ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Friday, May 27, 2011

TARIF ELEKTRIK SAH NAIK...KERAJAAN UMNO/BN TIPU RAKYAT

Majlis Ekonomi Negara (NEC) hari ini meluluskan kenaikan dalam tarif elektrik tetapi butirannya hanya akan diumumkan Isnin depan.NEC yang bermesyuarat di Putrajaya hari ini dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan dihadiri oleh beberapa anggota jemaah menteri.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dijadualkan mengadakan sidang media pada jam 4 petang Isnin bagi membuat pengumuman rasmi.Sejak beberapa minggu lalu, anggota jemaah menteri berulang-kali mengingatkan rakyat supaya bersedia menghadapi kenaikan tarif elektrik dalam usaha kerajaan mengurangkan subsidi negara.

Pada Rabu lalu, kabinet menangguhkan keputusan untuk menaikkan harga bahan api kerana bimbang tindakan itu akan menimbulkan kemarahan rakyat.Sepanjang 18 bulan lalu, kerajaan telah meningkatkan harga gula lebih 58 peratus dan membenarkan harga petrol RON97 mencatatkan paras tertingginya pada RM2.90 seliter.

Thursday, May 26, 2011

BN GAGAL BANTU OKU...

Kerajaan BN ternyata gagal melaksanakan tanggungjawabnya terhadap orang kelainan upaya (OKU) sehingga menyebabkan golongan itu masih gagal mencapai kecemerlangan dalam hidup.Realiti itu menyebabkan golongan kelainan upaya di tanah air masih mengalami kerumitan untuk mendapatkan pekerjaan kerana tidak diberikan peluang oleh pelbagai pihak, walaupun mereka juga mempunyai kebolehan tertentu.

Pesuruhjaya Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), Profesor Datuk Dr Mahmood Zuhdi Abd Majid berkata, sehingga kini penerimaan masyarakat terhadap golongan OKU masih agak mendukacitakan, sehingga mereka hanya dianggap sebagai golongan yang hanya layak diberikan simpati.Menurut beliau, disebabkan anggapan itu, golongan OKU masih tidak diberikan tempat yang sewajarnya untuk menjawat jawatan dan melakukan pekerjaan tertentu oleh pelbagai pihak terutama oleh syarikat-syarikat perniagaan dan tokoh-tokoh korporat.

Katanya, sedangkan golongan OKU tidak sepatutnya dianggap sedemikian, sebaliknya perlu diberikan peranan seperti golongan normal juga.Sidang akhbar itu diadakan susulan majlis perbincangan meja bulat mengenai isu berkaitan orang kelainan upaya bersama pihak berkuasa tempatan di negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur serta kumpulan OKU anjuran Suhakam, bermula jam 9.30 pagi hingga 2.00 petang ini.

Menurut Mahmood, untuk mengubah perspeksi masyarakat berhubung perkara itu sememangnya rumit dan ia memerlukan usaha yang bersungguh-sungguh bagi memberikan penerangan kepada pelbagai pihak.Sebelum itu, seorang pembentang kertas kerja pada perbincangan meja bulat itu, Presiden Persatuan Orang Cacat Malaysia, Datuk Mah Hassan turut meluahkan rasa tidak puas hatinya dengan kelemahan Kerajaan BN dalam membantu mempertingkatkan pencapaian OKU.

Sebelum itu, seorang lagi Pesuruhjaya Suhakam, Datuk Profesor Khaw Lake Tee dalam sesi perbincangan itu menjelaskan, isu-isu mengenai hak OKU di Malaysia telah sering kali diketengahkan dan dibincangkan.Katanya, walau bagaimanapun, sebagai salah satu kumpulan yang kecil serta yang paling mudah ditindas, hak-hak mereka seharusnya diperjuangkan dan dilindungi.Sementara itu, Cik Yeoh Joo Ai menjelaskan, OKU adalah seseorang yang mempunyai ketidakupayaan jangka masa panjang dari segi fizikal, mental, intelektual atau pancaindera yang apabila berhadapan dengan pelbagai halangan mungkin tidak dapat melibatkan diri sepenuhnya dan secara efektif dalam masyarakat.

Beliau yang mewakili Jabatan Pembangunan OKU Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Malaysia ketika membentangkan kertas kerjanya berkata, WHO menganggarkan kadar peratus populasi OKU di antara 5 peratus hingga 10 peratus dalam sesebuah negara.

Keputusan semakan tarif elektrik diumum esok...

Majlis Ekonomi Negara (NEC) akan membuat keputusan jika terdapat sebarang semakan semula kepada tarif elektrik, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.Beliau berkata mesyuarat NEC akan diadakan di Putrajaya esok dan dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau bercakap selepas pelancaran "Dare To Dream Challenge" bersempena dengan Pameran dan Persidangan Teknologi Hijau & Produk Eko Antarabangsa Malaysia 2011 yang kedua (IGEM 2011), di Universiti Teknologi Kreatif Limkokwing di Cyberjaya.Mengulas mengenai tuduhan yang menaiktaraf Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 telah meningkat sekali ganda kepada RM1 bilion, Chin berkata butiran mengenai projek itu masih lagi dibincangkan.

Wednesday, May 25, 2011

TUNTUTAN BARU....

AJK PAS Pusat, Mohamad Sabu berkata, pihak Gabungan Pilihan raya Bersih dan Adil (Bersih) menambah dua lagi tuntutan iaitu masa berkempen dan perbelanjaan pilihan raya termasuk penyelewengan penggunaan harta kerajaan.Ini, katanya menjadikan kesemuanya enam tuntutan menjelang Perhimpunan Bersih 2 yang akan diadakan pada 9 Julai ini.

Masa berkempen 10 hari sebagaimana hari ini, tambahnya, tidak sesuai kerana menghadkan kebebasan parti terutamanya Pakatan Rakyat untuk menerangkan keseluruhan mesej yang ingin dibawa demi kebaikan rakyat.Tegasnya, Bersih meminta sekurang-kurangnya tiga minggu kerana masa tersebut boleh digunakan sebaik mungkin menyalurkan maklumat kepada rakyat akar umbi.

Katanya, satu lagi tuntutan ialah mahu memastikan tidak lagi berlaku penyalahgunaan jentera kerajaan setiap kali pilihan raya diadakan.Malaysia terangnya, ketinggalan jauh di belakang negara jiran seperti Indonesia, Singapura dan Thailand berkaitan pilihan raya kerana masih menggunakan kaedah lapuk untuk menyelamatkan kerusi BN daripada tumpas kepada pembangkang.

Empat tuntutan yang pernah dibawa oleh Bersih pada perhimpunan pertama ialah mendaftar pengundi automatik, penggunaan dakwat kekal, penghapusan undi pos dan kebebasan media.

Himpunan raksasa warga Felda di Pahang

PAS Pahang dengan kerjasama Lajnah Tanah PAS Pusat akan menganjurkan Himpunan Raksasa Warga Felda di sekitar Jengka dan Kerdau pada 27 dan 28 Mei ini.Menurut pengarah program, Roslan Zainal, antara lain matlamat perhimpunan ialah untuk menghimpun warga peneroka bagi mendedahkan hak-hak yang layak dituntut, menjana momentum peneroka bersikap berani bagi menuntut hak mereka terhadap Felda.

