ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Thursday, September 22, 2011

PAKATAN RAKYAT PERTAHAN NEGERI SELANGOR

Pilihanraya Umum yang ke-13 akan berlaku pada bila-bila masa sahaja....Ini dapat dilihat melalui reaksi UMNO dan Barisan Nasional menjadi hipokrit...Mereka yang sebelum ini telah tenggelam sekarang timbul semula untuk menunjuk muka dengan harapan akan terpilih sebagai calon bertanding....Bukan itu sahaja malah Najib yang sebelum ini dilihat tidak mahu mendengar suara rakyat sekarang hampir setiap hari akan mengumumkan sesuatu yang dahulu nya dituntut oleh rakyat...Apakah maknanya ini....Ini adalah tanda bahawa pilihanraya umum akan berlangsung tidak lama lagi.....Bagi Pakatan Rakyat pula...ada atau tidak pilihanraya itu kerja tetap kerja demi rakyat...Tidak timbul siapa yang menjadi calon....Bagi apa yang gua harapkan ialah sekiranya berlaku pilihanraya yang ke 13 maka gua berharap negeri Selangor akan terus berada di bawah kepimpinan Pakatan Rakyat....Gua tak nak negeri Selangor terlepas kepada UMNO dan Barisan Nasioanal.... Rundingan pembahagian kerusi antara parti gabungan Pakatan Rakyat di Selangor telah selesai dengan keputusan mengekalkan status quo dalam pilihan raya umum lalu. Dengan itu, PKR akan kekal bertanding di 21 DUN, PAS di 20 kerusi dan DAP pula sebanyak 15 kerusi, kata Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad. NONE"Pembahagian kerusi di Selangor sudah selesai... PAS masih beranggapan (untuk) berperanan (memenangi) undi orang Melayu," katanya. Bercakap dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid (gambar, kiri sekali) berkata, sebarang cadangan pertukaran tempat bertanding antara parti bergabung perlu dibawa kepada rundingan pimpinan tertinggi mereka. Dengan pembahagian itu, Khalid yang juga ahli jawatankuasa PAS berharap parti Islam itu akan menang di semua kerusi yang ditandingi. "Sekurang-kurangnya kalau dahulu lapan (kerusi), kita (mesti) menang 12 atau 13 kerusi untuk memastikan kedudukan PAS lebih kukuh," katanya. Manakala di kerusi parlimen pula, Khalid mendedahkan, terdapat cadangan supaya PAS bertanding lebih di kerusi negeri itu, bagaimanapun ia perlu diputuskan PAS Pusat. Sementara itu, mengulas pemilihan calon pilihan raya, Khalid berkata nama yang dicalonkan kawasan dan sayap parti sebelum tarikh akhir 31 Ogos lalu akan diserahkan kepada PAS Pusat hujung bulan ini. "Kita akan majukan kepada Pusat untuk membuat penapisan dan pengesahan," katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Tuesday, September 20, 2011

SOKONGAN TERHADAP MAT SABU....

