ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Monday, February 28, 2011

PAHANG BERHUTANG 2.17b DI BAWAH ADNAN...

PAS menggesa Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob menjelaskan kelemahan pentadbirannya kerajaannya kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (Dun) Kerdau seperti mana dilaporkan oleh Jabatan Audit Negara.Gesaan itu dibuat ekoran kenyataan Adnan yang menyebut selama Barisan Nasional menerajui Pahang tidak ada isu untuk dibangkitkan oleh pembangkang dalam PRK Dun Kerdau.

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang juga Pengarah Pilihan raya PAS bagi pilihan raya kecil (PRK) Kerdau dalam sidang medianya hari ini berkata, Laporan Audit Negara yang dikeluarkan baru-baru ini banyak menyentuh tentang kelemahan Kerajaan Pahang yang merangkumi pelbagai skop.Kata beliau, paling utama kelemahan melibatkan pentadbiran dan pengurusan sehingga kerajaan negeri kehilangan sumber pendapatan sebanyak RM227.9 juta ekoran empat buah syarikat-syarikat berkaitan negeri (GLC) gagal membayar balik pinjaman mengikut jadual.

Lebih teruk lagi kata beliau, laporan itu juga mendedahkan kerajaan negeri tidak boleh mengambil tindakan terhadap GLC terbabit sekiranya GLC terbabit gagal membuat bayaran.Turut hadir dalam sidang media itu ialah Timbalan Pengarah Pilihan raya PAS Dun Kerdau, Abdul Wahid Endut dan Ahli jawatankuasa PAS, Dr Dzulkifly Ahmad.

Kata Tuan Ibrahim, oleh kerana Lapuran Audit Negara adalah maklumat awam, menjadi tanggungjawab pada Adnan memberi penjelasan kepada rakyat termasuk pengundi di Kerdau, apa langkah-langkah yang telah diambil bagi mengatasi kepincangan-kepincangan tersebut.Selain itu, Adnan juga digesa menjelaskan mengapa kerajaan negeri telah mengalami defisit belanjawan selama 13 tahun berturut-turut dan kini menganggung bebanan hutang sebanyak RM2.17 bilion seperti mana Laporan Ketua Audit Negara tersebut.

Mengulas kenyataan Presiden Umno Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tentang pemilihan Hassanuddin sebagai calon PAS, Tuan Ibrahim berkata ia berdasarkan proses biasa dalam PAS.Nama Hassanuddin katanya, di hantar oleh PAS Kawasan, diluluskan oleh PAS negeri dan seterusnya mendapat kelulusan PAS Pusat dan Majlis Syura.Justeru beliau menyeru pengundi di Kerdau membuat pilihan yang tepat bagi membongkar segala kepincangan demi memperjuangkan kepentingan penduduk Kerdau dan seluruh negeri Pahang.

Friday, February 25, 2011

PERJUMPAAN PEMINJAM PTPTN DAN MARA BERSAMA PAS....

emuda PAS Pusat akan mengadakan pertemuan dengan peminjam-peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) dan Mara esok, 26 Februari jam 2 petang di Dewan Semantan Perdana, Hotel Sri Malaysia, Temerloh, Pahang. Ketuan penerangannya, Suhaizan Kayat berkata, berdasarkan kepada maklum balas yang sangat positif setakat ini daripada peminjam, keluarga dan mereka yang bersimpati dengan peminjam PTPTN dan Mara, maka Dewan Pemuda PAS Pusat mahu mencadangkan dalam pertemuan esok penubuhan suatu gerakan rakyat yang dinamakan Gerakan Peminjam-Peminjam PTPTN-Mara (GPP).

Gerakan ini akan dianggotai oleh para peminjam PTPTN, peminjam pendidikan Mara, peminjam pelajaran lain-lain agensi, NGO, parti-parti politik dan individu yang bersimpati.Menurutnya, matlamat penubuhan GPP adalah untuk mengumpul maklum balas seluruh negara daripada peminjam terhadap kesulitan yang mereka hadapi, mengumpulkan tenaga pakar dalam bidang pinjaman pendidikan di Malaysia.

Katanya, ia juga untuk mengadakan persidangan meja bulat bagi merumuskan keadah penyelesaian yang bersesuaian, mendesak kerajaan memberi perhatian kepada rumusan yang telah dibuat dalam Persidangan Meja Bulat dan membuat tindakan susulan dengan pihak kerajaan.Tambahnya, Dewan Pemuda PAS Pusat mempunyai sedikit pengalaman menguruskan desakan rakyat sebelum ini dalam Gerakan Pemansuhan PPSMI (GMP) dan Gerakan Pemansuhan Judi Bola (GMJ).

Menurutnya, kedua-dua gerakan rakyat itu telah membuahkan hasil yang manis kepada rakyat di mana pihak kerajaan telah mendengar rintihan rakyat dan akhirnya PPSMI dan judi bola telah dimansuhkan. Dewan Pemuda PAS Pusat sangat optimis bahawa GPP akan dapat merumuskan jalan keluar terbaik yang sedang dihadapi oleh para peminjam pelajaran sekarang.Menurutnya, antara kaedah penyelesaian yang akan dicadangkan dalam pertemuan esok adalah mewujudkan sistem galakan kepada peminjam yang cemerlang dalam pelajaran. Contohnya pinjaman PTPTN atau Mara akan ditukar kepada biasiswa bagi mereka yang cemerlang.

Cadangan kedua, katanya adalah kerajaan tidak seharusnya membebankan peminjam dengan caj perkhdimatan yang harus dihapuskan.Ketiganya adalah memberi subsidi kepada peminjam daripada keluarga yang miskin.Cadangan-cadangan lain akan dikumpulan dan dirumuskan oleh mereka yang pakar dalam bidang ini.Peminjam-peminjam PTPTN dan Mara serta keluarga harus memberi sokongan terhadap gerakan itu dengan hadir dalam pertemuan esok.

Thursday, February 24, 2011

CALON PAS DI MERLIMAU DAN KERDAU...

PAS malam ini memilih Yuhaizad Abdullah, 38, sebagai calon pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Merlimau dan Hassanuddin Salim, 43, bagi PRK Kerdau.Kedua-dua PRK itu diadakan serentak pada 6 Mac ini sementara penamaan calon pada 26 Februari.

Di JASIN, pemilihan Yuhaizad selaku Timbalan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin diumumkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang pada jam 11.25 malam ini di hadapan lebih 6,000 penyokong PAS dan Pakatan Rakyat di Dataran Markas PAS Dun Merlimau.

Berusia 38 tahun, Yuhaizad adalah juga Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS negeri.

Pemilihan anak jati Kampung Chinchin yang terletak di dalam Dun Merlimau yang berkelulusan Diploma Tasawur Islam itu dipercayai mampu memberikan tentangan sengit kepada BN yang sememangnya begitu yakin dapat mempertahankan kerusi Merlimau.

Kerusi Dun Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohd Hidhir Abu Hassan, 58, dari BN pada awal Februari lalu.
Pada pilihan raya umum 2008, Hidhir menewaskan calon PAS, Mejar (B) Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Beliau pernah bekerja sebagai juruteknik Siemens Semiconductor pada 1994 hingga 1998, Pegawai Tadbir Koperasi Hak Anak Melaka (Kohamas) pada 1998 hingga 2000, Pegawai Tadbir Borneo Security Melaka (2001-2003), Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di MISC Menara Dayabumi (2003-2007) dan Pengurus Projek Kontraktor Penyelenggaraan di Universiti Multimedia pada tahun lepas.

Di TEMERLOH, pengumuman Hassanuddin sebagai calon PAS telah disempurnakan oleh Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada jam 10.46 malam dalam majlis yang diadakan di tapak Kompleks PAS Kerdau.

Hassanuddin yang dilahirkan di Kampung Loyang, Sanggang, Temerloh pernah bertanding di Dun Kerdau pada pilihan raya umum lalu.Beliau adalah Ketua Penerangan PAS Pahang yang berkelulusan Diploma Ukur dari UiTM, Shah Alam mempunyai seorang isteri dan tujuh orang anak.

Hassanuddin berpengalaman dalam kerja-kerja pembinaan berskala besar seperti pembinaan infrastruktur Hospital Temerloh di samping pernah berkhidmat di sudan dalam industri minyak dan gas.Beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri dan ukur selama 15 tahun juga aktif dengan aktiviti kemasyarakatan.

KELANTAN VS PETRONAS

Kerajaan Persekutuan mahu menjadi sebagai pencelah dalam saman yang difailkan kerajaan negeri Kelantan terhadap Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengenai royalti minyak.Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof menetapkan 22 Mac untuk mendengar permohonan kerajaan untuk menjadi pencelah dan dinamakan sebagai defendan kedua dalam saman itu.

Hakim menetapkan tarikh itu di dalam kamar selepas mengadakan perjumpaan dengan peguam Alan Gomez yang mewakili kerajaan negeri Kelantan, peguam Rishwant Singh yang mewakili Petronas dan Peguam Kanan Persekutuan Suzana Atan dari Jabatan Peguam Negara yang mewakili kerajaan semasa kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes hari ini.Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan.

Dalam permohonan yang difailkan pada 19 Nov lalu, antara alasan yang dikemukakan oleh kerajaan Malaysia ialah kerajaan Malaysia wajar dijadikan defendan dalam kes ini, supaya semua perkara yang dipertikaikan boleh diputuskan dan dihakimi dengan berkesan dan selengkapnya.Ia juga agar persoalan dan isu-isu perundangan yang berbangkit atau berhubung dengan relif yang dituntut oleh kerajaan negeri Kelantan adalah adil dan sesuai diputuskan antara kerajaan Malaysia dan Petronas.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.Dalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas.

Wednesday, February 23, 2011

HIDUP MAHASISWA....

Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia melihat insiden-insiden yang tidak sepatutnya berlaku di menara gading terutama di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Putra Malaysia membuktikan ketidakmatangan pihak Kementerian Pengajian Tinggi dan pihak pentadbiran universiti di dalam mengendalikan pilihan raya kampus.

Pengarahnya, Mohd Saifullah Mohd Zulkifli berkata, pihaknya kesal dengan insiden-insiden yang berlaku itu dan mendesak pihak berkenaan supaya tidak memecahbelahkan kesatuan mahasiswa dengan label politik melampau seperti pro-pembangkang dan pro-kerajaan.Ini akhirnya akan membawa masuk budaya politik kotor seperti yang biasa diamalkan oleh parti pemerintah dengan budaya politik ugut, politik wang dan politik takut.

Mahasiswa, katanya harus tidak dilihat seperti ‘budak sekolah’ sehingga segalanya dilarang untuk dilakukan.Tambahnya, mahasiwa dilarang untuk adakan manifesto, sudut pidato malah adakan kempen secara berkumpulan juga dilarang akibat daripada takut yang tidak bersebab kepada gerakan mahasiswa.Beliau menambah, adalah matang jika satu jawatankuasa khas antara KPT, HEP dan pihak mahasiswa ditubuhkan bagi membincangkan format baru pelaksanaan pilihanraya kampus pada masa akan datang.