Katanya, empat program telah disusun dalam himpunan selama dua hari itu bermula dengan ceramah umum pada 27 Mei melibatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Pengerusi Anak Mazlan Aliman, ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan bekas calon Tenang, Normala Sudirman.Roslan berkata, pada waktu yang sama generasi muda diadakan prgram Santai bersama Bob Lokman dan minum petang bersama Mohamad Sabu di Jengka 19.

Mengenai logik himpunan besar peneroka itu diadakan di Pahang, Roslan berkata, negeri ini memiliki tanah rancangan paling luas iaitu hampir 40% kawasan Felda seluruh negara.Tambahnya, tanah rancangan Felda pertama terletak di Pahang iaitu Lurah Bilut.

Tuesday, May 24, 2011

UMNO MULA PUJUK DAP....

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mencabar DAP supaya keluar daripada Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13 nanti. Beliau berkata dengan bertanding atas "tiket sendiri" tanpa ada apa-apa pakatan dengan PKR dan PAS, ia dapat menguji sejauh mana kekuatan serta pengaruh DAP dalam meraih sokongan rakyat.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng yang mengumumkan DAP tidak akan bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum di negeri-negeri diperintah Pakatan Rakyat jika kerajaan pusat mengadakan pilihan raya umum tahun ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata kenyataan DAP itu lebih bersifat politik yang sengaja ditimbulkan semata-mata untuk mencari publisiti murahan.

KHAIRY AKAN TURUN BERDEMO JIKA HARGA MINYAK NAIK???

Ahli parlimen Rembau Khairy Jamaluddin hari ini tangkas menepis dakwaan yang dilemparkan ke atasnya bahawa beliau telah menukar pendirian berhubung pengekalan subsidi bagi petrol RON95. Khairy dalam satu kenyataan yang dihiasi bahasa berbunga-bunga menjelaskan, pendiriannya tetap konsisten bahawa subsidi yang diberikan kerajaan itu perlu distruktur semula "memandangkan ia bukannya suatu perbelanjaan produktif."

Saifuddin dalam satu kenyataan semalam membangkitkan semula satu ucapan yang disampaikan Khairy di parlimen pada Jun 2008, berhubung usul kenaikan harga petrol dan barangan yang dibahaskan dalam sidang dewan itu.Saifuddin berkata, Khairy pada masa itu berpendirian bahawa "keputusan kerajaan menstrukturkan (menarik balik) subsidi merupakan satu keperluan ekonomi yang tidak dapat dielakkan."

Saifuddin juga berkata tindakan Khairy itu "tidak lebih daripada sebuah sandiwara" kerana Khairy dilihat hanya menentang penarikan subsidi dan kenaikan harga petrol secara luaran.Mengulas kenyataan itu, Khairy turut berkata, Saifuddin sepatutnya menyokong pendirian beliau dan tidak menyerang dirinya secara peribadi.

Dalam pada itu, beliau turut mempertikaikan tindakan Saifuddin yang sebelum ini didakwa telah merusuh ketika mengetuai sekumpulan pemuda Umno untuk menghentikan satu persidangan.Khairy berkata, Saifuddin yang merupakan pemimpin pemuda Umno pada masa itu bertindak dengan "sombong dan samseng" pada dalam kejadian pada tahun 1996 itu.

Monday, May 23, 2011

LAGI SATU KERJA JAHAT SPR...

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sedang mempertimbangkan tiga opsyen bagi mengelak sebarang keputusan tidak rasmi dihebahkan pada pilihan raya umum akan datang berikutan insiden yang berlaku pada pilihan raya negeri Sarawak 16 April lepas. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tiga opsyen itu adalah sama ada menguatkuasakan larangan membawa telefon bimbit ke pusat penjumlahan undi, deklarasi bersumpah untuk tidak membuat apa-apa hebahan, atau semua undi dikira lewat walaupun pusat mengundi ditutup lebih awal.

Abdul Aziz, yang kecewa dengan insiden berkenaan, berkata kejadian itu berlaku kerana di Sarawak, terdapat tempat mengundi ditutup lebih awal dan pengiraan undi terus dilakukan.Sepatutnya setiap ejen parti mempunyai etika berhubung perkara itu dan tidak menghebahkan keputusan, katanya.Di Singapura, kata beliau bukan sahaja ejen parti tidak dibenarkan membawa telefon bimbit, tetapi larangan turut dikuatkuasakan terhadap pengundi negara berkenaan.

Katanya SPR perlu mengambil tindakan berikutan sikap tidak bertanggungjawab dan tidak beretika, yang jika tidak dibendung, boleh menimbulkan keadaan huru-hara pada pilihan raya umum akan datang.Abdul Aziz berkata mereka menggunakan kemudahan itu untuk kepentingan politik.

RAYUAN TIAN CHUA DITOLAK...KEPUTUSAN DIRANCANG??? BETUL KE..

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan ahli parlimen Batu, Tian Chua untuk merayu hukuman denda sebanyak RM2,000 atas kesalahan menghalang tugas polis yang dijatuhkan ke atasnya sebelum ini. Peguamnya Amer Hamzah Arshad bagaimanapun berkata, Tian Chua yang juga naib presiden PKR masih kekal sebagai ahli parlimen walaupun hukuman dan denda berkenaan dikekalkan oleh mahkamah rayuan.

Bercakap kepada pemberita, Amer Hamzah berkata, status Tian Chua itu adalah berdasarkan keputusan Mahkamah Tinggi pada Jun tahun lalu bahawa mahkamah tidak mahu satu pilihan raya kecil berlaku.Mahkamah Rayuan menolak permohonan Tian Chua (kiri) secara sebulat suara memandangkan notis itu lewat difailkan.

Sebelum itu, mahkamah turut menerima bantahan daripada pendakwaan yang diketuai timbalan pendakwa raya Mohd Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Balia Yusuf Wahi ketika membacakan keputusan itu berkata, rayuan berkenaan ditolak kerana proses memfailkan rayuan itu dijalankan secara "tidak cekap."

Jelasnya, Mahkamah Rayuan pada 30 Ogos lalu telah membenarkan permohonan untuk mendengar hujah bagi rayuan tersebut.Bagaimanapun, pemohon berkenaan tidak memfailkan notis rayuan itu di pendaftar yang sepatutnya pada 6 September, 2010, kata Balia Yusuf lagi.

ISU ENJIN JET HILANG...

Bekas sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) N Tharmendran yang didakwa bersubahat dalam kecurian dua enjin jet Northrop F-5E akan kekal bebas daripada tahanan pasukan keselamatan itu.Ini ekoran keputusan TUDM menarik balik rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Tharmendran dibebaskan.

Pada 19 Julai, Hakim Mahkamah Tinggi Su Geok Yiam mengarahkan Tharmendran dibebaskan daripada Kem Batu Cantonment di Jalan Ipoh di mana beliau ditempatkan sejak ditahan pada 25 November tahun lalu.Su membenarkan permohonan habeas corpus Tharmendran dan turut memerintahkan bahawa penahanan TUDM tidak mengikut undang-undang.

Tharmendran kemudiannya dibebaskan dengan jaminan pada 5 September tahun lalu ketika beliau menghadapi perbicaraan kes jet enjin itu, tetapi ditahan oleh provos marsyal TUDM pada 25 November atas dakwaan AWOL (gagal hadir tugas tanpa cuti).

MAUKTAMAR YANG AKAN DATANG....

