Thursday, September 30, 2010
KEMPEN TANDATANGAN MEMBANTAH KONSERT 'BORN FOR NATURE' DI UTHM
Kami merasakan konsert yang bakal diadakan ini akan memberikan kesan negatif kepada warga kampus UTHM dan masyarakat umum amnya. Meskipun pihak universiti telah meluluskan untuk mengadakan konsert ini pada 9 Oktober 2010, ia tidak bererti konsert ini perlu diteruskan dan disekat lantaran kesan negatif kepada warga universiti. Antara artis jemputan ialah LeftHanded, Amy Search, Hattan, Ana Raffali, Sunny sad Story, dan Azlan & The Typewritter yang tidak menggambarkan halatuju pembinaan modal insan mahasiswa UTHM. Ini juga tidak bertepatan dengan misi dan visi universiti yang menekankan tentang pembudayaan ilmu serta penyelidikan yang berteraskan konsep tauhid. Kami mengharapkan agar Konsert Born For Nature ini akan disingkirkan daripada Pesta Konvokesyen 2010 sebelum tarikh 9 Oktober 2010.
Justeru bagi menyatakan bantahan terhadap pelaksanaan konsert ‘Born For Nature’ di UTHM, kami berusaha untuk mendapatkan tandatangan seramai mungkin daripada saudara / saudari. Dengan tandatangan saudara / saudari kita mengharapkan pihak bertanggungjawab UTHM akan sedar bahawa mahasiwa dan masyarakat sekitar membantah pelaksanaan konsert melampau dan seterusnya bakal mengubah keputusan pihak universiti untuk menyekat budaya hedonisme ke dalam universiti.
Segala maklumat dan butiran saudara amat penting sebagai bukti kempen tandatangan ini dijalankan.
Kerjasama dan perhatian saudara / saudari terhadap usaha kami ini amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.
Yang menjalankan amanah,
Mohd Hadi Bin Abd Rahman
Naib Yang Di-Pertua 1,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.
http://www.petitiononline.com/KONSERT/petition.html
Wednesday, September 29, 2010
AYUH BANGKIT !!!
Tahniah buat 10 peneroka Felda Sungai Koyan 2 dan 3 kerana kejayaan anda dalam kes saman Felda. Perkara ini telah diputuskan hari ini di Mahkamah Tinggi Kuantan. Tindakan yang diambil oleh peneroka-peneroka ini berikutan sebelum ini Felda enggan membuat bayaran kepada peneroka-peneroka itu.
Keputusan yang telah dibuat oleh Hakim Mariana Yahya itu membolehkan peneroka-peneroka tersebut berhak mendapat bayaran tanam semula sebanyak RM 1700 seekar daripada Felda walaupun mereka tidak menanam semula lading mereka itu melalui badan berkanun itu. Oleh itu Felda perlulah membuat bayaran kepada 10 peneroka tersebut dengan arahan Hakim dan peneroka-peneroka tersebut perlulah memenuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh Felda.
Dalam pada itu , Hakim Mariana Yahya juga telah menolak hujah yang diutarakan oleh peguam bela Felda yang menyatakan peneroka-peneroka tersebut tidak berhak mendapatkan jumlah itu kerana jumlah caruman mereka tidak mencukupi. Setelah ditimbang, Hakim Mariana telah memutuskan bahawa Felda perlu membayar jmlah yang sepatutnya di bayar kepada peneroka-peneroka tersebut kerana pembayaran tersebut telah ditetapkan sendiri oleh Felda. Felda telah diwakili oleh Tetuan Abdullah Zainudian yang diwakili oleh Puan Doshi.
Manakala 10 peneroka tersebut diwakili oleh peguam terkenal iaitu Mohamed Hanipa Maidin. Tahniah sekali lagi kepada warga-warga Felda yang berani ini dan tidak lupa juga kepada peguam mereka ini. Semoga tindakan peneroka-peneroka ini bakal membuka mata seluruh warga yang terlibat dengan Felda ini di seluruh negara..
Friday, September 24, 2010
RAHMAT DARI ALLAH.....
Kebenaran pasti ALLAH tunjukkan kepada mereka yang benar.Rasa bersyukur tidak terhingga kepada ALLAH pada hari ini.Walaupun mungkin lewat untuk di sisipkan di dalam blog ini tetapi sekurang-kurang nye tersisip jugak.
