ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Tuesday, March 22, 2011

LAGI BARANG PANAS....

Dalam sidang media sebentar tadi, MPT Parti Keadilan Rakyat iaitu Datuk Johari Abdul telah mendedahkan peranan Rahim Thamby Chick di dalam video seks yang memfitnah terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Di dalam sidang media itu juga, Johari turut mendedahkan bahawa Rahim Thamby Chick juga pernah menawarkan sejumlah wang kepadanya yang merupakan salah satu pujukan kepada Johari supaya Johari keluar daripada PKR.

Isnin lalu satu video seks telah dikeluarkan untuk memfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kes liwat sudah kelihatan akan membebaskan Anwar dari tuduhan itu dan juga salah satu cara kempen UMNO Barisan Nasional untuk pilihan raya DUN Serawak.Video itu juga didedahkan pada hari pembuburan DUN Serawak.

PAS BAKAL BERTANDING 3 HINGGA 6 KERUSI DI DUN SERAWAK..

AS akan meletakkan calon bertanding antara tiga ke enam kerusi bagi pilihan raya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak, kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.Untuk itu, katanya, parti tersebut menyerahkan kepada Timbalan Presiden, Nasharuddin Mohd Isa, untuk urusan perbincangan dengan parti-parti komponen dalam Pakatan Rakyat (PR).

DUN Sarawak dibubarkan semalam bagi membolehkan pilihan raya Sarawak ke-10 diadakan. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijadual mengadakan mesyuarat di Kuching, Rabu ini, bagi memutuskan tarikh penamaan calon dan pengundian.Sarawak mempunyai 71 kerusi Dun. Pada pilihan raya negeri lepas (2006), PAS hanya bertanding di N24 Beting Maro dan calon PAS, Alem Din hanya tewas kepada BN dengan majoriti 895 undi.

Menurut Tuan Ibrahim, di Sarawak agak kurang kempen isu kaum dan berbeza dengan Semenanjung. Sementara PAS pula akan menumpukan isu tanah, isu pembangunan dan isu pengabaian terhadap rakyat.Dalam pada itu, Tuan Ibrahim mengakui kesedaran politik kepada masyarakat luar bandar di Sarawak amat ketara sehingga mereka tidak tahu hak mereka. Katanya, antara lain disebabkan kawasan yang luas dan maklumat susah nak sampai sebab itu PR minta tempoh kempen dipanjangkan sehingga dua ke tiga minggu.

Tambahnya, usaha dan gerak PAS menampakkan sedikit kesan dan harapan mereka kepada PR tinggi.

Monday, March 21, 2011

KENYATAAN DATO SERI ANWAR IBRAHIM MENGENAI VIDEO SEX....

Saya mengecam konspirasi terbaru untuk memfitnah dan mengaibkan saya serta keluarga. Visual yang ditayangkan tengahari tadi di Carcossa merupakan satu rekayasa jahat musuh politik yang berhasrat untuk membantutkan kemaraan Pakatan Rakyat.

Kita beri amaran kepada musuh politik Pakatan Rakyat agar hentikan segera politik kotor dan lucah ini. Jangan heret rakyat dan negara ini terjebak ke dalam politik kotor kamu.

Tayangan tengahari tadi kelihatannya dirancang dengan penuh teliti.Rancangan untuk mengadakan tayangan ini juga hanya didedahkan kepada ketua-ketua editor media arus perdana terlebih dahulu. Saya difahamkan acara tadi juga membabitkan ahli pasukan Special Branch (SB).

Fitnah terbaru ini muncul pada ketika pendakwaan fitnah II pasti berkecai dan hampir pasti tewas. Kerana terdesak musuh politik saya terpaksa mereka fitnah baru demi memburukkan serta menjejaskan reputasi saya. Ini juga bertujuan untuk mengalih perhatian rakyat dari isu nasional serta pilihanraya negeri Sarawak. Musuh politik Pakatan Rakyat terdesak untuk lari dari membahaskan rasuah dan kepincangan pentadbiran Taib Mahmud. Maka tidak hairan lah sekiranya sekali lagi musuh politik bertindak menurut warisan politik usang yang jelik.