Baginya, format yang terbaik yang harus dirangka adalah bagi membolehkan mahasiswa mengendalikan sendiri pilihan raya kampus mereka sendiri.Justeru itu, pihak Biro Mahasiswa Angkatan Muda Keadilan Malaysia percaya bahawa pilihan raya kampus mampu dilihat suatu medan melahir kepimpinan generasi muda melalui desakan yang dinyatakan.

DEMOKRASI MAHASISWA DI ROBEK....

Pihak pentadbiran Universiti Putra Malaysia (UPM) telah menarik balik pembatalan kemenangan kesemua 11 kerusi yang dimenangi kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) dalam pilihan raya kampus kelmarin.Keputusan menarik balik pembatalan tersebut terkandung dalam surat yang ditandatangani timbalan naib canselor halehwal pelajar UPM, Prof Dr Fauzi Ramlan yang dikeluarkan kira-kira jam 1 tengahari tadi.

Perkara itu disahkan oleh jurucakap majlis politik nasional, Gabungan Mahasiswa Islam Semenanjung (GAMIS), Ahmad Syukri Kamaruddin.Ketika dihubungi Malaysiakini, Syukri berkata, pembatalan kemenangan calon pro-M itu ditarik balik selepas pihak pentadbiran UPM mendapati kesilapan kecil.Pagi tadi, lebih 100 pelajar pro-Mahasiswa (pro-M) sedang berkumpul di hadapan bangunan pentadbiran UPM bagi membantah pembatalan kemenangan 11 daripada calonnya dalam pilihan raya kampus semalam.

Kesemua 11 calon pro-M itu dihubungi melalui telefon pada jam 9 malam semalam. Mereka kemudiannya diberikan surat rasmi yang mengatakan bahawa kemenangan mereka telah dibatalkan.Surat itu ditandatangani oleh ketua unit disiplin, hal ehwal pelajar UPM, Noraihan Nordin.Kesebelas mereka diberi tempoh sehingga jam 10 pagi ini untuk merayu tetapi terpaksa membayar RM100 setiap orang bagi berbuat demikian.

Kumpulan pro-M menganjurkan bantahan mereka sebaik menerima keputusan pembatalan kemenangan mereka sejak jam 10 malam semalam. Setakat ini, tiada kejadian yang tidak diingini dilaporkan.Sementara itu, dalam satu kenyataan hari ini, Dr Mohd Fauzi berkata, terdapat tiga bantahan yang ditolak berhubung pilihan raya kampus kelmarin.
Menurutnya, dua bantahan tersebut adalah tidak berasas kerana di luar skop pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011.Satu lagi bantahan, turut ditolak kerana kesalahan teknikal.

Justifikasi penolakan berdasarkan skop peraturan-peraturan UPM (pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar UPM 2011). Berikutan itu, keputusan tidak rasmi kemenangan 43 ahli MPP UPM itu kekal.Berikutan, katanya, mereka yang masih berpuashati dengan keputusan bantahan tersebut, boleh mengemukakan rayuan sebelum diisytiharkan kemenangan tersebut secara rasmi hari ini.

Tuesday, February 22, 2011

BANGKIT PRO-MAHASISWA.....

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya menafikan dua pertiga majoriti Pro-Aspirasi (Pro-A) meskipun kalah secara keseluruhannya.Pro-M tewas selepas mendapat 13 daripada 30 kerusi yang dipertandingkan iaitu enam dari sepuluh kerusi umum dan tujuh daripada 20 kerusi fakulti.Manakala pro-A mendapat 17 kerusi.Mengulas kekalahan yang disifatkan 'kalah bergaya' itu, jurucakap Pro-M UTHM, Muhammad Syafiq Abdul Rahman berkata, pihaknya berpuas hati kerana berjayameningkat dua kali ganda dari sebelum ini. Sebelum ini kami hanya menang tujuh kerusi, tetapi sekarang 13 sementara Aspirasi 17.

Namun ujarnya, Pro-M menjadikan keputusan tersebut sebagai semangat untuk menawan UTHM pada sesi akan datang.Sementara itu di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), pro-M mengekalkan kemenangan sebelum ini dengan menguasai 23 daripada 26 kerusi yang dipertandingkan.Hanya satu kerusi dimenangi pro-A. Dua dimenangi calon bebas.Kemenangan ini juga menunjukkan peningkatan berbanding tahun lalu di mana mereka menang 15 kerusi.

Di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), kumpulan pro-Mahasiswa juga berjaya mengakhiri kemarau tujuh tahun bagi menguasai universiti kebangsaan itu.Mereka menang 22 kerusi manakala kem Aspirasi mendapat 15. Antara lain, kumpulan pro-Mahasiswa mendakwa pelajar mengundi mereka kerana tidak berpuas hati dengan bekalan air yang tidak menentu di asrama serta perkhidmatan Internet yang tidak stabil.

Di Universiti Sains Malaysia (USM), kumpulan pro-Mahasiswa tidak memenangi kebanyakan kerusi tetapi berjaya memperbaiki kedudukan dengan merampas 14 kerusi, meningkat daripada 7 yang dimenangi tahun lalu. Kem pro-A masih selesa dengan 24 kerusi manakala seorang calon bebas menang satu lagi.Di Universiti Putra Malaysia (UPM), kem pro-Mahasiswa mengekalkan kedudukan mereka dengaan 11 kerusi, seperti pada tahun sebelumnya.Mereka dibelasah teruk oleh kumpulan pro-A yang memenangi 31 kerusi.Sebuah lagi kerusi dimenangi calon bebas.

Sementara itu, di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), prestasi pro-Mahasiswa bertambah buruk berbanding tahun sebelumnya, mereka hanya mendapat 12 kerusi berbanding 18 sebelumnya.Kumpulan Aspirasi menang 38 kerusi manakala lima lagi diboloti calon bebas.Mengulas faktor kekalahan mereka dalam pilihan raya itu, jurucakap pro-M UTM Ku Abd Muhyi Ku Abd Hamid berpendapat kekurangan calon dan kekurangan sumber kewangan adalah antara punca kekalahan mereka.

Monday, February 21, 2011

TAHNIAH BUAT PRO-MAHASISWA ...

TERKINI....

Pro-Mahasiswa telah berjaya mengalahkan Anspirasi di dalam pilihanraya kampus di 6 buah Universiti.6 buah universiti tersebut ialah UM,UKM,UMS,UPSI,UMK,dan USIM.Walaupun di ugut dan ditekan dengan pelbagai pihak termasuk dari pihak universiti sendiri akhirnya kejayaan berpihak kepada Pro- Mahasiswa.

"SUARA PEMUDA"
"SUARA KERAMAT"

KEPUTUSAN PILIHAN RAYA KAMPUS UPM....

Keputusan tidak rasmi di Universiti Putra Malaysia (UPM) menunjukkan Pro-Aspirasi terus berkuasa.

Kumpulan Pro-Mahasiswa hanya berjaya mendapatkan 11 kerusi daripada 44 yang dipertandingkan.Daripada jumlah 11 kerusi itu, 2 adalah kerusi umum, 8 kerusi fakulti manakala sebuah kerusi siswazah lanjutan.

Pro-Aspirasi pula mendapat 32 kerusi - 5 umum, 24 fakulti dan 3 kerusi siswazah lanjutan.

TAHNIAH BUAT PRO - MAHASISWA DI UM....

Email baru diterima.....

Kumpulan pro-Mahasiswa Universiti Malaya memenangi pilihan raya kampus universiti itu hari ini.

Mereka menyapu bersih kesemua 9 kerusi umum dan mendapat 14 kerusi fakulti.

Lawan mereka hanya berjaya mendapat 18 kerusi fakulti.

Sunday, February 20, 2011

KHALED NORDIN DI MINTA LETAK JAWATAN MENTERI...

Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) hari ini mendesak Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin meletakkan jawatan kerana kegagalannya menangani masalah demokrasi kampus yang semakin kritikal berkaitan perjalanan pilihan raya kampus.Pengerusi Majlis Politik Nasional Gamis, Ahmad Syukri Ab Razab dalam satu kenyataan berkata Khaled juga gagal menyahut cabaran mahasiswa untuk berdialog secara terbuka mengenai isu-isu mahasiswa.

Gamis sebaliknya mahu Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Saifuddin Abdullah menggantikan Khaled mengetuai kementerian berkenaan kerana dilihat lebih bersifat terbuka terhadap suara mahasiswa.Keprihatinan Timbalan Menteri ini jelas kelihatan apabila beliau sangat rapat dengan mahasiswa bukan sahaja melalui saluran formal bahkan melalui jaringan tidak formal. Ini dapat dilihat apabila beliau sangat sensitif dalam isu kemahasiswaan biarpun respon beliau kadangkala bercanggah dengan pendirian di peringkat kementerian.

Ahmad Syukri berkata Saifuddin antara individu penting yang memperjuangkan pindaan terbaru Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) sehingga sudut pidato dirasmikan semula di kampus-kampus.Biarpun perlantikan Datuk Saifuddin belum menjanjikan perubahan terhadap suasana demokrasi kampus yang lebih baik, namun sekurang-kurangnya ada jaminan bahawa beliau akan memberi ruang yang lebih luas untuk mahasiswa bersuara berdasarkan prestasi semasa beliau sebagai timbalan menteri KPT.

Menurut Ahmad Syukri, Gamis juga mengambil serius kegagalan Khaled berhadapan dengan tuntutan mahasiswa sebelum ini.Memorandum Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) berhubung salah guna kuasa pihak universiti dalam pilihan raya kampus pada Januari tahun lalu tidak dilayan.Bukan sekadar tidak memberi respons positif, bahkan menteri tidak langsung memberi respons terhadap semua tuntutan yang dibuat.Katanya lagi, pada tahun 2011 keadaan yang sama berulang apabila memorandum yang hampir sama tidak juga dilayan.

Selain itu, Khaled juga tidak menjawab surat jemputan Pro-M untuk berdialog pada 9 Februari lalu.Namun malangnya surat tersebut hanya dibalas dengan sms pada keesokan harinya yang menyatakan bahawa menteri KPT tidak mempunyai kelapangan untuk memenuhi undangan tersebut.

CALON PRO-M HILANG TELAH DITEMUI...

Calon Pro-M Universiti Malaya, Masturah Abu Bakar yang dikatakan hilang ditemui selepas berapa siri kempen pilihan raya kampus di universiti itu.

Harakahdaily difahamkan, pada pukul 10.40 malam tadi pihak Pro-M menerima maklumat Masturah dijumpai di Bangi.

Berapa anggota Pro-M bergegas ke Bangi dan beliau dijemput oleh ahli keluarga dan dibawa balik ke rumahnya di Sungai Buluh.

Mereka terus bergegas ke rumahnya dan mengesahkan perkara tersebut.

RTM BERAT SEBELAH? DI MANA KEBENARANYA....

Sejak dari dulu kini dan selamanya RTM atau lebih dikenali dengan Radio Television Malaysia sudah termaktub di bawah kementerian peneranagan.RTM boleh dikatakan sebgai media rasmi kepada kerajaan.Apa sahaja aktiviti mengenai kerajaan pasti di siarkan di radio mahupun siaran tv milik RTM.Untuk pengetahuan RTM bergerak menggunakan duit rakyat.Duit rakyat itu bukan sahaja datang daripada orang-orang UMNO dan Barisan Nasional sahaja malah di situ ada duit orang PAS,PKR,DAP dan lain-lain parti pembangkang lain.

