ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Saturday, October 30, 2010

AGAMA MENJADI MANGSA POLITIK....

Umno bukan sahaja mahir memperalat agama, malah orang agama juga dipergunakan untuk kepentingan politik mereka, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.Katanya, dakwaan berhubung perkara itu bukan fitnah, tapi realiti yang sudah diketahui umum.Beliau merujuk kepada cara kempen Umno di Galas yang memainkan isu agama."Ustaz-ustaz Umno disuruh berkempen untuk menghalalkan apa yang Umno buat.
"Merekalah orang yang mencari dalil untuk menghalalkan arak, judi dan program maksiat yang ditaja oleh kerajaan umno BN," katanya.Namun apa yang menghairankan katanya, ketika isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menjadi penaung kepada Festival Fesyen Islam di Monte Carlo, Monarco pada 9 Ogos 2010, orang agama di dalam Umno membisu, seolah-olah mulut penuh dengan sagon, tidak berani tegur."Mana suara ustaz umno apabila kerajaan BN di bawah pimpinan Datuk Seri Najib Razak yang mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP)?," soalnya.

Katanya, banyak lagi bukti orang agama di dalam Umno hanya menjadi tukang baca doa dan marhaban sahaja tidak lebih daripada itu.Orang agama di dalam umno ujarnya hanyalah membesarkan tembolok sahaja.Mereka hanya mencari hujah untuk melawan dengan PAS.Ianya termasuk isu orang bukan Islam masuk masjid yang dibenarkan melalui keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan.

"Hujah berkenaan dengan sumber judi telah makan diri sendiri.

"Rakyat mula berkata, umno haram duit judi, tetapi halalkan lesen judi," katanya.

Beliau turut mempersoal ke mana pergi orang-orang agama di dalam umno yang berkelulusan tinggi, seperti Dr Hamid Osman, Dr Abdullah Mohd Zin, Dr Yusuf Nor, Ustaz Zainal Abidin Abd Kadir, Datuk Dasuki Haji Ahmad, Ustaz Fadhil Hanafi, Dr Amran Kasimin."Kenapakah isteri Presiden Umno tidak bertudung mereka membisu," katanya.

Friday, October 29, 2010

APABILA BAJA TURUT DI POLITIKAN....

Kempen kedua-dua parti sama ada Parti Islam Semalaysia PAS mahu pun UMNO/Barisan Nasional terus ranck berjalan.Di dalam kesibukan kempen pada waktu sekarang ini,Parti Islam Semalaysia nampak nya lebih mudah rakyat terutama di Dewan Undangan Negeri Galas menerima kempen mereka.Tetapi lain pula ceritanya mengenai UMNO dan Barisan Nasional.Apa yang Gua nampak sehingga hari ini iailah kempen yang mereka jalankan nampaknya seolah-olah kempen mereka tidak di tengok oleh sebelah mata pun oleh penduduk di sana.Hari ini, di dalam keadaan mereka terdesak ini mereka akan lakukan kempen yang kotor.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah apa yang Gua dapat cerita pada hari ini masyarakat Cina di Kampung Pulai gara-gara mendirikan pos PAS dan Pakatan Rakyat.Dengan munculnya keadaan seperti itu, UMNO dan Barisan Nasional menjadi tidak senang duduk dengan keadaan itu.Untuk itu mereka menafikan subsidi baja untuk pekebun di kampung berkenaan.Ramai pekebun masyarakat Tionghua di Kampung Pulai kini dinafi mendapatkan baja subsidi setelah mereka mempamerkan sokongan terbuka kepada calon PAS.

Seorang pekebun yang namanya enggan dikenali berkata, selepas mereka mendirikan pos Pakatan Rakyat di kampung tersebut, senarai namanya dibuang daripada mendapat bantuan subsidi baja getah. Difahamkan lebih 30 pekebun Cina dinafikan hak mendapat baja tersebut. Setiap tahun mereka mendapat baja yang diagih agensi kerajaan, Risda.

Penduduk Cina di kampung tertua didiami kaum terbabit di Kelantan sebelum ini dikenali sebagai kubu kuat MCA. Namun pada pilihan raya umum lalu sokongan mereka kepada calon PAS meningkat .PAS hanya tewas 25 undi di peti undi berkenaan. Jumlah pengundi di situ sebanyak 471 orang.Bagaimanapun berdasarkan kepada momentum sekarang kelihatan sokongan penduduk Cina semakin bertambah dan cendorong kepada PAS.Ini dapat dilihat hasil sokongan terbuka mereka terhadap calon PAS. Malah pada majlis makan malam yang dianjurkan DAP di sebuah tokong di kampung berkenaan baru-baru mendapat sambutan luar biasa.

Mereka tidak berganjak mendengar ceramah disampaikan Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung Keadilan, Saifuddin Nasution Ismail dan anggota Exco kerajaan negeri, Dato’ Anuar Tan Abdullah.Sementara itu lawatan Dr Zulkefli ke perkampungan yang didiami majoriti kaum Cina itu semalam menerima sambutan hangat penduduk tempatan, rata-rata kaum Tionghua.Lawatan berkenaan turut disertai anggota parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Penyelia Dun Paloh, Hamdan Yusof dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai.Ketika ditemui Nurul Izzah berkata, jentera kempen Keadilan yang datang dari seluruh negara akan berusaha keras menyampaikan mesej kepada masyarakat Tionghua mengenai isu semasa yang berlaku dalam negara sekarang.

Menurutnya juga kerjasama jentera Pakatan Rakyat dalam setiap pilihanraya menggambarkan keutuhan parti pakatan sehingga boleh menakutkan Barisan Nasional.Nurul Izzah juga berkata, hasil tinjauan ke beberapa penempatan Cina termasuk di Kampung Baru dan Kampung Pulai sokongan terhadap calon PAS memberangsangkan.

Thursday, October 28, 2010

SENJATA TELAH DIKELUARKAN....

Malam tadi Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia (PAS) Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di dalam ucapan di satu ceramah telah menyebut secara ringkas mengenai isu royalti minyak Kelantan.Ceramah tersebut merupakan salah satu ceramah kempen untuk Pilihanraya Kecil Dewan Undangan Negeri Galas.

Bayaran royalti minyak sememangnya hak negeri berkenaan, katanya dalam satu ceramah yang turut mementaskan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.Bagaimanapun beliau tidak mengulas lanjut isu berkenaan yang disebut di akhir ucapannya.Nik Abdul Aziz memeriksa jam tangannya dan berkata: "Oh, tengah malam dah" sebelum menutup ucapannya dengan bacaan doa.

