ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Thursday, June 30, 2011

BALACI UMNO YANG DAH KECUT TELUR....

Pihak berkuasa dikatakan semakin terdesak kerana rakyat terus berkeras mahu menghadiri perhimpunan BERSIH 2.0 pada 9 Julai ini bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini meskipun terus dihambat.Dalam usaha terbaru, Suruhajaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) melancarkan kempen media bagi melabelkan perhimpunan itu sebagai sesuatu yang haram.

Sehubungan itu juga, semua stesen televisyen dan radio diwajibkan menghantar laporan harian mengenai liputan mereka. Antaranya, mereka diarah menyatakan jumlah berita dan kandungannya dalam laporan mereka berhubung BERSIH.Semalam, SKMM juga mengarahkan perwakilan daripada 22 media elektronik dan telekomunikasi untuk menghadiri seminar sehari bertajuk “Seminar Kawal Selia Kandungan 2011" di auditoriumnya di Cyberjaya.

Menurut surat SKMM yang diedarkan kepada semua media elektronik itu, dengan sesalinannya diperolehi Malaysiakini, tujuan seminar itu “mengenai pematuhan kepada syarat-syarat lesen serta lain-lain peruntukan yang relevan.”Menurut beberapa editor yang tidak mahu identiti mereka didedahkan, mereka diarahkan supaya tidak merujuk perhimpunan 9 Julai itu sebagai “perhimpunan BERSIH” tetapi sebagai “perhimpunan haram” dalam semua liputan berita serta tidak menggalakkan orang ramai menyertainya.

Selain itu, jika polis menggunakan kekerasan ke atas rakyat yang berhimpun, rakaman visual perbuatan itu dilarang sama sekali daripada disiarkan.Sebaliknya, laporan media elektronik perlu memberi tumpuan kepada kesukaran dan ketidak-selesaan yang dihadapi rakyat akibat perhimpunan itu, termasuk orang ramai merusuh, harta benda dimusnahkan dan kesesakan lalu lintas yang teruk.

Wednesday, June 15, 2011

FACEBBOK BERHARGA RM 1.8B...

Lu orang tau apa itu FACEBOOK? Mesti Lu orang tau punya kan.Kebanyakkan rakyat Malaysia pada hari ini rata-rata ada FACEBOOK terutama anak-anak muada. Jarang sekali kita dengar pada hari ini mereka yang tidak mempunyai akaun FACEBOOK. Tidak kira la tua ke muda ke hatta anak-anak kecil yang baru lahir pun ada FACEBOOK.

Tapi kali ini memiliki atau tidak memiliki FACEBOOK yang ingin di bicarakan. Cuma apa yang hendak diperkatakan disini ialah soal kewangan. Mungkin lu orang semua ada rasa janggal di sini. Ye la apa kaitan FACEBOOK dengan kewangan pulak kan. Rata-rata orang kita pada hari ini tidak kira la orang UMNO atau orang PAKATAN RAKYAT sekalipun menjadi FACEBOOK salah satu laman social untuk mereka.

Gua sendiri pun ada FACEBOOK. Tapi FACEBOOK yang gua ada ini Gua buat free beb.Orang UMNO pun kalo tanye diorang pun mereka akan kata kan free je buat FACEBOOK ni. Entah macam mane la kan ada sebuah negara yang disebut-sebut bakal membangun itu pada tahun 2020 itu telah mengadakan satu FACEBOOK khas untuk kerajaan tersebut. Tak salah ada FACEBOOK. Tapi yang menghairan disini kenapa FACEBOOK yang Gua buat tu free tapi kerajaan ni punya FACEBOOK ad harga pulak tu.

Harga kalau setakat RM 1 atau pun RM 2 tu mungkin munasabah. Tapi harga untuk sebuah FACEBOOK tersebut mencecah sampai RM 1.8 BILLION. Logik tak logic ni? Itu RM 1.8 B tadi itu ialah harga untuk sebuah FACEBOOK. Ape ke gile kerajaan ini?

Kaya betul kerajaan ini.Gua rase kerjaan terpaksa naik kan harga letrik dan petrol untuk bayar FACEBOOK ini kot.Tapi Gua rase AHLI PARLIMEN KLANG ada butiran mengenai FACEBOOK yang berharga RM 1.8 B ini.Lu orang boleh pergi Tanya sama dia.