Aku sanggup tumpah darah demi Mat Sabu....Kalau ada yang berani nak melempang Mat Sabu...Sini rasa dulu pelempang aku...Tak guna punya orang tua kutuk....Nak bongkak sangat ko klonal....Cilaka punya orang tua....Jagan nak mengaku ko tu pejuang kemerdekaan konon....Jangan poyo kalau setakat masuk askar je....Bongkak punya barua penjajah....Orang yang memperjuangankan kemerdekaan ko kate pengkhianat negara..Siapa pula ko nak kata pejuang kemerdekaan sebenar..Yang bermatian memeprtahankan penjajah ke....Bodoh punya presiden majlis perunding melayu... Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan didakwa di Mahkamah Sesyen Butterworth esok ekoran ucapannya berhubung isu Mat Indera dan tragedi Bukit Kepong. rafidah aziz kuala kangsar parliament seat court case 040708 ahmad jamaluddin and hanipaPeguam Hanipa Maidin (gambar, kanan) berkata, anak guamnya dimaklumkan pihak polis akan didakwa bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat awam. Tambahnya, pendakwaan terhadap anak guamnya dijangka dibuat pada jam 9 pagi. Utusan Malaysia pada 27 Ogos lalu melaporkan pemimpin parti Islam itu dalam ceramahnya di Pulau Pinang sebagai berkata, Mat Indera wira sebenar dalam tragedi itu dan bukannya "polis British". Ucapan itu mencetuskan kontroversi besar dan dikritik pelbagai pihak, terutamanya pemimpin BN dan meleret kepada polemik kemerdekaan negara dan sama ada negara ini pernah dijajah. Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Hanipa berkata, pihaknya mempertahankan Mohamad tidak patut dituduh di mahkamah.Sepatutnya mereka dakwa Utusan (yang menyiarkan laporan itu)," katanya yang juga peguam PAS. Jika sabut kesalahan, Mohamad boleh dikenakan hukuman sehingga dua tahun penjara, denda atau kedua-dua sekali. pengukir nama johor mat sabu 050911Dalam ucapannya yang dibuat dalam ceramah pada 21 Julai lalu, Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu dikatakan mengeluarkan kenyataan seperti berikut: “… Bukit Kepong, polis itu polis British, hak serang Bukit Kepong tu lah pegawai kerajaan, ketuanya Mat Indra, Melayu. “Tetapi semua sejarah itu ditutup, Jins Samsuddin buat filem, Jins Samsuddin tu Umno, cerita Bukit Kepong, hak serang balai polis tu penjahat, polis itu polis British. “Sebelum merdeka negara kita diperintah oleh British, tapi dia buat filem yang hero hak pertahan balai polis, hak serang tu pengganas, padahal Mat Indera ketua penyerang balai polis tu dan akhirnya dia dihukum gantung di Jering, Taiping. “Begitulah juga Tok Janggut, Tok Janggut ni lawan British, tapi sebelum British nak... nak bunuh dia, dia menghasut Sultan Kelantan untuk mengisytiharkan Tok Janggut sebagai penderhaka, bila isytihar Tok Janggut sebagai penderhaka, barulah Tok Janggut dihukum gantung di Pasir Puteh Kelantan. “Semua sejarah negara kita bohong…."

Monday, September 19, 2011

TAK DAPAT BOS...ANAK BUAH PUN JADI....

Ni la lumrah hidup manusia yang sentiasa tidak boleh tengok sedikit kesenangan yang dimiliki oleh seseorang.....Ada sahaja yang mahu dikenakan...Malah sehingga sanggup memfitnah.....Ada ke patut korang nak fitnah Tian Chua pulak...Agak-agak la wei...Sial la korang puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ni....Mentang-mentang la korang tak dapat fitnah bos dia Anwar Ibrahim...Tian Chua pun jadi la...Dah cukup penyiksaan yang ditanggung oleh Tian Chua tu.....Dia kawin pun tak lagi korang dah fitnah beli kereta mahal-mahal....Wat pe la dia beli kereta mahal-mahal....Kalau duit dia dah banyak pun lebih baik dia kawin dulu la...Itu pun tak lh nak fikir la....Gua tabik la sama lu Tian Chua..... Naib presiden PKR Tian Chua hari ini menuntut ketua Pemuda Gerakan Lim Si Pin supaya menarik balik dakwaan bahawa beliau memiliki sebuah kereta mewah bernilai RM800, 000 yang jauh melebihi kemampuannya. Pada sidang akhbar bagi menjawap tuduhan-tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, Chua berkata dakwaan bahawa beliau membeli kereta Mercedes Benz S-Class bertujuan memaparkan beliau seorang korup. "Saya tuntut (bahawa dia) tarik balik sindirannya itu dan serangan peribadi ke atas saya kerana ,membayangkan bahawa saya terlibat dengan amalan-amalan yang tidak mengikut peraturan dan rasuah," katanya. NONELim, Sabtu lalu mempersoalkan bagaimana Chua sebagai ahli parlimen Batu dengan gaji RM8,000 sebulan mampu memiliki Mercedes Benz S-Class (kanan) bernilai RM800,000. "Mercedes S-class initidak wujud dan saya tidak pernah menggunakannya. Apa yang saya gunakan sekarang ialah kereta Mercedes E-Class (bernilai) RM90, 000," kata Chua. Berbekalkan dokumen pendaftaran dan pinjaman, Chua, yang nama sebenarnya Chua Tian Chang, menjelaskan bahawa dia telah membeli kenderaan itu pada April tahun lalu selepas kereta Toyota Camry miliknya terlibat dalam kemalangan. "Saya beli kereta Mercedes E-series terpakai. Semasa membelinya, kereta itu sudah berusia lebih 10 tahun dan harganya adalah RM90, 000. Saya dapat pinjaman dari Public Bank dan setiap bulan saya bayar RM1, 368. "Jadi, saya pasti (jumlah) ini adalah sesuatu yang saya mampu. Sebagai seorang ahli parlimen dan pemimpin nasional PKR, saya (diperlukan) membuat perjalanan banyak dan saya memerlukan sebuah kereta yang stabil," katanya.

