah dilakukan bermuala sebelum berlangsungnya pilihanraya umum yang ke 13 akan datang.Antara taktik yang gemar dan sering digunakan oleh mereka ialah taktik undi pos.Ini kerana undi poslah yang menjadi taliyan hayat untuk UMNO dan Barisan Nasional.Jika kita lihat kembali dimana-mana kerusi parlimen di mana UMNO dan Barisan Nasional kalah jumlah pengundi pos di parlimen tersebut telah meningkat.Jika tidak percaya boleh check.Jika undi pos itu dimansuhkan maka tidak berkuasa la UMNO dan Barisan Nasional.Mereka tahu kemenangan mereka di kotak undi masih belum memastikan untuk mereka menang.Jika di lihat kembali pada pilihanraya umum yang ke 12 dahulu jika tidak kerana undi pos maka kerajaan UMNO dan Barisan Nasional sudah tentu tidak berkuasa lagi...


Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini menimbulkan kebimbangan beliau mengenai kenaikan mendadak jumlah pengundi pos di kawasannya seperti yang tercatat pada daftar pemilih yang terbaru yang dikeluarkan pada 2 Nov lalu.

Bercakap di lobi Parlimen hari ini, Nurul Izzah berkata bilangan pengundi pos naik 1,363 peratus, dalam tempoh dua bulan. Jumlah itu hanya 149 orang pada 26 September tahun ini tetapi naik kepada 2,180 pada 2 November.

Lebih buruk lagi, kata Nurul Izzah, semakan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya mendedahkan bahawa 457 pengundi pos ini adalah dari Kampung Bohol di Bukit Jalil yang berada di luar kawasan Lembah Pantai.

"Terdapat 2,180 anggota polis yang merupakan pengundi pos, dan ini tidak termasuk isteri-isteri mereka. Majoriti kemenangan PKR di Lembah Pantai pada pilihan raya umum yang lalu adalah 2,895 undi."

Nurul Izzah berkata bahawa perkara itu diadukan kepada SPR dengan satu salinan dikemukakan kepada Jawatankuasa Terpilih Khas Parlimen (PSC).

LEMBU MEWAH.....

Jika dahulu kita lihat lembu akan dipelihara di kandang.Itu dahulu.Sekarang dah lain.Lembu sekarang dah moden.Lembu sekarang sudah tidak duduk di kandang.Sudah tidak risau dengan nyamuk atau haiwan ganas yang lain kerana sudah ada pengawal kesalamatan yang akan menjaga lembu.Lembu sekarang sudah pandai-pandai belaka.Apa yang mengejutkan lagi ialah lembu sekarang sudah tinggal di kondominium.Hebat bukan.Mungkin anda baru pertama kalai mendengar perkara ini.Tetapi hakikatnya akan berlaku.Anda juga jangan terkejut jika ornag pertama yang akan melakukan benda ini ialah datang nya daripada Malaysia.Hebat bukan.Satu lagi perkara yang mungkin boleh dijadikan rekod dunia dan juga kebangaan kepada negara ialah kondominium untuk lembu juga dibeli dangan harga RM9.8 juta.Mewah bukan lembu tersebut.Harga tersebut juga dibayar dengan harga cash.Jangan terkejut kerana ia benar-benar berlaku.Selama ini aku hanya membaca kisah lembu mewah ini hanya di dalam Majalah UJANG sahaja yang diberi tajuk LEMBU PAKCIK KORDI.Rupa-rupanya benda yang selama ini akau ingat hanya wujud di dunia kartun rupa-rupanya terjadi di dunia realiti.JIka selama ini Shahrizat Jalil lebih gemar mengata dan mengutuk keluarga orang lain dan hari ini baru dia tau betapa peritnya apabila keluarga sendiri diperlakukan sebegitu.Sendiri tanggungla.Pandai buat pandai la tanggung.



PKR hari ini mendakwa syarikat milik keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil telah menggunakan dana melalui National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) untuk membeli satu unit kondominium mewah dengan bayaran berjumlah RM9.8 juta.

