ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Monday, January 31, 2011

ANALYSIS MENGAPA PAS TEWAS DI TENANG....

Banyak yang telah diperkatakan berhubung pilihan raya kecil DUN Tenang sebagai pentas ujian bagi BN untuk mengadakan pilihan raya umum mengejut.Ini berdasarkan komposisi kaum di kerusi campuran itu yang menjadi contoh tipikal kepada kerusi-kerusi yang dipertandingkan di di Semenanjung Malaysia.

Namun, persoalannya apakah kemenangan BN dengan majoriti 3,707 undi ini menjadi petunjuk bahawa sentimen pengundi telahpun kembali memihak kepada parti pemerintah itu? Jawapannya, ya dan tidak.Kejadian hujan lebat dan banjir yang tidak dijangka, disifatkan warga setempat sebagai peristiwa yang lebih buruk daripada bah besar pada 2006 – banyak menjejaskan pusat-pusat pengundian di kawasan majoriti Cina.

Keadaan ini memberi kesan kepada ukuran sebenar bagi sokongan terhadap BN mahupun kepada Pakatan Rakyat, di mana peratus keluar mengundi di sesetengah kawasan adalah serendah 55 peratus seperti di Bandar Labis Tengah yang mempunyai 95 peratus pengundi Cina.Hujan dan bah tersebut juga menjadi sebab peratus keluar mengundi yang turun sehingga 66 peratus berbanding 73.52 peratus pada pilihan raya umum 2008. Hujan lebat turun sebelum pusat mengundi dibuka pada 8 pagi.

Menurut setiausaha publisiti DAP Tony Pua, peratus keluar mengundi di kalangan pengundi Cina dan India turun mendadak – di antara 23 dan 39 peratus bagi pengundi Cina dan lebih mengejutkan penurunan sebanyak 54 peratus di kalangan pengundi Cina.Bagaimanapun, peratus keluar mengundi bagai pengundi Melayu menyaksikan peningkatan sebanyak dua peratus kepada 81 peratus.

HADIAH PALING BERHARGA SEMPENA KEMENANGAN BN DI TENANG.....

Fuel price hike again! RON97 will increase 10 cents this midnight, RM2.50/litre!

Gua malas nak ulas banyak-banyak...
Lu orang semua ada otak...
Lu orang sendiri fikir la ye...

Sape yang undi UMNO semalam lu orang rase la ye....

PAS TEWAS DALAM DEMOKRASI BERAT SEBELAH...

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, walaupun keputusan Tenang tidak menyebelahi mereka, pilihan raya kecil itu menjadi "kunci semangat juang" untuk melakukan perubahan menyeluruh terhadap sistem demokrasi yang berat sebelah.

Sehubungan itu, Abdul Hadi berkata, pihaknya akan merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan gerak sambil mendesak ke arah pilihan raya yang bebas dan telus.Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.

Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.Dalam satu kenyataan hari ini, Abdul Hadi menegaskan bahawa demokrasi tulen tidak kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata.

Sebaliknya, tambah anggota parlimen Marang itu, ia antaranya bertitik tolak dari peraturan pilihan raya yang adil, media yang bebas, persekitaran kempen tanpa sogokan dan ugutan serta projek pembangunan melimpah ruah semasa tempoh berkempen.

Sunday, January 30, 2011

KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS “Keputusan Pilihan Raya Kecil DUN N.05 Tenang”

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin menyampaikan ucapan terimakasih yang tidak terhingga kepada seluruh petugas pilihan raya kecil DUN Tenang dari berbagai latarbelakang politik, Pengarah dan Jawatankuasa Pilihan Raya PAS – DAP – PKR yang bertungkus lumus menggerakkan jentera kempen, Pengerusi dan Badan Perhubungan PAS Negeri Johor dan seluruh Negeri serta orang perseorangan dari pelbagai rumpun bangsa yang datang menyumbangkan tenaga dan sokongan.

Ucapan tahniah diucapkan kepada calon PAS iaitu Cikgu Normala Sudirman dan keluarga beliau yang telah berjaya menggerakkan semangat juang yang tinggi di kalangan petugas sepanjang pilihan raya berjalan. Jutaan terima kasih juga kepada seluruh pengundi berbagai kaum yang telah memberikan kepercayaan dengan mengundi PAS sebagai wakil Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil berkenaan.

PAS amat menghargai sokongan dan harapan semua pihak dalam pilihanraya kecil ini untuk melihat fajar baru menyinsing dalam dominasi politik baru di tanah air tercinta ini.Keputusan pilihanraya ini walaupun tidak menyebelahi kita, tetapi ianya telah menjadi kunci kepada semangat juang kita seterusnya dalam proses untuk kita melakukan perubahan yang menyeluruh dan bermakna dalam sistem demokrasi yang berat sebelah ini.

Kita akan terus menerus merangka strategi berkesan bagi meningkatkan keupayaan dan kebersamaan gerakerja dalam pilihanraya seterusnya, dan dalam masa yang sama akan melakukan desakan agar pilihan raya yang bebas dan telus dilaksanakan di Malaysia.Untuk kesekian kalinya kita berhadapan dengan Umno-BN yang menggerakkan jentera kerajaan dengan bajet yang tidak terbatas, media berat sebelah yang masuk di tiap-tiap buah rumah, dan peraturan pilihan raya yang tidak berasaskan suasana pertandingan di lapangan yang sama rata.

Oleh yang demikian, usaha menggerakkan massa menerusi saluran parti politik dan NGO akan terus dilaksanakan agar demokrasi yang tulen dapat ditegakkan.Kita senantiasa menegaskan bahawa demokrasi tulen bukan terbatas kepada perubahan cetakan kertas dan kotak undi semata-mata, tetapi ianya mestilah bertitik tolak dari peraturan yang adil, senarai pengundi yang bersih, media yang bebas, persekitaran kempen yang bebas dari sogokan dan ugutan rasuah projek pembangunan yang melimpah ruah semasa tempoh berkempen, dan berbagai lagi ciri yang mentakrifkan sebuah sistem
demokrasi yang adil dan tulen.

Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

26 Safar 1432 H / 31 Januari 2011 M

DEMO DI KEDUTAAN MESIR.....

Sekumpulan NGO dan parti pembangkang pagi ini mengadakan bantahan di kedutaan Mesir di Kuala Lumpur bagi menunjukkan kebersamaan mereka dengan perjuangan rakyat negara itu dalam menuntut regim Mubarak turun dari tampuk kuasa.

Berarak sedikit daripada kawasan letak kereta tidak jauh dari situ, mereka melaungkan slogan 'Down Mubarak' (Turun Mubarak) sambil membawa poster pemimpun Mesir dengan lambang Zionis di dahi.

Kumpulan daripada 71 NGO itu kini sedang berunding dengan kira-kira 50 anggota polis - yang menutup pintu masuk ke kedutaan - untuk menghantar memorandum kepada wakil kerajaan Mesir.

NASIHAT TUAN IBRAHIM NAIB PRESIDEN PAS...

Untuk mendapat kembali sokongan di Felda, anggota PAS ditegur supaya membuang anggapan bahawa anggota keluarga mereka secara automatik akan kekal bersama parti Islam itu.Sebaliknya, naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, keahlian baru di kalangan anak-anak anggota PAS hendaklah digiatkan.

Sikap dan anggapan anak ahli akan kekal bersama PAS mesti dihapuskan, kerana sokongan tanpa menjadi ahli menyebabkan mereka tidak merasai wajibnya memperjuangkan Islam.Tuan Ibrahim yang juga pesuruhjaya PAS Pahang mengesyorkan supaya pengajian agama di masjid dan markaz sekitar kawasan Felda perlu digerakkan.

Beliau tidak mahu ahli PAS yang emosi tanpa kawalan ilmu, kerana itu program asas bagi parti seperti usrah, tamrin, muqayyam, dan rehlah mesti dihidupkan kembali.Semalam, dalam pilihan raya kecil Tenang, calon PAS Normala Sudirman tewas kepada calon BN Mohd Azahar Ibrahim dengan majoriti 3,707 undi. Normala memperolehi 2,992 undi manakala Azahar memperolehi 6,699 undi.

Sokongan kuat terhadap Zahar datang daripada tiga gugusan Felda di kawasan itu, yang lazimnya secara tradisi menyokong BN.Bagaimanapun, Tuan Ibrahim hari ini menyeru seluruh jentera PAS menghilangkan tanggapan bahawa kawasan Felda dan kampung tradisional merupakan kubu BN.Untuk menganggap Felda kubu BN beliau kira agak ekstrem kerana PAS pernah menang di kawasan Felda bahkan pada tahun 1999, bila mana PAS menang di kawasan majoriti melayu, ia termasuk kawasan Felda.

TERIMA KASIH UNTUK JENTERA DAN PENGUNDI PAKATAN RAKYAT DI TENANG...

Keputusan Akhir PRK N05 DUN Tenang
Peratusan Keluar Mengundi: 10,579 bersamaan 71.71% keluar mengundi

BN :6,698

PAS: 2,963

Majoriti :3,735

Rosak: 35

1) KAMPUNG REDONG: BN - 462 PAS - 105

2) PEKAN AIR PANAS : BN - 451 PAS -83

3) LADANG LABIS UTARA: BN -152 Pas - 40

4) BANDAR LABIS TIMUR: BN - 709 PAS - 632

5) BANDAR LABIS TENGAH: BN - 453 PAS - 464

6) LABIS: BN -269 PAS - 219

7) FELDA TENANG: BN -? PAS -?