RTM sejak dahulu lagi juga bukan sahaja alat kepada kerajaan pusat tetapi RTM juga menjadi alat politik kepada Barisan Nasional.Apa sahaja berita yang baik mengenai Barisan Nasional pasti di siarkan di RTM.Walaupun RTM ini milik kerajaan tetapi berita mengenai pembangkang juga ada di siarkan di RTM.Memang itu suatu kebenaran.Tetapi berita mengenai pembangkang semuanya adalah mengenai keburukan dan kesemua apa yang disiarkan oleh RTM menegenai pembangkang adalah fitnah semata-mata fitnah untuk menjatuhkan pembangkang.

Lihat sahaja negeri Kelantan yang telah diterajuai oleh PAS selama lebih daripada 20 tahun.Setiap saat tidak terlepas daripada fitnah-fitnah jahat oleh UMNO dan Barisan Nasional dan yang menjayakan fitnah ini siapa lagi kalau bukan RTM.Selepas pilihanraya umum pada 2008 perangai setan RTM ini semakin menjadi-jadi.UMNO dan Barisan Nasional terpaksa memperkasakan semula RTM memandangkan kekalahan teruk UMNO dan Barisan Nasional di 5 buah negeri.

Beberapa hari lepas di, Gua telah dikejutkan dengan kemasukan Bob Lokman ke dalam PAS.Bob Lokman nama yang tidak asing lagi di pentas hiburan.Merupakan seorang artis.Bagi Gua suatu rahmat apabila artis menghampiri PAS dan lebih baik lagi meyertai PAS.Apa kaitannya Bob Lokman dengan RTM ini ialah Bob Lokman merupakan seorang artis dan mencari rezeki di stesen-stesen tv.Di suatu masa dahulu juga Bob Lokman sendiri ada rancangan khas di RTM.Nama rancangan itu Gua pun dah tak ingat.Adakah RTM akan memboikot Bob Lokman selepas ini.

Bagi Gua RTM akan memboikot Bob Lokman selepas ini.JIka RTM berani memboikot ulamak-ulamak seperti Ustaz Ismail Kamus dan Dr Haron Din.Manakan mungkin RTM tidak berani memboikot artis seperti Bob Lokman.Sungguh bangsat sekali perangai kementerian penerangan ini.Tidak sedar di untung.Tahunya menyalahgunakan wang rakyat untuk kepentingan politik.

Apa yang membuatkan Gua bengang lagi ialah dalam hal ini mamat bloger UMNO yang lagi bodoh ini dah masuk campur pulak.Nak desak-desak RTM boikot Bob Lokman.Dengan kenyataan itu sudah terang lagi bersuluh yang selama ini RTM ini berat sebelah dengan memberi keistemewaan hanya kepada UMNO dan Barisan Nasional sahaja.Gua dah lama hangin dengan mamat blogger UMNO ngok ini.Apa yang Gua dengar dari penduduk yang tinggal berdekatan dengan rumah si blogger UMNO ngok ini ialah sampai tahap ada penduduk di sekitar rumah si blogger UMNo ngok nak parang dah si blogger UMNO ngok ini.Apa dia ingat RTM ini bapak dia punye ke.Suke hati dia je nak buat apa yang dia nak buat.

Apa yang dapat Gua andaian ialah mungkin selama ini tiada artis yang mahu mendekati UMNO dan Barisan Nasional sehingga mamat blogger UMNO ngok ni mungkin dengki dengan kehadiran artis kedalam PAS.

UTUSAN MEMFITNAH LAGI....

Pejabat Menteri Besar Kelantan mendakwa bahawa Mingguan Malaysia memanipulasikan sebahagian kenyataan Datuk Nik Aziz Nik Mat dengan mendakwa beliau "akhirnya mengubah nada mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan".Setiausaha akhbarnya, Ahmad Fadhli Shaari menyifatkan laporan bertajuk 'Nik Aziz ubah nada' sebagai satu bentuk fitnah secara sistematik dengan memanipulasikan sebahagian kenyataan mursyidul am PAS itu, "demi mencapai tujuan politik murahan seperti biasa yang dimainkan oleh akhbar lidah Umno itu".

Katanya, akhbar tersebut sekali lagi menggadai prinsip dan etika kewartawanan yang bersifat profesional dan terus merendahkan martabat menjadi ejen fitnah dan propaganda murahan.Mingguan Malaysia - edisi mingguan Utusan - melaporkan Nik Aziz terpaksa mengakui bahawa perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini. Akhbar itu juga melaporkan bahawa perubahan pendirian itu dipercayai ekoran kebimbangan PAS terhadap penurunan sokongan masyarakat Melayu yang kian ketara dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini.

Ahmad Fadhli menjelaskan bahawa laporan tersebut merujuk kepada
ucapan Nik Aziz ketika merasmikan Konvensyen Nasional Pengupayaan Bangsa - Jimanan PAS, yang bertempat di Auditorium Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) semalam.Sebenarnya, tegas beliau, mursyidul am PAS itu merujuk kepada tanggungjawab untuk menyebarkan dakwah yang perlu diutamakan kepada orang Melayu yang sudah menerima Islam terlebih dahulu sebelum bangsa-bangsa lain.Menurut Ahmad Fadhli, petikan teks ucapan Nik Aziz yang menyebut tentang perkara tersebut adalah seperti berikut: “Bagi PAS, Melayu perlu diutamakan dalam agenda dakwah pada hari ini kerana mereka merupakan bangsa yang terdahulu menerima Islam di Tanah Melayu ini".

Oleh yang demikian, tegas Ahmad Fadhli, tidak timbul soal Nik Aziz mengubah nada kerana apa yang diucapkan oleh beliau ialah dalam konteks dakwah bukan dalam konteks hak istimewa pribumi. Menurutnya, menteri besar Kelantan itu sentiasa mendukung perlembagaan Malaysia yang telah menjamin hak-hak istimewa orang Melayu, namun tidak menjadikan isu itu sebagai alat untuk menarik sokongan orang Melayu seperti Umno yang menurutnya mempergunakannya untuk kepentingan politik.

Justeru, Ahmad Fadhli berharap akhbar tersebut tidak mengambil kesempatan untuk memutarbelitkan sebarang laporan selepas ini dan berharap kerjasama dan hubungan baik akhbar tersebut dengan pejabat menteri besar Kelantan boleh diteruskan tanpa sebarang masalah.

Thursday, February 17, 2011

PRO - MAHASISWA MENANG LAGI DI UKM...

Berbeza dengan tempat lain, kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendahului lawannya apabila menang tanpa bertanding di tiga daripada 37 kerusi dalam pilihan raya kampus.Mereka memenangi dua kerusi siswazah dan satu kerusi Fakulti Pengajian Islam selepas proses penamaan calon yang hari ini selepas pasukan lawan Pro-Aspirasi (pro-A) tidak menghantar calon di kerusi berkenaan.

Bagaimanapun, pro-A menang satu kerusi tanpa bertanding di fakulti pergigian.
Menurut jurucakap pro-M, Ahmad Firdaus Ahmad Azam keputusan itu diumumkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Ir Othman Karim di pusat kegiatan pelajar Pusaneka kira-kira jam 1 petang tadi.Kumpulan pro-M meletakkan 36 calon yang merangkumi 12 kerusi umum, 21 fakulti dan tiga kerusi siswazah. Mereka tidak bertanding satu kerusi di Fakulti Pergigian kerana tidak mempunyai calon.

Tahun lalu, kumpulan yang sering dilabel kritikal pada pentadbiran kampus itu mendapat 15 daripada 35 kerusi yang berbanding pro-Aspirasi yang memenangi 19 kerusi. Calon bebas mendapat 1 kerusi. Sebelum ini, pro-M dilapor yakin bahawa mereka akan memenangi 21 daripada keseluruhan kerusi yang dipertandingkan dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung pada 21 Februari ini.

Ahli majlis Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia GMUKM berkata Mohd Hilman Idham berkata, ini kerana kedudukan semasa di kampus berkenaan kini memihak kepada mereka.Selain UKM, empat lagi universiti mengadakan penamaan calon untuk pilihan raya kampus masing-masing.

"SUARA PEMUDA"
"SUARA KERAMAT"

BANGKIT PRO - MAHASISWA !!!

Universiti Malaya (UM) akhirnya membenarkan dua daripada empat mahasiswanya bertanding dalam pilihan raya kampus universiti itu pada 21 Februari ini setelah menimbangkan bantahan mereka sebelum ini.Pengerusi Pro-Mahasiswa (pro-M) universiti itu Farid Jalpah berkata, kedua-dua mahasiswa daripada kumpulannya itu dimaklumkan secara lisan oleh Naib Canselor UM Prof Datuk Ghauth Jasmon pada jam 2.35 petang tadi.

Pagi tadi, kira-kira 60 orang berkumpul di perkarangan bangunan pejabat timbalan naib canselor Hal Ehwal Pelajar sambil menolak pintu masuk ke tempat itu dan mengusung patung mayat tanda membantah tindakan UM tidak membenarkan enam mahasiswa bertanding dalam pilihan raya kampus.Mereka dilarang kerana didakwa mengalami masalah kesihatan dan tidak hadir penuh sesi taklimat calon tanpa alasan kukuh.

Empat daripadanya calon pro-M dan dua lagi calon bebas yang cenderung kepada kumpulan yang sering dilabel sebagai anti pentadbiran kampus.Ketika dihubungi Malaysiakini petang ini, Farid berkata calon yang dibenarkan bertanding itu Tan Tiong Yih (kerusi umum) dan seorang lagi calon fakulti Yeong Lee Kee.

Tambahnya, setakat jam 6.45 petang, dua lagi calon pro-M - Muhammad Naufal Md Isa dan Hoo Chyi Huat - masih cuba berunding dengan pihak jawatankuasa pemilihan bagi mendapatkan kebenaran bertanding.Dengan keputusan terkini UM itu, pro-M kini bakal bertanding di 27 daripada 43 kerusi. Difahamkan musuh mereka Penggerak Mahasiswa (dulu dikenali Pro-Aspirasi) bertanding di kesemua kerusi.

"SUARA PEMUDA"
"SUARA KERAMAT"

Wednesday, February 16, 2011

TAHNIAH BUAT PRO-MAHASISWA UIA...

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIA) telahpun memenangi tanpa bertanding 13 kerusi, termasuk merampas dua 'kubu kuat' pro-Aspirasi selepas penamaan calon ditutup hari ini.Keputusan tersebut diumumkan oleh ketua jawatankuasa pemilihan, Fauzi Muda - yang juga pengetua Kolej Ali - di Galeri pameran kuliah senibina, UIA jam 3 petang tadi.

Dalam pilihan raya kampus tahun lalu, pro-M memenangi 17 daripada 24 kerusi fakulti yang dipertandingkan.Bagi tahun ini, 26 kerusi yang dipertandingkan - bertambah dua kerusi baru di fakulti pendidikan, hasil desakan kumpulan tersebut sebelum ini.

