Dulu kita sering mendengar pepatah yang menyebut kemana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.Maksud daripada pepatah tersebut ialah menunjukkan boleh diumpamakan perangai seorang bapa itu akan sedikit sebanyak akan menjadi ikutan si anak. Satu lagi pepatah yang membawa maksud seakan serupa dengan papatah tadi ialah bapak borek anak rintik.Namun sekarang zaman sudah maju.Jika kita lihat sebelum ini perkara ini sering kita lihat dan dikaitkan dengan anak lelaki sahaja.Namun sekarang zaman sudah berubah.Pepatah juga mungkin boleh diubah.Daripada bapak borek anak rintik kepada mak borek anak rintik.Inilah yang sesuai untuk sebuah keluarga yang diketuai oleh Najib Razak.Dulu kita hanya mendengar isterinya sahaja kaut shopping,sekarang perangai tersebut berpindah pula kepada anaknya...Kalau macam ni lah punya perangai hancur lebur lah negara.Boleh bankrap lah negara.Najib dan Rosmah sekarang tak de kat Malaysia.Pegi tunaikan rukun islam kelima iaitu fardu haji di Makkah.Balik nanti komfom shopping gila punya la si ROsmah....hahahaha
Meskipun kontroversi cincin RM24 juta yang dikaitkan dengan Datin Seri Rosmah Mansor masih belum reda, pengkritik Datuk Seri Najib Razak kini menjadikan anak perempuan perdana menteri sebagai sasaran mereka.
NONEIni berikutan laporan berita yang dikatakan tersiar di The West Australian, yang mendakwa anak gadis perdana menteri membelanjakan A$60,000 (RM195,000) semasa membeli-belah di David Jones, antara gedung terbesar di Australia.
Bagaimanapun kesahihan berita itu belum disahkan, tetapi satu salinan keratan berita kecil tanpa tarikh dan logo akhbar berkenaan mula diedarkan di negara ini.
Namun ini tidak menghalang para penulis blog pembangkang dan akhbar web rasmi PKR, Keadilandaily memetik keratan itu dan menyiarkan laporan tersebut.
Selain itu, laporan bertajuk ‘Delegates go shopping and sightseeing’ atau 'Perwakilan membeli-belah dan bersiar-siar' juga dimuatkan di banyak laman Facebook.
Bekas ahli jawatankuasa pusat PKR Badrul Hisham Shaharin atau lebih dikenali sebagai Chegubard, menulis di blognya “ketika rakyat terus dibayah payah meneruskan kehidupan seharian keluarga pemimpin negara terus bermewah”.
Makin terhimpit
“Rakyat makin terhimpit dengan kos kehidupan yang makin menggila. Regim penguasa semakin gagal mengawal kenaikan harga barang dan perkhidmatan malah dalam pada masa yang sama pelbagai cukai diperkenalkan terus menjerut rakyat. Rasuah dan pemborosan semakin menggila.
azlan“Masih tidak mampu menjawab isu cincin RM 24.45 juta yang terkait dengan Rosmah Mansor kini muncul pula anaknya dengan imej begitu juga,” tulisnya.
Anak gadis yang tidak dinamakan dalam laporan itu didakwa bersama ibu bapanya yang menghadiri Mesyuarat Ketua-ketua Kerajaan Komanwel (CHOGM) yang diadakan di Perth, Australia Barat.
Keadilandaily yang juga memetik keratan akhbar itu melaporkan, turut bersama rombongan perdana menteri dan isteri serta anak gadisnya itu adalah Timbalan Menteri Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan, Datuk Maglin Dennis D'Cruz, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mashitah Ibrahim dan presiden PPP Datuk M Kayveas.
najib abdul razak in perth chogm 1Portal pembangkang itu juga mendakwa bahawa peniaga membuat keuntungan yang besar apabila seorang wanita pertama yang tidak dinamakan membelanjakan A$150,000 (RM487,000) membeli mutiara Australia Barat, manakala 'anak gadis Najib' membelanjakan A$60,000.
Ia memetik pengarah negeri bagi CHOGM Richard Muirhead sebagai berkata bahawa aktiviti masa lapang dan ekspedisi membeli-belah berkenaan diatur untuk perwakilan asing di luar jadual mesyuarat CHOGM yang ketat itu.
DEDAH TERKINI!!! Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR makin panas, satu persatu bukti penipuan dibongkar
-
*PKR hari ini mula mendedahkan dakwaan penipuan pilihan raya secara
terperinci, bermula dengan kawasan parlimen Balik Pulau di Pulau Pinang di
mana i...
33 seconds ago










