Saya tidak tahu, kena tanya dia ah... Niatnya kita tidak tahu. Tapi kita boleh menilai dengan kata-kata dan tindakannya.Jadi adakah dengan kata-kata dan tindakan itu, memperbaiki atau merosakkan parti. Dari situ secara objektifnya, walau apa pun dia kata, kalau misalnya kata-kata membawa kepada kemudaratan kepada parti, gelarlah apa pun.Kalau tak, tak ada orang nak gelar trojan horse atau musuh dalam selimut. Jadi terserahlah.
Syed Husein menegaskan bahawa beliau tidak tahu, ada orang tuduh dan beliau sendiri tak ada bukti, dia minta masuk parti GERAKAN dulu. Tapi ada pihak dalam GERAKAN tidak mahu menerimanya kerana GERAKAN masih lagi dalam komponen BN.Jadi kita terima dengan tangan terbuka. Sebelum dia masuk, dia minta nak jumpa saya, saya pergi jumpa dia di Tropicana Resort (di Petaling Jaya). Dia tanya beberapa soalan dan saya jawab. Saya ingat lagi, dan saya ada rekod soalan itu.
Saya berharap bahawa sesiapa sahaja yang masuk parti tentu ada niat yang baik untuk memberikan sumbangan kepada perkembangan parti.Tapi saya kecewa, bila belum sempat beberapa bulan menjadi anggota, dia mulai serang parti kerana tidak sesuai dengan kehendak dia. Jadi saya rasa perbuatan ini tidak baik dan susah diterima.
Sepatutnya tidak berlaku. Tapi jika kita lihat, benda itu bermula dengan satu pihak. Bermula dengan Zaid memburuk itu dan ini. Misalnya (kepada) saya sendiri. Dia bermula dengan interbiu saya dengan Merdeka Review.Dalam Merdeka Review itu, saya serang kedua-dua (calon). Saya kata, yang satu ini kurang displin, tak datang mesyuarat. Yang satu lagi dianggap sombong, jarang menjawab SMS.Jadi kedua-duanya mesti dibaiki. Saya percaya dia (Zaid) pun tidak baca interbiu itu. Dia kata dia dalam kereta, orang telefon dia, dia jawab saya ini nyanyuk.
Kalau dia baca, dia tak akan tuduh saya, (atau) menyatakan saya menuduh dia. Sebab saya (tegur) kedua-dua. Saya tidak beri indikasi untuk memihak kepada sesiapa. Tapi dah jadi begitu... Itu pun saya tidak menjawab. Bila (dia) sebut saya nyanyuklah, nyanyulah, jadi saya tidak layan, sebab personal kan. Alhamdulillah, saya belum lagi nyanyuk.
Sebenarnya saya dah beri pandangan kepadanya secara peribadi. Ada yang beliau terima dan ada yang tidak terima. Kadang-kadang saya pun ada majukan mesej orang lain terhadapnya, ada kala dia (Azmin) marah.Kerja saya untuk meyakinkan kepadanya. Tapi saya tidak nafikan beliau mempunyai sifat menjadi seorang pemimpin parti dan calon timbalan presiden. Ada kelemahan, saya pun ada kelemahan. Semua orang ada kelemahan. Anwar pun ada kelemahannya yang tersendiri. Cuma soalnya bagaimana untuk mengatasi kelemahan itu
Saya tak terasa. Macam macam orang kata, tuduh saya, label saya. Jadi perkara ini kecil. Jadi, timbul soalan kepada saya, siapa yang nyanyuk....Saya menyatakan tidak ada keputusan oleh Pakatan tentang (jawatan) penyelaras pakatan. Tidak ada siapa yang dilantik sebagai penyelaras Pakatan. Dia menyatakan demikian. Ataupun, kalau dia tidak berkata demikian, akhbar dan media internet berulang-ulang kali sebut. Dan dia tidak nafikan. Jadi siapa yang lupa? Saya lupa atau dia yang lupa tentang hal ini?
Betul dia wakil. Tiap-tiap parti dalam Pakatan ada dua, tiga wakil dalam sekretariat Pakatan. Dari mula Pakatan ditubuhkan, saya pernah menjadi seorang wakil parti. Dan bila mesyuarat parti di pejabat parti tertentu, wakil daripada parti politik tersebut akan mempengerusi mesyuarat. Jadi tidak ada salah seorang yang menyatakan awak (jadi) pengerusi tetap sekretariat. Kalau dia tidak sebut, media juga menyebutkan bahawa beliau menyiapkan manifesto Pakatan. Yang sebenarnya, saya tahu, deraf pertama itu ada orang lain yang tulis.
Dia sebagai anggota sekretariat bentangkan, tetapi seketariat bincang semula semula. Hantar balik kepada parti. Dan bila ia diputuskan (sebagai) manifesto yang terakhir, dia tidak ikuti mesyuarat kerana dia tidak suka ikuti mesyuarat.Yang dikemukakan dalam Konvensyen Pakatan adalah satu manifesto yang berbeza daripada yang asalnya. Dan masa diputuskan perkara itu, dia tidak berada dalam negara. Bila dia balilk, dia cuba nak berucap dalam konvensyen.
Ini soal kecil sebenarnya. Tetapi yang penting, kita mesti ikhlas dengan kebenaran. Kalau orang kata benda yang kita tidak buat, dan kita tidak nafikan, bahkan mengakui kita membuatnya, saya rasa ini satu masalah sikitlah. Dr Asri, Datuk Zaid Ibrahim dan Utusan Malaysia, dan pimpinan Umno, ia seolah-olah lagu sumbang dari okestra lapuk.
Saya rasa beliau tetap relevan dan mempunyai tenaga. Kadang-kadang saya kagum melihat (beliau) bertenaga dalam dan luar negara. Beliau masih boleh menyumbang dari segi tenaga dan pemikiran.