Itu sahaja yang sempat di sebut Menteri Besar Kelantan tersebut.Apa-apa berita lagi mengenai pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas lu orang sabar la ye.....

KERJASAMA APA LAGI NI.....

Hari ini buat sekali lagi Mursyidul Am Parti Islam Semalaysia iaitu Tuan Guru Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan dasar parti itu untuk menerima dan menolak untuk bersatu dengan Umno dan sekali gus berbaik-baik dengan bukan Islam mempunyai asas yang kukuh.Kata menteri besar kelantan itu, beliau hairan dengan sikap Umno yang dianggap sebagai sebuah parti bertaraf elit sebelum ini tetapi pendek akal untuk memahami konsep atau matlamat kerjasama PAS-DAP.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang membidas PAS kerana dikatakan terus mengeluarkan 'fatwa' sesuka hati berhubung kerjasama Umno dengan MCA dalam BN. Dalam kenyataannya di Gua Musang semalam, Timbalan Presiden Umno itu dilaporkan berkata, PAS menganggap kerjasama Umno dengan MCA adalah salah tetapi ada masa sama 'menghalalkan' kerjasama PAS dengan DAP.

Menurut Nik Aziz, tindakan PAS menyertai BN sebelum ini menimbulkan perpecahan di kalangan PAS di mana wujud empat kumpulan di kalangan penyokong parti itu, termasuk Islah, Hamim dan Berjasa.Mengulas lanjut, Nik Aziz berkata kerjasama dengan DAP yang dikatakan sebagai chauvinis Cina tidak pernah menjejaskan prinsip PAS sebagai sebuah gerakan Islam.Beliau menyifatkan Umno masih berfikir dengan kerangka perjuangan Melayu yang sempit sehingga tidak tahu menilai kesyumulan Islam secara keseluruhan.

Wednesday, October 27, 2010

KISAH DARI UNITED MALAY NATIONAL ORGANISATION.....

Hari pertama kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas bermula dengan penuh dengan kerja jahat kempen UMNO dan Barisan Nasional.Walaupun semalam Menteri Dalam negeri UMNO Dato Hisamudin Tun Hussein telah memeberi arahan supaya mereka yang berkempen di dalam pilihan raya kecil kali ini tidak langsung menggunakan isu agama sebagai bahan kempen mereka.Tetapi hari ini UMNO dan Barisan Nasional sendiri hakikat nya memainkan sentimen agama di dalam kempen mereka.Mungkin apa yang UMNO dan Barisan Nasional lakukan pada hari ini mereka ingat mendapat restu dari orang UMNO yang bertaraf menteri itu sendiri atau mereka ingat mereka itu UMNO dan Barisan Nasional mereka boleh melakukan apa yang mereka suka.Mengapa terjadi sedemikian? Sebabnya satu dunia sudah tahu bahawasanya mereka di kalangan UMNO dan Barisan Nasional ini kebal di sisi mana-mana undang-undang.Dengan itu mereka boleh lakukan sesuka hati mereka.

Apa yang terjadi di di kawasan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri di Galas pada hari ini ialah puak UMNO dan Barisan Nasional telah menaikkan satu banner ng mempamirkan apa yang dikatakan laporan akhbar yang dibuat oleh Karpal Singh lebih 10 tahun lalu yang bertajuk "Mahu wujudkan negara Islam langkah mayat kami dulu- Karpal Singh".Banner tersebut juga mempertikaikan kenapa PAS masih menyokong DAP yang disifatkan mereka sebagai harbi (kafir harbi).Tetapi kenapa puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini masih lagi tidak sedar bahawasanya mereka masih berkawan dengan MCA dan juga MIC.Bukan setakat itu sahaja, malah UMNO sanggup menunaikan apa sahaja yang dipinta oleh kedua-dua parti ini iaitu MCA dan juga MIC ini.

Mengulas mengenai banner tersebut Koordinator Bilik Gerakan PAS, Mohd Nasir Daud berkata, pihaknya akan bertindak segera ke atas bahan kempen seumpama ini.Ini kerana, ia termasuk dalam senarai bahan-bahan kempen yang tidak dibenarkan oleh SPR dalam siri kempen pilihan raya ini.Dalam pilihan raya ini, tiga PPKPR telah ditubuhkan oleh SPR. Ketuanya adalah seorang pegawai penguatkuasa yang dilantik oleh Pegawai Pengurus pilihan raya ini.

Anggota PPKPR adalah seorang anggota polis yang pangkatnya tidak kurang dari inspektor, seorang wakil dari pihak berkuasa tempatan dan seorang wakil dari setiap parti politik yang bertanding.Antara syarat bahan kempen adalah mesti ada penerbitnya pada bahan kempen tersebut.Dalam kes banner yang mengecam PAS ini, tidak ada sebarang nama penerbit dinyatakan di atas banner atau kain rentang tersebut.Sementara itu, Setiausaha Publisiti DAP, Tony Phua mempertikaikan apakah kain rentang ini lambang bentuk kempen gentlemen yang dijanjikan oleh Tengku Razaleigh Hamzah.Bagi beliau, kempen yang dijalankan Umno di Galas ini tiada etika dan tiada kelas langsung.

Tuesday, October 26, 2010

SEMALAM MAKSIAT HARI INI RASUAH.....

Sekarang ini Gua tengah buat projek mengenai Pelan Integriti Nasional atau lebih dikenali sebagai PIN.Sebenarnya pelan Integriti Nasional ini sudah lama wujud.Ia wujud sejak zaman Pak Lah lagi.Pak Lah wujudkan benda ini sebenarnya nak basmi rasuah la konon.Tetapi hakikatnya rasuah di zaman pak lah makin menjadi-jadi pulak.

Itu baru di zaman Pak Lah sahaja.Tetapi rasuah ini makin menjadi-jadi pulak di zaman perdana menteri Naajib ini.Berdasarkan laporan yang telah di keluarkan olah Transparency International (TI) menunjukkan Malaysia masih kekal berada di tangga ke-56 di dalam Indeks Persepsi Rasuah.Bukan setakat itu sahaja malah mata yang dikumpul oleh Malaysia juga terus merosot daripada 4.5 pada tahun 2009 merosot kepada 4.4 pada tahun 2010.Seperti biasa Singapura mendahului tangga negara yang paling bersih daripada rasuah dengan mata sebanyak 9.2 pada tahun 2009 dan meningkat 9.3 pada tahun 2010.