Majlis perasmian bagi Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat Kali ke-52 tahun ini akan diadakan pada 1 Jun ini bermula jam 8 malam di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) Shah Alam.Ianya dijadualkan akan dirasmikan Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa selepas selesai ucaptama Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Turut dijadual berlangsung pada malam itu adalah penyampaian beberapa anugerah khas.
Muktamar penuh bagi dewan itu pula akan berlangsung 2 Jun di tempat sama.Bagi Dewan Muslimat pula, muktamar penuh juga akan berlangsung pada 2 Jun bertempat di Dewan Jubli Perak, bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor di Shah Alam.

Majlis perasmian muktamar dewan itu akan disempurnakan oleh Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Untuk Dewan Ulama pula, muktamar juga akan diadakan pada 2 Jun bertempat di Dewan Kolej Universiti Zulkifli Muhammad (KUIZM), Taman Melewar.Majlis perasmiannya akan disempurnakan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat, Datuk Harun Taib di sebelah paginya.

Sunday, May 22, 2011

BAKAL MENGEGAR DUNIA KEMBALI...

Dalam usaha menghadapi pilihan raya yang bebas di Mesir hujung tahun ini, Gerakan Islam terkemuka dunia, Ikhwan Muslimin, semalam telah menubuhkan sebuah parti politik.
Perkembangan ini merupakan satu sejarah baharu dalam lanskap politik negara itu yang baru sahaja mengalami revolusi mental dan tindakan drastik kebangkitan rakyatnya.

Ekoran berlaku revolusi gerakan maya dalam kalangan anak muda khususnya, sehingga menyebabkan tersungkurnya Presiden Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 40 tahun.
Perkara ini telah didedahkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang ketika berucap ringkas dalam Majlis Makan Malam Dana PRU 13, yang diadakan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), dekat sini malam tadi.Menyebutkan perkara sama, Ustaz Hadi berkata, pemimpin tertinggi Ikhwan Muslimin Mesir, Dr Abdul Badiaq menyampaikan salam kepada semua gerakan Islam di sini.

Sementara itu, turut berucap dalam majlis makan malam yang turut dihadiri Setiausaha Agung DAP itu adalah Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presiden Keadilan,Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Semua pimpinan PAS Pusat dan kebanyakan pimpinan negeri dan kawasan juga turut hadir dalam majlis anjuran PAS Pusat itu.Sekitar RM100,000 dapat dikutip dalam majlis itu sahaja menerusi serahan cek, tunai dan aku janji termasuk lelongan empat gambar muka hadapan Harakah yang acara itu turut memeriahkan suasana.

Ketika hadirin sedang menikmati hidangan, penyanyi nasyid Hadis, Muadz Dzulkifley tampil dengan beberapa lagu Melayu, Arab, Mandarin dan Tamil menghiburkan majlis.Tidak ketinggalan diadakan acara deklamasi sajak oleh penulis veteran berbakat seni, A Shukur Harun dengan sajak tentang kunjungannya ke kediaman Tuan Guru Nik Abdul Aziz dan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said dengan sedutan sajak Imamnya.

UMNO/BN MINTA PERISIAP MENTAL...RAKYAT PERSIAP JATUHKAN UMNO/BN

Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim mengkritik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengingatkan rakyat agar bersedia secara mental bagi menghadapi tekanan ekomoni yang bakal berlaku sambil menggambarkan ia sebagai satu lagi kelemahan BN mentadbir negara.Tan Sri Muhyiddin Yassin dipetik menyeru rakyat Malaysia supaya mempersiapkan mental masing-masing untuk menghadapi kenaikan harga pelbagai produk berikutan kenaikan harga minyak dan penurunan jumlah bekalan makanan yang diakibatkan oleh perubahan iklim sejagat.

Tambahnya, contoh lain negara sepatutnya telah memiliki kekuatan dan lonjakan kemajuan dalam bidang pertanian yang hebat setanding negara jiran seperti Thailand yang tidak bergantung harap dengan bekalan makanan dari negar luar secara total.Menurutnya yang juga Adun Titi Serong, kelesuan BN mentadbir negara kian terserlah berikutan langkah demi langkah yang diambil kononnya sangat mengambil berat isu serta soal kebajikan rakyat namun terbukti ianya satu pembohongan kepada rakyat.

Katanya, pemimpin Umno BN sepatutnya mempersiapkan mental untuk menjadi pembangkang di Malaysia selepas PRU 13 kerana rakyat telah muak dengan lakonan mereka.

Friday, May 20, 2011

GILIRAN ROS IKUT UMNO...

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar pegawai tertinggi Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana bersikap tidak professional dan tunduk kepada campurtangan Umno untuk mensabotaj pembangkang.Alasan RoS untuk mengharamkan PKR kerana memecat seorang ahlinya tidak masuk akal dan menzahirkan camputangan politik dalam jentera pentadbiran negara, kata Anwar dalam wawancaranya dengan TV Selangor.

Justeru, gagasan itu menolak perlakuan Ketua Pengarah RoS, Datuk Abdul Rahman Othman yang didakwa menindas PKR, kata ketua umum parti itu.Anwar berkata kepimpinan Umno sekali lagi bersikap diktator apabila menggunakan RoS untuk membubar PKR berasaskan undang-undang parti yang direkayasa dan maklumat salah.Beliau berkata sekalipun RoS bertindak zalim membatalkan PKR, perjuangan parti itu tetap diteruskan.

Dalam wawancara dengan TV Selangor ini, Anwar berkata pihaknya akan sentiasa mendokong pegawai kerajaan yang mengutamakan keberhasilan negara tetapi menolak mereka yang bertindak bagi memenuhi agenda politik Umno. Awal minggu ini RoS memberi notis membatalkan pendaftaran PKR mulai 9 Jun depan kerana memecat seorang ahli bernama A Jayagopal pada tahun 2009 tanpa merujuk kepada Jawatankuasa Displin parti itu.

Namun peruntukan yang dirujuk RoS itu tidak terkandung dalam perlembagaan parti. Malah nama ahli yang dipecat juga adalah salah.Pimpinan PKR menyifatkan notis RoS itu berniat jahat dan bertujuan mengekang penyertaan parti itu pada pilihanraya umum ke-13 yang dijangka akan dipanggil tidak lama lagi.

ALASAN BN UNTUK TERUS MEMERINTAH...

PAS menyifatkan langkah SPR untuk melaksanakan pengundian awal (advance voting) pada pilihan raya umum (PRU) ke-13 nanti sebagai langkah bagi memenuhi hasrat Kerajaan BN untuk terus memerintah.Perlaksanaan langkah tersebut ternyata bukan langkah pembaikan bagi sistem pilihanraya di tanah air, tetapi merupakan langkah berundur ke belakang, lebih tidak telus dan penuh dengan kekeliruan.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali menegaskan, realiti itu terserlah apabila ia akan dilaksanakan oleh SPR tanpa menjemput wakil-wakil parti pembangkang utama, khususnya Pakatan Rakyat, bagi membincangkannya terlebih dahulu. Menurut beliau, tindakan SPR itu menjadikan langkah tersebut penuh dengan tanda tanya dan kekeliruan kerana tidak dapat dipastikan siapakah golongan yang terbabit dengan undi awal.

Sebaliknya, katanya, sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput untuk membincangkan perkara itu, pelbagai pandangan boleh diberikan bagi menjadikan langkah pembaikan pengundian yang hendak dilaksanakan oleh SPR benar-benar praktikal dan telus.Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar seperti yang dilaporkan akhbar The Star hari ini, mengenai langkah SPR untuk melaksanakan undi awal (advance voting) pada PRU Ke-13 sebagai langkah yang dikatakan pembaikan bagi sistem pengundian di tanah air.