Daripada jumlah tersebut, 14 kerusi dipertandingkan di kampus induk di Gombak manakala 12 kerusi lagi di kampus UIA Kuantan.Timbalan pengerusi pro-M, Ubaid Abd Akla berkata, enam daripada kerusi tersebut dimenangi di tiga kuliah, iaitu kejuruteraan (2), teknologi maklumat (2) dan kuliah alam bina (2) - kesemuanya di kampus induk di Gombak.

Manakala tujuh kerusi lagi dimenangi di empat kuliah di kampus cawangan UIA Kuantan - iaitu kuliah sains (2), farmasi (2), perubatan (2) dan pergigian (1).Ubaid berkata, pro-M berjaya mempertahankan kubu kuat mereka tanpa bertanding di kuliah sains, farmasi dan perubatan.Pengundian akan diadakan pada 22 Februari ini yang membabitkan lapan kerusi di Gombak (kuliah undang-undang (2), ekonomi (2), ilmu wahyu dan sains sosial (2) dan pendidikan (2).

Di Kuantan pula, empat lagi akan dipertandingkan, iaitu kuliah sains bersekutu (2) dan kejururawatan (2).Manakala kumpulan pro-Aspirasi pula menang tanpa bertanding satu kerusi di kuliah pergigian. Tahun lalu, kumpulan tersebut memenangi tujuh kerusi.Sementara itu, Fauzi juga mengumumkan bahawa kelima-lima kerusi antarabangsa turut dimenangi tanpa bertanding.

Selain UIAM, lima lagi universiti akan mengadakan penamaan calon masing-masing esok, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Skudai, Johor.

"SUARA PEMUDA"
"SUARA KERAMAT"

Tuesday, February 15, 2011

POSTER CALON PRO - MAHASISWA DI BAKAR....

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) Universiti Malaya (UM) hari ini membuat dua laporan polis berhubung dua insiden - kejadian kereta disimbah cat dan kain rentang calon kumpulan itu dibakar, menjelang pilihan raya kampus itu 21 Februari ini.Pentadbiran UM menetapkan esok sebagai hari penamaan calon untuk 41 kerusi yang akan dipertandingkan kali ini.

Kedua-dua laporan polis itu dibuat secara berasingan. Kejadian kereta disimbah cat dibuat pemilik kereta Proton Saga Iswara, kelabu dibuat oleh pemiliknya, Ahmad Bashier Muhamad Afifi, di Balai Polis Damansara kira-kira jam 9.51 pagi ini.Manakala bagi kes membakar kain rentang calon umum pro-M, pula dilaporkan oleh pengerusi pro-M nasional Mohd Taufiq Abdul di Balai Polis Seksyen 17 Petaling Jaya kira-kira jam 5 pagi.

" SUARA PEMUDA "
" SUARA KERAMAT "

SYABAS SAMAN TAN SRI KHALID DAN TONY PUA...

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menyaman Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua ekoran kenyataan mereka terhadap konsesi itu.

Menurut Khalid, setelah menerima dokumen saman itu, mereka memberikan arahan kepada peguam masing-masing untuk menyediakan pembelaan.Beliau diwakili Edmund Bon dan Tony pula diawakili peguam Gobind Singh Deo.Bagaimanapun, kata tambah Khalid, saman itu tidak mengubah pendirian mereka terhadap isu Tabung Budi yang menjadi pertikaian.

SYABAS tidak mempunyai hak untuk meminta penguna-penguna menyerah dana kepada SYABAS kerana dana tersebut diberi oleh kerajaan negeri melalui program pemberian 20 meter padu air percuma.Dalam sidang media di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, tindakan SYABAS menyaman ketika proses rundingan pengambilalihan syarikat konsesi air belum selesai, menimbulkan beberapa persoalan berkenaan niatnya.


Sementara itu, menteri besar juga berkata, kerajaan negeri telah mengarahkan pegawal selia air menulis surat kepada SYABAS untuk memastikan bahawa segala biayaan guaman dalam saman ini dibayar oleh individu yang terlibat dan bukan oleh syarikat.Katanya,syarikat tidak perlu dibelengu oleh bayaran guaman untuk kes yang jelas tidak ada kena mengena dengan fungsi SYABAS sebagai pembekal air bersih kepada rakyat Selangor.

Monday, February 14, 2011

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA MAULIDUR RASUL...

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Sambutan Maulidur Rasul s.a.w. yang diadakan saban tahun, mestilah diutamakan dengan memulakan azam baru bagi mengikuti teladan Nabi Muhammad s.a.w. yang diutuskan oleh Allah SWT, untuk membebaskan manusia daripada belenggu jahiliah.

Jasa besar Nabi Muhammad s.a.w. adalah, membawa Islam yang menerangi manusia, yang memerdekakan manusia daripada diperhambakan sesama manusia, dijajah sesama manusia, dizalimi dan menzalimi sesama manusia, kepada manusia yang merdeka dan mempunyai hak yang dihormati.

Kejayaan besar penjajah barat ialah memesongkan umat Islam daripada politik Islam yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w. Hasilnya lahirlah umat Islam yang menerima sahaja siapa sekalipun menjadi pemerintah mereka, walaupun zalim kepada rakyat, kerana bagi mereka urusan politik tidak ada kaitan dengan agama.

Sedangkan pada diri Rasulullah s.a.w. itu adanya teladan politik Islam yang terbukti memberi keadilan kepada semua agama dan kaum, disambung pula oleh pemerintahan Islam selepas itu, yang membuktikan sesuatu kaum khususnya Arab tidak selama-lamanya menjadi pemimpin.

Rasulullah s.a.w. telah membuktikan Islam tidak membenarkan perhambaan sesama manusia, Islam memberikan hak kepada rakyat, hak kepada wanita dan kaum minoriti, dan Islam memberi keadilan kepada seluruh makhluk di atas muka bumi ini. Teladan Nabi Muhammad s.a.w. inilah yang sepatutnya kita ikuti dengan menolak perjuangan sempit atas nama perkauman yang terbukti zalim dan tidak memberi keadilan kepada rakyat.

Kita melihat bagaimana kehidupan masyarakat Arab jahiliah sebelum kedatangan Rasulullah s.a.w. yang penuh dengan perhambaan dan kezaliman, tetapi semuanya berubah selepas kedatangan Islam.

Justeru, saya menyeru kepada seluruh umat Islam khususnya, supaya memulakan tekad baru, menolak jahiliah moden yang menjadikan rakyat sebagai hamba, yang harta negara berlegar sesama mereka, yang rasuah dan zalim, kepada perjuangan yang lebih syumul iaitu Islam sebagaimana dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Presiden Parti Islam Se-Malaysia (PAS)

12 Rabiul Awal 1432H/15 Februari 2011

Sunday, February 13, 2011

YB UMNO RASMI RUMAH URUT......

Mengenang kembali kejatuhan Presiden Mesir Husni Mubarak.Hari jumaat baru-baru ini Gua melepak di kedai Tom Yam sempat untuk melihat berita.Di dalam berita itu,Husni waktu itu menegaskan yang beliau tidak akan meletak jawatannya lagi sebagai Presiden.Namun pada hari sabtu agak sedikut terkujat untuk diri Gua apabila mendapat berita bahawa Husni Mubarak telah pun meletak jawatan.Kegembiraan waktu itu bukan sahaja di rai oleh rakyat Mesir sahaja namun di seluruh dunia juga merasai kegembiraan itu.Gua pun waktu itu menarik nafas lega setelah 30 tahun Husni Mubarak memegang jawatan presiden akhirnya melepaskan jawatan itu.

Setelah 18 hari rakyat Mesir berumah di jalan raya, akhirnya kejayaan datang kepada mereka.Mungkin ini kehendak ALLAH untuk menjatuhkan mereka yang zalim.Pada hari sabtu yang bertarikh 12/02/2011 adalah merupakan hari yang sangat bersejarah buat rakyat di seluruh dunia khasnya kepada rakyat Mesir.Di pagi sabtu yang tenang itu,Gua bersiar-siar selepas subuh menaiki basikal dari Ayer Hitam hingga ke Sri Gading meninjau aktivit-aktiviti mereka yang berdarah biru melakukan aktiviti di pagi hari.Gua sentiasa bersangka baik lagi.

Gua meneruskan lagi kayuhan Gua menuju ke Sri Gading.Sampai di Sri Gading setelah satu jam berkayuh daripada Ayer Hitam.Gua sempat meninjau-ninjau di sekeliling kawasan Sri Gading itu untuk mencari di mana terletaknya batu ukur kawasan Sri Gading itu.

Mungkin ada sesuatu yang pelik berlaku di sini.Di dalam perjalan Gua menuju ke Sri Gading Gua terpaksa menempuhi sebuah pekan kecil yang di panggil Parit Raja.Agak sudah lama Gua tidak mengunjungi pekan kecil itu.Apabila Gua melintasi pekan tersebut Gua mendapati tersengam indah sebuah tempat urut refleksologi.Wah....Pekan sekecil itu sekarang telah terdapat sebuah rumah urut.Mungkin ia dibina untuk orang-orang kampung datang mengurut dari gadis-gadis di situ.Wajarkah dibina sebuah rumat urut di sebuah kampung?

Itu masih menjadi tanda tanye untuk Gua.Mungkin itu hanya untuk tokey cina-cina sahaja yang berniaga di sekitar kawasan tersebut.Apabila melintasi pekan kecil tersebut Gua juga sempat untuk bertanya salah seorang penduduk di situ.Apa yang Gua dapat dari orang itu ialah dia mengtakan bahawa setiap malam di hadapan rumah urut tersebut sering dipenuhi gadis-gadis cantik.Mungkin itu hanya gadis-gadis urut sahaja yang berkerja di situ.Tidak ketemu juga apa yang Gua cari itu.Setelah penat Gua singgah sebentar di sebuah warung yang berdekatan untuk bersarapan nasi lemak bersama secwan kopi 'o'.Agak terkejut jugak Gua kerana kesemua apa yang Gua makan dan minum itu baru hanya RM 2.60.Di Kuala Lumpur mustahil untuk kita berjumpa pakej sarapan yang cuma berharga sebegitu.

Selesai bersarapan, Gua meneruskan kerja Gua untuk mencari batu tanda aras tersebut.Namunpencarian Gua gagal untuk menemukan batu tersebut.Tetapi Gua telah berjaya menemukan sebuah iklan di kawasan tersebut.Iklan tersebut ada kene mengena dengan rumah urut yang terdapat di pekan kecil Parit Raja tersebut.Iklan tersebut adalah iklan menjemput seluruh penduduk di sekitar kawasan tersebut menghadiri perasmian rumah urut tersebut.Agak memeranjatkan Gua apabila membaca siapa yang bakal merasmikan rumah urut tersebut.Lu orang semua nak tahu siapa yang merasmikan rumah urut tersebut...
hehehe...
Ni Gua bagi lu orang semua tengok...
Amacam....
Terkejut beruk tak korang...
hahahaha...

"SUARA PEMUDA"
"SUARA KERAMAT"

PRO-M LANCAR MANIFESTO...

Kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa Nasional (Pro-M) akan melancarkan 'Manifesto Mahasiswa Nasional' yang merangkumi autonomi kampus dan autonomi mahasiswa.

Menurut satu kenyataan hari ini, manifesto tersebut akan dilancarkan selepas Pro-Mahasiswa Nasional dengan kerjasama Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS) menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM Rabu ini.Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.

Delegasi ini akan menghantar memorandum bantahan kepada SUHAKAM terhadap penyelewengan dan ketidakadilan dalam pilihanraya kampus, terutamanya di kampus-kampus utama di sekitar Lembah Klang.Bulan lalu, Pro-M Universiti Putra Malaysia (UPM) menyuarakan tuntutan supaya pentadbiran universiti memberi "peluang sepenuhnya" kepada mahasiswa untuk menguruskan pilihan raya kampus.

Tuntutan itu disuarakan oleh gerakan pelajar berkenaan menerusi satu memorandum yang diserahkan kepada timbalan naib canselor hal ehwal pelajar UPM Prof Dr Mohd Fauzi Ramlan.Memorandum berkenaan juga menggesa supaya pelajar dibenar menjalankan pilihan raya berkenaan "bermula dari proses pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi."

Pengerusi Pro-M UPM Syed Shafiq Syed Hashim dilaporkan berkata tuntutan itu dikemukakan kerana "pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan" untuk menguruskan pilihan raya kampus.Minggu lalu, kumpulan Pro-M di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar ijazah sarjana dibenarkan mengundi.

"SUARA ANAK MUDA"
"SUARA KERAMAT"

Thursday, February 10, 2011

PELUANG CERAH BUAT PRO-M DI UM...

Pentadbiran Universiti Malaya (UM) akhirnya 'mengalah' dengan tuntutan kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) kampus berkenaan selepas bersemuka hampir dua jam dengan pihak terbabit.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) Ahmad Syazwan Muhamad Hasan berkata UM bersetuju memenuhi dua daripada empat tuntutan mereka berhubung pilihan raya kampusnya pada 21 Februari ini.Daripada empat tuntutan, dua telah diterima. Dan dua lagi masih tidak dijelaskan (statusnya pada kami). Kami masih belum menerima respons daripada pihak pentadbiran.

Menurut Ahmad Syazwan lagi, UM akhirnya membatalkan bengkel tiga hari persediaan calon dan serta menggugurkan K Puniamurthy sebagai pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa (MPM) selepas perkhidmatan panjangnya selama tiga tahun.Tempatnya kini diambil alih Pengarah Teknologi Maklumat UM Dr David Asirvatham.

SUARA ANAK MUDA, SUARA KERAMAT !!!

Kumpulan Pro-Mahasiswa (pro-M) di beberapa kampus "terkejut" dengan beberapa "peraturan baru" yang ditetapkan oleh pihak pentadbiran universiti menjelang pilihan raya kampus masing-masing yang dijadualkan berlangsung pada 21 dan 22 Februari ini.

Antaranya ialah dakwaan pengurangan kerusi umum, anggota Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (PALAPES) tidak dibenarkan menjadi calon, pencadang atau menyokong serta pelajar iajazah sarjana dibenarkan mengundi.Pengerusi Pro-Mahasiswa (Pro-M) UPM Syed Syafiq Syed Hashim berkata dapat beberapa peraturan baru yang "memeranjatkan" itu diperkenalkan menjelang pilihan raya kampus berkenaan.

Ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini, beliau berkata antaranya ialah pengurangan sembilan kerusi umum daripada 16 kerusi tahun lalu, menjadi tujuh kerusi umum yang dipertandingkan pada tahun ini.Apatah lagi katanya, terdapat kerusi fakulti yang dipertandingkan pada tahun ini bertambah empat, menjadi 36 kerusi.Empat kerusi tersebut adalah masing-masing dua kerusi di Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan dan Sekolah Pengajian Siswazah.

Sehubungan itu, Syed Shafiq berkata beliau bersama dua lagi wakil mahasiswa bertemu dengan Naib Canselor Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi kelmarin mendapatkan penjelasan berhubung peraturan baru tersebut.Menurut Syed Syafiq, dalam pertemuan itu, Dr Radin Umar berkata pihak pentadbiran akan berbincang semula dengan merujuk peraturan yang ditetapkan sebelum ini dan jika benar bantahan tersebut, pihak pentadbiran universiti akan mengubahnya kembali kepada asal.Mengulas mengenai dakwaanya bahawa terdapat arahan yang dikeluarkan oleh PALAPES UPM "menghalang" anggotanya menjadi calon, pencadang serta penyokong pencadang, Syed Syafiq berkata peraturan tersebut "tidak ada sebelum ini".

Ini kerana katanya, terdapat seorang anggota PALAPES dari pro-Aspirasi pernah bertanding dalam pilihan raya tahun lalu dan pada kali ini, mereka "hanya dibenarkan" mengundi sahaja.Sehubungan itu, pihaknya mendesak PALAPES segera menarik balik arah tersebut "agar proses demokrasi di kampus dapat berjalan sebaiknya".Sementara itu di UTM, jurucakap pro-M berkata pihak pentadbiran universiti kali ini membenarkan pelajar sarjana mengundi dalam pilihan raya kampus.

Bagaimanapun jurucakap itu berkata peraturan baru itu juga tidak menjejaskan kempen pro-M kerana kemungkinan "mereka akan menyokong kumpulan pro-M" demi mencapai kemenangan.Manakala di UIA dan USM setakat ini, tidak ada perubahan atau peraturan baru yang "memeranjatkan" diperkenalkan oleh pihak pentadbiran universiti.Jurucakap pro-M USM Mohd Hanif Alias bagaimanapun memberitahu Malaysiakini bahawa pihaknya "ada mendengar ura-ura" satu kerusi diberikan kepada pelajar Ijazah Sarjana untuk dipertandingkan.Katanya, ura-ura tersebut masih dalam pertimbangan Dewan Senat USM dan "sebelum ini tidak ada pelajar Sarjana yang mengundi dan menjadi calon" dalam pilihan raya kampus berkenaan.

Dalam perkembangan berkaitan, beberapa institusi pengajian tinggi awam (IPTA) utama akan melangsungkan pilihan raya kampus masing-masing pada 21 dan 22 Februari ini, manakala penamaan calon ditetapkan pada 16 dan 17 Februari.Mahasiswa di empat universiti utama - Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan Universiti Malaya (UM) - akan menjalankan proses pengundian serentak pada 21 Februari ini manakala penamaan calon pada 17 Februari ini.Manakala mahasiswa Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dijadualkan mengundi pada 22 Februari ini dan penamaan calon pada 16 Januari ini.

Tahun lalu, sebanyak 16 kerusi umum dan 32 kerusi fakulti dipertandingkan yang menyaksikan pro-M di kampus UPM menang tujuh kerusi umum dan empat kerusi fakulti.Sementara, pro-M UIA memenangi 17 daripada 24 kerusi keseluruhannya manakala di USM, pro-M hanya memenangi tujuh kerusi daripada 33 kerusi - yang merangkumi satu kerusi umum dan enam kerusi fakulti.Manakala pro-M UTM memenangi 18 daripada 51 kerusi yang dipertandingkan secara keseluruhannya.

Pada tahun ini, sebanyak 26 kerusi fakulti - bertambah dua kerusi - akan dipertandingkan di UIA. Sementara di USM, sebanyak enam kerusi umum dan 33 kerusi fakulti akan menjadi rebutan termasuk cawangannya di Kubang Kerian dan Nibong Tebal.

Wednesday, February 9, 2011

NANTIKAN 25 FEBUARI...

Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan keputusan rayuan Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) yang mencabar kerajaan supaya mendedahkan laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatangani oleh kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) kepada 25 Februari depan.

Rayuan dikemukakan oleh Menteri, Air, Tenaga dan Telekomunikasi dan kerajaan persekutuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 28 Jun lalu yang membenarkan MTUC dan beberapa individu akses kepada dokumen yang diklasifikasikan rahsia.Panel tiga hakim, yang diketuai oleh Datuk Zaleha Zahari yang bersidang di Putrajaya berkata mereka memerlukan masa lebih panjang sebelum membuat keputusan.

Anggota lain panel itu ialah hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Datuk Mohd Hishamuddin Mohd Yunus. Mereka juga sebulat suara memutuskan bahawa perlu ada satu keputusan yang matang dalam hal ini.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini memerintahkan kerajaan persekutuan mengumumkan kepada orang ramai laporan audit dan perjanjian konsesi air yang ditandatangani oleh kerajaan negeri Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS).

Pesuruhjaya Kehakiman, Hadhariah Syed Ismail berkata, pendedahan dokumen itu tidak bercanggah dengan kepentingan negara dan awam.Malah ujarnya, ia akan memenuhi tuntutan awam kerana memaklumkan kepada mereka cara kerajaan berfungsi dan menggalakkan perbincangan tentang perkara berkaitan hal ehwal awam.Keputusan Hadhariah itu sekaligus memenuhi permintaan MTUC dan 13 pihak lain agar semakan penghakiman dibuat berikutan tindakan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi ketika itu, Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang menolak permintaan mereka agar dokumen berkenaan didedahkan kepada orang ramai.

Pada 7 Nov 2006, mereka menghantar sepucuk surat kepada menteri itu memohon agar laporan audit dan butiran perjanjian konsesi berkenaan didedahkan kepada umum, tetapi ditolak pada 4 Dis 2006 atas alasan dokumen terbabit telah diklasifikasikan sebagai sulit dan rahsia.Urusan utiliti itu kini terletak di bawah portfolio Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air.

Hadhariah memerintahkan responden pertama iaitu Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi mengemukakan dokumen berkenaan kepada MTUC dan pemohon lain dalam masa tujuh hari.Dalam penghakiman beliau, Hadhariah berkata walaupun perjanjian konsesi itu belum didedahkan kepada umum, tetapi maklumat tentang air bukan hasil (NRW) dan peratusan pengurangannya, formula peningkatan tarif, tempoh kajian semula dan pembayaran pampasan kepada SYABAS telah diedarkan oleh media dan pihak ketiga.

PERINGATAN BUAT UMNO DI MERLIMAU...

Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri Melaka, Bahiki Ismail (gambar) kesal dengan sikap Umno BN yang terus menerus menggunakan kemudahan awam untuk program politik kepartian.Terbaru Umno BN menggunakan Dewan Politeknik Merlimau untuk program suaikenal bapa angkat dengan jawatankuasa peti undi Dun Merlimau.

Program tersebut melibatkan Pengerusi Perhubungan Umno negeri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam. Program telah berlangsung Isnin lalu melibat semua ketua-ketua peti undi di Dun Merlimau.Bahiki menggesa tindakan menggunakan harta awam untuk program parti dihentikan serta merta kerana ianya jelas mengheret institusi awam ke kancah politik.