Monday, June 13, 2011

UCAPAN TAHNIAH PAS KEPADA AKP...

PAS mengucapkan tahniah kepada AK Parti berikutan kejayaannya memenangi pilihan raya Turki kali ketiga berturut-turut.Ucapan tahniah itu disampaikan oleh delegasi PAS yang menjadi pemerhati dalam pilihan raya ini dengan menghantar jambangan bunga kepada pejabat Parti AK di Istanbul.

Ia diterima oleh Dr Omar Faruk Kalayci, naib pengerusi AKP Istanbul yang menjaga hal elwal luar AKP.Bunga dan kad ucapan tahniah itu disampaikan oleh lima delegasi PAS yang diketuai oleh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Taufek Abdul Ghani.Turut serta ke pejabat AKP Istanbul hari ini adalah Onn Jaafar (Johor), Ustaz Abdul Rahman Yunus dan Ustaz Baihaki Atiqullah (Kelantan). Ketua Pengarang Harakahdaily, Zulkifli Sulong, turut serta dalam rombongan ini.

Kelima-lima mereka tiba di Turki 9 Jun lalu bersama lima lagi anggota rombongan pemerhati dari Malaysia untuk menyaksikan perjalanan pilihan raya Turki yang berlangsung 12 Jun.Lima lagi delegasi adalah Dr Mariah Mahmud (anggota Parlimen Kota Raja yang juga Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS) dan Nasir Mustafa (Adun Kubang Rotan, Kedah) dari PAS.Turut serta tiga pemimpin PKR Nurul Izzah Anwar (naib presiden PKR), Saifudin Nasution Ismail (Setiausaha Agung PKR) dan Datuk Johari Abdul (ahli MPT PKR).Kelima-lima mereka berlepas pulang ke Malaysia hari ini. 10 delegasi ini dilayan sebagai tetamu AKP sepanjang berada di negara ini.

Sembilan anggota mengikuti perjalanan pilihan raya di Istanbul manakala Nurul Izzah ke Batman, untuk melihat perjalanan pilihan raya di sana.Perjalanan pilihan raya di Istanbul lebih aman dan tiada kejadian ganas berlaku namun lain pula di Batman, dimana menteri Turki yang mengiringi Nurul Izzah terpaksa menaiki kereta berperisai untuk melihat kawasan pilihan raya. Dalam pilihanraya Turki 12 Jun, AKP menang untuk tiga kali berturut-turut dan memecahkan rekod pilihan raya Turki apabila menjadi satu-satunya parti politik yang menang pilihan raya tiga kali berturut-turut dengan meningkatkan peratusan undinya pada setiap kali pilihan raya.

AKP, pecahan dari Parti Refah, dibentuk pada tahun 2001 dan mulai menyertai pilihan raya 16 bulan kemudiannya iaitu pada tahun 2002.Presiden AKP Rejjab Toyyib Erdogan menjadi Perdana Menteri manakala seorang lagi pemimpin AKP, Abdullah Gul menjadi Presiden Turki.Dalam pilihan raya pertamanya iaitu pada tahun 2002, AKP hanya menang 34 peratus undi popular dan terpaksa bekerjasama dengan parti lain membentuk kerajaan Turki.

Dalam pilihan raya 2007, AKP menang dengan 47 peratus undi dan berjaya membentuk kerajaan sendiri tanpa perlu bekerjasama dengan lain-lain parti.Kali ini, AKP menang dengan lebih cemerlang apabila mendapat 49.9 peratus undi dan mendapat 326 kerusi dalam parlimen Turki.Namun begitu, hasrat AKP untuk menang dua pertiga tidak tercapai lagi dalam pilihan raya ini.

Dalam kempennya, AKP mensasarkan dua pertiga untuk membolehkan mereka membentuk perlembagaan baru dari orang awam untuk Turki. Ini kerana, perlembagaan yang ada adalah dibentuk oleh tentera.Ekoran itu, walaupun memerintah lebih 10 tahun, kerajaan Turki pimpinan AKP tidak bebas kerana sentiasa sahaja dikongkong oleh tentera.Menurut sistem pilihan raya di Turki, AKP perlu menang sekurang-kurangnya 330 kerusi parlimen untuk membina perlembagaan baru tetapi satu referandum diperlukan untuk mengesahkannya.