8) SAWAH BARU: BN - 212 PAS - 55

9) TENANG STESEN: BN - 744 PAS - 352

10) LADANG BUKIT DATO: BN - 351 PAS - 99

11) CHEMPELAK BARAT: BN - 254 PAS - 52

12) CHEMPELAK: BN -985 PAS -135

13) UNDI POS: BN- 115 PAS 3

Gua rasa sedikit sedih la dengan keputusan ini.Tapi bukan bermakna patah semangat untuk meneruskan perjuangan menegakan ISLAM di bumi Malaysia ini.Apa pun Gua ucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh jentera-jentara PAS dan PAKATAN RAKYAT yang bertungkus lumus berkempen untuk PAS.Segala jasa baik korang hanya ALLAH sahaja yang mampu membalasnya.Kepada pengundi-pengundi di DUN Tenang yang mengundi PAS Gua juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada lu orang semua hanya ALLah sahaja yang mampu membalasnya.Apa-apa pun CIKGU MALA adalah seorang calon PAS yang bersih tidak seperti ADUN Tenang yang baru.

Lu orang semua jangan tension-tension.Untuk menggurangkan tension korang Gua suggest kat lu orang ini ha yang terbaru di pasaran.Cari di kedai surat khabar berhampiran korang....



Dan dengan yang ini



KORANG LAYAN PUAS-PUAS....
GERENTI HILANG TENSION....

TERKINI...TENANG....(7.15 PM)

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN mendapat sekitar 6,000 undi manakala PAS mendapat 2,300 undi.

TERKINI...TENANG....(7.01 PM)

BN 4,712, PAS 2090, maj 2,622

TERKINI...TENANG....(6.57 PM)

Ladang Bukit Dato: BN 351, PAS 99, maj 252

TERKINI...TENANG....(6.53 PM)

BN 3,737, PAS 1,692

Kg Redung (S2): BN 211, PAS 67

BN 2,038, PAS 1,207

TERKINI...TENANG....(6.36 PM)

Kg Sawah Bahru (S1): PAS - 55, BN - 212.

Bandar Labis Tengah: PAS - 801, BN - 365

TERKINI...TENANG....(6.31 PM)

SMK Kamarul Ariffin: BN - 365, PAS - 801.

TERKINI...TENANG....(6.27 PM)

TIDAK RASMI....

PAS - 1,136, BN - 634

TERKINI...TENANG....(6.20 PM)

Bandar LabisTengah (S4): Pas - 209, BN - 90

TERKINI...TENANG....(6.10 PM)

Keputusan undi pos (tidak rasmi):BN - 115, PAS - 3, rosak 1

TERKINI...TENANG....(5.40 PM)

Jurucakap SPR berkata kotak undi akan dibawa sekarang ke pusat penjumlahan di dewan serbaguna Majlis Daerah Labis.Keputusannya dijangka diumumkan jam 8 malam ini.

Saturday, January 29, 2011

Peratusan mengundi 55.36%, hingga 1pm

Nasib calon yang bertanding dalam pilihan raya kecil Tenang akan ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan itu hari ini.Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

Sebanyak 12 pusat mengundi di 12 daerah mengundi telah dibuka pada jam 8.00 pagi tadi dan akan tamat kira-kira jam 5.00 petang ini.Kawasan berkeluasan 295.20km persegi itu meliputi tigaFelda, lima kampung Melayu, tiga kampung baru Cina, 25 kawasan perumahan moden, sebuah kuaters kerajaan, empat estet dan dua kawasan Orang ASli.Pengundi Melayu mewakili 47.5 daripada jumpah penduduk diikuti oleh Cina (39 peratus), India (12 peratus) dan lain-lain (1.3 peratus).

Selepas pusat mengundi ditubuh, perjumlahannya akan dibuat di Dewan Serbaguna Labis, seterusnya diumumkan di tempat yang sama, dijangka antara jam 8 hingga 9 malam ini.Menurut ramalan, cuaca pagi ini akan mendung diikuti hujan lebat di tengah hari.

Kerusi Tenang kosong ekoran kematian penyandangnya Sulaiman Taha (BN) akibat komplikasi kencing manis.Tenang, sebuah DUN dalam kawasan parlimen Labis, merupakan kubu kuat BN.Bagaimanapun, pada pilihan raya umum lalu, PAS berjaya mengurangkan majoriti BN daripada 5,517 kepada 2,492 pada tahun 2008.Kali ini, BN mensasarkan 5,000 undi manakala Pakatan Rakyat pula beranggapan sudah 'berjaya' sekiranya berjaya mengurangkan majoriti sedia ada BN.

Friday, January 28, 2011

PERUTUSAN PRESIDEN PAS SEMPENA PRK TENANG.....

Bagi pihak Parti Islam SeMalaysia (PAS) saya merayu kepada seluruh pengundi di DUN N.05 Tenang supaya memberi undi kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu 'Cikgu Mala' dalam pengundian pada hari Sabtu 30 Januari ini. Segala tindak-tanduk tuan-tuan dan puan-puan para pengundi memberi implikasi yang besar kepada bukan sahaja kawasan Tenang tetapi kepada politik negara.

Kecelaruan politik negara yang semakin memuncak sejak akhir-akhir ini telah memberi kesan yang buruk kepada ekonomi dan sosial negara. Berlaku ketidakseimbangan ekonomi yang telah menyebabkan kenaikkan harga keperluan asas yang dirasai oleh rakyat terbanyak, dalam masa yang sama pemimpin negara dan ahli keluarga mereka terus berbelanja mewah manakala rakyat terbanyak menerima bebanan yang memeritkan kehidupan mereka seharian.

Sistem pendidikan yang bercelaru sehingga menyebabkan perbalahan kaum dan kos pendidikan yang meningkat. Rakyat hidup dalam ketakutan akibat jenayah yang semakin parah. Agama dipermain-mainkan semata-mata untuk dapatkan keuntungan politik. Dalam masa yang sama rasuah, penyelewengan wang rakyat berlaku secara berleluasa. Pemimpin yang hilang integriti dilantik kembali dalam pentadbiran negara.

Semua ini memerlukan satu isyarat yang jelas daripada pengundi supaya kerajaan yang ada berubah dasar dan sikap mereka, atau bersedia untuk diubah oleh rakyat dengan digantikan BN kepada Pakatan Rakyat.

Oleh itu, pengundi di DUNTenang bertanggungjawab untuk memberi isyarat kepada pemerintah dengan memberi undi dan kemenangan kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat iaitu Cikgu Mala, seorang yang bersih, integriti tinggi dan berkemampuan mewakili tuan-tuan.

Kita perlukan segera perubahan untuk hidup yang lebih sejahtera. Ubah sekarang, selamatkan Malaysia.


Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang,

Presiden PAS

27 Januari 2011

"FIRST LADY" DISINGKIRKAN....

Laman direktori sesawang Pejabat Perdana Menteri yang memuatkan bahagian F.L.O.M. yang misteri serta mendatangkan pelbagai perdebatan telah dikeluarkan.Bahagian berkenaan telah sejak sekian lama menjadi bahan gurauan di blog dan juga forum online yang semuanya bersependapat abjad itu membawa pengertian "First lady of Malaysia" atau “Wanita pertama Malaysia”.

Menurut beberapa blogger senarai dalam direktori itu menunjukkan ia adalah sebahagaian daripada divisyen di Jabatan Perdana Menteri yang ditubuhkan khas bagi memberi perkhidmatan kepada Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri Najib Abdul Razak.Antara lain, beberapa blogger telah memuat-naikkan video perbualan telefon diposting klip video dari telefon kepada seseorang yang bernama Nurul Rosemiemmy Khasimi @ Mohamed, yang disenaraikan oleh F.L.O.M. sebagai penolong pegawai dengan tugas-tugas khas.

Dalam satu video, seorang pemanggil gagal untuk bercakap dengan Nurul Rosemiemmy dengan orang di hujung talian itu mengatakan beliau telah keluar mengiringi "Datin Rosmah".Satu lagi video menunjukkan seorang pemanggil mencari seseorang yang dipercayai Nurul Rosemiemmy, dan ditanya apa itu singkatan bagi F.L.O.M. tetapi tiada jawapan yang diberikan.

Kewujudan bahagian F.L.O.M. dikesan beberapa bulan yang lalu oleh beberapa blogger tetapi ia hanya menjadi perhatian ketara berikutan lawatan 15 hari oleh Rosmah ke Muscat, Oman; Riyadh, Arab Saudi dan Dhaka, Bangladesh.Semasa lawatan itu Rosmah berjumpa dengan Timbalan Perdana Menteri Oman, Sayyid Fahad Mahmood al-Said, Menteri Pendidikan Arab Saudi, Putera Mohamad Faisal Abdullah Al-Saud dan Perdana Menteri, Bangladesh Sheikh Hasina.

Selesai lawatan itu, media arus perdana melaporkan kunjungan Rosmah berjaya meningkatkan hubungan dua hala, dan pelaburan Malaysia.Dalam perkembangan berkaitan, ahli parlimen Seputeh, Teresa Kok berkata kewujudan bahagian F.L.O.M. adalah bukti bahawa Najib telah berbohong di Dewan Rakyat.Menurut Kok, dalam jawapan perdana menteri kepada ahli parlimen Bukit Bendera, Liew Chin Tong, Najib berkata Rosmah tidak diperuntukan elaun perjalanan ataupun mempunyai kakitangan sepenuh masa.

Menurutnya, mengikut undang-undang, isteri perdana menteri hanya dibenarkan menuntut perbelanjaan perjalanan sekiranya beliau menemaninya bagi lawatan rasmi.Kok berkata kewujudan F.L.O.M. Yang disenaraikan dalam lamn direktori Jabatan Perdana Menteri membuktikan Najib sebenarnya berbohong.Hakikat direktori di laman web itu yang tiba-tiba hilang beberapa hari lalu selepas dikritik oleh orang awam membuatkan kewujudan bahagian ini semakin mencurigakan.