Sunday, September 18, 2011

MEREKA YANG SEMAKIN TERDESAK....

Sehingga hari ini puak-puak UMNO dan Barisan Nasional semakin terdesak untuk memfitnah Anwar Ibrahim....Semakin hari juga mereka semakin ketandusan isu untuk memfitnah Pakatan Rakyat...Lebih malang lagi buat mereka apabila Najib mengumumkan memansuhkan ISA....Itu telah menyebabkan rumah-rumah terbuka yang di anjurkan oleh ketua-ketua cawangan dan bahagian UMNO tidak dikunjungi oleh rakyat....Malah wad-wad di hospital gila pula telah mula dipenuhi oleh mereka-mereka.....Untuk mendapatkan semula kepercayaan rakyat mereka terpaksa menimbulkan semula cerita lama tetapi dengan skrip yang berbeza iaitu mereka mahu juga mengaitkan Anwar Ibrahim dengan sebuah video seks setelah filem liwat pertama dan kedua mereka tidak mendapat sambutan di kalangan rakyat...Malah filem-filem liwat itu sendiri telah memakan diri mereka sendiri sehingga rakyat bosan dengan tinggkah laku mereka....... Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi enggan mengulas dakwaan penulis blog pro-BN yang mendakwanya terlibat dengan skandal seks. NONEAnggota parlimen Permatang Pauh itu dengan tenang berkata beliau tidak akan melayan soalan sebegitu. "Semua isu berkenaan moral, arak, soal judi, maksiat, kezaliman, fitnah atau mengaibkan orang, saya tidak akan layan atau jawab," katanya. Beliau ditemani isterinya dan juga presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Penulis blog dikenali Papa Gomo pada Sabtu mengancam akan mendedahkan lagi rakaman video yang didakwa melibatkan Anwar yang bertarikh 12 Januari. Penulis itu juga bertanya di mana Anwar berada pada 12 dan 13 Januari lalu.

KEMENANGAN GHAIB

Betul jugak ye....kenapa dengan secara tiba-tiba sahaja Najib boleh bersetuju untuk memansuhkan ISA....pelik bin ajaib bukan....Setelah sekian lama benda ini telah di desak oleh pihak pembangkang baru hari ini ia dilaksankan...Kenapa tidak dahulu.....Apa sebenarnya motif mereka ini...Walauapa pun bagus la ISA tu dimansuhkan...Tetapi bagi aku ia masih lagi bermain di kepala otak aku ni motif ia dimansuhkan.... Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menganggap pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumum Datuk Seri Najib Razak sebagai suatu "kemenangan ghaib". Beliau berkata, perdana menteri itu tentunya tidak akan mengakui hal berkenaan tetapi pastinya ada usaha yang menggerak dan mendesak ke arah itu. "Selama 54 tahun tidak terfikir ISA harus dihakis, tiba-tiba sahaja dapat ilham dan (mereka) harus mengakui kelompok anak muda tidak tahan lagi (dengan ISA). Beliau juga tidak terkejut berikutan keengganan kerajaan mengakui pemansuhan ISA itu disebabkan tekanan berterusan dari pelbagai pihak khususnya anak muda. "Tidak pula diceritakan bahawasanya desakan itulah yang mendorongnya untuk berubah. Kalau tidak ada desakan, saya tidak fikir ia akan mansuh kerana ISA sangat mujarab untuk menekan," katanya. Beliau berkata demikian pada pelancaran antologi sajak Puisi Jadi Senjata yang diterbitkan sehari sebelum himpunan BERSIH 2.0 sebagai tanda sokongan anak muda kepada sasterawan itu. Sinonim dengan gelaran sasterawan rakyat, beliau berharap antalogi puisi itu turut disebar di pedalaman di semua negeri dan tidak hanya berlegar di kawasan kota. Pada majlis pelancaran itu, beliau mengingatkan betapa perubahan regim hanya mampu dilakukan golongan anak muda. "Saya sangat yakin hanya suara muda boleh merubah. Orang tua kebanyakannya sudah bersikap (mengambil pendirian), maksudnya mereka tidak mahu diganggu," katanya. Mengulas lanjut, beliau yakin penerbitan antologi sususan penggiat seni, Fazallah Pit, membuktikan seni bukan hanya hiburan kerana di tangan anak muda, puisi menjadi senjata. "Selama ini seni hanya dianggap hiburan tapi di tangan anak muda, puisi jadi senjata. "Yang berjuang orang lain, yang menyambut kemerdekaan orang lain. Yang berjuang, yang berkuasa orang lain dan kuasa itu berlanjutan sampai 54 tahun. "Sudah waktunya, setidak-tidaknya untuk satu term (penggal) kita berikan kelainan," katanya yang sering berkempen supaya ditumbangkan BN dalam pilihan raya akhir-akhir ini.