Jika AKP berjaya mendapat lebih dari 367 kerusi, perlembagaan baru boleh dibentuk tanpa perlukan referandum lagi kerana sokongan ahli Parlimen sudah memadai.Dalam pilihan raya ini, CHP mendapat 25.9 peratus undi popular dan 135 kerusi, MHP mendapat 13 peratus undi dengan 54 kerusi manakala calon-calon bebas mendapat 6.6 peratus dengan 36 kerusi.Sejak menang pilihan raya 2002 lagi, Turki berusaha untuk memasuki EU dengan harapan Turki akan ditekan supaya amalan demokrasi di Turki lebih terbuka.

Ini kerana, EU mengenakan syarat yang ketat untuk membolehkan sesebuah negara menyertainya. Antara syarat utamanya adalah amalan demokrasi.Namun begitu sehingga kini hanya rundingan demi rundingan sahaja dibuat dan masih belum mendapat penerimaan penuh dari EU. Antara halangan utamanya adalah agama Islam yang menjadi anutan rakyat Turki disamping AKP yang dikatakan berbau Islam.Sebahagian dari Turki termasuk dalam benua Eropah iaitu di Istanbul namun sebahagian besar negaranya termasuk dalam benua Asia.Bagi AKP, dengan cara kempen untuk memasuki EU, pihaknya boleh menekan tentera khasnya, agar membebaskan rakyat Turki dari pelbagai kongkongan.

Antaranya, sebelum ini wanita Turki tidak boleh memakai tudung kepala semasa di universiti bahkan juga dalam majlis-majlis rasmi padahal hak berpakaian adalah hak individu dalam sistem demokrasi.Pada permulaan Erdogan menjadi perdana menteri, beliau tidak boleh membawa isterinya, Emin, untuk menyertai majlis-majlis rasmi kerana Emin tidak mahu membuang tudung kepalanya.Namun, selepas pilihan raya 2007, pindaan perlembagaan berjaya dibuat dan sekatan berpakaian sebegitu tidak lagi membelenggu rakyat Turki.

Di bandaraya Istanbul, ramai wanita-wanitanya memakai tudung kepala bahkan tudung atau skaf Turki adalah antara cenderamata popular yang dibeli bagi mereka yang berkunjung ke negara itu.steri Erdogan juga turut serta meraikan kejayaan AKP ketika keputusan pilihan raya diumumkan semalam dengan keluar bersama suaminya dalam keadaan memakai tudung lengkap sebagai seorang wanita Islam.

Sunday, June 12, 2011

BARISAN KEPIMPINAN PAS TERKINI...

Presiden : YB TG Hj Hadi Awang
Timbalan Presiden : Hj Mohamad Sabu
Naib Presiden : YB Salahuddin Ayub
YB Husam Musa
YB Mahfuz Omar
Setiausaha Agung : Hj Mustafa Ali
Bendahati Agung : Ust Abdul Halim Abdul Rahman
Ketua Penerangan : Ust Tuan Ibrahim Tuan Man
Pengarah Pilihanraya : YB Dr. Mohd Hatta Ramli
Ketua Dewan Ulama' : YB Ustaz Harun Taib
Ketua Dewan Pemuda : Ust Nasharudin Hasan
Ketua Dewan Muslimat : YB Siti Zailah Mohd Yusuf
Penolong Setiausaha : YB Takiyuddin Hassan
YB Dr. Syed Azman
Ahmad Sabki Yusuf
AJK PAS Pusat : Mazlan Aliman
YB Kamarudin Jaffar
Hj Hanipa Maidin
YB Dr. Dzulkefly Ahmad
YB Dr. Mujahid Yusof Rawa
YB Ir. Khalid Abd Samad
Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin
YB Ir. Amiruddin Hamzah
YB Abdul Wahid Endut
Ustaz Abu Bakar Chik
YB Ustaz Mohd Amar Abdullah
Dr. Mahfodz Mohamed
YB Dr. Siti Mariah Mahmud
YB Dr. Hassan Ali, YB Dr
Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman
YAB Ustaz Azizan Abdul Razak
Ustazah Nuridah Salleh
AJK Tambahan : YB Nasharudin Mat Isa
Ust Idris Ahmad
Hj Asmuni Awi
Hj Anuar Tahir
YB Hj Nizar Jamaluddin
HJ Zulkefly
Mohammad Omar
Abang Ahmad Kerdee Masagus