Menerusi langkah itu seperti yang dilaporkan, pengundi-pengundi terbabit akan mengundi satu atau dua hari lebih awal dari hari pengundian, manakala kertas-kertas undi mereka itu akan dimasukkan ke dalam beg, disimpan dan dibilang bersama pada hari pengundian sebenar.Menurut Mustafa, langkah tebaru SPR itu ternyata amat terbuka kepada penyelewengan, lebih-lebih lagi sehingga kini sudah dapat dikesan terdapat para pegawai SPR sendiri yang menyeleweng dalam melaksanakan tugasnya dengan memberikan kerjasama kepada Umno BN bagi memenangkan parti itu dalam pilihanraya.

Sekiranya wakil-wakil Pakatan Rakyat dijemput oleh SPR untuk membincangkan perkara itu sebelum dilaksanakan, katanya, itulah antara imput yang akan diberikan kerana itulah kaedah yang sepatutnya dilakukan. Menurutnya, penyelewengan yang akan berlaku menerusi langkah itu sudah tidak boleh dinafikan lagi, memandangkan pada masa lalu sudah terdapat bukti-bukti pegawai-pegawai SPR sendiri yang berkerjasama dengan Umno, BN dan KDN berhubung dengannya, termasuk berkaitan pendaftaran pemilih.

Dengan perlaksanaan undi awal itu, beliau menjelaskan, di negara kita kini terdapat tiga jenis pengundian iaitu pengundian biasa di pusat-pusat pengundian berdasarkan senarai nama pemilih berdaftar dan undi pos yang melibatkan tentera, polis dan kakitangan awam yang bertugas di hutan atau di kawasan pendalaman. Undi pos sendiri, tegas beliau, sememangnya penuh dengan kekeliruan dan penyelewengan yang masih gagal diatasi oleh SPR sehingga kini.

Katanya, walaupun telah diberikan pelbagai pandangan oleh Pakatan Rakyat untuk diperbaiki, tetapi ia tetap gagal diatasi oleh SPR akibat salah guna kuasa para pemimpin Umno BN dengan kerjasama pegawai-pegawai SPR.Sehubungan itu, beliau berharap agar SPR memanggil wakil-wakil parti utama untuk membincangkan mengenainya terlebih dahulu sebelum melaksanakannya pada PRU Ke-13 nanti.

KADAR ELEKTRIK BAKAL NAIK LAGI?

Kenaikkan kadar tarif elektrik di negara ini dijangka akan diumumkan pada 25 Mei ini menurut akhbar harian Cina Nanyang Siang Pau.Akhbar itu yang memetik sumber berkata kerajaan memilih menaikkan harga elektrik dan bukannya harga petrol RON95 kerana bimbang tindakan itu akan mencetuskan kemarahan besar-besaran rakyat. Justeru, petrol RON95 dijangka kekal buat masa ini.

Impak atau kesan kenaikkan tarif elektrik dikatakan lebih kecil berbanding kenaikkan harga petrol RON95 ke atas kerajaan, dakwa sumber dari jemaah menteri itu.Menurut laporan itu juga kerajaan telah meluluskan kenaikkan tarif berkenaan.

Ia sepatutnya diumumkan pada Khamis lalu tetapi ditangguhkan kerana pengumuman kenaikkan harga gula juga dibuat pada minggu lalu. Tindakan tersebut dikhuatiri membangkitkan kemarahan rakyat.

Wednesday, May 18, 2011

SOKONGAN DAP KEPADA ANWAR...

DAP hari ini mengesahkan bahawa ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim akan tetap kekal sebagai ketua pembangkang meskipun telah diarahkan untuk membela dirinya dalam perbicaraan liwat II.Lim berkata demikian ketika ditanya wartawan sama ada keputusan mahkamah yang mendapati kes prima facie ke atas Anwar yang didakwa meliwat pembantunya, Saiful Bukhari Azlan akan menjejaskan Pakatan Rakyat.

Anwar dan PKR dikatakan mengalami tamparan pada Isnin lalu apabila hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Mohamed Zabidin Mohamed Diah memerintahkannya membela diri kerana berpendapat Mohd Saiful adalah saksi yang “berkata benar dan berwibawa”.Perbicaraan hampir pasti menjejaskan Anwar, yang partinya kini pada tahap terendah sejak kejayaan cemerlang pada pilihan raya umum Mac 2008.

Selepas beberapa siri paling tadah, PKR kini hanya mempunyai 23 kerusi di Dewan Rakyat, - jumlah yang sama dengan PAS manakala DAP memiliki 29 kerusi.Bagaimanapun Lim enggan mendedahkan sama ada Pakatan mempunyai “Rancangan B” sekiranya Anwar didapati bersalah.

Lim juga cuba mengelakkan diri daripada menjawap soalan sama ada kes prima facie ke atas Anwar telah menyebabkan kesan negatif kepada pembangkang.Sementara itu, Bernama melaporkan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Datuk Seri Anwar Ibrahim kekal sebagai Penasihat Ekonomi Negeri Selangor walaupun menghadapi pertuduhan liwat di Mahkamah Tinggi.

Beliau ditanya sama ada jawatan Anwar itu akan dikaji semula berikutan perbicaraan kes liwat yang dihadapinya dan isu rakaman video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin pembangkang mirip Anwar.

Tuesday, May 17, 2011

ALASAN KERAJAAN NAIKAN HARGA MINYAK...

PAS mengharapkan kerajaan jangan menjadi alasan untuk menindas rakyat dengan mengurangkan subsidi sehingga mengakibatkan kenaikan harga barang keperluan rakyat.Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin yang merungut kerajaan telah mengunjurkan kadar subsidi bagi tahun ini mencecah RM20.58 bilion berbanding RM10.32 bilion tahun lalu.

Menurut Muhyiddin, RM18 bilion daripada unjuran tahun ini adalah khusus untuk sektor berkaitan minyak seperti subsidi RON95, diesel dan gas memasak LPG berbanding RM8 bilion untuk kegunaan itu pada tahun lalu.Beliau berkata, kenapa kerajaan perlu mengeluh mengenai hal ini, apakah kerajaan sudah tidak mempunyai antibodi untuk memikirkan bagi kebahagiaan rakyat sedangkan kerajaan Pakatan Rakyat yang mempunyai kekangan kewangan setiap saat memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.

Katanya, Kelantan negeri yang sering didendangkan negeri miskin walaupun hakikatnya tidak, telah mencari dana untuk merakyatkan ekonomi dengan skim kifalah untuk warga emas dengan perbelanjaan tahunan sebanyak RM7 juta, skim al-ziwaj (bantuan perkahwinan) RM1.5 juta , skim it’am (bantuan beras kepada orang miskin).Justeru, ujarnya PAS ingin mengingatkan kepada pemimpin BN, tugas pemimpin (menteri) ialah khadam rakyat, bukan tuan rakyat.

Katanya, khadam yang dibayar dengan imbuhan yang besar setiap bulan tidak kurang RM50,000 mestilah berbaloi untuk memikirkan bagaimana untuk menyenangkan rakyat.Menurutnya, rakyat tidak cemburu dengan imbuhan yang diperolehi, dengan syarat mestilah dibayar dengan pembelaan kepada rakyat melalui perkhidmatan yang sepatutnya, bukan dengan menaikkan cukai dan mengurangkan subsidi.