Wednesday, September 14, 2011

DAK KELUAR PULAK VIDEO PHONE SEX.....

Memang perangai macam setan la puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ni...Mana tak setannya......Sekarang ni nak fitnah Timbalan Presiden PAS Mat Sabu.....Yang aku peliknya kenapa benda ni tak didedahkan pada awal dahulu iaitu pada tahun 1995 tersebut....Kenapa baru sekarang iaitu 15 tahun selepas benda itu berlaku....Pelik bukan....Sudah terang lagi bersuluh ada udang di sebalik mee ni.....Nampak sangat sebuah rekaan semata....Benda ini mula timbul setelah Mat Sabu mengeluarkan kenyataan yang menggatakan bahawa Mat Indera lah pejuang kemerdekaan sebenar dan fakta tersebut banyak disahkan oleh banyak pihak...Namun UMNO dan Barisan Nasional yang dari dahulu sehingga sekarang tidak boleh menerima hakikat kebenaran tersebut telah mencipta sesuatu yang boleh merosakkan terus nama MAT SABU itu.....Aku cukup marah betul dengan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional nye.....Pantang betul aku.... Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu berkata beliau tidak tahu menahu berhubung rakaman perbualan intim yang dimuat di internet dan diperkatakan di blog dan laman web pro-Umno yang mendakwa melibatkannya dan seorang wanita. mohamad sabu, PAS deputy president"Saya tidak tahu. Saya tidak pernah dengar," katanya ringkas sambil tersenyum ketika diminta mengulas dakwaan terdapat rakaman itu antaranya dan wanita yang dikatakan Normah Abdul Halim. Ditanya sama ada beliau mengenali wanita tersebut, Mohamad (kiri) hanya menjawab beliau tidak beminat melihat rakaman sebegitu. "Video (seks presiden MCA) Soi Lek pun saya tidak tengok. "Saya video-video macam ini memang tidak pernah suka," katanya, sekali gus mengundang ketawa kecil pemberita. scandal mat sabu normahPortal pro-BN Agendadaily pada 10 September melaporkan, bekas naib ketua Pemuda PKR Zahid Md Arip mengaku 'begitu teruja' mendengar dengan teliti detik-detik perbualan itu dan mendakwa ia "amat seiras dengan suara Mat Sabu". Menaikkan syahwat Bagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya. Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994. scandal mat sabu normahBagaimanapun, katanya, beliau tidak berani kata suara wanita itu Normah kerana tidak mengenalinya. Laporan itu menggambarkan "syahdunya" dan boleh menaikkan syahwat suara yang 'bercengkarama' dalam rakaman tersebut - yang didakwa dirakam semasa mereka jalin hubungan pada tahun 1994. Sementara itu, Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor Khalid Samad yang hadir sama dalam sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negara itu menyampuk dengan berkata, isteri Mohamad juga bernama Normah. “Apabila tak boleh lawan dasar (Pakatan Rakyat), ditimbulkan pula isu-isu sebegini,” katanya yang juga anggota parlimen Shah Alam.