Kok berkata dengan pendedahan itu, Najib harus memberi penjelasan dan mengakui bahawa dia telah memesongkan Dewan Rakyat dan rakyat Malaysia.Dan 'Wanita Pertama' Rosmah perlu menjelaskan kepada rakyat mengapa beliau berdiam diri dan membiarkan Najib untuk berbohong, menjadikan dirinya bersubahat.

Thursday, January 27, 2011

UMNO/BN SEMAKIN TAKUT DENGAN BAYANG-BAYANG SENDIRI....

Cadangan pindaan memperluas skop Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (PPPA) kepada internet hanyalah persiapan awal BN untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs. Khalil Idham Lim.Beliau yang juga seorang penulis blog politik berkata, cadangan itu sangat tidak masuk akal dan langkah yang mundur ke belakang.

Jika dikira dari segi bahan pemberitaan dan segala fakta yang disiarkan oleh blogger Pakatan Rakyat, dan ianya merupakan sesuatu yang bertanggungjawab.Tambah Khalil lagi, Malaysia yang mengaku sebagai negara demokrasi seharusnya bersikap terbuka dalam perkara ini dan mencontohi negara lain yang mengamalkan kebebasan bersuara.Malaysia sepatutnya malu kepada negara lain yang lebih bersifat terbuka demokrasinya.

Hak rakyat untuk bersuara di media internet yang hendak dikawal membuktikan demokrasi di Malaysia hampir terkubur.Tambahan pula ujarnya, rakyat sudah bosan dengan cara pemberitaan media cetak pro BN yang lebih bersifat mengampu daripada menyatakan kebenaran.Media cetak yang pro BN juga berada di tahap lama dan telah lama tidak diminati bahan beritanya yang lebih kepada "ampu sana ampu sini.

Beliau juga berpandangan, cadangan itu kerana BN sudah tidak mampu membayar penulis blog pro BN yang meminta bayaran tinggi untuk menaikkan nama mereka.Saranan itu juga bagi saya menggambarkan BN sudah letih melayan karenah blogger pro BN yang terpaksa dibayar dengan harga yang tinggi.Apa lagi melihat kepada laman sesawang pro BN banyak yang saya anggap "sampah" dan pengfitnah yang sengaja diada-adakan.

Sehubungan itu, Khalil menyeru rakyat agar tidak teragak-agak menolak BN pada pilihan raya umum akan datang bagi menghalang mereka daripada terus melakukan tindakan yang tidak munasabah.Kelmarin, KDN mengumumkan untuk memperluas penguatkuasaan undang-undang ini merangkumi ruang maya termasuk laman web, blog, facebook dan twitter.

TIADA PILIHAN LAIN SELAIN NORMALA SUDIRMAN.....

PAS masih bertegas untuk menyatakan bahawa kes mahkamah calon BN pada pilihan raya kecil (PRK) Dun Tenang, Mohd Azahar Ibrahim yang bakal didengar di Mahkamah Tinggi Muar pada 7 Februari ini merupakan satu bukti jelas bahawa kes beliau adalah jauh dari selesai.Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, Azahar tidak lagi boleh berdolak-dalik untuk menyatakan bahawa beliau mengikuti prosedur lelongan dan bertindak dalam batas-batas peraturan.

Apa yang menjadi lebih malang ialah kenyataan beliau semalam terus menafikan bahawa tidak bersalah dan yang bersalah adalah Mansor Mohamad yang telah meminjam dari bank CIMB dan tidak membayar ansurannya sehingga tanah perlu dilelong.Katanya, Azahar hanya bertindak menjalankan tugas sebagai seorang Penolong Pendaftar Tanah Daerah Segamat dan apa yang lebih malang lagi adalah kenyataan Datuk Ahmad Maslan, seorang timbalan menteri merangka ketua penerangan Umno bahawa kesalahan itu adalah bersifat sivil dan bukan kriminal.

PAS ingin sekali lagi mengingatkan kepada calon Umno BN ini bahawa kesalahan beliau adalah melelong tanah secara tidak sah, bukan sahaja tidak mengikut prosedur, malah adalah satu perkara yang jelas bahawa beliau tidak kompeten dan tidak bertanggungjawab.Oleh sebab itulah, katanya Mahkamah Tinggi Muar memerintah dikembalikan tanah itu kepada pemilik asalnya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

Menurutnya, jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan.PAS sekali lagi ingin tegaskan kepada pihak media bahawa kenyataan calon Umno BN yang isu tersebut telah selesai menunjukkan sekali lagi beliau tidak bercakap benar kepada para pengundi dan partinya sendiri.Hakikatnya, tegas beliau fakta-fakta yang gtelah PAS dedahkan sejak pendedahan isu itu jelas menunjukkan bukan sahaja kes kecuaian, kelalaian dan penyalahgunaan kuasa calon BN sebagai Penolong Pentadbir Tanah Daerah Segamat belum selesai, sebaliknya sikap Azahar dan pemimpin Umno amnya adalah sangat bermudah-mudah dengan isu-isu integriti, penyalahgunaan kuasa dan pertanggungjawaban.

Tambahnya, meskipun isu itu bukan kesalahan kriminal berat seperti membunuh, mencuri dan merompak, namun atas kesalahan pengurusan dan saratnya negara ini dengan amalan pincang, tempang dan tidak bertanggungjawab seperti yang dilakukan calon BN itulah, maka negara hari ini terjerumus dalam sistem penghantaran yang tiris dan bocor seperti yang dilaporkan Ketua Audit Negara yang menelan belanja dana rakyat sebanyak RM28 bilion setiap tahun.PAS mahu pemimpin Umno BN menimbang kembali pencalonan Azahar kerana ternyata berlawanan, bukan sahaja curang kepada partinya dalam menutup kesalahan dirinya bahkan akan menjejaskan kredibiliti pentadbiran kerajaan.

PAS juga mempertegaskan dalam keadaan negara berhadapan dengan krisis-krisis pengurusan kewangan yang besar yang berpunca daripada ketiadaan integriti kepimpinan, maka PRK N05 Tenang ini tidak memerlukan seorang calon yang akan memburukkan lagi keadaan sekaligus memburukkan serta memangsakan rakyat yang lemah.Justeru, tegasnya para pengundi PRK Dun Tenang tidak mempunyai pilihan lain melainkan memilih calon PAS, Cikgu Mala yang telah dibuktikan cemerlang dan tidak dipersoalkan integriti berbanding calon BN.

Wednesday, January 26, 2011

MAHKAMAH SAHKAN CALON UMNO BN BERSALAH.....

Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim hakikatnya telah disahkan bersalah oleh mahkamah kerana melelong tanah secara tidak sah, kata Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.Melelong tanah secara tidak sah bukan sahaja tidak mengikut prosedur malah adalah satu kesalahan dan oleh sebab itulah Mahkamah Tinggi Muar memerintahkan dikembalikan tanah itu kepada pemiliknya, Mansor Mohamad bersama kos pada 2008.

Jika tindakan melelong itu sah, mengikut prosedur dan bukan satu kesalahan, mahkamah tidak akan memerintahkan tanah itu dikembalikan.Mahfuz menyeru rakyat Tenang menolak Mohd Azahar yang telah disahkan melakukan kesalahan oleh mahkamah dan memilih calon PAS, Normala Sudirman.

Normala bukan sahaja bersih dari tuduhan penyalahgunaan kuasa seperti yang sedang dihadapi oleh Mohd Azahar malah calon PAS di Tenang itu pernah diiktiraf sebagai guru cemerlang oleh Kementerian Pelajaran berbanding Mohd Azahar kini adalah defendan pertama dalam tuntutan saman Norhana Mohd Ali yang telah terpedaya membeli tanah Mansor yang dilelong secara tidak sah itu.

Akibat penglibatan Mohd Azahar melelong tanah dengan cara yang didapati salah oleh mahkamah itu, kerajaan dan rakyat kini menghadapi risiko menanggung kerugian kira-kira RM1.5 juta.Norhana menuntut gantirugi berjumlah kira-kira 1.5 juta dan Mahkamah Tinggi Muar telah pun menetapkan tarikh pendengaran kes tuntutan Norhana ke atas calon BN di Tenang itu dan tiga yang lain pada 7 Februari 2011 ini.

Dari segi integriti, Mohd Azahar hakikatnya tidak ada integriti kerana beliau sebelum ini mendakwa apa yang dilakukannya mengikut adalah prosedur dan kes lelongan tanah itu telah selesai.Kalau mengikut prosedur, mengapa mahkamah mengesahkan kesalahan beliau terlibat dalam lelongan tanah secata tidak sah dan jika selesai, mengapa pula ada tuntutan berkaitan tanah itu yang akan didengari mahkamah pada 7 Februari ini?" Ahli Parlimen Pokok Sena mempersoalkan.

Kalau sebagai pentadbir tanah pun beliau telah menghadapi tuduhan menyalahgunakan kuasa dan disahkan pula oleh mahkamah melakukan kesalahan, Mahfuz mengingatkan para pengundi di Tenang tentang kemungkinan bahaya lebih buruk yang akan dihadapi oleh rakyat dan kerajaan jika Mohd Azahar mendapat kuasa lebih besar hasil kemenangannya dalam pilihan raya kecil tersebut.Dengan kuasa hanya sebagai pentadbir tanah sahaja Mohd Azahar bukan sahaja telah memburukkan imej kerajaan malah mengakibatkan rakyat dan kerajaan menanggung risiko kerugian kira-kira RM1.5 juta, bayangkan kalau beliau mendapat kuasa lebih besar jika beliau menang pilihan raya kecil Tenang.

AHMAD MASLAN SUDAH KECUT PERUT........