Beliau juga mengingatkan semua pengarah, pengetua, guru besar dan pegawai kerajaan supaya tidak tunduk dengan tekanan politik kepartian sehingga membenarkan institusi di bawah tanggungjawab mereka digunakan sewenang-wenangnya ialah Umno BN untuk program parti.Penggunaan harta dan kemudahan awam sudah berlaku dari dulu, kini dan mungkin selamanya namun kita kesal kerana pihak berwajib seperti Polis, SPRM, SPR dan sebagainya tidak berani mengambil tindakan walaupun sudah acapkali kita membuat laporan agar tindakan di ambil ke atas pihak terbabit.

Menurutnya, pihak beliau mengingatkan Umno BN supaya tidak mengulanginya pada kempen PRK Dun Merlimau kerana ianya jelas merugikan duit rakyat.Umno BN wajar mencontohi PAS yang menjalankan program di premis parti kerana PAS tahu etika dan undang-undang.

Jika perkara ini berulang, PAS juga sepatutnya dibenarkan untuk mengadakan program di semua institusi awam kerana PAS juga parti berdaftar.

Khusrin dibenar angkat sumpah rahsia minggu depan...

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan setiausaha kerajaan negeri, Datuk Mohd Khusrin Munawi yang dilantik oleh kerajaan persekutuan akan dibenarkan mengambil sumpah kerahsiaan di hadapannya minggu depan.

Namun, beliau enggan memberikan tarikh yang tepat, tetapi sebaliknya menyatakan beberapa perkara perlu dibincang terlebih dulu. Khalid juga berkata sebaik mengangkat sumpah kerahsiaan itu, setiausaha kerajaan negeri Selangor itu akan dibenarkan menghadiri mesyuarat exco.Namun, menurutnya, Khusrin tidak akan dibenarkan menghadiri mesyuarat tertentu walaupun sudah mengangkat sumpah simpan rahsia.

Ini bermakna selepas ini akan ada dua mesyuarat exco iaitu yang boleh dihadiri Khusrin dan satu lagi beliau tidak boleh ada. Sebab itu sekarang ini exco kerajaan negeri sedang teliti yang mana Khusrin boleh ada dan tidak boleh ada.Ini kata Khalid adalah perkara yang lazim dilakukan kerana ada kalanya, exco yang dilantik oleh rakyat perlu membincangkan perkara tertentu tanpa kehadiran pegawai ex-officio.

Ini perkara biasa, malah kakitangan awam juga adakan mesyuarat mereka yang tidak dihadiri oleh exco, contohnya mesyuarat ketua jabatan.

DR HATTA MENANG SAMAN LAGI....

Mahkamah Tinggi Kuantan akan menetukan jumlah tuntutan saman yang dimenangi Bendahari PAS Pusat, Dr. Mohd Hatta Ramli dan dua rakannya terhadap polis, sebelum 15 Mac ini.

Menurut Dr Hatta yang dihubungi Harakahdaily, hari ini berlangsung perbincangan dengan peguam kedua-dua pihak namun jumlah sebenar tuntutan belum boleh diputuskan.Dr Hatta, Timbalan YDP PAS Rompin Mazlan Mohamed Yasin dan Ketua Pemuda Rompin Nazri Ahmad menang dalam saman terhadap bekas Ketua Polis Daerah Rompin di Mahkamah Tinggi Kuantan berkaitan kes penangkapan semasa berceramah di premis sendiri pada 2004 lalu.

Hakim Datuk Mariana Yahya dalam penghakimannya pada 26 Ogos lalu memutuskan Hanapi Daud (pihak polis) telah secara salah menangkap Dr. Mohd Hatta Ramli, Mazlan Mohamed Yasin dan Nazri Ahmad.Hakim dalam keputusannya berkata, pihak polis telah gagal menyatakan sebab penangkapan di samping ternyata bersalah menceroboh kediaman persendirian semasa penangkapan itu.

Berikutan itu, hakim memutuskan Hanapi selaku defendan dikehendaki membayar ganti rugi khas, ganti rugi am, ganti rugi tauladan dan ganti rugi melampau kepada tiga aktivis PAS terbabit.Menurut fakta kes, pada jam 9.15 malam 10 Jun 2004 satu majlis ceramah penerangan telah diadakan di Markas Pas Kawasan Rompin, di nombor 42 Desa Teratai, Muadzam Shah. Ketua Polis Daerah yang mengetuai sekumpulan anggota polis dari Ibupejabat Polis Rompin telah mengeluarkan arahan supaya majlis tersebut dihentikan diatas alasan tiada permit perhimpunan dikeluarkan.

Ketua Polis Daerah juga telah mengarahkan anggota-anggota polis melakukan serbuan keatas premis ceramah tersebut dan telah menangkap plaintif kedua, ketiga dan keempat tanpa menunjukkan sebarang waran tangkapan.Anggota-anggota polis yang melakukan serbuan dan tangkapan keatas premis tersebut telah merampas segala peralatan sistem bunyi (P.A. System) dan secara kasar yang telah mengakibatkan kecederaan pada plaintif keempat.

Berikutan itu, mereka bertiga telah ditahan, digari dan dibawa ke ibu pejabat Polis Daerah Rompin untuk disoal-siasat sehingga keesokan harinya.

Kes tersebut difailkan oleh ketiga-tiga ahli PAS itu pada 1 Disember 2004 di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan melalui firma guaman Mohamad Hanipa & Associate.Plaintif memohon deklarasi bahawa penangkapan dan penahanan mereka pada masa ceramah tersebut tidak sah, terbatal, tidak berpelembagaan dan tidak mempunyai apa-apa kesan.Plaintif juga memohon deklarasi bahawa majlis ceramah yang diadakan di markas PAS Kawasan Rompin (pada 10 Jun 2004) tidak memerlukan permit polis di bawah Seksyen 27 Akta Polis 1967.

Selain itu, plaintif memohon deklarasi bahawa defendan telah bertindak melampaui batas kuasainya di bawah Akta Polis 1967 dan tindakan defendan tersebut adalah satu penyalahgunaan kuasa (abuse of power).Plaintif turut memohon deklarasi bahawa defendan telah melakukan pencerobohan ke atas markas PAS Kawasan Rompin dan menuntut ganti rugi serta lain-lain relif difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Tuesday, February 8, 2011

KRISIS PKR SABAH...

Nampaknya banyak yang berlaku di sebalik kontroversi terbaru yang melanda PKR Sabah - yang membawa kepada tindakan ketua perhubungannya, Pajudin Nordin, 40 - yang baru dilantik kira-kira sebulan lalu - melompat parti untuk menyertai Umno Sabtu lalu.

Sebuah laporan parti yang bocor, dan dihantar kepada media terpilih melalui emel oleh seorang yang bernama Anthony Mark, mendedahkan butiran mengenai perebutan kuasa antara dua kumpulan, dengan ketua yang baru dipilih itu, terhimpit di tengah-tengahnya.Laporan tersebut - yang disediakan oleh naib presiden PKR, Fuziah Salleh - memperincikan apa yang berlaku, dengan satu kumpulan melancarkan rampasan kuasa terhadap Pajudin, yang telah dibawa dan ditahan tanpa kerelaannya oleh satu lagi kumpulan pada malam 24 Januari.

Fuziah berada di Kota Kinabalu pada malam itu untuk mengadakan pertemuan dengan Pajudin dan 25 ketua cabang, di ibupejabat PKR negeri itu, untuk memutuskan barisan kepimpinan baru parti itu di Sabah.Laporan itu menyebut Pajudin (kanan) dijadualkan bertemu dengan ketua-ketua cabang pada jam 8 malam tersebut untuk menyediakan senarai kepimpinan baru - sebelum Fuziah menyertai mereka pada jam 9:30 malam, untuk memuktamadkannya.

Bagaimanapun, hanya empat ketua cabang hadir, dengan 18 orang lagi yang menentang pelantikan Pajudin sebagai ketua perhubungan PKR Sabah, berkumpul di sebuah hotel berdekatan.Mereka tidak menghadiri mesyuarat itu di ibupejabat parti kerana dikatakan mahu mengelak berdepan dengan ketua cabang Batu Sapi, Hassnar Ebrahim, yang mereka dakwa telah menimbulkan "situasi negatif" dalam pertemuan sebelum itu dengan setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution.

Walaupun usaha dibuat untuk meminta 18 ketua cabang berkenaan menghadiri mesyuarat di ibupejabat parti, tetapi mereka tetap dengan pendirian mereka, dan mendesak Fuziah menemui mereka di tempat mereka berada.

NAJIB DI KECAM BEKAS DUTA....

Mantan Duta Besar Amerika Syarikat ke Malaysia John Malott mengecam kemunafikan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung slogan 1Malaysia dalam sebuah artikel pedas yang diterbitkan di Asia Wall Street Journal, hari ini.Malott, seorang pengkritik kerajaan sejak menamatkan jawatannya selama tiga tahun sebagai duta besar Amerika pada tahun 1998, berkata Najib perlu "merenung lama di cermin" jika beliau serius mahu melihat matlamat 1Malaysia tercapai.

Di sebalik slogan baru kerajaan, ketegangan perkauman dan agama hari ini adalah lebih tinggi hari ini berbanding ketika Najib dilantik pada 2009.Malah, ia lebih buruk daripada bila-bila masa sejak 1969, ketika sekurang-kurangnya 200 orang dibunuh dalam pergaduhan kaum antara masyarakat majoriti Melayu dan minoriti Cina.

Malott mempersalahkan peningkatan ketegangan kaum dan agama yang tercetus baru-baru ini kerana sikap "toleransi kerajaan dalam beberapa kes memprovokasi dan faksionalisme etnik melalui kata-kata dan tindakan kerajaan".Sambil memberi beberapa contoh, beliau juga mengimbas kejadian di mana seorang pembantu kanan Najib - Hardev Kaur menyarankan supaya tidak ada salib dipamerkan semasa perdana menteri mengunjungi rumah terbuka hari Krismas di kediaman Paderi Besar Katolik Kuala Lumpur.

Ms Kaur kemudian berkeras berkata saranannya itu satu permintaan dan bukannya arahan, seolah-olah seperti rakyat Malaysia boleh menolak permintaan daripada pejabat perdana menteri.Contoh lain berhubung ketidak sensitif kerajaan, kata Malott, termasuk tindakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussien yang membela tindakan sekumpulan penduduk yang berarak membawa kepala lembu sebagai membantah pemindahan sebuah kuil Hindu di kawasan kejiranan mereka.

Malott juga menyentuh mengenai kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi yang mempersoalkan "kurangnya patriotisme"di kalangan masyarakat Cina dan India di negara ini.Turut dibidas bekas duta itu adalah akhbar Utusan Malaysia, milik Umno yang didakwa mencetuskan kebencian perkauman dengan secara teratur menyerang "ahli politik Malaysia berbangsa Cina dan bahkan mencadangkan seorang daripada mereka, ahli parlimen Teresa Kok, harus dibunuh".

Akibat ketegangan perkauman yang semakin memuncak, sebanyak 500,000 rakyat Malaysia meninggalkan negara itu antara tahun 2007 dan 2009 - jumlah itu kecam Malott, adalah lebih dari dua kali ganda jumlah profesional Malaysia yang tinggal di luar negeri.Beliau juga berkata Najib terpikat untuk mempertahankan kumpulan pelampau seperti PERKASA yang secara terang-terangan menentang pembaharuan ekonomi atas nama 'ketuanan Melayu'.