Baginya, jika tugas sebagai pemimpin hanya untuk ambil gaji dan beku otak untuk fikir menyelesaikan masalah rakyat, maka lebih baik diberi kuasa kepada mereka yang buta huruf.Apa tidaknya, kata beliau gaji diambil, pembaziran dan ketirisan dibiarkan, apabila kerajaan tidak ada wang maka dibeban kepada rakyat.Tambahnya, teguran Ketua Audit Negara seperti negara kehilangan wang sebanyak RM28 bilion kerana ketirisan, sebanyak RM888 bilion wang haram hilang daripada negara perkara ini yang perlu diselesai dahulu.

Soalnya, ke mana wang cukai Petronas yang diberi sejak 2007-2010 sebanyak RM325 bilion (hitung panjang setiap tahun kerajaan dapat RM80.1 bilion).Beliau menambah, jika RM20 bilion diambil untuk subsidi maka terdapat lagi lebihan untuk perkara lain, tidak termasuk hasil getah, sawit, mutiara, balak, silikon dan sebagainya.Persoalannya, kata beliau kenapa pemimpin negeri Pakatan Rakyat mampu. “Jawapannya kerana ada nilai amanah dan kesungguhan untuk rakyat,” ujarnya.

Monday, May 16, 2011

NASIHAT NIK AZIZ KEPADA ANWAR...

“Saya nasihatkan supaya DSAI (Datuk Seri Anwar Ibrahim) banyakkan bersabar, kezaliman akan kalah jua akhirnya,” ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang memerintahkan Anwar membela diri terhadap pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah berkata, berdasarkan bukti beliau mendapati ada kes prima facie sekaligus mengarahkan Anwar yang juga Ketua Pembangkang membela diri.Anwar, 63, dituduh meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari, 25, di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun, 2008.

Peguam bela utama Karpal Singh dalam hujahnya sebelum ini juga berkata pihak pendakwa telah gagal membuktikan wujudnya kes prima facie terhadap Anwar dan oleh itu, tertuduh patut dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri.Katanya, saksi utama Mohd Saiful telah berbohong dalam laporan polis yang dibuatnya pada 28 Jun, 2008 bahawa kononnya aksi itu berlaku tanpa kerelaannya.

Sunday, May 15, 2011

EXCO PAS GANTUNG BANNER...

Selepas seorang aktivis Gerakan Bertindak Kembalikan Royalti Minyak (Gegar) dibelasah ketika menggantung banner menuntut royalti di Masjid Kampung Sireh, Kota Bharu Jumaat lalu, hari ini Exco Kelantan, Datuk Husam Musa sendiri turun menggantungnya di tempat sama.Husam yang juga Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan berbuat demikian malam tadi sebagai simbolik bahawa hak royalti negeri itu wajar dituntut.

Tindakan itu juga bagi menyatakan bahawa tiada mana-mana pihak boleh menghalang rakyat negeri ini menuntut hak royalti tersebut.Dalam kejadian 13 Mei lalu, Setiausaha Gegar, Hisyamuddin Ghazali dipukul seorang lelaki ketika beliau sedang memasang banner menuntut royalti Kelantan di hadapan Masjid Kampung Sireh.Mangsa yang ditemani isteri dan ibu ketika kejadian itu mendakwa penyerang tersebut yang ditemani seorang lagi rakannya secara tiba-tiba datang memberhentikan kereta yang dipandunya di belakang kereta mangsa, dan terus keluar meluru dan memukul beliau tanpa usul periksa.

Beliau dipukul di perut, kepala, mata dan telinga sehingga dirinya pitam seketika.Manakala ibunya pula telah ditolak sehingga jatuh di atas jalan raya.Ekoran itu mangsa kemudiannya membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu.

Hisyamuddin yang turut hadir bersama rakan Gegar yang lain malam tadi bagaimanapun berkata, biarpun dipukul beliau tidak akan serik untuk terus memperjuang hak royalti rakyat negeri itu.Mereka mensasarkan 140 keping baner lagi untuk dinaikkan di seluruh negeri.Sehubungan itu juga, beliau mewakili Gegar turut mengucapkan terima kasih kepada kerajaan negeri yang turut memberi sokongan terhadap usaha mereka itu.

Saturday, May 14, 2011

SEJARAH TERCIPTA DI DALAM PAS...



PAS mencatat sejarah tersendiri apabila seorang wanita menjadi ketua cawangannya yang pertama iaitu Puan Eisah A Wahid, 53, (gambar) untuk PAS Cawangan Rahmat Jaya, Kuang.Bukan itu sahaja, PAS cawangan pimpinan beliau ini berjaya menarik hampir 200 ahli Umno untuk menyertai PAS.Turut berjaya ditarik cawangan beliau adalah pengasas kampung Kuang dekat sini yang juga Ketua Cawangan Umno Kundang Jaya, Haji Mohamad Ithnin menyertai PAS.

Bermula dengan hanya 52 ahli kini cawangan beliau mempunyai lebih 150 ahli termasuk dari kampung-kampung lain dalam Dun Kuang.Ibu kepada dua anak dan seorang anak angkat ini bukannya memimpin ahli wanita sahaja bahkan kebanyakan ahli cawangan beliau adalah lelaki.Bendahari PAS Pusat, Dr Mohd Hatta Ramli ketika merasmikan mesyuarat agung itu menyentuh fenomena ini.

Sebelum itu, Eisah dan Mohamad Ithnin diperkenalkan kepada perwakilan PAS yang menyertai mesyuarat agung PAS Selayang dengan mendapat tepukan gemuruh dari mereka.
Apabila usaha dibuat untuk menubuhkan cawangan PAS di Rahmat Jaya, ahli-ahli PAS di situ sepakat memilih Eisah sebagai ketua.Menurut Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang, Haji Mohamad Abdul Rahman, satu majlis besar-besaran akan dibuat bagi meraikan kemasukan ahli-ahli baru PAS yang sebelum ini memegang jawatan penting dalam Umno.

Friday, May 13, 2011

ALAMAK KANTOI SUDAH...

Sebuah badan kawal selia Switzerland sedang menyiasat dakwaan aset haram yang dikaitkan dengan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang tersimpan di akaun bank di negara tersebut.Perkara ini disahkan oleh Swiss Financial Markets Authority (Finma) pada 10 Mei lalu kepada sebuah NGO berpangkalan di Basel, Dana Bruno Manser (BMF) dan salinannya diberikan kepada Malaysiakini melalui kenyataan akhbarnya malam semalam.

Surat itu dikatakan sebagai jawapan oleh President Switzerland Micheline Calmy-Rel yang menerima laporan mengenai Abdul Taib daripada BMF.Dalam surat bertarikh 8 April kepada BMF, Presiden Calmy-Rel berkata beliau telah membaca dan melihat laporan itu dengan penuh minat.

Ditubuhkan pada 2007, Finma adalah badan kawal selia bebas dari segi fungsi dan kewangan daripada kerajaan pusat dan melapor terus kepada parlimen negara itu.Dalam suratnya, Calmy-Rel berkata undang-undang Switzerland membenarkan aset yang berpunca daripada kegiatan jenayah dikembalikan kepada negara asal.

Katanya lagi, undang-undang negara itu juga membolehkan kerajaan membekukan aset berkenaan mengikut budi bicara mereka dan membantu dalam kes-kes mahkamah yang membabitkan pencurian aset.