Pesuruhjaya PAS Negeri
Terengganu : YB Abdul Wahid Endut (b)
Negeri Sembilan : YB Mohd Taufek Abdul Ghani (b)
Selangor : YB Dr Abd Rani Osman (b)
Melaka : Adly Zahari (b)
Sabah : Aminuddin Halim (b)
Kelantan : Tuan Guru Nik Abdul Aziz
Pahang : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man
Johor : Dr Mahfodz Mohamed
Perak : Ust Abu Bakar Husin
Kedah : Ustaz Azizan Abdul Razak
P.Pinang : Ust Salleh Man
Perlis : Ust Hashim Jasin
Wilayah Persekutuan : Ust Mohd Noor Mohamad
Sarawak : Ust Adam Ahid

Saturday, June 11, 2011

NAJIB TAU KE PASAL KEBAJIKAN NI...

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, perdana menteri sebenarnya tidak faham konsep 'negara berkebajikan', apabila mendakwa PAS mahu meniru BN.Tegasnya, negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS jauh berbeza dengan apa yang didakwa oleh Umno BN bahawa mereka sudah mengamalkannya sejak sekian lama.

Malah PAS tidak pernah menganggap Umno BN mengamalkan konsep itu dengan tekanan ekonomi termasuk kenaikan harga barang dan pengurangan subsidi yang terpaksa ditanggung rakyat.Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Najib semalam yang mendakwa konsep negara berkebajikan PAS cuba meniru apa yang telah dibuat BN.

Ditanya apa beza negara berkebajikan PAS dan Umno BN, Abdul Hadi berkata negara berkebajikan PAS adalah mengikut acuan al-Quran dan Hadis.Ianya termasuk bebas rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta tidak menzalimi rakyat.

Sebelum ini beliau juga menjelaskan konsep negara berkebajikan yang mahu dilaksanakan PAS menitikberatkan soal halal haram yang juga tidak ada dalam pengamalan Umno BN.Sehubungan itu juga beliau memaklumkan akan menulis satu buku khusus menjelaskan konsep yang mahu dibawa PAS itu.

Sementara itu, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta mengulas perkara sama berkata, Najib terbukti 'tidak nyenyak tidur' dengan pendekatan negara berkebajikan yang mahu diperkenal PAS.Tegasnya, Umno menyedari mereka berdepan laluan sukar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 nanti apabila PAS menawarkan konsep negara berkebajikan itu.

Thursday, June 9, 2011

UNTUNG BESAR PETRONAS...

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) berharap Kerajaan Persekutuan tidak melupakan hak Kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk menerima royalti ekoran keuntungan besar yang diperolehi.Sehubungan itu, ketuanya, Nasrudin Hassan at-Tantawi mengucapkan tahniah kepada pihak pengurusan dan kakitangan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) yang berjaya melonjakkan hasil pendapatan syarikat itu sebanyak 14.4 peratus iaitu kenaikan dari RM210.8 bilion tahun sebelumnya kepada RM241.2 bilion bagi tahun lepas yang berakhir 31 Mac baru-baru ini.

Petronas berjaya mencatatkan keuntungan kasar sebanyak RM97.8 bilion dan keuntungan bersihnya meningkat kepada RM63.01 bilion, iaitu peningkatan sebanyak 38.5 peratus berbanding RM45.49 bilion yang diraih pada tahun 2009.Katanya, antara kelainan Petronas yang dapat dilihat berbanding GLC lain adalah penglibatan lebih ramai anak-anak muda yang diberikan peluang menyertai syarikat ini dan kesungguhan mereka untuk belajar lebih cepat di dalam industri petroleum.

Menurutnya, Petronas berjaya membuktikan bahawa anak-anak Melayu mampu ke depan sebagai kumpulan profesional dan berdaya saing.Beliau turut mengucap tahniah kepada anak-anak muda Petronas bermula dari mereka yang bekerja di pelantar hinggalah ke menara KLCC yang telah membawa banyak perubahan kepada syarikat gergasi negara ini.Petronas turut mengumumkan pemberian dividen sebanyak RM30 bilion kepada kerajaan sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Walaubagaimanapun, ujarnya DPPP berharap agar Petronas tidak terikat dengan jumlah itu kerana sepatutnya kadar dividen yang disalurkan itu dikira berdasarkan nisbah peratus keuntungan bukan secara tetap RM30 bilion setahun.Katanya, kerajaan harus menerima hakikat bahawa graf keuntungan Petronas ada masa turun naiknya, jadi perlulah pengkadaran nisbah peratus keuntungan dibuat bagi setiap dividen tahunan yang ingin disalurkan kepada kerajaan bagi memastikan syarikat berkenaan dapat beroperasi dengan dana yang mencukupi.