Monday, February 7, 2011

BENARKAH ADUN BN SARAWAK BERBOHONG...

Beberapa ADUN BN dilaporkan berbohong tentang diri mereka sendiri ketika pertemuan hati ke hati mereka dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak Najib di Miri, minggu lalu.

ADUN BN, Dr Jerip Susil dan Daud Abdul Rahman mengesahkan sesetengah rakan mereka berbohong.Dr Jerip, seorang pengamal perubatan berkata perdana menteri kelihatan marah apabila mendapati sesetengan ADUN tidak memberikan cerita yang sebenar mengenai kawasan mereka.Beliau memiliki semua maklumat yang tercatat dalam buku nota bagi setiap ADUN yang diperolehi dari BN.Maklumat ini dikumpul oleh Cawangan Khas, Jabatan Penerangan dan agensi-agensi yang berkaitan berhubung setiap ADUN.

Walaupun kami bertemu satu dengan satu dengan perdana menteri, tetapi mereka yang menunggu di luar boleh mendengar perbualan yang berlangsung.Beliau memberikan contoh, apabila perdana menteri bertanyakan tentang demografi penduduk, beberapa ADUN jelas tidak dapat memberikan jawapan dan cuba menukar tajuk.Perdana Menteri tidak senang dengan jawapan seperti itu.

Menurutnya, perdana menteri dilaporkan berkata pengetahuan mengenai demografi penduduk adalah penting bagi menentukan pola pengundian sesuatu kawasan dan masyarakat.Dr Jerip berkata dia tidak menghadapi masalah pada sesinya dengan Najib.

Daud, yang juga naib presiden Parti Pesaka Bumiputra Bersatu (PBB) dan penolong menteri di pejabat ketua menteri berkata sesetengah ADUN menaanggap diri mereka sebagai luar biasa kemampuan mereka.Menurut Daud, tidak ada gunanya berbohong atau terlalu memuji diri mereka sendiri di hadapan perdana menteri kerana Najib tahu perkara yang sebenarnya.

PESAN TAN SRI KHALID KEPADA KHUSRIN...

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohamad Khusrin Munawi di pejabatnya di Tingkat 21, pada jam 5.00 petang tadi.

Walaupun kerajaan negeri masih berpendirian bahawa Sultan dan Menteri Besar seharusnya berperanan dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, pertemuan itu diadakan demi memastikan keperluan rakyat Selangor diutamakan dan pentadbiran negeri terus berjalan dengan lancar.Kenyataan Sekretariat Akhbar Pejabat Menteri Besar memaklumkan, dalam pertemuan tersebut, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin untuk memberi keutamaan kepada hartanah milik Kerajaan Selangor, terutamanya yang terbiar dan bermasalah.

Menteri Besar telah memberitahu Mohamad Khusrin bahawa beliau perlu bekerjasama dengan pegawai daerah dan pihak berkuasa tempatan bagi memastikan hartanah milikan Kerajaan Selangor ini dijaga dengan baik.Abdul Khalid juga menyarankan supaya Mohamad Khusrin mengadakan perjumpaan atau dialog dengan penduduk setinggan yang mendiami tanah milik kerajaan Selangor dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

Seterusnya, Menteri Besar mengarahkan Mohamad Khusrin menyediakan laporan dari semasa ke semasa kepada kerajaan negeri mengenai maklumat terkini hartanah milik Kerajaan Selangor, demi mengenal pasti nilai tanah yang terbiar dan bermasalah.

Mohamad Khusrin juga diminta meneruskan usaha-usaha Kerajaan Selangor menangani masalah kecurian pasir yang boleh mengganggu pendapatan kerajaan negeri yang mana Kumpulan Semesta Sdn Bhd telah menunjukkan kejayaan cemerlang menerusi peningkatan pembayaran royalti yang berlipat kali ganda sejak 2008.

Balkis: Rayuan AG ditolak mahkamah

Pejabat Peguam Negara hari ini gagal dalam permohonannya di Mahkamah Rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat mencabar keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) untuk membubarkan Badan Kebajikan Isteri-isteri Wakil Rakyat Selangor (Balkis).

Panel tiga anggota yang diketuai oleh hakim Datuk Ramly Ali, bersama-sama hakim-hakim Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Zaharah Ibrahim, membuat keputusan sebulat suara menolak rayuan Pejabat Peguam Negara.Kerajaan negeri Selangor diwakili oleh peguam, Derek Fernandez dan S Selvarajah manakala pendakwaraya kanan persekutuan Suzana Atan mewakili Pejabat Peguam Negara.

Pada 10 Ogos lalu, satu lagi panel Mahkamah rayuan membenarkan Pejabat Peguam Negara mengketepikan kebenaran yang diberikan oleh Mahkamah Tinggi kepada kerajaan negeri Selangor dan sembilan yang lain bagi mencabar kesahihan keputusan ROS untuk membubar dan menyah-daftarkan Balkis.Peguam Datin Paduka Zaleha Zahari, yang mengetuai panel tiga anggota secara sebulat suara menolak permohonan yang dibawa oleh 10 perayu itu supaya menolak notis yang dikeluarkan oleh peguam negara terhadap keputusan Mahkamah Tinggi.

Sunday, February 6, 2011

ADUN SRI MUDA MENGAKU TIDAK BERSALAH...

ADUN Sri Muda Shuhaimi Shafiei hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas tuduhan menyiarkan artikel berbentuk hasutan dalam blog peribadinya.

Beliau didakwa mempersoalkan kuasa Sultan Selangor dalam blog pada 30 Disember tahun lalu melalui artikel berjudul "Pandangan saya berasaskan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959".Shuhaimi tiba di mahkamah kira-kira jam 9.30 pagi membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya oleh jurubahasa mahkamah.

Beliau dituduh mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan kerana didakwa menulis pendapatnya mengenai Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru pada 31 Disember lalu.Jika sabit kesalahan ia membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama.Hakim Latifah Mohd Tahar membenarkan beliau diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Shuhaimi diwakili tujuh peguam, diketuai peguam hak asasi manusia terkenal Edmund Bon.Peguam lain, termasuk Lateefa Koya, Yusmaidi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir.

Manakala pihak pendakwaan pula dikendalikan oleh timbalan pendakwa raya Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof.Mahkamah menetapkan kes itu akan disebut pada 28 Mac ini.Turut hadir pada prosiding di hadapan Hakim Latifah Mohd Tahar ialah wakil rakyat Pakatan Rakyat, termasuk Azmin Ali, Nurul Izzah Anwar dan Yaakob Sapari.

Saturday, February 5, 2011

MALAM JUMAAT ANAK-ANAK MUDA....

Malam jumaat baru-baru ini iaitu hari pertama cuti perayaan tahu nbaru cina Gua ada jalan-jalan keluar bersama teman-teman Gua.Daripada pukul 2 petang Gua keluar rumah memaksa Gua pulang semula ke rumah pada pukul 4.30 pagi.Lebih kurang macam itu la.

Gua sebenarnya keluar rumah hari itu bukan apa.Sebenarnya Gua sudah agak lama mata Gua ini tidak menonton filem di layar besar.Maka hari itu terubatlah juga hati Gua ini untuk menonton filem di layar beasar itu.Nasib baik ada yang menemani Gua pada hari tersebut.Apabila bermula sahaja filem yang ditayangkan di layar besar tersebut maka terubatlah sedikit tension yang Gua terpaksa tanggung untuk 1 bulan setelah semester baru bermula awal tahun hari itu.

Sebenarnya banyak juga perkara yang terjadi diluar jangkaan Gua pada hari tersebut.Lu ingat Gua keluar rumah pukul 2 petang dapat tengok wayang terus ke.Sebenarnya walaupun Gua keluar rumah awal tetapi Gua hanya berjaya mendaptkan tiket menonton filem seram KHURAFAT itu hanya pada pukul 7.30 malam selepas solat magrib.Boleh tahan juga la filem tu dan Gua juga seru la lu orang semua tengok filem 2.Memang best la wa cakap lu.Tapi kalau lu orang ada sakit jantung Gua rase lu tengok poster Film tu jela ye.Jangan marah ye.Sebab memanag film ini akan buat lu orang semua terkejut beruk la.

Sementara Gua tunggu pukul 7.30 malam itu, Gua berkesempatan juga bersama member baik Gua ini jalan-jalan dahulu di sekitar shopping complex.Macam-macam perangai jugak la yang kite orang jumpa.Tidak diherankan lagi juara yang paling ramai memenuhi shopping complex siapa lagi kalau bukan melayu.Termasuk Gua jugak la...
hahahaha....

Habis sahaja wayang tersebut bukan bermakna aktiviti Gua bakal berakhir pada hari itu.Rupa-rupanya ada lagi yang mempelawa Gua pergi main futsal pulak.Aduh gawat ini.Takpe Gua terima je.Member lama punye pasal.Apa ada hal.Janji lu orang kutip Gua.Sementara menunggu member Gua yang lain bersiap untuk pergi ke tempat bermain futsal Gua dengan rela hati mengambil kesempatan untuk menggumpul semula tenaga Gua ini.Gua dengan perut yang lapar ini telah bergerak ke sebuah kedai milik orang Indonesia yang menyediakan masakan minang.Sedap Gua cakap lu.Sempat gua menapau nasi putih bersama rendang daging minang bersama kuah gulai daging, sedikit gerih dah juga sambal belacan ditambah dengan air limau ais.

Layan Gua cakap lu..hahaha..Gua juga pada malam itu sebelum pergi ke tempat futsal sempat menyinggah rumah member Gua untuk melepas rindu di situ.Dah lama gua tak datang rumah itu.Dulu kalo time cuti situ la tempat gua lepak-lepak ada kala Gua rase rumah itu dah jadi macam rumah Gua sendiri pulak.Ye la mana tidak nye makan situ..sampai tahap Gua tidor kat rumah tu.Banyak juga yang Gua bincang dengan member indon Gua.Bermacam-macam jugalah ada benda yang boleh dilihat dengan mata dan juga tidak ketinggalan benda yang tidak dapat dilihat dengan mata.

Lebih kurang jam 11 malam lebih macam itu Gua telah diangkat oleh member Gua untuk pergi bermain futsal di sebuah tempat terletak di sebuah ibu negeri dimana negeri tersebut merupakan salah satu negeri maju di Malaysia ini.(LU ORANG PIKIR LA SENDIRI YE)

Sampai di sana satu lagi kejutan yang lebih buat Gua terkejut dari menonton Filem KHURAFAT ialah Gua terpandang seorang wanita memerhati kawan-kawan Gua bermain futsal.Di dalam kepala Gua ini mula bermain persoalan siapa sebenarnya wanita ini.Sesudah itu Gua mengajukan persoalan tersebut kepada salah seorang member Gua dan akhirnya persoalan yang bermain di dalam kepala Gua ini akhirnya terjawab juga.Rupa-rupa nya minah itu merupakan seorang junior Gua sewaktu di alam persekolahan dahulu.Ye la dulu wedok tu ireng sekarang dah putih.Minah tu ikut balak dia rupenye salah seorang member Gua jugak yang sudah lama tidak ketemu juga.