Tuesday, September 13, 2011

MASING-MASING DAH MULA BEREBUT....

Ha....sekarang ni dh mula bising dah....masing-masing semua dah mula berebut kerusi...Ini bukan permainan rebut kerusi tetapi rebut kerusi nak bertanding pilihanraya....mana yang dahulu tak pernah nampak batang hidung sekarang dah mula timbul lepak-lepak di kedai kopi belanja satu kedai makan minum....Mana yang dulu tak pernah muncul di majlis-majlis keraian rakyat sekarang duk sibuk bertanya kat mana ada kenduri nak datang....Sekarang ini juga orng yang tidak berkemampuan merasa hidup nya gak mewah sedikit kerana hampir setiap hari ada sahaja yang datang menziarahi dan menghulurkan sumbangan....Masing-masing ingin menunjukkan mereka jaguh rakyat sebenarnya.....HAHAHAHAHAHA..... Meskipun Dewan Rakyat belum dibubarkan bagi membolehkan pilihan raya umum ke-13 diadakan, kebanyakan bakal calon mula mengintai-intai kerusi idaman mereka. Tidak terkecuali berbuat demikian adalah keempat-empat pemimpin utama parti komponen utama BN - MCA, MIC, Gerakan dan PPP yang masih tercari-cari kerusi yang sesuai sekiranya, presiden Umno Datuk Seri Najib Razak yang juga pengerusi BN bercadang mengadakan pilihan raya pada akhir tahun ini. azlanIni kali pertama di mana presiden empat parti komponen BN akan menghadapi pilihan raya umum tanpa status sebagai wakil rakyat, apabila diri mereka dan parti yang diwakili tumbang kepada Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum 2008. Kecuali presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang terpalit dengan skandal seks dan tidak bertanding, tiga yang lain - Presiden Gerakan Tan Sri Koh Tsu Koon, Presiden MIC, Datuk G Palanivel dan presiden PPP Datuk M Kayveas - semuanya tersungkur. Malaysiakini menghubungi tiga penganalisis politik - Ong Kian Ming, James Chin dan Khoo Kay Peng - untuk menilai keempat-empat presiden itu dan mencadangkan kerusi yang sesuai untuk mereka bertanding pada pilihan raya umum akan datang. Dr Chua Soi Lek Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Tanjung Malim (Perak), Tanjung Piai atau Kulai. NONEChua kemungkinan besar akan memilih Kulai, di mana kira-kira 60 peratus daripada pengundinya adalah masyarakat Cina. Johor juga merupakan kubu kuat MCA, dan Chua juga dikatakan mempunyai sokongan asas kuat di sana. Jika menang di Kulai, kedudukan Chua dilihat semakin mantap dan sekaligus menghancurkan sokongan kepada bekas presiden MCA Datuk Seri Ong Ka Ting. Tanjung Malim akan menjadi pilihan keduanya. Ini kerana kerusi separa bandar dengan majoriti pengundi Melayu itu dianggap kawasan selamat, tetapi memerlukan sokongan Umno. Seperti Kulai, kemenangan Chua akan menghancurkan sokongan untuk adik-beradik Ong. Kerusi itu kini dipegang oleh Datuk Seri Ong Ka Chuan iaitu adik Ka Ting. NONEJames Chin: Kemungkinan kerusi - Labis Chua telah memberi bayangan akan kembali ke Labis, tetapi keputusan muktamad di tangan Najib selaku pengerusi BN. Apabila terpalit dengan isu video seks, Chua tidak mempertahankan kerusinya tetapi sebaliknya, menyerahkannya kepada anaknya, Chua Tee Yong. Justeru, lebih mudah bagi beliau mendapatkan kerusi itu semula. Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Labis azlanLabis peluang terbaik Chua, kerana ada kesinambungan dengan anaknya memegang kerusi berkenaan. Anaknya itu, mungkin dipindahkan ke Bakri. Johor dianggap lebih mudah kerana merupakan kubu BN dan beliau juga mempunyai banyak sokongan dari Umno di sana. Untuk cuba nasibnya di Perak, Chua akan perlu menilai penerimaannya oleh ahli-ahli BN di sana, yang harus dikira berdasarkan sokongan akar umbi. Sekalipun Chua tidak bertanding di Labis, Bakri adalah juga kerusi yang yang harus dicubanya untuk dirampas kembali dari DAP. Koh Tsu Koon NONEOng Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam, Segambut Koh kemungkinan besar akan ke Simpang Renggam kerana ia kerusi itu kini dipegang oleh Gerakan. Zaman kegemilangannya di Pulau Pinang sudah berlalu dan tidak bijak baginya cuba meramapas mana-mana kerusi di