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan hari ini menolak cabaran presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan Aliman untuk berdebat mengenai masalah yang dihadapi oleh peneroka Felda.Sebaliknya, beliau mengemukakan cabaran kepada Mazlan untuk berdialog secara tertutup bersama beliau dan pegawai Felda dengan harapan dapat menyelesaikan 20 perkara yang dibangkitkan oleh presiden ANAK itu.

Beliau berkata berkata Mazlan (bawah, kanan) boleh menerima cabarannya pada bila-bila masa selepas pilihan raya kecil ini.ANAK menyerahkan 20 perkara itu kepada Ahmad Maslan pada November tahun lalu yang mana antara lainnya melibatkan isu peneroka yang disingkir, isu hutang dengan Felda sehingga mencecah RM80,000 dalam masa tujuh tahun, dan masalah pembahagian pusaka oleh generasi kedua Felda.Persatuan tersebut menghantar surat tawaran kedua kepada Ahmad Maslan semalam untuk berdebat mengenai isu tersebut.

Tuesday, January 25, 2011

BLOGGER UMNO YANG SEMAKIN HARI SEMAKIN NGOK.....

Hari ini buat sudah sekian lama Gua tidak membuka sebuah blog yang diberi nama Info Corner maka tergeraklah hati Gua untuk mengunjungi blog yang menabur segala fitnah ini.Gua tidak lah terkejut dengan apa yang disajikan di dalam blog ini kerana memang Gua dah agak kalo yang nama blog UMNO itu sudah terang lagi bersuluh yang apa yang bakal disajikan di dalam blog tersebut adalh fitnah semata-mata.

Sebelum ini Gua telah menulis pasal ustazah minah sialan dan kali ini Gua nak tulis sikit pasal si owner blog Info Corner ini.Siapa mamat owner blog Info Corner ini sebenarnya?

Mungkin ada di antara lu orang semua sudah sedia maklum siapa sebenarnya owner Info Corner ini.Bagi yang belum lagi mengetahuai siapa sebenarnya mamat tersebut di sini Gua akan terangkan sekali lagi.Mamat yang empunya blog Info Corner ini sebenarnya bernama Nazmi Rosli.Mungkin bagi mereka rakyat negeri Selangor mungkin tidak asing lagi dengan nama ini.Tidak kira sama ada lu orang dari Pakatan Rakyat mahu pun dari UMNO Barisan Nasional.Sebab apa Gua cakap begitu?

Kerana mamat ini dahulu merupakan orang yang tertinggi di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).Mamat ini sewaktu di dalam PKR pernah menjawat jawatan sebagai Setiausaha PKR negeri Selangor.Pada Kongeres PKR yang diadakan selepas PRK Ijok pada tahun 2007 mamat ini telah keluar daripada PKR.Oleh kerana sewaktu itu raja sesumpah Senatak Ezam juga merupakan bos nya maka mamat ini pun ikut sama keluar bersama senatak tersebut.

Setelah beberapa lama mendiamkan diri tibalah waktu di mana raja sesumpah iaitu Senatak Ezam mengumumkan masuk semula kedalam UMNO maka si mamat ini pun ikut sekali masuk kedalam UMNO memangdangkan bosnya pun masuk kedalam UMNO.Maka bertambah bodoh la si mamat ini.Dan sehingga hari ini bodoh si mamat ini semakin hari semakin bodoh.Bodohnya itu bukan sahaja melibatkan bodoh mengenai dunia sahaja malah hukum hakam juga mamat ini terlalu bebal.

Apa yang aku pelik pasal mamat ini ialah dia sanggup memperbodohkan dirinya sendiri untuk menjayakan fitnahnya itu.Bak kata pepatahla yang Gua reka ini "BODOH SEMALAM MASIH ADA LAGI DAN BODOH ESOK MENUNGGU PULA"
Lu orang paham tak?
Kalo tak paham buat-buat paham saja la.Pasal Gua sorang je yang paham.
hahahaha.....

Berbalik kepada apa yang Gua nak sampaikan ini kepada lu orang semua iaitu mengenai tahap kebodohan mamat blogger UMNO ini.Yang pertama ialah mamat ini telah menuduh Pakatan Rakyat menggunakan kanak-kanak sebagai alat politik.Sebenarnya UMNO dan Barisan Nasional yang menggunkan kanak-kanak sebagai alat politik.Sehari sebelum berlangsungnya hari penamaan calon PRK Tenang MARA telah mengadakan satu program bantuan yang sebenarnya itu adalah program politik.Apa yang berlaku pada hari tersebut ialah pelajar-pelajar sekolah dan juga IPT telah dipergunakan untuk kepentingan politik UMNO dan Barisan Nasional.



Yang seterusnya mengenai mamat ini yang telah menghina calon PAS PRK Tenang.Melalui isu ini beliau sendiri secara terang-terangan mempamirkan kebodohannya dengan jelas kepada umum.Ini kerana mamat ini telah mempertikaikan rumah tangga calon PAS kita di DUN Tenang.Mamat ini telah mempertikaikan rupa suami calon PAS di Tenang tidak sama dengan rupa di waktu mereka menikah.Ini lu orang semua leh fikir sendiri.BUdak sekolah tadika pun pandai la.Lu orang tengok gambar kat bawah ini, sama atau tidak...


Ni gambar mamat ini masa bayi lagi dan masih bodoh lagi....


Yang ini masa dah tua tetapi masih bodoh lagi....

Lu orang nilai la sendiri ye...
Sendiri ada otak....
Sendiri fikir....

Monday, January 24, 2011

MINAH SIALAN BERCERAMAH PULA......

Masihkah lu orang semua masih ingat kepada minah sialan yang bernama Ummi Hafilda?
Minah ini semakin hari semakin busuk mulut nya menyebarkan fitnah.Baru-baru ini pula sudah pandai pula memberi ceramah agama kepada orang ramai.
hahahahaha......
Nak pecah perut Gua gelak bile baca nasihat-nasihat ustazah minah sialan ini.Gua juga ada buat survey jugak pasal minah sialan ini punye cermah.

Bagi kita yang berdiri teguh bersama Pakatan Rakyat mereka sejak mereka kenal lagi siapa minah sialan ini mereka sudah tolak setiap apa yang datangnya dari si minah sialan ini.Tetapi lain pula bagi mereka yang apabila kita semua kelar tangannya dan darah yang keluar itu bukan berwarna merah tetapi berwarna biru.Mereka yang spises darah berwarna biru ini bila Gua jumpa cukup pakai nasihat-nasihat yang telah diberikan oleh minah sialan ini.Walaupun si minah sialan belum berkata-kata apa sekalipun tetapi mereka sudah mengiakannya...

Cukup sedih sekali bagi Gua kerana masih terdapat lagi mereka yang masih lagi mempercayai golongan-golongan minah sialan ini.Yang paling sedih sekali bagi Gua ialah mereka yang menetap di perkampungan.Gua bukan mahu menghina mereka yang menetap di kampung-kampung tetapi ini hakikat apa yang gua lihat dan dengar oleh 2 biji mata dan sepasang telinga ini.

UMNO dan Barisan Nasional yang menjadi taukey kepada minah sialan ini sering memperpodohkan dan menggambil kesempatan terhadap orang-orang kampung ini.Sehingga hari ini dan sedang berlaku di PRK Tenang apa yang Gua lihat cara kempen UMNO dan Barisan Nasional masih lagi berkisar jika tiada Barisan Nasional maka tiadalah jalan raya....Jika tiada Barisan Nasional maka tiadalh elektrik dan air.....

Sungguh bodoh sekali cara kempen UMNO dan Barisan Nasional ini memperbodohkan rakyat.Cara UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri berkempen sudah menyerlahkan kebodohan mereka.Gua peringatkan disini kepada seluruh rakyat Malaysia yang sudah layak mengundi khususnya kepada penggundi di DUN Tenang kelak janganlah kita sanggup menjual negeri kita hanya kerana janji-janji bodoh UMNO dan Barisan Nasional tersebut dan hanya kerana anak-anak sekolah anda mendapat sebuah basikal.

Berbalik kepada cerita mengenai si minah sialan ini.Minah sialan ini tidak bertudung sebenarnya.Tetapi yang peliknya dia boleh menggigatkan orang dengan azab yang pernah dikenakan kepada Raja Namrud yang tumpas dengan hanya seekor nyamuk ketika zaman Nabi Allah Ibrahim.Gua rasa mungkin minah sialan ini juga sudah nyayuk dan pelupa bawaha minah sialan ini sendiri tidak menutup aurat dan suka menabur fitnah.

Tidak apalah.Mungkin ustazah minah sialan ini beranggapan bahawa kubur masing-masingkan sehingga terlupa hukum menutup aurat yang wajib bagi setiap wanita dan hukum memfitnah dan lebih teruk lagi ialah hukum memfitnah seseorang itu berzina dan melakukan liwat....

Sendiri ada otak....
Sendiri fikir.....

SPR DIPERGUNAKAN LAGI.......

Pakatan Rakyat melahirkan rasa kesal ekoran Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tetap dengan pendirian tidak mempertimbang cadangan mereka bagi penggunaan dakwat kekal.SPR juga turut menolak desakan menghapuskan undi pos yang didakwa tidak telus.

Bagaimanapun jelas Ahli MPP (Ex-Officio) PKR, Sivarasa Rasiah, SPR mempertimbang untuk menambah baik sistem tersebut.Selain pendaftaran automatik, turut menuntut pindaan perlembagaan adalah cadangan supaya umur layak mengundi diturunkan kepada 18 tahun.Sehubungan itu, perkara tersebut perlu dibawa ke Dewan Rakyat jika mahu dilaksanakan.