NONESetiausaha agung PKR Saifuddin Nasution mendakwa, tindakan berkenaan merupakan satu bentuk penyelewengan memandangkan bayaran untuk pembelian unit kondominium mewah itu di Bangsar bertentangan dengan tujuan pinjaman wang kepada NFC.

Beliau mendakwa, bayaran penuh bagi pembelian kondominium itu telah dibuat melalui empat transaksi pindahan akaun NFC kepada satu pemaju hartanah terkemuka pada 2 Disember 2009.

"Bayaran untuk pembelian kondominium (dengan harga) RM9.8 juta ini direkodkan sebagai 'hutang' National Meat and Livestocks Corporations Sdn Bhd (NMLC) kepada NFC," kata Saifuddin lagi, dengan menambah bahawa NMLC juga sebuah syarikat yang dimiliki oleh anggota keluarga menteri berkenaan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di bangunan parlimen hari ini, ahli parlimen Machang itu mendakwa jumlah tersebut merupakan sebahagian daripada RM83 juta hutang NMLC kepada NFC pada 31 Disember 2009.

"Dakwaan ini wajar disiasat secepat mungkin kerana ia melibatkan integriti keseluruhan kerajaan Malaysia," katanya yang turut mahu perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin disiasat berhubung dakwaan itu.

Katanya, perdana menteri perlu disiasat berhubung kenyataan menteri kewangan itu mengenai jumlah dana yang telah dipindahkan daripada jumlah RM250 juta.

Muhyiddin pula, tambahnya, perlu disiasat selaku kedudukannya sebagai menteri pertanian yang meluluskan projek dan pinjaman untuk projek feedlot berkenaan sebelum ini, manakala penggantinya Datuk Seri Noh Omar perlu disiasat berhubung penjelasan menteri berkenaan sebelum ini.

Saifuddin menambah, individu yang perlu disiasat ialah Shahrizat selaku menteri pembanguan wanita, keluarga dan masyarakat.

"Kita tak serang ketua wanita umno. Kita serang menteri yang secara terang-terang melalui kaitan keluarganya terbabit dalam konflik kepentingan yang jelek ini," tambahnya.

Selain itu, beliau turut menuntut supaya ketua pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disiasat kerana didakwa cuba memutarbelitkan fakta dan "terang-terang tampil untuk melindungi (perbuatan) pecah amanah."

Beliau berkata demikian dengan merujuk kenyataan Khairy semalam bahawa wang berkenaan tidak boleh dipindah dengan mudah dan perlu melalui kelulusan oleh satu jawatankuasa khas.

"Saya nak tanya (Khairy) sekarang. Beli kondo RM9.8 juta, jawatankuasa teknikal mana yang luluskan? Mesyuaratnya bila? Siapa yang pengerusikan? Cek-cek ini siapa tandatangan. Di mana kawalan ketat?

"Kalau (ahli parlimen) Rembau seorang yang punya itegriti dan wibawa, dia kata dikawal ketat, akaun khas bermacam jargon hebat digunakan, macam mana dia nak jelaskan kelulusan RM9.8 juta (untuk beli kondominium)? Apa rasionalnya luluskan? Lembu nak tidur di situ?" soalnya.

orange book forum klscah 250111 rafizi ramliKetika ditanya dalam sidang media sama, pengarah strategik PKR, Rafizi Ramli pula berkata, parti itu mendapat maklumat berhubung dakwaan transaksi untuk pembelian kondominium berkenaan melalui satu sumber yang enggan didedahkan.

"Kalau kita sudah berani buat dan kita sudah melawat ke (kondominium) ini, ini dakwaan yang kita buat dan kita berani bawa ke SPRM. Tanggungjawabnya kalau nak buktikan kami tidak betul adalah tanggungjawab PM, TPM, menteri pertanian, ketua Wanita Umno dan ketua Pemuda Umno," tambahnya.

Beliau turut mencabar supaya pihak berkenaan menunjukkan penyata bank pada tarikh 2 Disember 2009, didakwa melibatkan bayaran melalui satu cawangan bank di Taman Tun Dr Ismail kepada pemaju hartanah terkemuka itu.

"Saya cabar tunjuk bank statement kepada rakyat. Kalau dia tak tunjuk, nak saman pun bolehlah saman bila-bila masa," katanya lagi.