ANWAR IBRAHIM
KETUA UMUM KEADILAN
KETUA PEMBANGKANG DEWAN RAKYAT MALAYSIA

CERITA PANAS !!!

Anwar Ibrahim dalam sidang media sebentar tadi telah menafikan bahawa orang yang disebut di dalam satu video lucah yang didedahkan kepada wartawan-wartawan siang tadi adalah bukan beliau.

Malah kata Anwar pada tarikh yang disebut sebagai tarikh rakaman video lucah tersebut iaitu pada 21 Feb pada pukul 10 am seperti apa yang telah didakwa belaiu sedang berbalas twitter dengan penyokongnya.

Sunday, March 20, 2011

ZAHID HAMIDI SEDANG MENGELABAH DI PARLIMEN...(DARI PARLIMEN)

Di parlimen sekarang Zahid Hamidi selaku Menteri Pertahanan Malaysia sedang diasak oleh ahli ahli-ahli parlimen pembangkang. Zahid yang mengakuai dirinya berani tetapi hakikatnya berpeluh-peluh. Bukan setakat itu sahaja, malah semua jawapan yang telah di kemukakan oleh Zahid di keluarkan dengan penuh emosional. Hari ini ramai sungguh ahli-ahli parlimen UMNO Barisan Nasional menunjukkan kebodohan mereka masing-masing. Ini termasuklah MP Rembau yang bongkak dengan Wing wataniah dan Sri Gading dah tak payah cerite la dari mula masuk dewan sehingga la hari ini merapu je memanjang.

Tapi ada satu benda benda yang best di sini.MP Jasin berkata untuk mendapatkan peralatan ketenteraan yang berkualaiti perlulah berbelanja yang besar. Nampak sangat MP UMNO dan Barisan Nasional sekarang ini tidak bijak. MP Jasin ini mungkin tidak tahu, bahawa kerajaan Malaysia ini lain sikit. Negara lain selain Malaysia boleh mendapatkan sesuatu peralatan ketenteraan dengan harga yang lebih murah lagi berbanding dengan Malaysia.Walhal sedangkan apa yang dibeli oleh Negara lain itu sebiji dengan apa yang dibeli dengan kerajaan Malaysia.

Tidak terfikirkah kita kenapa sesuatu peralatan itu dijual lebih mahal kepada Malaysia sahaja dan kenapa peralatan tersebut menjadi murah sekiranya ia dibeli oleh negara lain. Kerana apa boleh jadi macam ini? Mungkin sebab ada sesuatau yang tersembunyi di sebalik pembelian sesuatau peralatan yang jumlah yang sesuatu luar biasa.Kenapa boleh jadi macam ini?

Isu harga peralatan tentera ini bukan sesuatu isu yang baru di Malaysia.Malah ia merupakan suatu isu yang sudah lama berlaku di dalam negara sehinggakan belum ada lagi jalan penyelesaianya. Malah di dalam isu ini sudah ada yang mati dan bermacam-macam lagi kes international. Masih ingat tak lagi kepada Alatantuya Sharibu.Seorang wanita yang berasal daripada Mongolia dan dibunuh di Malaysia oleh ornag yang berprofile tinggi yang berkaitan dengan Menteri.

Hey Gobala menyibuk saja lu macha…

Telur ada ka…

Kalu ada letak jawatan MP la…

BARANG PANAS......

Lama tak buka blog.Papehal pun dapatkan dulu barang panas ni dekat pusher yang berdekatan dengan korang semua.Gua gerenti korang semua ting tong punye....
hahahaha....





Tuesday, March 8, 2011

NAJIB HANYA LAYAK UNTUK JADI JKKK SAHAJA...

Dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa ada pihak yang tidak menggalakkan ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berceramah pada kempen pilihan raya kecil di Kerdau dan Merlimau, mingu lalu adalah suatu pembohongan.Menurut timbalan ketua penerangan PAS Melaka, Yusof Wahab, tidak ada suatu keputusan pun dibuat oleh pihak jentera pilihan raya PAS yang menghalang Anwar daripada berceramah sepanjang kempen itu.