negeri itu. Kerusi Taiping (Perak) yang ditandingi oleh Gerakan juga dianggap tidak selamat kerana ahli parlimen Nga Kor Ming dari DAP dikatakan terus mantap di sana. NONEKerusi Puchong dan Kuala Lumpur juga dianggap sukar dirampas semula. Segambut mungkin satu pilihan kerana ia merupakan kawasan bandar, tetapi ia juga dianggap kerusi tidak selamat. James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada Masalah Koh bukan untuk memilih kerusi mana yang harus ditandinginya tetapi sama ada beliau berjaya menangkis cubaan mengulingkan kepemimpinannya sekarang. Jika beliau mampu bertahan, beliau boleh memilih kerusi yang dihajatinya. Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Simpang Renggam Di mana Koh akan bertanding, bergantung sama ada beliau akan disingkirkan dari parti itu. Terdapat cubaan untuk menyingkirkan beliau. Gerakan Johor telah meminta beliau untuk bertanding di Simpang Renggam. Kubunya di Pulau Pinang sudah lama tumbang. G Palanivel Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - Kapar, Kota Raja Palanivel juga dalam keadaan yang sukar. Memandangkan tidak ada pemimpin tertinggi MIC yang memiliki sebarang kerusi di Selangor, meskipun negeri itu mempunyai sebahagian besar pengundi India, maka, beliau wajar bertanding di Selangor. Beliau dijangka tidak akan bertanding di Hulu Selangor tetapi dipercayai akan mencuba nasibnya di Subang, Kota Raja atau Kapar. NONEKapar adalah kerusi yang besar dan memerlukan sumber dana yang banyak. Secara amnya, mana-mana tempat dkerusi yang dimiliki oleh PKR, lebih mudah dijadikan sasaran daripada kerusi yang dipegang oleh PAS. Subang pula tidak mudah untuk dirampas kerana ia mempunyai pengundi bandar yang lebih skeptikal. James Chin: Kemungkinan kerusi selamat - tidak ada Palanivel mungkin popular di kalangan MIC, tetapi di luar parti, beliau tidak mempunyai banyak sokongan. Rekod beliau di Selangor juga menggecewakan. Kerusi yang akan ditandinginya akan bergantung kepada pergerakan pengundi dalam daftar pemilih. khoo kay pengKhoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - Hulu Selangor, Sungai Siput Jika keadaan di Selangor baik, beliau akan kembali ke kerusi lamanya di Hulu Selangor. Tetapi saya tidak terlalu pasti jika ia langkah bijak bagi meminta penyandang kerusi itu meninggalkan kawasan berkenaan. Satu lagi tempat yang cukup simbolik adalah Sungai Siput, yang telah sekian lama dikaitkan dengan pusat kuasa MIC. Ini bukan soal menjauhkan dirinya dari bekas Presiden MIC Datuk Seri S Samy Vellu tetapi mengenai pusat kuasa. NONEWalau bagaimanapun, saya tidak jangka Palanivel akan meninggalkan Selangor, yang secara tradisional telah bertanding disitu. BN juga tidak mahu melihat pemimpin mereka untuk melarikan diri dan bersembunyi di kawasan-kawasan yang selamat. Palanivel perlu membuktikan keyakinannya untuk menerajui. M Kayveas Ong Kian Ming: Kemungkinan kerusi - tidak ada kayveas hq pc 050609Berdasarkan pergolakan dalaman PPP, saya tidak fikir beliau akan diberi kerusi untuk bertanding. Di Perak, Umno pasti mahu mengambil semula Grik, dan Gerakan boleh mendapatkan Taiping. Bukan tujuan saya mengatakan bahawa Gerakan mempunyai peluang yang baik, tetapi peluang PPP merampas semula kerusi itu jauh lebih tipis. James Chin: Kemungkinan kerusi - tidak ada PPP terus meminjam kerusi dari parti-parti lain. Jika mereka mahu bertanding, mereka terpaksa mencari pihak yang bersedia untuk 'meminjamkan' kerusi mereka kepada PPP. Khoo Kay Peng: Kemungkinan kerusi - tidak ada najib and barisan nasionalSaya tidak lihat apa-apa faedah untuk BN memperuntukan kerusi untuk PPP. Pilihan raya ini akan sangat sukar untuk Kayveas. Sekalipun sekiranya PPP diberi kerusi, ia mungkin diserahkan kepada calon yang lebih muda. KPI untuk Najib adalah mendapatkan majoriti tidak kurang daripada dua pertiga. Jika gagal, beliau pula dalam perjalanan keluar dari Seri Perdana. Mereka telah menetapkan satu precedent yang amat sukar, dan saya tidak nampak apa-apa ruang untuk Kayveas bagi bertanding.