Menurut presiden Transparency Internasional (TI) iaitu Paul Low berkata kegagalan menangani rasuah akan mengagalkan usaha kerajaan untuk menjadikan negara ini sebagai negara berpendapatan tinggi memandangkan pertalian terus antara rasuah dan pendapatan per kapita.Di samping itu, katanya lagi, usaha yang dibuat oleh kerajaan melalui GTP belum lagi menghasilkan sebbarang kejayaan kerana faedah daripada usaha yang dilakkukan akan mengambil masa sebelum kesannya dapat dirasai oleh rakyat di negara ini.Menurut setiausaha agung TI Malaysia, Ngooi Chu-Ing, antara yang paling ketara adalah persepsi umum bahawa kerajaan kurang azam politik untuk menangani rasuah.TI-Malaysia, katanya mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diberi kuasa mendakwa disamping membolehkan badan itu melaporkan secara terus kepada ahli jawatankuasa parlimen.

NEGARA ISLAM YANG DIPENUHI TEMPAT MAKSIAT....

Andakah anda semua tahu apakah hasrat sebenar perdana menteri Dato Seri Najib Tun Razak?Apa yang kita nampak yang di kecoh-kecoh kan oleh Najib hanya konsep 1 Malaysia.Tetapi itu hanya mengaburi minda rakyat sahaja.Sebenarnya ada lagi yang tersirat di sebalik apa yang di kata kan oleh Najib itu sendiri.

Jika kita renung kembali bajet 2011 yang belum sebulan lagi usianya itu kebanyakkan apa yang dibentangkan itu hanyalah bajet perlancongan sahaja.Itu yang Gua nampak.Tetapi lain pula apa yang Lu orang nampak.Selain itu apa yang lebih penting lagi ialah di dalam bajet 2011 itu hasrat sebenar Najib ialah mahu menjadikan maksiat sebagai tarikan utama pelancong dengan menjadikan Malaysia sebagai ebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Kalau Lu orang kaji balik mengenai Program Transformasi Ekonomi (ETF) ini korang akan dapati bahawa apa yang akan di laksanakan dalam dasar ini ialah penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.Bukan setakat itu sahaja terdapat juga benda lain dengan 12 projek kesemua sekali.atu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.

Untuk meminda garis panduan Puspal, seperti yang dicadangkan, jawatankuasa Puspal akan bekerjasama dengan agensi-agensi lain yang terlibat (majlis tempatan, Jabatan Imigresen, dan Kementerian Kewangan). Kementerian Pelancongan akan memantau dan menjejak proses pelaksanaan.Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaanLebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014."Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan.Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.

Monday, October 25, 2010

PERJUANGAN MESTI DITERUSKAN.....

Hari yang penuh dengan kerja yang memenatkan.Walaupun penat yang hinggap di badan ini masih belum lagi berlalu pergi tetapi perjuangan masih perlu diteruskan.Galas harus kekal di tangan PAS.Biarpun tentangan hebat sekalipun yang datang dari pihak UMNO dan Barisan NasionaL namun Gua dan geng-geng Gua tidak akan sekali-sekali berundur daripada mendan perjuangan ini.Biar apa sekali pun yang datang kami menunggu.

Sebenarnya apa yang sedang berlaku di Gua Musang sekarang ini ialah jika kita dapat lihat jalan raya di Gua Musang mula penuh sesak dengan kehadiran penyokong parti masing-masing yang mahu memeriahkan suasana di hari penamaan calon pada esok hari.Jangan yang masuk itu ialah bakal-bakal pengundi hatu daripada UMNO dan Barisan Nasional itu sudah la.Gua sudah ingat kan.Kalo ada juga nanti tau la apa yang Gua dan geng-geng Gua nak buat.Buat masa ini Gua rilex je dulu.Orang tak usik kita tak kan pulak kita nak usik orang.

Apa yang Gua nak cakap kan ini adalah untuk penyokong-penyokong Pakatan Rakyat.Esok janganlah kita timbulkan sebarang kekocohan.Walaupun puak Pakatan Rakyat Gua tahu diorang ini tak punye timbulkan sebarang kekecohan.Selalunya kekecohan ini bakal ditimbulkan oleh puak-puak dari UMNO dan Barisan Nasional.Sekiranya esok ada sebarang provokasi dari UMNO dan Barisan Nasional janganlah kita layan mereka ini.Sudah ditakdirkan mereka berperangai seperti beruk-beruk dijalan raya nak buat macam mane lagi.

Kepada mereka yang beragama islam janganlah kita semua tinggal solat berjemaah dan juga solat malam.Kerana itu lah senjata yang paling kuat kita di pihak PAS ini.Kita tidak ada duit yang begitu banyak seperti UMNO dan Barisan Nasional ada sehingga dengan duit yang begitu banyak itu mereka boleh tabur sesuka hati mereka untuk memancing undi daripada rakyat.Tetapi kene ingat 5 tahun sekali je korang leh rase duit macam itu.Kalo bukan time pilihanraya korang jangan harap la nak dapat duit banyak macam itu sebab puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini hanya bakal muncul di musim-musim pilihanraya sahaja.Jika tiada pilihanraya puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini akan menggambil semula duit yang diorang bagi kat korang dulu.

Korang mesti tidak perasan punye kan.Diorang ini bijak.Otak penipu semua.Senyap-senyap duit yang diorang bagi kat korang itu dapat kat dioarang balik.Sebab itu kalo korang tengok kebanyakan puak-puak UMNO dan Barisan Nasional ini perut-perut beso semua makan duit haram banyak sangat.Lepas itu lagi satu kepala mesti banyak yang botak tengah.yang ni pulak kenapa? Sebab yang ini asyik memikir je macam ne nak tipu korang balik dan macam ne dapat balik duit yang diorang bagi kat korang itu.

Korang nak bagi ke kerusi wakil rakyat ni kat puak-puak UMNO dan Barisan Nasional?Sedarlah rakyat Malaysia khususnya pengundi di Dewan Undangan Negeri Galas.Sedar-sedar lah korang semua.Korang ingat lah balik apa yang UMNO dan Barisan Nasional dah buat kat korang.Kalo korang rase itu apa yang UMNO dan Barisan Nasional itu baik untuk korang Gua dah tak tau nak cakap apa la kat korang.Korang ni memang betul-betul punye kaki jack.Tetapi kalo korang merasakan ada yang tidak baik pada UMNO dan Barisan Nasional itu, apa lagi lakukan perubahan.