Tambahnya, DPPP juga berharap agar Kerajaan Persekutuan tidak melupakan hak Kerajaan Kelantan dan Terengganu untuk menerima royalti.Beliau berkata, DPPP juga yakin jumlah keuntungan Petronas ini dapat ditingkatkan melebihi RM100 bilion jika pendaratan minyak Kelantan dibuat dinegeri itu dan bukannya melalui negara Thailand yang menyebabkan Petronas terpaksa membayar sejumlah royalti kepada negara berkenaan.Katanya, begitulah nasib Kelantan dan Petronas akibat dari hasad dengki pemimpin politik dalam BN yang kecewa kerana masih gagal merampas negeri berkenaan kerana dendam politik, wang negara dibazirkan.

Tambahnya, tiada sebab harga minyak perlu dinaikkan lagi kerana keuntungan yang diperolehi terus meningkat.Ini, katanya menandakan bahawa tiadanya bebanan kos di luar kemampuan dan pihak Kerajaan masih mampu menstabilkan harga minyak.Malah, ujarnya jumlah dividen RM30 bilion Petronas itu belum dicampur lagi dengan cukai yang dikenakan kerajaan kepada syarikat ini dan syarikat minyak lain seperti Shell, Caltex, BP dan Exxon Mobil.

Di samping itu, DPPP juga berharap agar Petronas turut mempeluaskan penajaan mereka bagi aktiviti sukan dan kemasyarakatan dalam negara.

Wednesday, June 8, 2011

TOL LA PULAK....

Bukan sekadar perjanjian pembelian tenaga (PPA) antara Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan pengeluar tenaga bebas (IPP), malah perjanjian konsesi tol juga akan dituntut supaya didedahkan, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.Sudah dua kali kerajaan berjanji hendak mendedahkan perjanjian konsesi tol. Pada Februari 2007, Menteri Kerja Raya pada masa itu, (Datuk Seri S) Samy Vellu mendakwa, kerajaan akan menerbitkan semua dokumen perjanjian konsesi tol bagi tatapan umum kononnya supaya orang ramai mengetahui keadaan sebenar sekali gus mengelakkan persoalan mengenai ketidaktelusan dalam isu tersebut.

Pada November 2008 pula, Datuk Ir Mohd Zin Mohamed yang menjadi Menteri Kerja Raya pada masa itu pula mendakwa kesemua 22 syarikat konsesi lebuh raya di seluruh negara kecuali Maju Expressway yang mengendalikan Lebuh Raya Kuala Lumpur- Putrajaya, bersetuju untuk mendedahkan kepada umum perjanjian konsesi antara kerajaan dengan syarikat terbabit kepada umum.Beliau juga mendakwa perkara itu mendapat persetujuan kabinet dalam mesyuaratnya pada 17 Oktober 2008 kononnya untuk menangkis dakwaan banyak pihak yang menyifatkan perjanjian itu berat sebelah yang lebih menguntungkan pemegang konsesi tol.

Bagaimanapun, kata Salahuddin, kesemua dakwaan itu tidak pernah menjadi kenyataan dan rakyat terus terbeban dengan tekanan bayaran tol yang ternyata sangat membebankan mereka.ika Barisan Nasional (BN) menang lagi, kita menjangka bayaran tol akan meningkat dengan banyaknya di samping peningkatan harga minyak termasuk RON95, harga barang termasuk makanan akan bertambah, cukai barang dan perkhidmatan (GST) akan dikenakan dan pelbagai subsidi akan ditarik balik tanpa belas kasihan kepada rakyat.

Sebab itulah, apabila ada timbalan menteri yang mendakwa perjanjian pembelian tenaga boleh didedahkan kepada Ahli Dewan Rakyat, kita mahu rakyat menuntut kerajaan menunaikan dahulu janji untuk mendedahkan perjanjian konsesi tol kepada mereka.Beliau juga berharap lebih banyak pihak menuntut perjanjian konsesi tol itu didedahkan sehingga kerajaan tidak ada pilihan lain selain mendedahkan.