Tuesday, November 1, 2011

PAK MENTERI....

Isu AUKU sehingga hari ini masih lagi hangat diperkatakan.Terutama mereka di kalangan mahasisawa universiti.Isu tersebut menjadi lebih hangat dengan keputusan mahkamah yang telah membuat keputusan dengan menyatakan AUKU tidak releven.Sehubungan dengan itu,banyak pihak yang menyokong keputusan itu namun ada juga sesetengah pihak yang masih mahu mempertahankan AUKU itu sendiri.Jika ada yang membaca surat khabar pada hari ini sudah tentu terbaca kisah pak Menteri Pengajian Tinggi yang mempertikaikan keputusan mahkamah.Apa punya bangang la menteri macam ini.Pelajar universiti pun nak sekat lagi.Mereka sudah matang berfikir dedahkan mereka kepada politik.Kenapa kamu harus takut kepada kuasa mahasiswa atau kamu bimbang masa depan kamu yang mungkin akan berada di pihak pembangkang.Tapi dalam pada itu juga aku masih tabik kepada Timbalan Menteri Pengajian Tinggi yang mempunyai fikiran yang terbuka dan bijak berpolitik.Jika mahu kenal orang yang bijak berpolitik ialah mereka akam membenarkan apa yang benar dan mereka akan salahkan apa yang salah.Ini termasuk jika perkara benar itu dikatakan oleh pihak lawan dan perkara yang salah itu datang dari pihak sendiri.Tetapi malang bagi kita pada hari ini kerana mereka yang mempunyai sifat begitu di dalam kalangan ahli politik pada hari ini jumlahnya amat kurang sekali.Kebanyakkan ahli politik pada hari ini masih lagi taksub kepada parti dan sentiasa menjadi YES MAN walaupun mereka sedar yang perkara tersebut tidak benar.Maka fikir-fikirkan lah....

Selaras dengan keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Seksyen 15(5) Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) sebagai tidak sah, Timbalan Menteri Pelajaran Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata beliau secara peribadi setuju supaya akta itu dipinda.

NONEKatanya, beliau telah banyak kali menyuarakan perkara itu, antaranya dalam tulisannya di dada akhbar, termasuk membentangkannya dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum ini.

"Ada orang mahu pinda, ada orang minta mansuh (AUKU). Tetapi kita sebenarnya bercakap perkara yang sama, iaitu tidak suka pada Seksyen 15.

"Kita mahu mahasiswa bebas bersuara dan menyertai politik. Pada saya kita kena pinda Seksyen 15," katanya yang dilihat kerap memberikan pandangan promahasiswa dalam pelbagai isu.

Mahkamah Rayuan pada 30 Oktober memutuskan Seksyen 15(5) AUKU yang membenarkan universiti mengambil tindakan disiplin terhadap pelajarnya sebagai tidak sah dan mencabul kebebasan bersuara.

Ketika diajukan soalan tentang pendiriannya berhubung isu itu dalam forum membincangkan "politik baru" di Kuala Lumpur malam tadi, Saifuddin berkata pindaan perlu dibuat, antaranya demi meningkatkan penyertaan mahasiswa.

Sementara itu, bercakap kepada Malaysiakini dan sebuah saluran televisyen selepas itu, Saifuddin berkata, sebelum dibawa ke kabinet, isu sama ada kerajaan perlu membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan akan dibincangkan di peringkat kementeriannya dahulu.

NONEKatanya, keputusan mahkamah tidak harus dilihat daripada aspek pihak mana yang menang dan pihak mana yang kalah, sebaliknya hendaklah meliputi persoalan moral dan intelektual di sebaliknya.

PPSMI: Jangan ugutan politik

"(Kerana) kita boleh sahaja menang secara legal (undang-undang) tetapi kalah daripada sudut moral," katanya yang juga anggota parlimen Temerloh.

Ditanya tindakannya sekiranya kabinet memutuskan membawa kes itu ke Mahkamah Persekutuan, Saifuddin menjawab perkara beliau terpaksa akur jika keputusan itu dicapai.