Anak-anak muda,tolonglah sedar.Bangun dari mimpi sia-sia koarang itu.Aku tau rase jadi orang muda sebab aku pun macam korang jugak.Sedarlah anak muda.Jika bukan kita yang bakal tentukan hala masa depan negara kita ini siapa lagi yang nak uruskan negara kita ini.Patut la UMNO dan Barisan Nasioanal wujud kan AUKU di universiti-universiti.Korang kene sedar UMNO dan Barisan Nasional telah menyekat kebebasan bersuara korang.UMNO dan Barisan Nasional juga telah membazirkan wang-wang anda semua dengan PTPTN.Sepatutnya PTPTN itu wujud di alam anda semua yang sedang belajar di universiti-universiti.Anak muda bangkit lah lakukan perubahan.Jangan lah kita hanya memikirkan keseronakan yang tiada faedah itu sahaja.Fikirkanlah apayang bakal terjadi dimasa akan datang terutama kepada nasib AGAMA ISLAM kerana pada hari ini orang islam sendiri yang menghina islam itu sendiri.

AYUH ANAK MUDA.....
TUNJUKKAN KEMAMPUAN ANDA.....
TAKBIR !!!

AYUH KEKALKAN KEMENANGAN PAS DI GALAS !!!

Esok bakal berlangsungnya hari penamaan calon untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas di Kelantan dan juga pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Tetapi Gua bakal berkempen di Dewan Undangan Negeri Galas. Di Galas calon PAS yang bakal bertanding di sana ialah Dr Zulkefli Mohamad yang bakal ditentang calon UMNO dan Barisan Nasional yang hanya berkelulusan SPM sahaja.Bagi Gua setakat ini 50% kemenangan sudah berada di tangan PAS.Tetapi petugas-petugas Pakatan Rakyat khususnya PAS janganlah leka dengan keputusan ramalan sahaja tetapi perlulah juga melakukan gerak kerja untuk memastikan hasrat kita untuk mentalkinkan UMNO dan Barisan Nasional akan tercapai.

Sehingga hari ini,walaupun penamaan calon untuk pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Galas berlangsung tetapi UMNO dan Barisan Nasional yang sudah pun berada di dalam ketakutan.Ketakutan mereka ini mereka timbulkan dengan mula menabur segala fitnah-fitnah untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat khususnya Parti Islam Semalaysia.

Fitnah terbaru yang UMNO dan Barisan Nasional timbulkan ialah mengenai calon PAS yang bakal bertanding di Dewan Undangan Negeri Galas.UMNO dan Barisan Nasional yang sudah merasai bahang kekalahan mereka di Dewan Undangan Negeri Galas itu telah menimbulkan satu cerita yang kononya calon PAS iaitu Dr Zulkifli Mohamad bakal digantikan dengan calon yang lain.Walaubagaimanapun PAS tidak berasa sedikit pun tergugat dengan fitnah tersebut.Menteri Besar Kelantan iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini telah mengatakan bahawasanya PAS tidak akan sesekali menukar calonnya yang telah diumumkan pada jumaat lepas.

Kekejaman UMNO dan Barisan Nasional bukan sahaja habis setakat itu sahaja malah apa yang lebih teruk lagi ialah UMNO dan Barisan Nasional juga turut memfitnah dengan mengatakan bahawa calon PAS iaitu Dr Zulkifli Mohamad pernah di tangkap khalwat dengan isteri yang di kahwini nya sekarang ini.Haram jadah punya UMNO dan Barisan Nasional.

Ayuh semua pengundi-pegundi berdaftar di Dewan Undangan Negeri Galas....Kita sama-sama tolak UMNO dan Barisan Nasional..Kita kekalkan kemenangan PAS di DUN Galas...

Pesanan buat mereka yang bakal menjadi pengundi-pengundi hantu untuk UMNO dan Barisan Nasional di DUN Galas.LU tau la macam ne Lu punya nasib nanti....

Thursday, October 21, 2010

AYUH ANAK MUDA ISLAM !!!

Jika pada minggu ini puak-puak UMNO sedang berhimpun untuk bersidang di PWTC Kuala Lumpur.Esok tiba giliran PAS pula untuk berhimpun.Perhimpunan tersebut bukan untuk bersidang cakap-cakap kosong seperti yang sedang di lakukan sekarang untuk puak-puak UMNO tetapi perhimpunan yang bakal di adakan esok adalah untuk membantah dan mendesak isteri perdana menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebagai BIK MAMA kerana perbuatan Rosmah itu telah menghina ISLAM.

Mengapa Gua kata Rosmah menghina Islam?Sebab pada 9 Ogos lepas Rosmah telah menghina Rasullah dan juga syariat Islam pada penganjuran satu festival busana muslim yang telah diadakan di Monte Carlo.Menurut Ketua Pemuda Parti Islam Semalaysia (PAS) iaitu Ustaz Nasaruddin Hasan berkata dimana beliau sendiri akan mengetuai perhimpunan aman tersebut yang akan diadakan pada selepas solat jumaat esok.Kata beliau lagi setakat ini perhimpunan tersebut akan di lakukan di 2 buah masjid iaitu Masjid Sultan Ahmad Shah di Kuantan dan juga di Masjid Kampung Baru di Kuala Lumpur.Di Masjid Kampung Baru perhimpunan tersebut akan diketuai oleh Exco Pemuda PAS iaitu Kamaruzaman Mohamad.

Apa yang Gua dapat info di dalam festival busana muslim itu, isteri perdana menteri iaitu Rosmah sendiri yang menjadi penganjur kepada program itu.Oleh itu,di dalam hal ini Rosmah lah yang patut di perslahkan.Sebagai pihak penganjur Rosmah juga perlu bertanggungjawab atas apa yang terjadi.Nasarudin yang juga merupakan Ketua Pemuda PAS berkata PAS sekeras-kerasnya telah mengecam tindakan Rosmah yang didapati menghina syariat Islam dan Nabi Muhammad SAW apabila salah satu fesyen mereka menulis nama Nabi dalam keadaan pakaian itu jelas mendedahkan sebahagian besar aurat mereka.

Pada festival itu, perkataan "Muhammad" dalam tulisan Arab secara terbalik didakwa diguna dan dipakai di dada salah seorang peraga fesyen yang tidak menutup aurat.Tambahnya, pakaian yang diperagakan itu bukan pakaian Islam tetapi “pakaian wanita jalang dan jahiliah”.Semalam, ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Ghazali menggesa pemimpin pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam suapaya mengkaji tindakan Rosmah berhubung perkara yang sama.Katanya, festival busana itu jelas menghina Islam apabila menggunakan nama agama untuk mengesahkan tindakan penganjuran pertunjukan yang tidak wajar itu.