Wednesday, May 11, 2011

MAHARAJA LAWAK UMNO vs MAHARAJA LAWAK ASTRO...

Tindakan Umno BN yang mencipta pelbagai fitnah bagi memburukkan Pakatan Rakyat telah menyebabkan parti itu kini boleh disifatkan sebagai parti kurang upaya, sehingga terpaksa menagih simpati rakyat dengan cara sedemikian hina.Namun dalam masa yang sama, fitnah-fitnah yang diciptakannya berpusing pula menjadi bahan ketawa orang ramai, apabila ia ternyata tidak berasas, tetapi hanya sengaja diada-adakan bagi mengelirukan orang ramai.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan terbaru Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menzalimi rakyatnya memperjelaskan lagi realiti itu, sehingga menyebabkan para pemimpin Umno kini turut disifatkan sebagai pelawak oleh pelbagai pihak.Menurut beliau, Umno BN boleh disifatkan sedemikian kerana yang menzalimi rakyat bukannya Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi parti itu sendiri ketika mereka memerintah Selangor dulu. Katanya, tetapi kini setelah Selangor berada di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat, setiap pihak boleh menilai sendiri betapa Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor seperti juga Kerajaan Pakatan Rakyat di negeri-negeri lain telah melakukan pelbagai tindakan bagi membantu rakyat dalam segala aspek.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini secara terang-terangan telah mengarahkan para pemimpin Umno BN melakukan apa sahaja untuk merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.Sehubungan itu, para pemimpin Umno antara lain telah menyambutnya dengan membuat tuduhan liar dengan mengatakan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor telah menzalimi rakyat Selangor sepanjang memerintah Selangor sejak tahun 2008 lalu.Menurut Mahfuz, tujuan Umno BN mahu merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat pada pilihanraya akan datang sebenarnya bukanlah untuk membantu rakyat, tetapi bagi membolehkan mereka membaham khazanah negeri Selangor bagi kepentingan mereka sendiri.

Realiti itu bagaimanapun amat berbeza dengan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang telah melakukan pelbagai perkara bagi kepentingan rakyat Selangor berbanding semasa Selangor berada di bawah pemerintah BN dulu.Antara yang telah dilakukan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor termasuklah memberikan air percuma kepada rakyatnya, warga emas yang meninggal dunia diberikan wang kifalah RM2,500, setiap bayi yang dilahirkan mendapat RM100 sehingga apabila berumur 18 tahun wangnya yang terkumpul sebanyak RM1,500.

Selain itu, turut disediakan rumah mampu milik kepada rakyatnya, di samping pelbagai perkara lain lagi yang telah dibuat oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang jelas menguntungkan setiap rakyatnya.

Friday, May 6, 2011

NATIONAL...

Gave me a good laugh but rather true, at least for me!
This is Malaysia - What A True Malaysian Should Know

NATIONAL EXCUSE FOR HAIR LOSS :
Ajinomoto

NATIONAL INSTANT FOOD :
Maggi Mee

NATIONAL BREAKFAST :
Nasi Lemak

NATIONAL LUNCH
Nasi Ayam

NATIONAL SUPPER
Roti Canai & Teh Tarik

NATIONAL EXCUSE FOR BEING LATE
Traffic Jam

NATIONAL CONDOM
None. Most Malaysians still feel embarrassed buying condoms.
So they rushed into a 7-11, hurriedly grab the nearest pack,
any pack, pay and leave before the cashier can even blink an
eye.

NATIONAL FRUIT FOR INDUCING MENSTRUATION :
Pineapple

NATIONAL APHRODISIAC DRINK :
Stout. Many Malaysian men swear by it. But then after a few
pints they start swearing at everything.

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (MEN) :
Food Poisoning

NATIONAL FAKE ILLNESS FOR GETTING MC (WOMEN) :
Menstrual Pain

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY WOMEN WHEN REFUSING SEX :
Headache, kids not asleep, maid not asleep,mother-i n-law
around, early appointment, food not digested yet, aircond
not cold enough, aircond too cold, nail polish not dry yet,
forgot to take the pill, sleepy, stomach cramps, period,
haven't remove make-up, haven't shower, no water supply,
going to watch 'Santa Barbara', depress, no mood, etc...

NATIONAL EXCUSES GIVEN BY MEN WHEN REFUSING SEX :
None. Malaysian men never refuse sex.

NATIONAL CURE FOR DIARRHOEA
Cap Kaki Tiga. Down one bottle with warm water and you are
all 'dried up'.

NATIONAL CURE FOR HEADACHES :
Panadol. The 'cure for all'. If it fails we have another
secret weapon - Tiger Balm.

NATIONAL CURE FOR NAUSEA
Moh Fah Kor.

NATIONAL CURE FOR DIZZINESS:
Minyak Angin Cap Kapak.

NATIONAL CAUSE OF DIZZINESS (FOR YUPPIES)
Happy Hours.

NATIONAL INSTANT CURE FOR DIZZINESS (FOR YUPPIES) :
The sight of a police road block.

NATIONAL RICE COOKER
NATIONAL Rice Cooker

NATIONAL RUBBISH DUMP :
Anywhere As long as it is not your house.

NATIONAL MOST MIS-PRONOUNCED NAME
Carrefour. Sometimes even pronounced as Carry 4!

NATIONAL ANSWER FOR 'WHERE ARE YOU' ?
- on the way.

NATIONAL OFFICIAL TIME FOR BEING LATE :
- 10 minutes

NATIONAL REASON FOR PRICE INCREASE
Petrol naik lagi kawan... semua barang pun kena naik ler...
inclusive chicken meat?

NATIONAL REASON FOR PETROL INCREASE :
Still cheaper than other country la...

NATIONAL EXCUSE FOR CAUSING TRAFFIC JAM
there was accident on the other side of the road.. of course
must slow down and tengok-tengok, kaypoh-kaypoh lah!

NATIONAL REASON WHEN REJECTING INVITATION
'I got some work to do la..u all go first la..'

NATIONAL REASON FOR COLLAPSED BUILDINGS & LEAKY PARLIAMENT
ROOFS : An act of God. Definitely nothing to with greased
palms and poor quality control. Nope, none whatsoever.

NATIONAL EXCUSE FOR IRRESPONSIBLE POLITICAL STATEMENTS :
None. We were misquote d.

NATIONAL MINISTERIAL REASON FOR INCREASING TOLL RATES :
Orang cakap mau naik mesti mau naik lah! Lu ingat ini jalan
saya punya bapak punya kah?!

NATIONAL REASON FOR HAVING BIG ONION DOMES ON TAXPAYER
FUNDED PUBLIC BUILDINGS : Dunno. It's not as if we're
anywhere near the middle east.

NATIONAL REASON FOR SPURNING BAILOUT PACKAGES FROM FOREIGN
CAR COMPANIES : We're about to unveil another badly designed
low budget car, which, coupled with our notorious customer
service and corporate mismanagement, will see us bankrupt
again within the next 5 years. And so we have absolutely no
need for the Germans and their silly car-making and
market-positioning knowhow, thank you very much.

NATIONAL EXCUSE FOR JUMPING QUEUE (TRAFFIC JAM OR WHAT EVER
QUEUE) : Everybody doing what lah.......