Bagaimanapun, tambahnya, masih terlalu awal untuk sampai ke peringkat itu.

"Kita masih boleh bincang perkara tersebut," katanya lagi.

anti ppsmi a million post card campaignSementara itu, menyentuh isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) yang berbangkit semula, Saifuddin berkata ia berpunca akibat tidak cukup perbincangan ketika ia diperkenal dan juga ketika dimansuh.

"Jadi kita terperangkap di tengah-tengah. Yang penting bagaimana menseimbangkan antara pilihan dan perpaduan nasional (dalam pengajian dua subjek itu)," katanya ketika bersoal jawab dengan peserta program itu.

Beliau juga menggambarkan keadaan yang berlaku sekarang antara kumpulan pro dan anti-PPSMI seolah-olah "dua parti politik" berbeza.

"Jangan buat ugutan politik. Ini soal pendidikan. Bawa bincang," katanya kepada pemberita selepas itu.

Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (Page) dengan nada amaran sebelum ini mendesak PPSMI diperkenal semula sebagai ganti kepada kemenangan dua pertiga BN dalam parlimen.

DI MANA PENDIRIAN SEBENAR KERAJAAN...

Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan pendedahan yang mengatakan seorang peninju warga Israel telah berjaya memasuki Malaysia.Apa yang lebih mengejutkan lagi ialah kehadiran peninju warga Israel tersebut adalah jemputan daripada pihak Kementerian Belia dan Sukan diatas penganjuran satu sukan tomoi.Namun setelah perkara tersebut didedahkan Menteri Belia dan Sukan mula menunding jari kepada kerajaan negeri Selangor.Rakyat jangan ingat semua menteri itu bijak.Maklumlah dah berak tepi jalan takkan nak mengaku pulak.Begitu mudah sekali menteri menunding jari.Pada hakikatnya kerajaan negeri Selangor memang ada kait dengan penganjuran sukan tersebut.Untuk sukan tersebut kerajaan Selangor telah menyediakan tempat dan menaja sebanyak RM 5 juta.Namun yang menguruskan peserta semua adalah Kementerian sendiri.Pendirian kerajaan negeri Selangor jika mengetahui ada perserta dari negara Israel maka kerajaan negeri Selangor tidak akan menyediakan tempat dan menaja malah pendirian kerajaan negeri Selangor akan membantah kehadiran warga Israel tersebut.Isu nya sekarang mengapa kerajaan pusat boleh membenarkan warga Israel tersebut memasuki Malaysia sedangkan kerajaan Malaysia sendiri tidak mengiktiraf kewujudan Israel dan menggap negara tersebut adalah haram.Jadi siapa disini sepatutnya dituduh sebagai ejen Yahudi?Adakah Anwar Ibrahim atau kerajaan UMNO dan Barisan Nasional.Nampaknya kerajaan pusat sekali lagi telah mengguris perasaan orang islam terutama rakyat Palestin yang sehingga hari ini ditindas oleh sebuah negara haram yang bernama Israel.Jadi dimana pendirian Malaysia sebenarnya yang sebelum ini kita ketahui begitu mengambil berat terhadap isu Palestin atau selama ini rakyat hanya dipermainkan dan di perbodohkan.....


Malaysia membenarkan kemasukan warga Israel ke Malaysia untuk menyertai mesyuarat atau kejohanan sukan antarabangsa, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

richard riotTimbalan menteri luar negeri, Datuk Richard Riot berkata kerajaan boleh membuat ketetapan berkenaan walau Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

"Dasar Malaysia memang kita tidak ada hubungan diplomatik dengan Israel, iaitu hubungan bilateral. Walau bagaimanapun, kerajaan dari masa ke semasa boleh melonggarkan untuk warga Israel untuk hadiri mesyuarat dan penyertaan dalam aktiviti sukan tapi dengan syarat tertentu,

Tambahnya lagi, kebenaran itu juga disyaratkan supaya penyertaan warga berkenaan hendaklah berbentuk "low profile seperti tidak boleh beri publisiti oleh media tempatan," katanya lagi.