Ramai juga yang sudah lama Gua tidak ketemu akhirnya ketemu kembali.Yang mana merajuk dulu sekarang dah rujuk kembali.Habis bermain futsal kira-kira jam 1.30 pagi Gua dengan member Gua gerak pulak lepak kedai mamak.Aduh rungut Gua yang terpaksa pulang lewat lagi ke rumah malam ini.Tapi elok juga Gua lepak-lepak kedai mamak ini sebab banyak juga cerita-cerita baru yang Gua dapat.Termasuk la cerita sebenar keadaan di Mesir dan juga cerita politik yang hot-hot jugak la.Kalo bab nak bergurau,nak mengata orang lain dan nak mengutuk memang wajib la ada malam itu.Man tak nye datang kedai mamak bising-bising susun meja panjang-panjang duduk situ gelak kuat-kuat.

Malam itu sperti malam perjumpaan Gua yang lain-lain.Mungkin sudah biasa bagi mamak kedai itu melihat suasana huha kiteorang.Tapi apa yang sama seperti Gua cakapkan itu ialah setiap kali jumpa aktiviti menyambut birthday member termasuk didalam senarai sekali.Kali ini yang menjadi birthday boy ialah Din dengan si Botol.


Kek birthday kali ini....
Sedap tu Gua cakap lu...


Birthday boy kali ini....
Din dan Botol...
Dua-dua jawe...


Acara suap menyuap diantara birthday boy kali ini....


Time yang ditunggu-tunggu....


Moja seorang yang tidak kene menggene tetapi menjadi mangsa keadaan...

Friday, February 4, 2011

UMNO/BARISAN NASIONAL SOKONG REJIM MUBARAK !!!

UMNO dan BARISAN NASIONAL hari ini telah mengarahkan pasukan polis Malaysia bertindak ganas terhadap himpunan aman.

Perhimpunan tersebut diadakan untuk menyokong tindakan rakyat Mesir dan membantah campur tangan Amerika di dalam konflik yang sedang berlaku di Mesir.

Perhimpunan aman tadi telah diadakan di Kuala Lumpur selepas solat jumaat.Bermula di masjid KLCC dan bergabung dengan jemaah dari masjid Tabung Haji di Jalan Tun Razak.

Setakat ini seramai 10 orang aktivis PAKATAN RAKYAT telah ditahan berikutan perhimpunan aman tersebut.

Thursday, February 3, 2011

DIALOG DAN SOLAT HAJAT MALAM INI..

Sekretariat isu pelajar Mesir kerajaan negeri Selangor akan mengadakan solat hajat malam ini di Masjid Negeri, Shah Alam.Di samping itu, satu dialog juga akan diadakan bagi membincangkan isu ini sebaik sahaja selesai solat Maghrib.

Majlis ini bertujuan untuk memberikan penjelasan perkembangan yang berlaku di negara berkenaan dan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan negeri untuk membantu pelajar negeri ini di sana.Sehubungan itu, ibu bapa dan saudara mara pelajar Selangor di sana dijemput untuk menyertai majlis ini.

Semalam dua pegawai Pusat Zakat Selangor telah dihantar ke sana dengan menaiki kapal TUDM.

YB SUHAIMI BAKAL DI DAKWA ISNIN INI !!!

hli Dewan Negeri (Adun) Seri Muda, Shuhaimi Shafiei yang ditahan polis pagi tadi kemudian dibebaskan 10 minit kemudian berkata, beliau akan didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Isnin ini.Shuhaimi berkata, setelah ditahan selama 10 minit di Balai Ibu Pejabat Polis Daerah (IPPD) Shah Alam, Seksyen 11 dekat sini, beliau dibebaskan dengan jaminan polis.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (AMT) Keadilan ditahan ekoran puluhan laporan mengenai tulisan di blognya 31 Disember lalu mengenai isu pelantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Selangor baru.Beliau diiringi sekitar 50 penyokong termasuk peguam Latheefa Koya, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Shah Alam, Haji Khalid Samad dan Exco Pemuda Keadilan, Azmizam Zaman Huri.

Dalam keadaan begini, beliau masih sempat berseloroh sambil berkata, "Sungguh efektif kerja polis dalam hal berkaitan politik..." yang pasti merujuk kepada banyak kes yang dilaporkan pimpinan Pakatan Rakyat yang masih tidak dihiraukan pihak berkaitan.

Ia juga berkaitan dengan hari ini adalah hari cuti umum Tahun Baru Cina.Sementara itu, dalam sidang Dewan Negeri Selangor, baru-baru ini, Shuhaimi yang dilaporkan sebagai penderhaka oleh media pro-BN, telah mendedahkan sekitar 14 belas kes penderhakaan oleh pihak terbabit.

AYUH SEMUA PEMUDA-PEMUDA SELANGOR KITA HADIR KE MAHKAMAH UNTUK MEMBERI SOKONGAN KEPADA YB KITA INI....
TERUTAMA PEMUDA DI SRI MUDA.....

"SUARA PEMUDA"
"SUARA KERAMAT"

Wednesday, February 2, 2011

PERUTUSAN TUAN GURU DATUK NIK ABDUL AZIZ NIK MAT SEMPENA TAHUN BARU CINA ...

Arnab melambangkan kepantasan dan mesra, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih maju ke hadapan di dalam apa jua bidang," kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Saya ingin mengucapkan kepada semua masyarakat Tionghua dengan ucapan Selamat Tahun Baru Cina yang jatuh pada 29 Safar 14323 Febuari 2011. Selamat Tahun Baru.

Perayaan Tahun Baru Cina adalah satu perayaan yang penting di kalangan masyarakat Tionghua dan mengikut kalendar Cina tahun ini adalah Tahun Arnab.

Arnab melambangkan kepantasan dan mesra, diharapkan boleh menjadi satu pendorong untuk masyarakat Tionghua lebih maju ke hadapan di dalam apa jua bidang, terutama dalam suasana sosioekonomi yang mencabar sekarang.

Sesungguhnya masyarakat Tionghua adalah sebahagian daripada masyarakat Malaysia telah memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mempengaruhi lanskap ekonomi dan politik baru di negara kita. Semoga ia selari dengan hasrat semua rakyat dan kehendak pencipta alam sejagat.

Kita satu ummah yang bersama-sama memberi sumbangan ke arah lahirnya negara Malaysia yang lebih adil dan aman serta sejahtera berteraskan nilai agama.

Islam sebagai agama yang tidak mengamalkan diskriminasi kepada sesiapa sekalipun. Justeru Islam mendidik agar berlaku adil kepada semua bangsa.

Tidak ada kelebihan satu bangsa ke atas satu bangsa yang lain, melainkan dengan takwa kepada Allah.

Saya dan seluruh warga pentadbiran kerajaan Negeri Kelantan akan terus komited menjadikan Islam sebagai dasar pentadbiran demi kesejahteraan semua kaum (bangsa) dan untuk mengelak ketidakadilan dan diskriminasi. Hasrat kita semua untuk berjaya melaksanakan dasar yang adil dan saksama.

Semoga masyarakat Tionghua di Malaysia dan di Kelantan khasnya terus memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan untuk mentadbir negeri dengan sebaik-baiknya.

Akhir kata, Gong Xi Fa Cai semoga Allah SWT memberkati kita semua.

Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat,

Menteri Besar Kelantan/al-Mursyidul Am PAS

Kota Bharu.

29 Safar 1432/3 Feb 2011

HIMPUNAN BANTAH CAMPUR TANGANAS DI MESIR....

Gabungan parti politik dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang menamakan diri mereka sebagai Himpunan Bersama Kebangkitan Rakyat Mesir akan membuat tiga desakan terhadap Amerika Syarikat, Jumaat ini.Desakan itu akan dibuat dalam himpunan besar-besaran bagi menyerahkan memorandum kepada Kedutaan Amerika Syarikat selepas solat Jumaat 4 Februari ini.

Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat, Suhaizan Kaiyat berkata, tiga desakan tersebut ialah menggesa Amerika berundur dari Mesir, tidak campur tangan dalam urusan rakyat Mesir memilih pemimpin mereka serta mendesak seluruh dunia memberi tekanan kepada Presiden Mesir, Husni Mubarak agar meletakkan jawatan.Perhimpunan akan bermula selepas solat jumaat di masjid As-Syakirin di KLCC dan akan menuju ke kedutaan Amerika Syarikat.

Menurutnya yang juga pengarah himpunan tersebut, sebanyak lebih 50 NGO telah menyatakan persetujuan untuk turut sama dalam himpunan yang dijangka akan dihadiri lebih 1,000 orang itu.Antaranya Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Citizens International, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis) dan lain-lain pertubuhan.

Tambahnya, mereka turut mempelawa BN dan parti komponennya serta NGO di bawahnya untuk menyertai himpunan ini kerana ianya merupakan isu nasional tanpa mengira fahaman politik, bangsa dan agama.Setiausaha Agung Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid pada sidang media sama berkata, pihaknya menyokong penuh himpunan tersebut dan akan mengerahkan seramai mungkin ahlinya untuk hadir.

Sementara itu, Naib Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Syed Ibrahim Syed Noh meminta Kerajaan Malaysia menyatakan pendirian poitik mereka terhadap kebangkitan yang sedang berlaku di Mesir dan tidak bersikap berkecuali.Ditanya sebab mengadakan himpunan ke Keduataan Amerika, Suhaizan berkata ianya keran jelas selama ini Amerika memberikan sokongan penuh kepada kerajaan Mesir.

Menyentuh soal permit, beliau berkata, pihaknya tidak bercadang untukk memohon permit namun berharap pihak polis memberikan kerjasama bagi melancarkan himpunan berkenaan.

Turut bersama pada sidang media ialah Setiausaha Agung JIM, Nahar Mohd Nor dan Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani Shamsudin.

Tuesday, February 1, 2011

ADAKAH ANWAR SEORANG PENGGANAS...?

Sambil memperolokkan dakwaan terbaru kerajaan pusat terhadapnya - yang beliau ada hubungan dengan "pengganas" - ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim memetik dialog dari filem blockbuster Bollywood 'My Name is Khan'.

Beliau menyatakan Nama saya Anwar dan saya bukan pengganas," katanya, meniru watak yang dimainkan oleh bintang terkemuka India, Shah Rukh Khan.Gaya beliau gamat disambut ketawa ribuan penyokong PKR yang menghadiri program jelajah PKR di Petaling Jaya malam tadi.

Anwar menjawab kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa beliau sedang disiasat kerana disyaki ada hubungan dengan satu 'kumpulan pengganas' yang berasal dari Arab Saudi.Hishammuddin menyatakan demikian ketika mengulas laporan CNN yang mendakwa melihat dokumen yang mendakwa satu siasatan dijalankan oleh Arab Saudi ekoran aduan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa ada personaliti di negara itu yang membiayai Anwar.

Laporan CNN itu juga mengatakan bahawa siasatan tersebut tidak menemui sebarang bukti wujudnya hubungan tersebut.Para pemimpin PKR telah menolak dakwaan tersebut sebagai satu lagi usaha untuk mencemarkan Anwar.