Monday, October 18, 2010

KALAU ORANG TUA DAH CAKAP MACAM TU....TAK KAN YANG MUDA NAK MASUK JUGAK

Assalamualaikum.....
Huh 3 hari yang betul-betul meletihkan.Apa yang membuatkan Gua letih itu, itu yang kita tak tahu....Apa-apa pun dengan info yang baru Gua dapat ini letih Gua betul-betul hilang.Lagi satu bila Gua teliti je info yang Gua dapat ini hati Gua muda ini rasa tercabar la jugak...Bukan itu sahaja Gua juga tiba-tiba terfikir jugak apakah impak daripada kejadian ini.Sama ada kesan yang datang ini baik atau pun sebaliknya.Tetapi Gua harap-harap sangat la kesan daripada benda ini adalah baik.Khusunya kepada golongan muda.Sedarlah oi anak-anak muda ku sekalian.

Apa yang Gua dapat ialah mengenai orang UMNO.Sekarang ini tengah berlangsung perhimpunan besar UMNO.Mungkin 2 atau 3 hari lagi mungkin Gua nak pegi selidik apa yang berlaku kat sana.Gua pagi bukan nak bersidang, bukan pegi nak daftar diri sebagai ahli UMNO tetapi ada la...nanti Gua bagi tau..

Berbalik kepada info yang Gua dapat hari ini ialah, mengenai Datuk Karim Ghani. Mungkin nama ini tidak sepopular nama Ketua Menteri Sabah iaitu Musa Aman.Tetapi apa yang Gua nak cakap ini ialah Datuk Karim Ghani ini merupakan salah seorang veteran UMNO dan hari ini beliau telah mengumumkan untuk keluar daripada UMNO.Menurut beliau, beliau juga telah menghantar surat yang mengatakan mengenai keluar nya dari UMNO itu kepada Ibu pejabat UMNO di Kuala Lumpur dan juga Ibu pejabat UMNO di Kota Kinabalu.

Untuk makluman juga Datuk Karim Ghani juga merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membawa UMNO ke negeri Sabah sendiri.Tetapi hari ini orang yang menyebarkan UMNO itu sendiri ke negeri Sabah itu sudah hilang kepercayaan nya kepada UMNO.Salah satu punca mengapa Datuk Karim Ghani mengumumkan keluarnya dirinya daripada UMNO adalah kerana beliau sendiri sudah bosan dengan perangai UMNO yang penuh kegagalan untuk menjaga kepentingan rakyat di negeri Sabah.

Sebelum ini UMNO hanya menjadikan negeri Sabah hanya untuk memenuhi majoritinya di parlimen.Pada pilihanraya 2008 jika UMNO hanya bergantung dengan kerusi yang hanya dimenangi nya di semenanjung sahaja sudah tentu yang memerintah negara ini sekarang bukanlah UMNO dan Barisan Nasional.

Kepada anak-anak muda yang menyimpan hasrat untuk menyertai UMNO baik Lu orang lupakan lah je niat korang ini.Aku lebih paham dengan perangai UMNO ni...Kalau orang yang membawa UMNO itu sendiri ke negeri Sabah itu sendiri sudah tidak percaya kepada UMNO bagaimana nasib Lu orang yang baru sehari dua masuk UMNO ni....
Anak-Anak muda fikir-fikirkan lah.....

Friday, October 15, 2010

BAJET RUMAH TANGGA DARI SUAMI KEPADA ISTERI.....

Hari ini Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak telah membantang Bajet 2011 petang tadi di Parlimen.Apa yang menarik di pembentangan Bajet 2011 kali ini ialah Najib turut memperuntukan sekali Bajet 2011 untuk isterinya juga iaitu Rosmah atau lebih dikenali dengan nama panggilan BIK MAMA...

Perkara yang terjadi di parlimen petang tadi ketika Najib sedang membentangkan Bajet 2011 itu ialah apabila ada ahli parlimen yang menyebut-nyebut nama isteri Najib iaitu Rosmah ketika Najib mengumumkan langkah menjadikan Malaysia destinasi utama membeli-belah di rantau Asia.Perkara ini terjadi apabila Najib mencadangkan supaya duti import ke atas kira-kira 300 barangan pelancongan dan rakyat tempatan dimansuhkan.Selepas Najib memperkatakan mengenai perkara tersebut beberapa ahli parlimen kemudiannya melaungkan “Rosmah!” disambut gelak ketawa rakan-rakan mereka.

Walaupun menerima sindirin begitu rupa Najib hanya mampu senyum sinis sahaja untuk menjaga kradibiliti nya sebagai seorang Perdana Menteri.Namun, sindiran paling tajam dilemparkan ketika Najib mengumumkan peruntukan RM111 juta untuk program PERMATA yang dinaungi oleh Rosmah.Peruntukan itu meliputi projek pembinaan fasa II Kompleks Sekolah Permata Pintar, bagi membina 32 Pusat Anak Permata Negara (PAPN) serta membiayai operasi 52 PAPN yang telah siap.Peruntukan itu turut meliputi program Permata yang lain seperti PERTAMA Pintar, Seni, Insan dan Remaja.Pembangkang, khususnya PAS berang kerana walaupun Rosmah tidak mempunyai sebarang jawatan rasmi, namum program PERTAMA yang diuruskannya didakwa seakan mendapat bajet 'istImewa'.

Ini berbanding peruntukkan RM95 juta sebagai bantuan per-kapita untuk sekolah agama rakyat (SAR) rendah dan menengah.Pembentangan bajet ini juga mendapat sambutan serta bidasan.

HAHAHAHAHA......

Thursday, October 14, 2010

RAHIMI OH RAHIMI......

Hari ini salah seorang mangsa fitnah Rahimi iaitu peguam Parti Keadilaan Rakyat iaitu Saiful Izham telah meminta Ahli Parlimen Wangsa Maju iaitu Wee Choo Keong supaya memberitahu perkara sebenar bahawa bekas pembantu Dato Seri Anwar Ibrahim iaitu Rahimi Osman sebenarnya tidak dipaksa untuk menandatangani akuan bersumpah.Pada waktu itu Wee masih lagi merupakan ahli PKR.