Ilya Grad, Israeli Muay Thai boxing championBeliau berkata demikian ketika mengulas isu berhubung kehadiran peninju Israel, Ilya Grad yang mendakwa telah memasuki Malaysia untuk menyertai kejohanan The Challenger Muay Thai pada Jun lalu.

"Katanya lagi, kerajaan sedar dengan sensitiviti rakyat berhubung kemasukan warga Israel ke negara ini.

"Namun sekiranya warga isreal disekat daripada menyertai persidangan dan kejohanan bertaraf dunia, besar kemungkinan akan ada bantahan atau penarikan diri daripada sekutu Israel seperti Amerika Syarikat," katanya lagi.

Jawapannya itu menyebabkan beberapa orang ahli parlimen pembangkang dan BN bangun untuk menuntut penjelasan lanjut.

NONEAntaranya Khalid Samad (PAS-Shah Alam) (kanan) yang mempertikaikan jawapan berkenaan kerana Grad telah memperlekehkan kebenaran Malaysia selepas dibenarkan masuk ke negara ini.

"Bila menteri buat keputusan benarkan masuk itu merupakan kesilapan besar. Bila menteri belia dan sukan anjurkan program, mereka patut lebih teliti.

"Pertandingan antarabangsa yang ada atlet daripada negara Israel yang perlu ditapis lebih awal... Sepatutnya kita minta maaf, dia tidak boleh datang. Itu merupakan satu ketegasan yang perlu dizahirkan," kata Khalid lagi yang marah dengan tindakan menteri belia dan sukan yang menyalahkan kerajaan Selangor berhubung kemasukan Grad ke Malaysia.

yusmadi yusof pkr youthSeorang lagi wakil pembangkang, Yusmadi Yusof (PKR-Balik Pulau) turut mempertikaikan kenyataan timbalan menteri berkenaan kerana program yang dihadiri Grad telah dirakamkan untuk stesen TV AXN.

Riot bagaimanapun mempertahankan kenyataannya sebelum itu dan menambah, dasar luar negara Malaysia tidak pernah berubah.

APA SUDAH JADI NI.....

Aduhai....UMNO dan Barisan Nasional nampaknya sekarang sudah ketandusan orang untuk di cadangkan untuk dijadikan Senator.Ini dibuktikan dengan khabr yang mengatakan Nallakaruppan akan mengangkat sumpah sebgai Senator dewan negara esok.Nampaknya UMNO dan Barisan Nasional semakin terdesak pada hari ini.Bukan setakat itu sahaja sudah nampak UMNO dan Barisan Nasional sudah ketandusan calon yang berkaliber untuk diangkat.Dengan perlantikan tersebut sudah terang lagi bersuluh kelemahan UMNO dan Barisan Nasional.Berita perebutan dan lobi melobi di antara pemimpin UMNO dan Barisan Nasional untuk menjadi calon pilihanraya sedang berada di kemuncanya dan dengan kelebihan Najib sedang berada di Makkah maka ramailah ketua-ketua bahagian dan ketua-ketua cawanagan ikut terbang sama ke sana dengan niat untuk melobi.Bimbang takut di intip oleh pesaing-pesaing politik sendiri di tanah air maka alternatif tersebut di ambil.Nampaknya Nalakaruppan sudah menang dalam lobi melobi ini...


Datuk K S Nallakaruppan bakal dilantik sebagai senator dalam majlis mengangkat sumpah di Dewan Negara yang akan berlangsung di Kuala Lumpur, esok.

Pengumuman itu dibuat menerusi pemberitahuan parlimen selepas diedarkan kepada petugas media, hari ini, lapor sebuah akhbar.

nallakarupan interview 231107 respondAhli perniagaan itu merupakan bekas sahabat Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Nallakaruppan (kiri) pernah bergiat dalam PKR pimpinan isteri Anwar - Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail - pada 2007 tetapi keluar parti kira-kira setahun selepas itu.

Nallakaruppan kemudiannya menubuhkan Parti Bersatu India Malaysia (MIUP) tetapi tidak menyertai pilihan raya umum ke-12 bagi menumpukan kepada kerja-kerja dalaman.

Beliau terkenal ahli politik yang lantang mengkritik kepimpinan Anwar dan PKR.