Seperti yang kita tahu setiap kali majlis yang dianjurkan oleh Pakatan Rakyat pasti akan ada SB yang menjaga nya.Anda mungkin tidak perasan.Barangkali orang yang berada di sebelah anda ketika mendengar ceramah dan melaungkan takbir bersama anda adalah seorang SB.Tugas SB tidak mati di situ sahaja.Seorang SB juga turut di tugaskan untuk melakukan BRAINWASH kepada tahanan-tahanan mereka.Ini adalah kebiasaan bagi mereka yang ditangkap di bawah ISA mahupun EO.Tapi kali ini SB telah gagal untuk melakukan brainwash kepada 6 orang tahanan EO ini.Layaklah 6 orang tahanan EO diangkat sebagai wira rakyat....
Walaupun disoalsiasat berjam-jam setiap hari, namun pegawai Cawangan Khas (SB) gagal mempengaruhi tahanan EO yang baru dibebaskan, Choo Chon Kai, supaya meninggalkan perjuangannya.
NONESebaliknya, dalam banyak sesi tersebut sepanjang sebulan
ditahan, ahli jawatankuasa PSM yang berusia 33 tahun itu - yang dibebaskan Jumaat lalu - lebih komited kepada perjuangan untuk Malaysia yang adil dan demokratik.
"Tidak ada (penderaan) fizikal... hanya kaedah 'brainwash' untuk melumpuhkan semangat saya. Mereka menyentuh butiran terperinci mengenai kehidupan saya," kata Choo, ketika ditemuramah Malaysiakini selepas dia dibebaskan.
Katanya, pegawai polis cuba meyakinkannya supaya meninggalkan perjuangannya, tetapi ia membuat dirinya semakin kuat dalam mempercayainya dirinya.
Menurut Choo, mereka bertanya maklumat ketika dia bersama pertubuhan hak asasi manusia - Suaram - beberapa tahun lalu, dan juga selepas dia menyertai PSM pada tahun 2005.
Choo bersama-sama dengan lima lagi rakannya dari PSM ditahan ketika kempen 'Udahlah BN, Bersaralah' di Pulau Pinang pada 25 Jun.
Seminggu kemudian, keenam-enam mereka ditahan di bawah Ordinan Darurat, yang membenarkan tahanan tanpa bicara.
Kesemua mereka dibebaskan Jumaat lalu, selepas ditahan selama 28 hari.
Menurut Choo, polis juga menyoalsiasat mengenai kunjungnnya ke Bangkok.
PERHATIAN!!!...UNTUK PESERTA BLACK505....PADANG MERBOK KL 22.6.2013
-
TEMPAT BERKUMPUL BLACK505....
1) Brickfields- Nurul Izzah (Warga Aman / PSM)
2) Masjid Negara – YB Khalid, YB Azmin (Jihad Utk Keadilan / Niat)
3) Jalan ...
4 minutes ago