Jika rakyat tidak bersungguh-sungguh menuntut beramai-ramai, kita bimbang ia akan terjadi seperti perjanjian konsesi Syabas (Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd).Pada Jun 2010, Mahkamah Tinggi memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi itu tetapi pada Februari 2011, tetapi akhirnya mahkamah rayuan memutuskan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dan 13 pihak lain tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengakses laporan audit dan perjanjian konsesi Syabas itu.Lantaran itulah, Salahuddin yakin perkara itu hanya akan boleh diselesaikan dengan tuntutan beramai-ramai yang bersungguh-sunguh dari rakyat.

Tuesday, June 7, 2011

PEMUDA BAKAL TAWAN PUTRAJAYA...

Pemuda PAS Kelantan kini mempergiatkan usaha mendaftar anak-anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih bagi mencapai matlamat melangkah ke Putrajaya.Ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman berkata, tanpa ada usaha secara serius sasaran menguasai Putrajaya tidak akan menjadi kenyataan.

Oleh itu katanya golongan muda perlu diberi kesedaran bagi membolehkan mereka menggunakan peluang yang berbaki sekarang mendaftar sebagai pemilih.Peluang yang ada sekarang perlu direbut anak muda yang belum berdaftar sebagai pemilih. Tanpa disenarai sebagai pemilih mereka tidak mampu melaksanakan tanggungjawab besar menafikan kuasa politik Barisan Nasional (BN) sekarang.

Menurutnya pendaftaran perlu dibuat segera bagi membolehkan anak muda melaksanakan tanggungjawab demi masa depan mereka.Anak muda yang mencecah umur 21 tahun hendaklah beramai-ramai mendaftar sebagai pemilih. Mereka menjadi penentu masa depan negara.Kata beliau sekiranya pilihan raya umum ke-13 diadakan hujung tahun ini, pengundi baru masih berpeluang mengundi memandangkan proses pendaftaran sebagai pemilih dijangka selesai dalam tempoh enam bulan.

Beliau yang juga Adun Mengkebang berharap jentera Pemuda di setiap kawasan memikul tanggungjawab bagi menyedarkan anak muda yang belum berdaftar.Abdul Latiff juga bimbang usaha pihak tertentu menggunakan jentera kerajaan bagi mendaftar warga asing sebagai pemilih seperti yang dibongkar di Selangor baru-baru ini.

NAJIB TERDESAK...PINANG ANAK GUNA DUIT RAKYAT???

Penggunaan duit rakyat atau dana awam bagi membiayai lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ketika merisik perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Najib Razak di Kazakhstan adalah salah dari segi moral, kata ahli parlimen Kuala Selangor, Dzulkefly Ahmad.Tindakan Najib ini tidak ada kelas langsung iaitu menggunakan wang kerajaan dan rakyat untuk urusan peribadi.

Ini pula bukan pertama kali. Semasa anaknya menerima ijazah di Universiti Georgetown, Washington, Amerika dia dan keluarga juga ke sana dengan program rasmi kerajaan.Menurut pemimpin PAS itu, tidak menjadi kesalahan bagi perdana menteri merisik perkahwinan anaknya di Kazakhstan tetapi Najib sepatutnya mengambil cuti rasmi dan tidak membelanjakan dana awam.Nooryana Najwa dijadualkan berkahwin dengan seorang pembesar kerajaan Kazakhstan.

Dalam sejarah Islam, kata Dzulkefly, Khalifah Umar Abdul Aziz pernah mempunyai dua batang lilin berlainan yang ditempatkan di sisi katilnya.Jika baginda dikejutkan pada waktu malam kerana urusan rakyat, Khalifah Umar akan menyalakan lilin yang dibeli dari dana awam. Sebaliknya jika dikejutkan oleh kawan-kawan atau ahli keluarganya untuk membincangkan hal peribadi, baginda menggunakan lilin yang dibeli melalui wangnya sendiri.

Menurut beliau jika Najib dan isterinya, Datin Seri Rosnah Mansor benar-benar bertanggungjawab, mereka berdua akan menyusun jadual cutinya untuk kepentingan keluarga dan peribadinya bukannya mengambil kesempatan atas urusan kerajaan.Sebelum ini, di Dewan Rakyat pernah dibangkitkan perbelanjaan besar yang dibuat oleh Rosmah.