Saturday, September 10, 2011

MENIPU TIDAK KENA PADA TEMPAT...

Apa punya turr la....Agak-agak la nak menipu tu....Kalau nak menipu sekalipun biar la logik skit....ini nak tipu benda yang boleh dikatakan budak sekolah tadika pun tahu...Mungkin UMNO dan Barisan Nasional yang tidak tahu sejarah dan perlu ambik biasiswa GERAKAN tu.... Pemimpin tertinggi PAS mencemuh pandangan seorang sejarahwan semalam bahawa Malaysia tidak pernah terjajah dan menganggapnya sebagai usaha untuk mengelirukan rakyat. Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, polemik berkenaan ditimbulkan untuk "menipu rakyat" serta mengalih perhatian daripada pendedahan masalah dalam sistem pilihan raya. "Kesannya rakyat ditipu supaya jangan fikir tentang penipuan pilihan raya. "Fikir tentang isu yang sudah 40 tahun, 60 tahun, tidak fikir isu sekarang. Sepatutnya sudah selesai lama," tambahnya. Dakwaan bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah" itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan. Abdul Hadi juga bersetuju dengan pandangan bahawa, polemik berkenaan sengaja ditimbulkan oleh bagi menunjukkan bahawa hanya Umno merupakan pejuang orang Melayu. "Kita mahu orang Melayu jangan ditipu dengan isu yang sudah 60 tahun. "Bagaimana pula dengan isu yang sudah tujuh ratus, lapan ratus tahun semasa Portugis datang tak ada orang yang lawan mereka. "Seolah-olah, yang mula lawan penjajah ini Umno sahaja. "Saya mengaji juga sejarah dulu. Masa itu tak ada Umno, tak ada PAS lagi tapi orang sudah lawan penjajah," katanya lagi dalam sidang media selepas merasmikan Konvensyen Malaysia Negara Berkebajikan: Tawaran PAS di Taman Melewar, Gombak pagi ini. Pandangan itu juga disambut oleh ketua penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang menyifatkan Umno sebagai "hero (filem) Hindustan yang datang lambat." "Dia hendak (raih publisiti) dan isytihar bahawa dia yang tewaskan penjajah," katanya. Tambahnya, ahli akademik yang giat mengutarakan pandangan berhubung isu Mat Indera dalam tragedi Bukit Kepong sepatutnya membantu rakyat untuk memahami perkara itu. Dakwaan bahawa Tanah Melayu "tidak pernah terjajah" itu dikemukakan sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling yang berpandangan bahawa British sebaliknya hanya memberi perlindungan atau naungan. Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim berkata implikasi daripada dakwaan itu bukanlah perkara kecil. "Setelah kita terima 54 tahun gagasan konsep (kemerdekaan) kita, bila ahli akademik timbulkan keraguan, maknanya seluruh silibus sejarah terpaksa diubah seluruhna. "Dan semua kajian yang dapat (ijazah) kedoktoran dan sarjana itu kena batal semuanya sebab salah," katanya yang menambah, Umno juga telah ditipu berhubung sambutan kemerdekaan itu. Dalam sidang media sama, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali berpandangan sambutan Hari Kemerdekaan pada 16 September tidak perlu diadakan sekiranya kerajaan tidak mengiktiraf bahawa Malaysia pernah terjajah.