Pakatan Rakyat turut yakin bahawa tiada persempadan semula akan dibuat jika Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 diadakan tahun ini.Keyakinan itu dilontarkan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali selepas pertemuan antara pemimpin Pakatan Rakyat dengan SPR di sini, hari ini.

Menurut penjelasan SPR katanya, kajian persempadanan semula hanya akan bermula 21 Mac tahun ini dan mengambil masa dua tahun sebelum dilaksanakan.

Turut serta pada pertemuan dengan anggota tertinggi SPR itu, Pengarah Pilihan Raya PAS Pusat, Datuk Abd Halim Abd Rahman, Setiausaha Biro Pilihan Raya DAP, Liew Chin Tong, Ketua DAPSY, Antony Loke dan dua wakil dari sekretariat Pakatan Rakyat.Pertemuan kira-kira satu jam setengah itu antara lain turut membincangkan isu proxy voting, undi pos kepada askar wataniah, penggunaan dakwat kekal, pendaftaran automatik serta umur mengundi 18 tahun.

Berhubung dakwaan askar wataniah akan mengundi secara pos pula beliau berkata, SPR turut memberi jaminan perkara itu tidak berlaku.Sebelum ini jelasnya, terdapat kebimbangan berhubung status undi askar wataniah sama ada mengundi sebagai pengundi pos atau biasa.

Seperkara lagi yang turut dibincangkan adalah cadangan tempoh kempen selama 21 hari.
Menurut Liew, jumlah tersebut adalah separuh daripada amalan pada pilihan raya umum pertama tahun 1959 yang menetapkan tempoh kempen sebanyak 42 hari.

UMNO MENDERHAKA LAGI......

Persidangan Dun Selangor hari ini akan menulis semula sejarah berdasarkan fakta dan ilmu, kata Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.Azmin berkata sedemikian ketika berucap di Persidangan DUN Selangor dengan berkata Di mana anak bangsa kita khususnya rakyat Negeri Selangor akan diingatkan bahawa Umno yang merosakkan dan menjahanamkan institusi-institusi demokrasi termasuk sistem Raja Berperlembagaan dalam Negara Malaysia yang tercinta ini.

Katanya, orang Melayu tidak mudah lupa dan rakyat Malaysia juga tidak mudah lupa tetapi yang mudah lupa hanyalah pemimpin-pemimpin Umno dan mereka ini sering menjadi mangsa propaganda yang mereka cipta untuk menipu rakyat.Ini, tambahnya yang tertipu bukan rakyat tetapi mereka sendiri.

Justeru, beliau amat bimbang usaha-usaha Umno sekarang ini yang terdesak untuk menyemarakkan politik perkauman sempit yang boleh memecahbelahkan perpaduan dan keharmonian masyarakat majmuk negara ini.Beliau yang juga Timbalan Presiden PKR berkata, usaha yang dipimpin oleh Pakatan Rakyat adalah untuk mengembalikan prosedur untuk perlantikan itu seperti mana yang diperuntukkan di bawah Perlembagaan Negeri yang sama yang mana peruntukan itu telah dimansuhkan pada 1993 oleh makhluk perosak bernama Umno.

Menurutnya, usaha itu tidaklah mudah kerana pelbagai pihak yang menjadi alat dan perkakas Umno cuba memberikan penakrifan undang-undang mengikut selera dan nafsu serakah peimimpin Umno di Putrajaya bagi menghalang mesyuarat pada pagi ini.Tambahnya, lihat sahaja kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor, Noh Omar berhubung usaha Datuk Menteri Besar untuk kembali ke Dewan untuk memperbetulkan kerosakan sistem tatkala di tangan Umno.

Antara lain, ujarnya Noh Omar mendakwa Pakatan Rakyat sanggup melakukan apa sahaja yang bercanggah dengan undang-undang.Kenyataan itu, tambahnya timbul dari seorang watak yang buta sejarah dan jumud pemikirannya.Ini mengingatkan beliau kepada puisi seorang budayawan Indonesia bernama Ehma Ainul yang berkata: Nasib malang golongan yang bernama rakyat, rakyat yang terlalu lama diperbodohkan tidak tahu apa itu kebodohan.

Di Selangor, katanya rakyat makin cerdas dan mendapat pencerahan.Ahli Parlimen Gombak itu menambah, golongan rakyat yang terlalu lama diperbodohkan adalah orang Umno sendiri sehingga tidak tahu mereka diperbodohkan, mereka tidak tahu apa itu kebodohan.Katanya, Umno mencuba untuk memperbodohkan rakyat dengan menggunakan media arus perdana milik mereka sendiri tetapi rakyat dibebaskan dengan pengembangan internet dan media baru.Tambahnya lagi, pemimpin Umno yang tidak menurut arus perkembangan teknologi ini, diperbodohkan akibat terlalu lama hidup dalam kepompong mereka sendiri.

Budaya itulah, katanya yang akan membawa Negeri Selangor lebih yakin untuk mendepani cabaran abad ke-21.Menurutnya, rakyat Negeri Selangor tidak akan dapat melupakan perkenan Tuanku untuk menandatangani proklamasi untuk memanggil mesyuarat pagi ini selaras dengan kuasa dan tanggungjawab Tuanku yang diperuntukkan di bawah Perkara LXX (1) dan LV (1) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959.Tambahnya, mesyuarat pagi ini juga penting untuk anak bangsa memahami sejarah.Beliau berkata, sejarah tidak boleh dipadamkan walaupun Umno sering menggunakan ‘profesor kangkung’ untuk memutarbelitkan sejarah.

Sunday, January 23, 2011

KEMPEN UMNO JATUHKAN UMNO DI TENANG.....

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamarudin Jaffar berkata, tindakan Umno Kelantan mahu mendedahkan kegagalan kerajaan PAS Kelantan kepada pengundi di Dun Tenang hanya akan 'melondehkan' Umno Johor sendiri.Apatah lagi katanya, jika yang mahu diceritakan itu berhubung isu air, perparitan dan banjir yang juga turut akan menempelak pentadbiran kerajaan BN Johor.

Tambahnya lagi bukan setakay itu sahaja malah jika kita lihat isu air di Johor dimana Johor jual air mentah dengan harga murah kepada Singapura, beli balik dengan harga mahal.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin yang mahu menghantar 20 'tenaga berpengalaman' menceritakan kegagalan Kerajaan PAS Kelantan kepada pengundi Tenang.Awang Adek semalam berkata antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat.

Mengulas lanjut, Kamarudin yang juga AJK PAS Pusat berkata, jika Umno Kelantan mahu membawa masalah banjir di Kelantan, Awang Adek juga dinasihat tidak lupa bahawa Johor juga pernah mengalami banjir besar pada bulan Disember 2006 dan Januari 2007.

Berhubung dakwaan kepincangan dalam perlaksanaan program ladang rakyat pula, Kamarudin juga mahu Awang Adek sedar isu Johor Corporation (Jcorp) yang mengalami masalah kewangan serius sehingga diperkatakan semua pihak.JCorp sebelum ini diteraju Tan Sri Muhammad Ali Hashim yang merupakan Presiden dan Ketua Eksekutif syarikat tersebut.Beberapa laporan mendakwa hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion yang mampu menyebabkan Johor Muflis.

Monday, January 17, 2011

KEBANGKITAN ORANG MUDA.....

Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP) membantah cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) yang mahu mewujudkan sistem undi proksi.Pengarah pilihan rayanya, Mohd Firdaus Jaafar (gambar) menyatakan demikian sebagai mengulas kenyataan Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bahawa sistem undi proksi dibuat bagi membolehkan seseorang pemilih diwakili oleh mana-mana individu yang layak pada hari pengundian.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai merasakan cadangan SPR untuk mewujudkan undi proksi itu tidak wajar dilaksanakan kerana ia mudah terdedah dengan pelbagai manipulasi dan penipuan.Meskipun sistem itu dilaksanakan dengan kawalan ketat, pihaknya merasa sangsi bagaimana pengundi proksi mampu mengundi secara jujur bagi pihak pengundi sebenar.

Menurutnya, mereka tidak merasakan sentimen bahawa hak mereka sebagai pengundi perlu ditunaikan dengan penuh amanah kerana mereka hanyalah wakil bagi pihak pengundi sebenar.Justeru, katanya mereka boleh mengundi calon lawan secara sesuka hati ataupun merosakkan undi pemilih sebenar yang tidak hadir.

Tambahnya, tidak ada siapa yang boleh memberikan jaminan bahawa pengundi sebenar menyerahkan hak mereka kepada proksi tanpa apa-apa pujukan, tawaran, mahupun ugutan.Jika undi proksi benar-benar diadakan, beliau berpendapat tidak ada faedahnya diadakan kempen pilihan raya apabila pemilih sebenar tidak turun mengundi, sebaliknya diserahkan kepada pengundi proksi yang tidak tahu latar belakang parti politik mereka.

Firdaus turut mengingatkan SPR agar menjayakan proses pilihan raya yang sedia ada dengan secara lebih telus dan adil di samping mencadangkan sistem yang baru dengan tidak memperbaiki sistem yang sedia ada tidak mampu mengembalikan keyakinan rakyat kepada sistem pilihanraya di Malaysia.

Beliau juga menegaskan agar SPR tidak masuk campur dalam pertempuran politik antara Pakatan Rakyat dengan BN.Katanya, biarlah pilihan raya ke 13 akan datang berlangsung dengan suasana paling tenang dan aman.

SUARA WANITA DI DALAM PAKATAN RAKYAT....