NATIONAL EXCUSE NOT PAYING SAMAN ACCORDING TO DUE DATE :
Relax ler... government will give discount one of these days

NATIONAL EXCUSE TO BRIBE (ANY CONDITIO N) :
Give them minum kopi lar...

UMNO MUSUH NO.1 NEGARA....

Bagaimana PAS boleh bersatu dengan Umno sedangkan Umnolah yang 'menjajah' bumi dan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Katanya, Umno bertindak zalim terhadap rakyat dan bumi Malaysia dengan mencengkam kebebasan rakyat dan bertindak tanpa keadilan kepada rakyat dan bumi Malaysia.

Jelasnya, Hamas setuju untuk bersatu dengan Fatah semata-mata atas tujuan membebaskan bumi Palestin daripada penjajahan Israel.Katanya lagi, penjajahan Israel zalim, yang mencengkam kebebasan rakyat Palestin dan penjajahan yang menidakkan keadilan sejati kepada rakyat dan bumi Palestin.Justeru, PAS tegasnya akan terus memperjuangkan untuk meminda Perlembagaan dan undang-undang negara agar badan keadilan dan perundangan (judiciary) benar-benar bebas dan Peguam Negara (AG) bertanggungjawab kepada Parlimen.

Selain itu, tambahnya SPR, SPRM dan ROS diletakkan di bawah pengawasan Parlimen dan pembentukan IPCMC dan diletakkan di bawah pengawasan Parlimen.Kesimpulannya, kata beliau kembalikan supremacy of parliament yang telah dinodai oleh Kerajaan Umno BN semenjak merdeka lagi.

Di samping, beliau juga mahu Umno BN menubuhkan Suruhanjaya-suruhanjaya Diraja bagi menyiasat pembelian kapal selam Scopene, saham-saham allocation untuk Bumiputra dari 1970 sehingga sekarang dan siapa penerimanya, penggunaan pendapatan minyak dan gas negara daripada 2004-2009, kes kematian pegawai kastam, Sarbani dan kes PKFZ.

Thursday, May 5, 2011

HARAPAN UMNO KELANTAN BAKAL TERKUBUR...

APAKAH benar Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat yang diwujudkan kerajaan Kelantan pada 2006 merampas tanah rakyat sebagaimana yang digembar-gemburkan oleh media Umno di Kelantan?Anehnya juga mengapa pemimpin Umno Kelantan meluat sangat terhadap program Ladang Rakyat sehingga didesak dikeluarkan kertas putih.

Pengerusi Perhubungan Umno, Datuk Mustapa Mohamed pula mahu mengembalikan semula tanah dibangunkan Ladang Rakyat seandainya BN berkuasa di Kelantan.Begitu dahsyat dilempar tuduhan terhadap Ladang Rakyat sehingga diulang-ulang berkali-kali cerita sama di media dikuasai Umno dan BN. Sedangkan penjelasan dikeluarkan kerajaan negeri dibisukan begitu sahaja. Apa pun yang jelas lagi bersuluh, pemimpin Umno terlalu gusar dengan keberkesanan program Ladang Rakyat. Apa tidaknya apabila setiap bulan penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan.

Penduduk miskin yang berpendapatan kurang RM530 sebulan layak disenarai sebagai peserta program berkenaan. Sekarang seramai 4,332 penduduk miskin mendapat dividen RM200 sebulan.Sejak dividen pertama dibayar pada Julai 2006 sehingga akhir tahun lepas sebanyak RM39.5 juta diterima peserta.Pada peringkat awal seramai 1,125 dipilih dan jumlah tersebut bertambah menjadikan sekarang 4,332 orang.

Dividen sebanyak itu tidak pernah difikirkan Umno sebelum ini kerana sejak 1990 mereka mendakwa kerajaan di bawah PAS hanya mampu bertahan tiga bulan.Hari ini Kelantan bukan sahaja tidak bankrap, sebaliknya lebih 4,300 penduduk miskin mendapat bantuan bulanan RM200. Dari mana bantuan tersebut kalau bukan hasil kebijaksanaan pentadbirnya.Maka benarlah kata orang, Kelantan sebuah negeri berkebajikan. Bukan lagi omong kosong biar pun pemimpin Umno tidak serik menjaja kerajaan negeri merampas tanah rakyat.

Kewujudan Perbadanan Ladang Rakyat dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri pada Febuari 2006. Mulai berkuatkuasa empat bulan selepas itu. Tujuan penubuhannya bagi meningkat sosial ekonomi negeri dan kehidupan penduduk. Selain itu menggalakkan kerja-kerja pembangunan tanah.Falsafahnya mengurangkan kadar kemiskinan rakyat melalui sektor perladangan. Selain itu bagi mengurangkan penerokaan tanah secara haram.

Bilangan peserta disasarkan seramai 4,500 orang. Ada peserta digugur dan belum digantikan akibat kematian.Daripada jumlah tersebut 3,911 orang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Siam. Peserta di kalangan masyarakat Orang Asal pula seramai 247 orang.Selain itu turut disenarai sebagai peserta peneroka asal yang menduduki tanah sebelum dimajukan Ladang Rakyat. Mereka seramai 174 orang. Tanah yang mereka usahakan sebelum ini tidak menjadi disebabkan pelbagai masalah termasuk dimusnah binatang liar seperti gajah dan babi.Dr Nazmi berkata, tanah mereka tidak produktif dan peneroka terbabit menyerah kepada Ladang Rakyat untuk dibangunkan.

Di Lubuk Bongor diusahakan dengan tanaman kelapa sawit seluas 8,000 ekar. Ladang tersebut dimajukan Ladang Rakyat Lubuk Bongor Sdn Bhd, anak syarikat Ladang Sungai Terah Sdn Bhd.Menurutnya juga Ladang Rakyat mengeluarkan mana-mana kawasan yang didapati terdapat pokok getah atau kebun diusahakan penduduk. Kawasan yang ada pokok besar kekal milik peneroka. Dan sekarang ramai di kalangan peneroka asal sudah mendapat geran hak milik.Masalah tanah Ladang Rakyat diselesai dengan rundingan.

Model yang dilaksanakan di Lubuk Bongor bagaimana tidak dapat dilaksanakan di Kampung Serian dan Batu 11 di Renok, Gua Musang kerana penduduk tidak berminat.Penduduk di situ mahukan tanah dan tidak berminat disenarai sebagai penerima bulanan dividen Ladang Rakyat.Dr Nazmi berkata, kawasan asal yang diluluskan kerajaan kepada Ladang Rakyat di Renok seluas 11,400 ekar. Namun seluas 4,200 ekar dikeluarkan selepas dituntut penduduk.Sekarang hanya tinggal 7,200 ekar. Bagi menyelesaikan masalah dengan penduduk beberapa kali perbincangan dan perundingan dibuat.

Kawasan tersebut dikeluarkan daripada lokasi yang akan dimajukan Ladang Rakyat. Dan selepas lebih dua tahun perundingan dibuat akhirnya Ladang Rakyat membuat pelan kali ketiga, dengan mengeluarkan kawasan diteroka penduduk.Dan selepas keluar pelan bersih yang tidak lagi membabitkan kebun penduduk, juruukur dilantik menanam batu sempadan.Sebab itulah kata beliau beberapa ratus ekar di Renok belum dapat ditanam kelapa sawit biar pun geran sudah dikeluarkan atas nama Ladang Rakyat.