Yusof yang juga merupakan ahli jawatankuasa jentera pilihanraya DUN Merlimau berkata PAS tidak pernah untuk membuat keputusan untuk tidak membenarkan Anwar berceramah dan perkara itu tidak pernah langsung bangkit ketika mesyuarat.Katanya, semasa kempen pilihan raya kecil di Merlimau, minggu lalu banyak SMS yang bersifat provokasi dan fitnah yang dihantar oleh orang yang tidak bertanggungjawab.

Beliau berkata hakikatnya, rakyat sentiasa dahagakan maklumat terkini daripada Anwar kerana mereka tahu ketua umum PKR itu mempunyai banyak maklumat sama ada daripada orang dalaman Umno mahupun dari sumber luar negera.Umno sebenarnya dari dulu lagi mahu melaga-lagakan PAS dengan Anwar supaya perpaduan yang wujud kini hancur dan mereka akan mendapat keuntungan dari kehancuran Pakatan.

Anwar memang digeruni oleh Umno-BN kerana beliau berjaya menyatukan semua parti-parti selain BN di Malaysia, Umno tahu selagi Pakatan kukuh selagi itulah BN akan tergugat, jadi mereka mesti dipecahkan walau dengan apa cara sekalipun.

Sunday, March 6, 2011

KEPUTUSAN PENUH SETIAP SALURAN PRK KERDAU DAN MERLIMAU....

MERLIMAU N27
UNDI POS
BN 46 PAS 2 ROSAK 14 JUMLAH 62

MERLIMAU UTARA
SALURAN 1: BN 328 PAS 110 ROSAK 10 JUMLAH 448

MERLIMAU PASIR
SALURAN 1: BN 217 PAS 79 ROSAK 6 JUMLAH 306
SALURAN 2: BN 334 PAS 159 ROSAK 5 JUMLAH 498
SALURAN 3: BN 327 PAS 110 ROSAK 2 JUMLAH 467
SALURAN 4: BN 340 PAS 115 ROSAK 3 JUMLAH 458

AYER MERBAU
SALURAN 1 :BN 200 PAS 68 ROSAK 7 JUMLAH 275
SALURAN 2 :BN 298 PAS 109 ROSAK 1 JUMLAH 408

CHINCHIN
SALURAN 1 : BN 204 PAS 49 ROSAK 17 JUMLAH 270
SALURAN 2 : BN 349 PAS 123 ROSAK 9 JUMLAH 481
SALURAN 3 : BN 291 PAS 135 ROSAK 9 JUMLAH 435
SALURAN 4 : BN 291 PAS 127 ROSAK 5 JUMLAH 423

JASIN LALANG
SALURAN 1 : BN 196 PAS 35 ROSAK 10 JUMLAH 241
SALURAN 2 : BN 256 PAS 48 ROSAK 3 JUMLAH 307

PERMATANG SERAI
SALURAN 1 :BN 189 PAS 85 ROSAK 1 JUMLAH 275
SALURAN 2 : BN 339 PAS 140 ROSAK 6 JUMLAH 480
SALURAN 3 : BN 305 PAS 126 ROSAK 5 JUMLAH 436
SALURAN 4 : BN 313 PAS 112 ROSAK 2 JUMLAH 487

PENGKALAN SAMAK
SALURAN 1 : BN 204 PAS 70 ROSAK 6 JUMLAH 280
SALURAN 2 : BN 314 PAS 177 ROSAK 6 JUMLAH 497
SALURAN 3 : BN 283 PAS 185 ROSAK 6 JUMLAH 474
SALURAN 4 : BN 338 PAS 127 ROSAK 2 JUMLAH 477

KERDAU N 28

UNDI POS : BN 39 PAS 11 ROSAK 1 JUMLAH 51

BALAI RAYA KG. SERI TANJONG
SALURAN 1 : BN 146 PAS 55 ROSAK 4 JUMLAH 201

SEK KEB KERDAU
SALURAN 1 : BN 152 PAS 103 ROSAK 4 JUMLAH 458
SALURAN 2: BN 155 PAS 144 ROSAK 3 JUMLAH 302

SEK KEB JENGKA 22
SALURAN 1 : BN 182 PAS 94 ROSAK 5 JUMLAH 281
SALURAN 2 : BN 224 PAS 94 ROSAK 2 JUMLAH 320
SALURAN 3 : BN 183 PAS 94 ROSAK 2 JUMLAH 279