Wanita Pakatan Rakyat menyifatkan pemilihan Normala Sudirman sebagai calon PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tenang sebagai satu pengiktirafan kepada golongan wanita yang bersungguh-sungguh untuk berjuang dalam membawa suara rakyat.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Nuridah Salleh berkata, Pakatan Rakyat tidak teragak-agak untuk melatakkan calon wanita kali ini kerana yakin dengan kemampuan wanita yang ditunjukkan oleh wakil rakyat wanita yang sedia ada.Menurut Nuridah PAS mengucapkan terima kasih di atas pemilihan ini dan ini adalah satu kepercayaan Pakatan Rakyat kepada wanita dan ini sebenarnya telah ditunjukkan oleh wakil rakyat-wakil rakyat wanita.Oleh kerana Pakatan Rakyat berpuas hati dengan wakil rakyat wanita kita dan nampaknya insya Allah ia akan menambahkan lagi wanita dalam Pakatan Rakyat.

Tambah Nuridah lagi Ini memang bukan suatu yang mudah tetapi insya Allah pihak kami akan mengembleng tenaga dan usaha kita untuk mencapai kemenangan ini.

Mengulas lanjut Ketua Wanita Keadilan iaitu Zuraida Kamarudin berkata meletakkan calon wanita di Dun Tenang, Pakatan Rakyat telah melepasi halangan bukan sahaja perkauman, dan hari ini menunjukkan Pakatan Rakyat telah membuktikan bahawa kita telah melepasi dari sudut gender dan ini satu pencapaian yang hebat oleh Pakatan Rakyat walaupun sebelum ini kita dituduh kalau PAS ini sebuah parti Islam yang tidak memberi peluang kepada wanita, dan hari ini membuktikan bahawa PAS telah melepasi itu semua dan begitu juga Pakatan Rakyat.

Manakala bagi Timbalan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusuf berkata, pemilihan Normala yang merupakan wanita muda membuktikan bahawa PAS tidak pernah ketandusan muka-muka baru yang berwibawa.Pemilihan Normala sebagai calon ini juga merupakan satu pengiktirafan pimpinan terhadap golongan wanita muda.

Tambah Siti Zailah lagi Bagaimana peranan yang dimainkan wanita muda juga penting dalam pembangunan negara melihatkan bahawa PAS tidak ketandusan calon yang mana kita ada ramai muka-muka baru yang berkaliber dan kita yakin dengan kemenangan kita di Dun Tenang ini insya Allah membawa nafas baru dalam Dun Johor sekaligus membuktikan wanita mampu memikul amanah ini.

Naib Ketua Muslimat pula, Mumtaz Mat Nawi yang juga Ahli Dewan Negara menegaskan bahawa Normala dipilih berdasarkan merit di atas pencapaian beliau sebelum ini.Mumtaz berkata pemilihan Normala sebagai calon adalah pemilihan berdasarkan merit, ia bukan pemilihan berdasarkan jantina dan kita lihat tadi bagaimana pemilihan Normala sebagai calon diterima baik di semua peringkat parti sama ada lelaki mahupun wanita dan merupakan satu pendirian oleh Pakatan bahawa kita akan memilih calon yang benar berwibawa dan mampu melaksanakan tugas dengan baik.

Dalam pada itu, Normala sendiri ketika ditanya mengenai faktor beliau dipilih berkata, ia melambangkan pengiktirafan terhadap wanita dan golongan muda berdasarkan kemampuannya dan beliau sendiri percaya dan penuh optimis bahawa pemilihannya sebagai calon melambangkan pengiktirafan daripada PAS dan juga Pakatan Rakyat kepada wanita muda untuk menerajui landskap politik negara pada masa akan datang demi kelangsungan anak bangsa.

Sunday, January 16, 2011

CALON PAS DI TENANG......



PAS meletakkan calon wanita - Normala Sudirman - untuk bertanding mewakili parti itu dalam pilihan raya kecil DUN Tenang pada 30 Januari ini.

Pengumuman itu dibuat oleh presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu majlis ceramah Pakatan Rakyat di Labis malam ini.Hadir memberi sokongan ialah presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, penasihat DAP Lim Kit Siang, setiausaha agung PAS, Datuk Mustafa Ali serta beberapa pemimpin Pakatan yang lain.

Normala merupakan ketua Muslihat PAS Labis, dan tidak pernah bertanding dalam pilihan raya sebelum ini.Normala (kanan) adalah guru lulusan Kolej Perguruan Tuanku Bainun, Pulau Pinang dan bertugas di Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah, Segamat, selepas meletak jawatan baru-baru ini.Beliau berbuat demikian untuk menumpukan kepada politik sepenuh masa. Udang-undang pilihan raya melarang kakitangan kerajaan bertanding dalam pilihan raya.Ibu kepada tiga orang anak itu - yang lebih dikenali sebagai Cikgu Mala - adalah dari Muar, Johor dan berkahwin dengan seorang guru di Tenang.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Normala menegaskan bahawa pemilihannya sebagai calon merupakan pengiktirafan penting parti Islam itu kepada kepimpinan wanita muda.
Majlis pengumuman tersebut berlangsung di rumah kedai dua tingkat yang menjadi pusat operasi PAS.Kira-kira 1,000 orang awam dan penyokong Pakatan, sebahagian besarnya dari PAS yang memakai kopiah putih, berkumpul di tepi jalan di depan rumah kedai tersebut.Pada mulanya, majlis tersebut dijadual diadakan di kawasan kosong
berhadapan pusat operasi tersebut tetapi kemudian terpaksa dipindahkan ke pusat berkenaan.

Ia berlaku apabila tenang by election pas announce candidate 160111 crowdpemilik tanah kosong itu didakwa diugut dan majlis tempatan pula enggan mengeluarkan permit, kata ketua penerangan PAS Johor, Mazlan Aliman kepada Malaysiakini.Mazlan juga mengesahkan laporan bahawa suami Normala - Makrof Abd Mutalib - telah menerima arahan untuk ditukar ke Johor Bahru.

Sementara itu, ketua umum PKR yang dijadual hadir di majlis
pengumuman tersebut terpaksa membatalkannya pada saat-saat akhir.Menurut Dr Wan Azizah, Anwar terpaksa berada di Kuala Lumpur untuk membincangkan perbicaraan kes liwat terhadapnya esok, dengan para peguamnya.Anwar juga memaklumkan perkara itu melalui twitternya.

Keputusan PAS meletak calon wanita di Tenang dilihat sebagai satu langkah untuk mensasarkan sokongan pengundi Cina yang merupakan 39 peratus pemilih berdaftar di Tenang.Pemilihan Normala juga akan membantu mengikis persepsi di kalangan bukan Islam yang melihat PAS sebagai sebuah parti Islam konservatif yang mendiskriminasikan kaum wanita - yang sering digunakan oleh MCA dalam kempen mereka.

Seramai 5,635 pengundi Cina di Tenang dilihat menjadi kunci untuk
mengurangkan majoriti BN sekiranya ia dapat mempertahankan kerusi tersebut dalam pilihan raya kecil 30 Januari depan.Pengundi Melayu, yang majoritinya merupakan penduduk perkampungan Melayu dan peneroka tanah rancangan Felda, adalah penyokong tradisi Umno.

Walaupun lebih sedikit daripada separuh pengundi Cina menyokong PAS dalam pilihan raya umum lalu, tetapi dipercayai masih ada ruang untuk meningkatkan lagi sokongan mereka kali ini.Terdapat kemungkinan Umno juga akan meletakkan calon wanita bertanding di Tenang.Pergerakan itu telah melobi pucuk pimpinan pusat untuk meletakkan ketua Wanita Labis, Haslinda Salleh bertanding dalam pilihan raya kecil tersebut.Calon BN akan diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin Rabu ini.Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 22 Januari sebagai tarikh penamaan calon.

Thursday, January 13, 2011

KOMITMEN PAS KEPADA PAKATAN RAKYAT.....

DAP dan PKR melahirkan rasa puas hati mereka dengan penjelasan yang diberikan oleh Presiden PAS ekoran pertemuan dua pemimpin tertinggi PAS dengan Yang di-Pertuan Agong dan pemimpin tertinggi Umno.

Mesyuarat itu diadakan di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut dekat sini.Sebelum mesyuarat itu, Lim Kit Siang bersama Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mengadakan pertemuan tertutup dengan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali.

Sebelum ini, Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan mengenai pertemuan itu kepada pimpinan PKR termasuk Datuk Seri Anwar.Abdul Hadi juga telah memberikan penjelasan kepada mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat hari ini mengenai pertemuan itu.Bagi Anwar, Umno terlalu terdesak sehingga membuat perancangan untuk bertemu pemimpin PAS sedemikian rupa.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dalam kenyataannya berkata, pertemuan yang diadakan di Istana Terenganu di Kuala Lumpur itu diadakan atas jemputan Yang Dipertuan Agung.

Ia dibuat menggunakan bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi sebagai 'posmen' semasa kunjungannya ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan.Ekoran pertemuan itu timbul pelbagai spekulasi di dalam blog sehinggalah dijelaskan oleh Nik Aziz sebelum ini dan penjelasan Abdul Hadi dalam mesyuarat Pakatan hari ini.

CEWEK SIALAN MENJADI SEMAKIN SIAL.......



Seorang saksi utama dalam kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim lebih 10 tahun lalu, kini muncul kembali dengan niat untuk mengheret ketua umum PKR itu ke mahkamah sekali lagi.

Umi Hafilda Ali hari ini berkata beliau akan memulakan saman terhadap Anwar berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa yang menyebabkan dirinya ditahan pada 1997.Anwar merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu.Selain Anwar, tindakan saman berjumlah berjumlah RM300 juta itu, juga akan mengaitkan abangnya Azmin Ali yang kini adalah timbalan presiden PKR.