Waktu itu Wee telah menawarkan dirinya untuk menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi waktu itu walaupun Wee sebenarnya tidak pernah diminta untuk menjadi ahli pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi.Saiful mendedahkan perkara ini bertujuan untuk mengelakkan kemudian hari nanti Wee tidak juga mengeluarkan kenyataan bahawa Wee juga dipaksa seperti Rahimi untuk menjadi pesuruhjaya sumpah kepada Rahimi.

Seperti yang kita tahu sebelum ini Rahimi pada minggu lepas telah membuat satu laporan polis yang menyatakan bahawa peguam Saiful Izham dan juga peguam Latheefa Koya yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat telah memaksanya untuk menandatangani akuan bersumpah di Hotel Quality Shah Alam Selangor.Rahimi juga mendakwa bahawa dirinya telah dikurung setelah menandatangani akuan bersumpah berkenaan.

Petang tadi Saiful Izham telah membuat satu sidang media untuk menggulas satu kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Wee semalam.Dalam sidang media itu meggulas kenyataan yang dikeluarkan oleh Wee semalam Saiful Izham telah menggulas dengan menyatakan bahawa Wee seperti mahu menyembunyikan sesuatu mengenai perkara ini.Semalam Wee enggan mengesahkan atau menidakkan perkara yang mengatakan Rahimi sebenarnya telah di paksa dan juga dikurung....

Wednesday, October 13, 2010

AYUH ANAK MUDA BANGKIT !!!

Esok akan berlangsungnya satu konsert dimana pada Gua konsert tersebut betul-betul memalukan imej negara kita yang di katakan sebagai sebuah negara ISLAM.Bukan sahaja memalukan negara tetapi turut memalukan rakyat di negara ini yang mejoritinya beragama ISLAM.Mengapa Gua katakan begitu?

Sebabnya ialah kerajaan UMNO/BN yang kononnya anti gay la konon telah meluluskan satu konsert di mana artis yang akan menjayakan konsert yang di jadualkan pada esok malam ialah Adam Lambert.Adam Lambert merupakan seorang artis luar negara.Bukan itu sahaja Adam Lambert juga dikenalai sebagai seorang ikon remaja gay di Amerika.

Hari ini Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia atau lebih dikenali dengan GAMIS telah menyerahkan satu memorendum yang menyatakan bantahan terdahap konsert yang bakal di jalankan itu.GAMIS pagi tadi telah menyerahkan memorendum tersebut Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara atau lebih dikenali sebagai PUSPAL.Memorandum berkenaan diserahkan kepada Pengerusi Jawatankuasa Puspal di bawah bahagian perlesenan dan penguatkuasaan, Ramlah Amir di pejabatnya di bangunan Kementerian Penerangan dan Kebudayaan Malaysia.

Menurut Presiden GAMIS iaitu Ahmad Syazwan Muhammad Hasan, konsert tersebut yang bakal berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil itu bukan sahaja tidak mendatang sebarang faedah kepada penontonnya terutama golongan muda malah konsert tersebut juga bakal menjadikan gejala sosial di kalangan remaja di Malaysia ini menjadi semakin parah.

Dalam pada itu GAMIS yang berasa kesal dengan kelulusan yang telah diberikan kerajaan kepada konsert tersebut juga mempersoalkan kata-kata isteri Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor atau lebih dikenali sebgai BIK MAMA yang sebelum ini pernah mengatakan bahawa diri nya sibuk mencari formula untuk mengatasi gejala sosial, dalam masa yang sama satu konsert artis tidak bermoral diluluskan.Apa punye turr la perempuan ini....

Ketika ditemu pemberita, GAMIS turut mempersoal tindakan kerajaan memberi kelulusan kepada pihak penganjur mengundang artis itu.Gua pun heran la kenapa kerajaan boleh meluluskan konsert Adam Lambert yang kita tahu seorang gay sedangkan ramai lagi artis luar negara yang boleh dipanggil.Gua pun pelik la dulu semasa fitnah tuduhan liwat di lemparkan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim ramai mereka di kalangan UMNO menuduh Anwar sebagai seorang yang Gay.Tetapi mengapa hari ini kerajaan meluluskan konsert seorang Gay.Mana blogger-blogger UMNO yang selama ini menuduh Anwar sebagai seorang Gay...Hari ini BOS UMNO anda telah pun meluluskan konsert seorang Gay....

Sementara itu, Setiausaha Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) Ridhuan Othman berkata, SMM mendesak kerajaan khususnya kementerian terbabit mengkaji balik garis panduan konsert melibatkan artis luar negara serta membatalkan konsert tersebut.GAMIS bukan sahaja menyerahkan memorendum pada hari ini tetapi turut memberi ingatan kepada yang meluluskan konsert ini dimana kalau konsert ini diteruskan,GAMIS akan mengerahkan mahasiswa untuk turun beramai-ramai ke stadium esok untuk membuat bantahan dengan mengedarkan risalah dan sebagainya.

Kira-kira 20 aktivis mahasiswa berhimpun di hadapan bangunan kementerian itu sambil memegang kain rentang bantahan dan dikawal oleh pihak polis.Sementara itu, dalam pertemuan kira-kira 20 minit dengan Ramlah di pejabatnya, mereka meminta Puspal menjelaskan sebab konsert berkenaan diluluskan di samping menyuarakan kembimbangan terhadap gejala hedonisme yang semakin membarah di kalangan anak muda.

AYUH ANAK MUDA BANGKIT MENEGAKKAN KEBENARAN DAN HAPUSKAN KEZALIMAN...

Saturday, October 9, 2010

GALAS PUNYE CERITA.....

Seperti yang kita tahu tidak lama lagi akan berlaku 2 pilihanraya kecil.Yang pertama yang telah ditetapkan oleh SPR ialah pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Galas dan yang kedua ialah di parlimen Batu Sapi.Apa yang Gua nak cerita ialah di Galas dahulu.Kerusi Dewan Undangan Galas ini kosong berikutan penyandangnya daripada PAS iaitu Chek Hashim Sulaima berumur 48 tahun telah meninggal dunia pada 27 september lalu berikutan penyakit barah usus yang dihidapi nya.

Galas adalah merupakan sebuah Dewan Undangan Negeri yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang. Selain Galas, DUN Nenggiri dan Paloh juga terletak di bawah parlimen Gua Musang.Sehingga hari ini SPR telah pun mengumumkan tarikh penamaan calon dan juga tarikh pembuangan undi iaitu pada 4 November ini, manakala tarikh penamaan calon pula ditetapkan pada 26 Oktober ini.