SEK KEB PAYA TARAM
SALURAN 1 : BN 184 PAS 83 ROSAK 9 JUMLAH 276
SALURAN 2: BN 244 PAS 133 ROSAK 4 JUMLAH 381

SEK KEB TELUK SENTANG
SALURAN 1 : BN 297 PAS 226 ROSAK 5 JUMLAH 526

SEK KEB KUALA KEKAL
SALURAN 1 : BN 241 PAS 64 ROSAK 5 JUMLAH 310

DEWAN SERBAGUNA RUMPUN MAKMUR
SALURAN 1: BN 199 PAS 51 ROSAK 7 JUMLAH 257
SALURAN 2: BN 213 PAS 108 ROSAK 0 JUMLAH 321

SEK KEB JENGKA 25
SALURAN 1: BN 307 PAS 43 ROSAK 1 JUMLAH 351

SEK KEB JENGKA 23
SALURAN 1: BN 236 PAS 95 ROSAK 3 JUMLAH 334
SALURAN 2: BN 390 PAS 133 ROSAK 7 JUMLAH 530
SALURAN 3: BN 293 PAS 177 ROSAK 8 JUMLAH 482

SEK KEB PULAU PASIR MANDI
SALURAN 1: BN 144 PAS 108 ROSAK 2 JUMLAH 254

BALAI RAYA KERAI
SALURAN 1: BN 286 PAS 44 ROSAK 5 JUMLAH 335

SEK KEB LIPAT KAJANG
SALURAN 1: BN 243 PAS 99 ROSAK 4 JUMLAH 346

SEK MEN KED KERDAU
SALURAN 1: BN 204 PAS 93 ROSAK 6 JUMLAH 33
SALURAN 2: BN 267 PAS 132 ROSAK 2 JUMLAH 401
SALURAN 3: BN 227 PAS 152 ROSAK 2 JUMLAH 381

KERDAU DAN MERLIMAU....

BN menang di DUN Merlimau dengan majoriti 3,643 undi. Calon BN, Roslan Ahmad mendapat 5,962 undi, manakala calon PAS, Yuhaizad Abdullah memperolehi 2,319 undi. Jumlah undi rosak diterima ialah 130 undi.

Sementara itu bagi pilihan raya kecil DUN Kerdau, BN turut menang besar dengan majoriti 2,724 undi.Calon BN, Syed Ibrahim Syed Ahmad memperolehi 5,060 undi, menewaskan calon PAS yang mendapat 2,336 undi. Jumlah undi rosak ialah 90.

7.58pm (Tidak rasmi)
BN: 5,060
PAS: 2,336
Majoriti: 2,724

7.43pm (Tidak rasmi)
BN: 4,793
PAS: 2,204
Majoriti: 2,589

7:39pm (Tidak rasmi)
BN: 4,486
PAS: 2,161
Majoriti: 2,325
7.30pm (Tidak rasmi)

BN: 4,074
PAS: 2,002
Majoriti: 2,072
7:27pm (SPR)

BN: 3,334
PAS: 1,453
Majoriti: 1,881
7.15pm (Tidak rasmi)

BN: 3,777
PAS: 1,776
Majoriti: 2,001
7.12pm (Tidak rasmi)
BN: 3533
PAS: 1643
Majoriti: 1890
6.34pm (Tidak rasmi)
BN: 2,021
PAS: 956
Majoriti: 1,065

6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 1,385
PAS: 764
Majoriti: 621

6.17pm (Tidak rasmi)
BN: 731
PAS: 513
Majoriti: 218

6.06pm (Tidak rasmi)
BN: 191
PAS: 114
Majoriti: 77

Friday, March 4, 2011

ALI RUSTAM TAK TAHU BEZA AYAM DENGAN BIAWAK...

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam mempunyai satu anekdot kegemarannya yang beliau suka berkongsi dengan sesiapa sahaja yang bersedia mendengarnya, sepanjang kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau.Dalam cerita ini, Mohd Ali dan pengerusi MIC Melaka, R Perumal, melawat Kampung Paya Buloh yang sebahagian besar penduduknya adalah kaum India, untuk mencari satu keluarga yang didakwa oleh DAP sering tidur dalam kelaparan.