Bercakap dalam satu sidang media di Subang Jaya hari ini, Umi Hafilda berkata beliau bagaimanapun masih belum menetapkan sama ada langkah itu merupakan tindakan saman fitnah.Namun, beliau berkata ia mungkin berhubung dakwaan penyalahgunaan kuasa oleh Anwar yang kini adalah ketua umum PKR.Tambahnya, peguam beliau masih meneliti peruntukan yang boleh digunakan.Tindakan saman itu, katanya, akan dilakukan "secepat mungkin."

Selain itu, beliau juga akan mengemukakan saman terhadap parti PAS, pengerusi DAP, Karpal Singh dan isteri Anwar, - Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail.Turut hadir dalam sidang medianya hari ini ialah penasihat undang-undangnya Mohd Khairul Azam Abd Aziz.Tambahnya, beliau ditahan pada 17 Ogos pada tahun berkenaan, dua hari selepas beliau menulis sepucuk surat.Ummi mendakwa, ia semata-mata untuk menutup konspirasi untuk menangkapnya.

Menurutnya lagi, sudah sampai masanya beliau menuntut haknya.Katanya lagi, beliau juga tampil mengemukakan saman kali ini bagi membolehkan masyarakat mengetahui "cerita sebenar".Katanya lagi, beliau juga akan menyaman Karpal sebanyak RM200 juta.PAS pula akan disaman RM100 juta kerana didakwa terlibat dalam satu konspirasi yang menjejaskan maruahnya.

Ummi mendakwa, PAS telah menghantar beberapa orang wakil untuk menemuinya berhubung satu kes.Dakwanya lagi, PAS dan Karpal mengenakan tekanan tinggi kepada Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohammad untuk membongkar kes tersebut.Bagaimanapun, Ummi mendakwa, bila kes ini terbongkar, beliau hairan mengapa PAS dan Karpal menggunakan kes tersebut untuk menghentamnya.

Tambahnya, konspirasi yang didakwa itu juga melibatkan maruah dan harga dirinya tercemar serta turut menjejaskan perniagaan yang diusahakannya.

Wednesday, January 12, 2011

MAHASISWA BANGKIT LAGI.......

Pro-Mahasiswa (Pro-M) Universiti Putra Malaysia (UPM) hari ini membuat tuntutan agar mahasiswa diberi peluang sepenuhnya untuk menguruskan pilihan raya kampusnya (PRK) sendiri.Pengerusinya, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, tuntutan itu dibuat kerana pihaknya sudah hilang kepercayaan terhadap jawatankuasa yang diamanahkan untuk menguruskan PRK setelah berlakunya beberapa insiden sebelum ini.

Menurut Syed Syafiq, pegawai BHEP dalam PRK yang lepas telah bertindak membatalkan kemenangan semua calon Pro-M UPM di kerusi umum kerana didakwa melanggar tatacara kempen.

Pihak BHEP juga, katanya mewujudkan peraturan kempen yang lucu kerana tidak membenarkan mahasiswa untuk berkempen di mana-mana laman sesawang, blog, sistem pesanan ringkas serta media elektronik selain perbezaan keputusan yang dikeluarkan pada hari pengumuman keputusan dengan notis rasmi yang dikeluarkan oleh pihak jawatankuasa pemilihan.

Sehubungan itu, Pro-M UPM mencadangkan penubuhan jawatankuasa di peringkat mahasiswa yang berfungsi seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi menguruskan PRK bermula dari pembelian borang, pendaftaran penamaan calon, hari penamaan calon sehinggalah kepada pengumuman keputusan rasmi.Selain itu, turut dicadangkan agar badan pemantau bebas dari luar seperti Malaysia of Free Election (Mafrel) dan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sebagai pemerhati dalam PRK.

Pro-M UPM ujarnya memberikan tempoh seminggu kepda pihak pentadbiran universiti untuk memberikan maklum balas terhadap tuntutan tersebut.

TERBAIK DARI PASARAN......



TERBAIK.....DAPAT SEKARANG DIMANA-MANA KEDAI BERDEKATAN DENGAN LU ORANG SEMUA.....
HAHAHAHA.......

Tuesday, January 11, 2011

MALAYSIA BAKAL MUFLIS......?

Malaysia sememangnya sedang menuju ke gerbang kemuflisan jika Umno BN terus berhutang sewenang-wenangnya seperti sekarang, tetapi bukanlah disebabkan Janji 100 Hari Pakatan Rakyat.Ketua Pembangkang di Parlimen, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, tuduhan Perdana Menteri bahawa Janji 100 Hari Pakatan Rakyat akan menjadikan negara muflis adalah dangkal kerana hakikatnya, Umno BN yang berhutang setiap tahun sehingga hutang negara menggunung.

Menurut Ketua Umum PKR itu, laporan Ketua Audit Negara yang dikeluarkan pada 25 Oktober 2010 memberi amaran bahawa nisbah hutang negara kepada KDNK telah melepasi paras 50 peratus buat kali pertama dalam sejarah negara.Katanya, kenyataan Perdana Menteri kononnya Janji 100 Hari Pakatan Rakyat tidak dapat dilaksanakan atas alasan negara tidak berkemampuan membuktikan lagi Umno BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta.

Cabaran itu, kata Anwar wajar diterima Najib kerana beliau sering mempersoal dan memperlekehkan tawaran Pakatan Rakyat tersebut yang dikemukakan semasa Konvensyen Ke 11 Pakatan Rakyat 19 Disember lalu.Pentadbiran Najib, termasuk menteri dan medianya, dilihat begitu kelam kabut menangani Tawaran 100 Hari Pakatan Rakyat itu.Semalam Najib mengulas dengan panjang lebar mengenainya semasa perjumpaan dengan warga kerja Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya.

Hari ini, kebanyakan media BN menyiarkan panjang lebar pula isu itu termasuklah berita muka depan, RTM1 menyiarkan dalam berita pagi keratan akhbar dan mengulas khusus dalam slot analisis kira-kira setengah jam.Sebelum Najib menjawab, timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mengulas isu itu, khasnya tawaran kenaikan elaun RM500 untuk semua guru di negara ini.Menurut Anwar, hutang kerajaan Malaysia bagi tahun 2009 meningkat kepada RM362.39 billion atau 53.7 peratus dari KDNK. Mala petaka ekonomi itu berlaku di bawah pentadbiran Perdana Menteri sekarang sebagai Menteri Kewangan.Beliau yang juga Ketua Umum PKR menambah, tabiat berhutang Umno BN akan diperhebatkan tahun ini. Ini terbukti apabila pada 14 Disember 2010, Bank Negara Malaysia telah mengumumkan kerajaan akan menjual 29 bon tambahan dalam tahun 2011.

Contoh-contoh pembaziran Umno BN, katanya, sudah diketahui rakyat. Antara buktinya termasuklah ketaksuban Perdana Menteri dengan bangunan 100 tingkat yang menelan belanja RM5 billion, sedangkan isu perumahan mampu milik meruntum golongan berpendapatan rendah dan orang muda.

Oleh itu, menurut beliau, tindakan pertama Kerajaan Pakatan Rakyat adalah melancarkan perang habis-habisan menentang rasuah di setiap peringkat, bermula dengan pemimpin-pemimpin kanan politik.Bukti kemampuan Pakatan Rakyat melaksanakan janji 100 harinya itu diperjelaskan oleh Anwar dengan perkiraan imbuhan khas perguruan sebanyak RM500 sebulan yang hanya menelan belanja RM3.2 billion setahun.

Sementara, penstrukturan semula sistem subsidi supaya hanya golongan yang berkelayakan menikmati subsidi minyak dianggarkan berjumlah RM4 billion setahun.

Manakala subsidi gas memasak berjumlah RM4 billion setahun, penstrukturan semula sistem tol di bawah Plus RM23 billion, berdasarkan harga pasaran yang ditawarkan oleh Khazanah dan KWSP, kos tambahan yang ditanggung oleh kerajaan untuk mengambil alih operasi dari pemegang saham minoriti dianggarkan RM8 billion.Jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan janji itu, katanya, hanyalah RM19.2 billion, iaitu sama dengan subsidi korporat yang diberikan oleh Umno BN kepada IPP milik kroninya setiap tahun.

Beliau amat kesal kerana tabiat berhutang Umno BN yang membebankan generasi akan datang adalah sangat tidak bertanggungjawab, apatah lagi apabila wang yang dipinjam tidak dibelanjakan untuk rakyat.

Monday, January 10, 2011

MAHATHIR MENGAKU GAGAL.....?

Tun Dr Mahathir Mohamad mengakui gagal menyelesaikan isu pemulihan dan pembangunan Kampung Baru, Kuala Lumpur sepanjang 22 tahun menjadi perdana menteri sebelum ini.Katanya, rancangan membangunkan kawasan itu gagal ekoran beberapa masalah berkenaan pemilikan dan harga tanah akibat penghijrahan penduduk dan kesukaran mengenalpasti pewaris.

Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir (kanan) juga berkata, jika harta yang dibangunkan dijual kepada bukan Melayu maka hilanglah Kampung Baru sebagai kawasan Melayu di ibu negara.Sehubungan itu, bagi menjamin Melayu terus mendiami kawasan itu, pemaju dikenakan syarat supaya penduduknya dibayar harga tanah dan diberi tempat perniagaan dan kediaman di bangunan yang didirikan.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berdoa kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak berjaya membangunkan semula kampung itu "supaya pelawat ke Kuala Lumpur tidak akan lihat kedaifan orang Melayu di negara mereka sendiri.

Gile la....Gua rase mamak ni dah nyayok la....Dia nye ayat last dia itu la yang tak boleh blah....

Sunday, January 9, 2011

JANJI PARTI ISLAM SEMALAYSIA KEPADA PAKATAN RAKYAT....