Apa yang menariknya kali ini di pihak UMNO ialah Ku Li atau Tengku Razaleigh Hamzah yang juga merupakan ahli Parlimen Gua Musang telah memberi persetujuan untuk menjadi pengarah bagi menghadapi pilihanraya kecil tersebut untuk pihak UMNO.Sebelum ini kita hanya mendegar khabar angin sahaja mengenai perkara ini.Tetapi hari ini perkara ini telah pun disahkan sendiri oleh Ku Li.Ku Li mengesahkan perkara itu setibanya daripada bercuti di luar negara di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.Menurut Ku Li beliau menerima tanggungjawab itu sebagai anggota Umno dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang selama hampir 50 tahun, selain anggota Parlimen kawasan berkenaan.

Sealain itu,Ku Li sebenarnya bukan sahaja menerima tawaran untuk menjadi pengarah pilihanraya kecil tersebut tetapi beliau juga di tawarkan untuk menjadi calon di dalam pilihanraya tersebut.Mengulas mengenai perkara yersebut Ku Li berkata keputusan sama ada menerima tawaran sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu hanya akan diputuskan Isnin ini apabila mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.Semalam, Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata Ku Li merupakan calon paling layak bertanding di DUN Galas berdasarkan kewibawaan beliau, khususnya di Gua Musang, selain dalam arena politik di peringkat nasional.

Pelantikan Ku Li sebagai Pengarah Pilihan Raya BN bagi menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akhir bulan lepas, kerana yakin dengan kepimpinan beliau yang amat berpengalaman, berpengaruh serta dihormati pengundi di kawasan itu.

Thursday, October 7, 2010

KECIK TAK NAK MAMPOS....SUDAH BESAR MENYUSAHKAN ORANG....

Semalam kita telah digemparkan dengan satu lagi fitnah yang memburuk-burukkan pimpinan Parti Keadilan Rakyat.Fitnah ini ada mengena dengan tuduhan liwat yang sedang duhadapi oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sedang dalam proses perbicaraan.Setiap kali akan berlakunya pilihanraya kecil pasti fitnah-fitnah seperti ini akan diletupkan oleh puak-puak UMNO yang tujuannya mahu memburuk-burukan pimpinan Pakatan Rakyat dan UMNO sebenarnya mahu menunjukkan mereka sebenarnya adalah hero..
Lancau la...

Jika dahulu sewaktu Datuk Seri Anwar Ibrahim mahu bertanding di pilihanraya kecil parlimen Permatang Pauh muncul seorang yang bernama Saiful yang telah bersumpah bahawa dia telah diliwat oleh Datuk Seri Anwar di Masjid Wilayah sehari sebelum hari penamaan calon pilihanraya kecil parlimen tersebut.Semalam muncul pula sahabat Saiful ini yang bernama Rahimi Osman yang menyatakan bahawa dia telah dipaksa untuk membuat akuan bersumpah.Itu cerita sebenarnya.Tetapi blogger-blogger UMNO ni yang bodoh lagi bangang boleh pulak cakap yang si Rahimi ini sebenarnya kene liwat dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Itu cerita semalam yang dipenuhi dengan cerita laporan polis yang telah dibuat oleh Rahimi setalh 2 tahun akuan sumpah berkenaan di buat di Balai Polis Klang.Tidak ketinggalan juga sidang media Rahimi yang dibuat di restoran Lotus telah diganggu oleh satu kumpulan yang mahu Rahimi menhentikan semua kerja-kerja kotornya itu.Untuk hari ini pula dua peguam yang didakwa oleh Rahimi memaksanya membuat akuan bersumpah berkenaan iaitu peguam terkenal Latheefa Koya yang juga merupakan Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat dan seorang lagi yang bernama Saiful Izham Ramli.Mereka ini telah diwakili oleh peguam terkenal N Surendran.Mereka berdua ini akan menggambil tindakkan undang-undang terhadap si Rahimi Osman ini.

Dalam satu sidang akhbar yang diadakan petang tadi mereka berdua ini telah meminta Rahimi untuk menarik balik kata-katanya itu dan memohon maaf secara terbuka atau mengahadapi tindakkan undang-undang.Masa 24 jam telah diberi kepada Rahimi untuk menarik balik segala salah lakunya itu dan memohon maaf secara terbuka.Ketika sidang media itu juga Latheefa dan Saiful Izham juga menjelaskan perkara sebenarnya apa yang telah berlaku sebenarnya di dalam hal ini.Mereka telah menafikan dakwaan Rahimi bahawa lelaki itu dipaksa membuat akuan bersumpahnya yang mengaitkan Datuk Seri Najib Razak dan Rosmah Mansor.Sebaliknya mereka mendakwa bahawa akuan bersumpah yang menyatakan bahawa Saiful Bukhari diliwat oleh Datuk Seri Anwar adalah fitnah itu telah dibuat dengan kerelaan Rahimi sendiri.

Apa yang menariknya disini dakwa mereka berdua ini ialah banyak fakta yang bercangah telah dikeluarkan oleh Rahimi dalam hal ini.Contohnya Rahimi mendakwa dirinya ditahan ketika hari penamaan calon pilihanraya kecil Permatang Pauh.Tetapi hakikatnya Rahimi ada di pusat penamaan calon pada hari tersebut.Perkara ini telah didedahkan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa yang turut bersama Latheefa dan Saiful Izham ketika sidang media yang diadakan tadi.Lathefa dan Saiful Izham percaya bahawasanya ada pihak lain di belakang Rahimi ini dan mereka akan dedahkan perkara ini dalam beberapa hari lagi...

Monday, October 4, 2010

SEDARLAH ANAK BANGSA SEISLAM DENGAN GUA...