"Saya buka periuk mereka dan mendapati satu per empat daripadanya berisi nasi. Saya tanya mereka, 'Apa lauk hari ini?'
"Perumal buka periuk lain dan mendapati ia berisi kari ayam!

"Ada tiga paha ayam, dan DAP mendakwa mereka miskin," kata Mohd
Ali mengenai isu tersebut yang dilaporkan oleh akhbar Malaysia Nanban, yang disiarkan beberapa hari sebelum hari pencalonan.

Dalam laporannya, akhbar harian berbahasa Tamil itu bercakap dengan seorang budak lelaki berusia 13 tahun dari sebuah keluarga seramai lima orang, yang mendakwa dia sedang menimbang berhenti sekolah untuk bekerja sepenuh masa sebagai penjaga lembu bagi menambah pendapatan keluarganya kerana ibu bapanya sakit.

Sebaik sahaja disiarkan, wartawan berkenaan menjadi sasaran gangguan "orang ramai" yang marah dengan laporannya itu.

Terdapat cubaan untuk memecahkan cermin pintu belakang keretanya pada malam tersebut, tetapi tiada barang yang diambil.

Kerosakan pada kenderaan tersebut dianggarkan sekitar RM400. dibaiki.

Malaysiakini kemudiannya berkunjung ke Kampung Paya Buloh bagi mendapatkan kesahihan berhubung aporan Nanban itu.

Lebih menarik lagi, bapa budak lelaki itu - yang hanya mahu dikenali sebagai Periamalai - berkata kari ayam kari yang didakwa oleh Mohd Ali dalam periuk mereka, sebenarnya adalah biawak yang ditangkap anjing peliharaan mereka.

"Kami tangkap biawak beberapa kali dalam seminggu," katanya sambil menambah mereka tidak makan ayam kerana tidak begitu suka rasanya.

Manakala nasi yang Mohd Ali nampak, tambahnya, adalah pemberian seseorang. Dan sekali dua dalam seminggu, keluarganya tidur dalam keadaan perut kosong selepas makan sedikit bubur, dan adakalanya hanya minum air sahaja.

Thursday, March 3, 2011

HADIAH TERBESAR FELDA KEPADA PENEROKA....

Seorang peneroka terpaksa menanggung hutang lebih RM85 ribu selepas enam tahun menguruskan ladang tanaman mereka bersama Felda.Hutang yang begitu besar dalam tempoh singkat itu didakwa akibat menyerahkan urusan tanam semula kepada Felda yang dikendalikan anak syarikatnya Techno Plant sdn Bhd.

Perkara itu didedahkan Pengerusi Persatuan Anak-anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) pada sidang media PAS di markas induk PRK Kerdau di sini.Sebagai bukti kegagalan seorang peneroka Felda, hutangnya pada ketika ini setelah lebih kurang enam tahun diurus Techno Plant Sdn Bhd, hutangnya mencecah
RM85,441.63 sen.

Beliau bagaimanapun tidak menyertakan maklumat lanjut berkenaan peneroka tersebut.Mazlan mendakwa, Felda melalui anak syarikatnya yang diwujudkan sejak tahun 200d itu mengaut keuntungan melampau di atas usaha dan titik peluh peneroka berbanding syarikat swasta lain.Sebagai contoh tambahnya, kos tanam semula dengan Felda adalah sebanyak RM10,503 sehektar berbanding Sime Darby (RM3,120) dan Kumpulan IOI (RM1,998) sekaligus membuktikan dakwaan tanam semula dengan Felda murah adalah bohong.

Akibat kos yang mahal itu kata beliau, peneroka terpaksa menanggung hutang yang besar setiap tahun.Kos yang besar itu pula kata Mazlan langsung tidak sepadan dengan untung bersih yang diperolehi peneroka berbading menanam semula dengan syarikat lain.Beliau membandingkan keuntungan Felda yang hanya RM40.50 seekar untuk sebulan dengan Wilmar International (RM1050), IOI Group (RM366.30) dan Sime Darby (RM114).

Turut hadir salam sidang media itu Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan PAS Idris Ahmad dan anggota parlimen Padang Terap Nasir Zakaria.Sehubungan itu beliau menggesa perkhidmatan Techno Plant dihentikan serta merta demi masa depan peneroka.