Pemimpin tertinggi PAS berikrar akan tetap setia bersama Pakatan Rakyat dan menolak khabar angin bahawa parti itu akan bekerjasama dengan Umno.Jaminan ini dinyatakan sendiri oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang apabila mengulas isu perjumpaan pemimpin PAS dan Umno atas undangan Yang di-Pertuan Agong baru-baru ini.

Hadi berkata demikian ketika berpidato pada majilis solat hajat perdana di Stadium Melawati, Shah Alam, semalam. Majlis itu diadakan bagi memohon Allah menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang hebat diserang terutama dalam isu perlantikan setiausaha kerajaan negeri Selangor.Majlis anjuran PAS ini mendapat sambutan luar biasa apabila hampir 12 ribu hadirin membanjiri kawasan stadium menyertai acara solat hajat dan memberi sokongan terhadap kerajaan negeri Selangor.

Turut hadir di majlis ini adalah ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat serta pemimpin kanan dari kedua-dua parti Pakatan Rakyat ini.Nik Aziz pula dalam pidatonya, menyentuh pengkhianatan Umno ketika PAS menjadi komponen BN.Sementara itu, pada sidang media selepas majlis itu, Anwar berkata kontroversi pertemuan kepimpinan PAS bersama Umno sempena santapan di Istana Terengganu 24 Disember lalu sudah selesai.Katanya, Pakatan Rakyat sudah dimaklumkan mengenai pertemuan bulan lalu, yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya pada majlis santapan anjuran Yang di-Pertuan Agong.

Hadi pula pada sidang media yang sama berkata pihaknya telah menjelaskan “pertemuan 24 Disember itu” kepada pemimpin Pakatan Rakyat.Sebelum ini, Nik Aziz juga menyifatkan perkara tersebut telah selesai dan tidak perlu dibincangkan lagi.

SENARAI BARU PENGERUSI MAJLIS PIMPINAN NEGERI PARTI KEADILAN RAKYAT

Senarai lengkap ahli MPP adalah seperti berikut:

Ketua Umum : Datuk Seri Anwar Ibrahim

Presiden : Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

Timbalan Presiden : Mohamed Azmin Ali

Setiausaha Agung : Saifuddin Nasution Ismail

Timbalan Setiausaha Agung: Haji Rosli Abdullah, Steven Choong ,T Kumar , Ignatius Darell Leiking

Naib Presiden : Nurul Izzah Anwar ,Chua Tian Chang, Fuziah Salleh, Datuk Mansor Othman, Datuk Chua Jui Meng, N Surendran ,Datuk John Tenewi Nuek

Ketua Wanita : Zuraida Kamaruddin

Timbalan Ketua Wanita : Rodziah Ismail

Ketua AMK : Shamsul Iskandar Mohd Akin

Timbalan Ketua AMK : Khairul Anuar Zainudin

Bendahari Agung : William Leong

Timbalan Bendahari : Low Chee Chong

Ketua Penerangan : Dr Mohd Nor Manuty

Pengarah Komunikasi : Nik Nazmi Nik Ahmad

Pengarah Strategi : Rafizi Ramli

Pengarah Latihan : Mustafa Kamil Ayub

Pengarah Guaman : Latheefa Koya

Pengerusi Jawatankuasa Disiplin : Tan Kee Kwong

Ahli MPP (Dipilih) : Elizabeth Wong, Dr Badrul Amin Bahron , Hee Loy Sian , Khalid Jaafar , bdul Rahman Yusof , Johari Abdul , Haniza Talha, Fariz Musa , Zakaria Abdul Hamid , Roland Chia ,Siti Aishah Ismail Yusop ,Latheefa Koya , S Kesavan, Shuhaimi Shafiei , M R Summugam, Yusmadi Yusoff , S Manikumar , Mustafa Kamal Yusoff , Christina Liew

Ahli MPP (Lantikan) : Syed Hamid Ali , S Manickavasagam, Zulrusdi Mohamad Hol, Mohd Rafie ,Abdul Malek, See Chee How, Chang Li Kang

Ahli MPP (Ex-Officio) : Sivarasa Rasiah ,Dr Xavier Jeyakumar, Syed Husin Syed Ali ,Tan Yee Kew, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri

Perlis – Johari Shafie

Kedah – Wan Salleh Wan Isa

Perak – Dr Mohd Nor Manuty

Wilayah – Dr Idris Ahmad Persekutuan

N Sembilan – Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Pahang – Datuk Fauzi Abdul Rahman

Terengganu – Azan Ismail

Kelantan – Abdul Aziz Kadir

Sabah – Syeikh Pajuddin Nordin Tajawi

Sarawak – Baru Bian

Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama : Ahmad Kasim

Biro Kemasyarakatan dan Aduan Rakyat: S Manickavasagam

Biro Pelaburan dan Perdagangan : Wong Chen

Biro Integrasi Nasional : Datuk John Tenewi Nuek

Jawatankuasa Dasar : Rafizi Ramli

Biro Sains dan Kesihatan: Dr Lee Boon Chye

Biro Pendidikan : Abbas Awang

Biro Antarabangsa : Yusmadi Yusoff

Biro Pennyelaras Ahli Parlimen Dan DUN : Datuk Kamarul Bahrin Abbas

Biro Masyarakat FELDA & Orang Asal: Suhaimi Said

Biro Pekerja : Abdullah Sani Abdul Hamid

Biro Kepenggunaan : Yahya Sahri

Biro Kerajaan Tempatan : Hee Loy Sian

Biro Srikandi : Siti Aishah

Gua dengan senang hatinya mengucapkan selamat berjuang untuk anda semua.Gua tetap menyokong anda sekalian.Jalankan tugas kalian demi rakyat dan juga menegakkan KEADILAN di mana-mana jua berada.

Monday, January 3, 2011

KEMBALIKAN KUASA SULTAN........

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang dewan undangan negeri tergempar bagi meminda perlembagaan negeri bagi membolehkan mereka melantik setiausaha kerajaan negeri, penasihat kewangan dan penasihat undang-undang.

Keputusan itu diambil setelah perjumpaan Khalid dengan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah di Istana Mestika, Shah Alam, hari ini di mana baginda bertitah beliau tidak mempunyai kuasa untuk menerima ataupun menolak perlantikkan yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

Ini kerana kuasa itu telah ditarik balik pada 1993 iaitu selepas krisis perlembagaan berlaku yang mana Undang-undang Tubuh Negeri Selangor turut dipinda bagi memusatkan kuasa persekutuan, kata Khalid pada sidang media yang penuh sesak dengan kehadiran wartawan.Menurut Khalid, Baginda mencadangkan kepada kerajaaan negeri bagi membincangkan perkara berkenaan dengan SPA untuk mencari “jalan penyelesaian yang terbaik”.

Justeru, demi kebaikan Negeri Selangor dan menjunjung titah Tuanku, Kerajaan negeri akan menulis surat kepada SPA bagi membincangkan semula calon yang layak, sesuai dan berkebolehan untuk mengisi jawatan tersebut.Sehubungan itu, katanya, beliau tidak akan menghadiri upacara mengangkat sumpah oleh Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru yang dijadualkan pada 6 Januari ini.

Sehingga penyelesaian muktamad dicapai antara kerajaan negeri dan SPA, maka kerajaan negeri tidak mahu terlibat dalam sebarang bentuk majlis atau keraian berkaitan jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.Ini bermakna majlis angkat sumpah di hadapan Menteri Besar tidak akan diadakan dan Datuk Khusrin Munawi tidak akan hadir pada sebarang Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor sebagai ex-officio.

Sehingga kini, Khalid belum berjumpa dengan Khusrin meskipun bekas pengarah Jabatan Agama Islam Selangor itu melaporkan dirinya hari ini.

Sunday, January 2, 2011

UMNO MAKAN DIRI.......

Terbaru yang Gua baru dapat.

Khusrin tidak akan menggangkat sumpah sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor.Perkara ini telah dijelaskan oleh Menteri Besar Negeri Selangor iaitu Tan Sri Khalid Ibrahim.Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan Menteri Besar Negeri Selangor telah pun menemui Sultan Negeri Selangor dan hasilnya Sultan Selangor sendiri menggakui bahawa baginda sendiri sebagai sultan sudah tidak mempunyai hak dan kuasa kerana kuasa yang ada pada raja-raja telah pun ditarik oleh UMNO pada tahun 1993.

SEMESTER 2011.....

Selamat datang tahun 2011.Walaupun ada sebahagian rakyat Malaysia yang beragama islam di Malaysia ini menyambut tahun baru masihi dengan penuh gila-gila tidak seperti menyambut tahun baru hijrah.

Gua pada malam menyambut tahun baru 2011 telah berada di I City Shah Alam untuk saja-saja jalan .Apa yang gua dapat di sana ialah ramai di kalangan umat melayu.Walaupun kerajaan Selangor menyambut tahun baru di sana.Tapi ok la apa yang Gua tengok.Apa yang menarik di sana terlampau banyak sehingga tak dapat Gua nak cakap kan kat sini.

Gua yang baru pertama sekali jumpa Barbicen.Agak batak jugak waktu itu kerana buat pertama sekali gua berjumpa dan merasainya.Perh sedap jugak la.Hahahaha.....

Semester baru bakal bermula tidak lama lagi.Semester yang lepas sudah pun berlalu.Hanya berbaki kira-kira ada satu setengah tahun lagi untuk aku terus berjuang.Setelah beberapa lama meninggalkan medan berjuang, tidak banyak sangatlah perubahan yang berlaku.Apa yang berubah hanya semangat untuk berjuang.

Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang bakal berlangsung.Gua sekarang telah pun berada di negeri Johor.Kita jumpa Kita Lawan......