Info yang baru Gua dapat.Apa yang Gua dapat tau sekarng pihak UTHM masih berdegil untuk meneruskan konsert yg dipangil kalo tak silap Gua konsert 'Born for Nature'.Konsert yang bakal diadakan pada malam hari sabtu ini bakal menampilkan lagenda-lagenda rock 80an. Sekarang ini kebetulan Gua ada di Johor untuk menyelesaikan project Gua.Kebetulan lagi tempat project Gua berdekatan pula dengan UTHM itu sendiri.Jadi secara tidak langsung Gua dapat siasat sikit pasal benda ini. Walaupun bantahan telah diutarakan oleh MPP dari UTHM itu sendiri tetapi pihak UTHM masih berdegil untuk meneruskan konsert tersebut dan apa yang Gua dapat tau tiket telah pun dijual dengan harga RM25 dan RM35.Lu orang kene ingat harge mahal macam ne pun ada jugak orang kampung kat parit raja ni yang keje nye nyawit je sanggup beli tiket mahal nak tengok konsert nye pasal. Gua tak kisah kalau konsert yang nak wat ni konsep nye same dengan konsep konsert yang pernah dilakukan oleh kerajaan PAS kelantan beberape tahun lepas.Tapi kalau nak wat ikut suke hati korang baik tak payah buat la.Kalau korang dah sangap sangat nak pegi konsert korang pegi la konsert hari ahad lagi bagus.Konsert hari ahad adalah konsert untuk kutip derma untuk rakyat Gaza.Lagi bagus.Dapat juga pahala.Korang dah besar..korang fikir la ne yang baik ne yang buruk..haha

Sunday, October 3, 2010

HARI YANG BETUL-BETUL MELETIHKAN.....

Hari ini Gua betul-betul letih.Letih semalam tak hilang lagi letih baru pulak sampai.Bertambah letih la Gua.Nasib baik esok punye kelas biase-biase je.Jadi ada la sikit mase nak berehat tu. Semalam Gua dengan member Gua ada misi dan project di Ledang dan hari ini misi dan project tu disambung oleh Gua sorang je di JB pulak.

Mase dalam perjalanan ke JB tadi ada la member gua call, story pulak pasal pemilihan Parti Keadilan Rakyat.Ada juga faedahnya dia call Gua hilang sikit rase ngntuk Gua tu. Apa yang membuatkan pemilihan kali ini lebih popular ialah adanya Azmin Ali yang bertanding sebagai Timbalan Presiden. Walaupun sebelum-sebelum ini Azmin turut bertanding, tapi member Gua bagi tau bertanding nya Azmin pada pemilihan kali ini lebih merancakkan pemilihan pucuk kepimpinan Parti Keadilan Rakyat.

Apa yang Gua dapat daripada member Gua ni ialah untuk setakat hari ini sahaja Azmin Ali yang juga Naib Presiden PKR dan juga Datuk Zaid Ibrahim yang juga merupakan bekas calon pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor merangkap Ketua PKR Wilayah Persekutuan, masing-masing kedua-dua mereka ini berjaya menambah pencalonana mereka untuk bertanding pemilihan PKR bulan November ini. Pada hari ini juga apa yang Gua dapat dari member Gua kalo tak salah tadi 18 cabang PKR akan mengadakan persidangan.

Pertandingan kali ni untuk jawatan Timbalan Presiden bukan sahaja melibatkan pertembungan antara Azmin Ali dan juga Datuk Zaid Ibrahim sahaja tetapi pertandingan kali ini untuk jawatan Timbalan Presiden turut disertai oleh Tian Chua MP Batu,Mustafa Kamil Ayub Ketua PKR Perak,Tan Sri Khalid Ibrahim MB Selangor,Nurul Izzah Anwar MP Lembah Pantai,Fauziah Saleh MP Kuantan dan juga Datuk Sri Dr Wan Azizah.

Untuk berita selanjutnya...:MALAYSIAKINI

3.46pm Di Gelang Patah, Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan yang ke-37 bagi bertanding jawatan timbalan presiden.Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat pencalonan ke-14 untuk jawatan presiden. Untuk jawatan naib presiden, cabang itu mencalonkan Shamsul Iskandar Md Akin, Fuziah Salleh, Datuk Dr Chua Jui Meng dan Nurul Izzah Anwar.

3.55pm Azmin Ali mendapat pencalonan ke 97 untuk jawatan timbalan presiden daripada cabang Kulai.Cabang itu turut mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai presiden parti itu.Bagi jawatan naib pula, empat calon yang dipilih ialah Setiausaha PKR Johor Saiman Marzuki, Tian Chua, S Manikavasagam dan Datuk Zaid Ibrahim.

4.23pm Azmin Ali dan Datuk Zaid Ibrahim gagal mendapat pencalonan untuk kerusi timbalan presiden apabila cabang Kuala Selangor mencadangkan nama Datuk Seri Wan Azizah Ismai.
Cabang yang dipimpin oleh Tan Sri Khalid Ibrahim itu juga mencadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai presiden PKR.Ini bermakna Anwar mendapat 15 pencalonan setakat ini.
Manakala untuk jawatan naib presiden pula, cabang itu mencalonkan Azmin, Khalid, Suresh Kumar dan Mustafa Kamil Ayub.

4.39pm Azmin Ali menerima pencalonan ke-98 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Pontian.Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Zaid Ibrahim. Ini bermakna beliau mendapat pencalonan ketiga untuk jawatan itu.Manakala untuk jawatan naib presiden pula, mereka menamakan Mustaffa Kamil Ayub, Dr Lee Boon Chye, Fuziah Salleh dan Saiman Marzuki.

5.20pm Datuk Zaid Ibrahim mendapat pencalonan ke-38 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Bukit Gelugor, Pulau Pinang.Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Manakala untuk jawatan naib presiden pula, Bukit Gelugor mencalonkan Azmin Ali; ahli parlimen Kuantan, Fuziah Salleh; TKM Pulau Pinang, Datuk Mansor Othman dan ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar.

7.14pm Azmin Ali pencalonan ke-99 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabangnya sendiri di Gombak.Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Manakala untuk jawatan naib presiden, Gombak mencalonkan Dr Lee Boon Chye, Dr Xavier Jayakumar, Dr Mansor Othman dan Baru Bian.Azmin juga mempertahankan jawatannya sebagai ketua cabang itu.

7.26pm
Azmin terus mendapat pencalonan, kali ini daripada Selayang dan Hulu Langat, menjadikan keseluruhan 101 pencalonan diterima.Kedua-dua cabang itu mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah Ismail.Bagi cabang Selayang, untuk jawatan naib presiden, mereka mencalonkan Tian Chua, Fuziah Salleh, Lee Boon Chye dan Yahya Sahri.Bagi cabang Hulu Langat pula, Xavier Jayakumar, S Manikavasagam, R Sivarasa dan Khalid Ibrahim untuk jawatan naib.

8.18pm Azmin Ali mendapat pencalonan ke-102 bagi bertanding jawatan timbalan presiden daripada cabang Ampang.Untuk jawatan presiden, cabang itu mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Manakala untuk jawatan naib presiden, Ampang mencadangkan Abdullah Sani, Fuziah Salleh, Shamsul Iskandar Md Akin dan Yusmadi Yusoff.