Wednesday, March 2, 2011

JAMINAN DARIPADA PAS....

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberi jaminan, PAS akan memberikan tekanan yang sewajarnya agar masalah rakyat di Kerdau diselesaikan dengan baik jika calonnya terpilih dalam pilihan raya kecil ini.Sebagai pembangkang, PAS akan membuat desakan agar segala masalah rakyat dapat diselesaikan dengan baik.

Jika PAS sebagai kerajaan, PAS akan laksanakan sebagaimana PAS mentadbir Terengganu sebelum ini serta juga lain-lain negeri Pakatan Rakyat.Turut serta di sidang media itu adalah anggota Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang juga Timbalan Setiausaha Publisiti DAP yang ditugaskan khas di Kerdau.

Antara masalah yang dihadapi oleh penduduk Kerdau adalah geran tanah yang mereka tidak perolehi walaupun mereka tinggal dan membuka tanah di kawasan itu sejak sekian lama.Semasa PAS mentadbir Terengganu dahulu, 60,000 lot tanah berjaya PAS keluarkan geran untuk penduduk Melayu serta juga Cina dan India.Ia tidak berjaya diselesaikan selama 40 tahun oleh kerajaan negeri sebelum itu, tetapi PAS berjaya selesaikannya selama 4 tahun sahaja.

Dalam sidang medianya, Abdul Hadi berkata, PAS menyertai pilihan raya ini atas nama Pakatan Rakyat menawar calon yang terbaik untuk rakyat Kerdau.PAS bekerjasama atas dasar muafakat antara PAS, PKR dan DAP. Kami buat secara muafakat mencari titik persamaan untuk melaksanakan konsep negara kebajikan.


Beliau juga memberikan jaminan, Pakatan Rakyat akan bebas dari rasuah dan penyelewengan sebagaimana yang telah terbukti di empat buat negeri Pakatan dan Terengganu sebelum ini.Beliau juga berkata, kerjasamaa antara parti dalam Pakatan Rakyat sangat baik namun ia tidak terserlah kerana kongkongan media yang dibuat oleh BN.Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin, jika media bebas dan membuat laporan yang adil, kerjasama antara PAS,PKR dan DAP akan menyerlah kerana sememangnya itu yang berlaku.

Tuesday, March 1, 2011

UMNO SEMAKIN TERDESAK DI KERDAU....

Umno disifatkan makin terdesak dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau apabila bertindak mengganggu ceramah PAS setelah ceramah dianjurkan parti itu tidak mendapat sambutan.Ketua Pemuda PAS Pahang, Suhaimi Saad, berkata sudah dua malam berturut-turut ceramah anjuran PAS di Jengka 23 telah diganggu oleh pihak parti tersebut.

Malam kelmarin semasa ceramah Mohammad Sabu, markas Umno yang berada tidak berapa jauh dari kawasan PAS telah memasang lagu dan berkaraoke sekuat-kuatnya sehingga mengganggu kira-kira seribu pendengar yang hadir.Malam tadi ceramah Bob Lokman yang dihadiri kira-kira seribu orang pula diganggu oleh tidak kurang 10 orang pemuda yang bermotosikal dengan membuat bising di kawasan ceramah yang mendapat permit polis.

Menurut Suhaimi, selepas beberapa pemuda PAS menghampiri penunggang motosikal berkenaan, mereka pun lari dan kemudian datang lagi mengganggu.DUN Kerdau mempunyai 13 pusat mengundi termasuk tiga kawasan Felda. Pemuda PAS Pahang menjadikan Jengka 23 sebagai pusat operasinya.

Tambah Suhaimi, selama ini tema kempen oleh calon PAS ialah berkasih sayang dan menolak provokasi, tetapi diambil kesempatan oleh Umno untuk menimbulkan provokasi dan suasana yang tidak selesa kepada penyokong PAS.PAS masih punya beberapa hari lagi untuk berkempen dan PAS harap pihak berkuasa tidak berdiam diri kerana PAS tidak mahu berlaku suasana yang tidak harmoni atau kekecohan dalam kempen pilihan raya ini