Sementara itu, ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad meminta Najib supaya telus dan tidak mengambil kesempatan di atas urusan rasmi untuk sebarang urusan peribadi apatah lagi apabila menggunakan wang kerajaan yang juga wang rakyat.

ISA MENGGANAS LAGI...

Satu lagi tangkapan dicatatkan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) menjadikan jumlah yang menjadi mangsa kezaliman undang-undang tanpa perbicaraan itu seramai sembilan orang tahun tahun ini.Menurut Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Abdul Haris Syhuhadi, 63, ditangkap pada petang Ahad di rumahnya di Klang, Selangor. Beliau didakwa terbabit dengan “aktiviti keganasan”.

GMI dalam satu kenyataan media berkata NGO berkenaan mengetahui tangkapan itu selepas dimaklumkan oleh ahli keluarga mangsa.Abdul Haris ditangkap di rumahnya di Kampung Batu Belah, Klang. Kami diberitahu bahawa beliau adalah seorang peniaga kecil yang menjual tudung, selendang dan jubah.

Beliau juga mahu kerajaan membenarkan peguam dan ahli keluarganya melawat Abdul Haris pada kadar segera, sambil menambah penggunaan ISA ke atas lelaki itu adalah bercanggahan dengan hak asasi manusia, keadilan dan salah guna kuasa.GMI menghargai keselamatan negara yang perlu diutamakan tetapi hak bagi mendapatkan perbicaraan yang adil juga tidak harus diketepikan tanpa sebarang asas... Kami gesa kerajaan untuk membicarakan mangsa di mahkamah terbuka. Jika tidak beliau perlu dibebaskan tanpa lenggah lagi ataupun sebarang syarat.

Monday, June 6, 2011

UMNO MAIN WAYANG...

Ahli DAP Lembah Kinrara yang disertai oleh orang Melayu menafikan mereka keluar parti itu dan menyertai Umno.Menurut pengerusi baru DAP cawangan itu, Azhar Shapawi , hanya beberapa orang sahaja iaitu keluarga dan rakan terdekat bekas pengerusi DAP cawangan Lembah Kinrara, Pak Harun bin Abdul Wahab yang menyertai Umno.

Mengikut siasatan beliau, hanya beberapa ahli sahaja yang menjejaki Pak Harun untuk menyertai Umno, iaitu keluarga dan beberapa kawan terdekatnya, tetapi kami yang lain masih kekal keahlian kami di dalam DAP.Selepas berita tentang Pak Harun keluar daripada DAP disebarkan, ia sebaliknya telah menarik lebih ramai orang kampung di Lembah Kinrara untuk menyertai DAP, katanya.

Ini menunjukkan ramai orang kampung memang tidak setuju dengan pendirian bekas pengerusi Cawangan Lembah Kinrara ini. Ramai orang Melayu di Kg Lembah Kinrara memang tidak ada masalah dengan YB Teresa Kok dan juga DAP, dakwa beliau.
Mengikut laporan akhbar, Pak Harun berkata tidak ada sebarang peruntukan diberikan kepada Kampung Lembah Kinrara dan YB Teresa Kok tidak memberi bantuan kepada orang kampung.

Menurut Azhar, Di antara program yang Teresa Kok pernah anjurkan untuk orang Kg Lembah Kinrara termasuk:-

* 1. Majlis Berbuka puasa di Kg Lembah Kinrara

* 2. Sambutan Hari Raya dan sumbangan kepada warga emas dan orang-orang miskin

* 3. Sumbangan buku latihan sekolah(600 naskah buku) sempena program ‘ Back to School’

* 4. Seminar Keusahawanan untuk orang Melayu dari Kg Lembah Kinrara dan Puchong di Bukit Jalil Golf Club

* 5. Tuisyen Percuma kepada pelajar SPM di Lembah Kinrara

* 6. Bantuan Skim Mikrokredit untuk peniaga kecilan (11 orang daripada Kg Lembah Kinrara mendapat bantuan ini termasuk Harun sendiri

* 7. Sumbangan kepada ibu-ibu tunggal sempena Hari Ibu

Selain daripada program di atas, katanya, Teresa Kok juga telah membaikpulih longkang yang telah roboh di Kg Lembah Kinrara demi mengelakkan banjir.