Ladang Rakyat juga membangunkan ladang kelapa sawit di Sokor, Tanah Merah; Kuala Balah, Jeli; Kandek, Kuala Krai dan Paloh 4, Gua Musang.Di Gua Musang juga Ladang Rakyat terdapat di Limau Kasturi, Pasek, Hau dan Pulat. Jumlah keseluruhan kawasan dimaju dengan kerjasama beberapa syarikat seluas 50,000 ekar.Biar pun terdapat tanah yang diluluskan tidak jauh daripada kawasan Orang Asal, namun penempatan mereka tidak termasuk dalam projek Ladang Rakyat.Misalnya di Pasek seluas 1,500 ekar dikeluarkan daripada pelan asal Ladang Rakyat. Begitu juga di Belatim kelulusan asal kerajaan seluas 4,000 ekar, namun seluas 1,500 ekar direzabkan untuk masyarakat Orang Asal.

Di Balar (Dakoh), kelulusan awal kerajaan negeri seluas 6,000 ekar untuk program Ladang Rakyat, namun seluas 1,000 ekar dikeluarkan.Oleh itu Dr Nazmi memberitahu isu yang dipalitkan terhadap Ladang Rakyat jelas tersembunyi agenda politik murahan pihak lawan.Dr Nazmi juga hairan setelah pemutihan dilakukan ada pula pihak lain tiba-tiba tampil mengaku, sedangkan ketika perundingan awal mereka tiada.

Fakta Ladang Rakyat

* Perbadanan Ladang Rakyat dilulus pada persidangan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kelantan pada Februari 2006.

* Mula beroperasi pada Jun 2006.

* Tujuan penubuhannya bagi meningkat sosial ekonomi negeri dan kehidupan penduduk, selain menggalakkan kerja-kerja pembangunan tanah di Kelantan.

* Falsafah Ladang Rakyat adalah mengurangkan kadar kemiskinan rakyat melalui sektor perladangan, selain mengurangkan penerokaan tanah secara haram.

* Seramai 4,332 penduduk miskin Kelantan disenaraikan sebagai peserta dan mendapat dividen RM200 sebulan hasil keuntungan dijana Ladang Rakyat.

* Sejak dividen pertama dibayar pada Julai 2006, sebanyak RM39.5 juta diterima peserta Ladang Rakyat.

* Daripada jumlah tersebut 3,911 orang mewakili kaum Melayu, Cina, India dan Siam manakala 247 orang masyarakat Orang Asal.

* Seramai 174 orang peneroka asal yang menduduki tanah sebelum dimajukan Ladang Rakyat turut disenaraikan sebagai peserta. Tanah yang mereka usahakan sebelum ini tidak menjadi disebabkan pelbagai masalah termasuk dimusnah binatang liar seperti gajah dan babi.

Wednesday, May 4, 2011

MCA LEBIH TERUK DARIPADA DAP.....

Semua pihak diminta mengkaji pendirian politik MCA yang menjadi kawan Umno sejak sekian lama sebelum mempertikaikan hubungan antara PAS dengan DAP dalam Pakatan Rakyat.Ini kerana, kenyataan-kenyataan dari pimpinan MCA terbukti menentang Islam berbanding dengan DAP, kata Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kelantan, Fadhli Shaari.Pegawai Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat itu mengulas laporan muka depan lidah rasmi Umno, Utusan Malaysia hari ini yang melaporkan kenyataan Mufti Perlis kononnya siapa yang menentang perpaduan antara Umno dan PAS adalah pengkhianat Islam.

Begitu juga dengan cadangan MCA untuk menyaman kerajaan negeri Kelantan sekiranya terus menguatkuasakan undang-undang menghalang premis judi beroperasi, apakah hukumnya Umno selaku rakan kongsi MCA dalam Barisan Nasional membisu seribu bahasa?Sebelum ini, Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek mempermainkan tindakan calon PAS dalam pilihan raya kecil Tenang, Normala Sudirman, yang enggan bersalam dengan bukan muhrimnya tanpa memakai sarong tangan.Beliau juga berkata, apa gunanya beliau memahami kehendak Islam dalam isu ini.Bagi pegawai Nik Aziz itu, PAS mempunyai hujjah yang jelas kenapa parti Islam itu berkawan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Rakyat.

Sebelum ini, AJK PAS Pusat, Dr Dzulkefli Ahmad ketika berhujjah dalam isu ini berkata, "MCA menolak PAS daripada menyertai BN jika PAS kekal dengan dasar perjuangan Islam. Najib jemput, Soi Lek tolak!"Dzulkefly juga menyifatkan drama antara Najib dan Chua hanyalah sebagai satu percubaan untuk memberikan lesen kepada kedua-dua pihak untuk memburukkan kaum Tionghua, PAS dan Islam, semua pada masa yang sama, tapi kepada hadirin berlainan.

Hari ini, Utusan menyiarkan kenyataan Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya yang dilaporkan berkata mana-mana pihak yang menentang penyatuan di antara Umno dan PAS ialah pengkhianat kerana al-Quran sendiri telah memerintahkan supaya umat Islam bersatu dan Islam perlu ditegakkan.Katanya, perlu diingat, PAS melalui pemimpinnya termasuklah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz bin Nik Mat telah berkali-kali menyatakan bahawa penyatuan di antara PAS dengan Umno boleh berlaku bila-bila masa dengan syarat Umno mengubah dasar kepada Islam.

Sekiranya seseorang itu dianggap Islam melalui syahadahnya, maka syahadah sesebuah pertubuhan ialah perlembagaannya. Adakah UMNO telah bersyahadah di dalam perlembagaannya?, soal Fadli.Justeru, beliau berharap agar Mufti Perlis dapat mengemukakan pelan cadangannya secara terperinci agar dapat difahami dengan jelas letak duduknya kenyataan beliau.

Tuesday, May 3, 2011

STRATEGI UMNO/BN TIPU CINA, TIPU MELAYU...

Buli Cina, tipu Melayu, itulah sahaja cara Umno BN untuk terus berkuasa, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.Pada masa yang sama, parti itu juga terpaksa menjangkitkan wabak takut Cina ke dalam pemikiran orang-orang Melayu sebagai salah satu strategi utamanya untuk menipu orang-orang Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa, kata beliau.

Tidak menghairankan jika Umno khususnya (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menggunakan taktik yang sama kerana Yahudi Zionis di dalam Apco Worldwide adalah tempat beliau dan parti yang dikepalainya memohon petunjuk," kata beliau ketika menolak hasutan perkauman Najib terhadap PAS.Dengan memainkan sentimen perkauman, Perdana Menteri mendakwa penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat (PR) hanya menguntungkan DAP.

Dengan harapan untuk memudahkan partinya memenangi pilihan raya umum akan datang, Presiden Umno itu kelihatan berharap sangat agar PAS keluar dari PR.Mahfuz menyifatkan hasutan perkauman Najib itu sebagai keluhan orang putus asa dan terdesak.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu mengingatkan orang-orang Melayu agar tidak membiarkan Umno yang membawa wabak perkauman terus menipu mereka kerana jika dibiarkan, negara ini boleh terjerumus ke dalam kehancuran akibat rusuhan kaum.Beliau juga mengingatkan, orang-orang Melayu juga tidak boleh membiarkan Umno terus berkuasa untuk membuli orang-orang Cina.Beliau bagaimanapun tidak nampak kemungkinan Umno akan menghentikan agenda buli Cina dan tipu Melayu itu kerana hanya itulah satu-satunya cara untuk membolehkan parti itu terus berkuasa.