Apa yang membuatkan Gua betul-betul gembira hari ini ialah Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini telah membebaskan 5 orang yang telah dituduh di dalam kes bini puaka. Kelima-lima mereka tersebut adalah merupakan mahasiswa UM. Mahkamah telah memutuskan di dalam kes mereka berlima ini tiada prima facia di dalam kes bini puaka ini. Di dalam kes ini mereka berlima telah di adili oleh hakim Rozana Ali Yusof.
Sebelum ini mereka berlima iaitu Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli telah di tuduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan. Mereka di tuduh melakukan kesalahan menyimbah petrol keatas permaidani yang bakal dilalui isteri perdana menteri dan juga menconteng di sebuah dewan pengajian di UM.Selain itu mereka juga dituduh melakukan kesalahan khianat dengan menggunakan bahan api.
Semua itu, gara-gara mahasiswa berkenaan dikaitkan dengan contengan perkataan- perkataan "C4", "bini puaka" dan "pembunuh Altantuya" di dinding dewan sebelum kedatangan isteri perdana menteri Datin Seri Rosmah Mansor.Rozana dalam penghakimannya pagi ini berkata dalam pertuduhan seksyen 436 pihak pendakwaraya gagal membuktikan elemen-elemen penting dalam pertuduhan bahawa semua tertuduh telah melakukan khianat atau cubaan melakukan khianat serta mempunyai niat bersama antara mereka.
Manakala bagi seksyen 447 pula, pendakwaraya gagal membuktikan elemen niat bersama tertuduh untuk melakukan kesalahan pencerobohan."Tiada keterangan bahawa mereka berada di kawasan tersebut dan melakukan pencerobohan di tempat perbuatan khianat yang didakwa berlaku," katanya lagiSementara bagi seksyen 427 pula, Rozana berkata pihak pendakwaraya turut gagal membuktikan bahan yang digunakan adalah bahan petrol dan perbuatan contengan di dinding dilakukan oleh semua tertuduh."Untuk semua pertuduhan tiada keterangan langsung dibuktikan oleh pendakwaraya. Cuma mereka hanya bergantung kepada keterangan mengikut keadaan tanpa bukti sokongan."Setelah meneliti dan menimbang semua keterangan daripada saksi pendakwaraya, exibit dan hujah, mahkamah mendapati, di atas penilaian mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie."Dengan ini melepaskan tertuduh dan membebaskan (mereka) terhadap tiga pertuduhan itu tanpa memanggil untuk pembelaan," kata Rozana.
Thursday, September 23, 2010
BINI SIAPA YANG BERPUAKA ?
Pengerusi Pro Mahasiswa UKM iaitu Syed Syafiq Syed Hashim berkata pihaknya bersedia untuk menghantar seramai mungkin mahasiswa UKM ke mahkamah untuk hadir memberi sokongan kepada moral kepada mereka yang telah dituduh itu di dalam kes ini walaupun mereka telah diberi amaran oleh naib timbalan canselor Bahagian Hal Ehwal Pelajar pagi tadi yang meminta Pro Mahasiswa UKM supaya tidak menghantar mahasiswa untuk mendengar keputusan perbicaraan kes tersebut pada esok hari di mahkamah seksyen Kuala Lumpur.
Walaupun arahan telah dikeluarkan oleh pentadbiran UKM itu, Pro Mahasiswa UKM tetap akan menghantar mahasiswa untuk mendengar keputusan kes tersebut di mahkamah pada esok hari dan mengatakan pentadbiran tiada kuasa untuk menghalang mereka daripada hadir ke mahkamah pada esok hari. Bagi mereka kehadiran mereka pada esok hari ke mahkamah hanya untuk memberi sokongan moral kepada 5 rakan mereka yang terlibat di dalam kes mereka itu.
Jika tadi bagi Pro Mahasiswa di UKM dan bagi Pro Mahasiswa di UIA pula mereka akan tetap hadir ke mahkamah esok dengan kira-kira seramai 50 orang untuk menyatakan sokongan mereka kepada yang dituduh di dalam kes tersebut. Setakat ini mereka Pro Mahasiswa di UIA masih belum menerima sebarang halangan daripada pihak atasan UIA untuk menghalang mereka daripada hadir ke mahkamah pada esok hari.
Pada esok hari Mahkamah seksyen Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada kes prima facie terhadap kelima-lima mahasiswa Akademi Pengajian Islam (API) Univerisiti Malaya yang dituduh atas dakwaan cubaan khianat dengan menggunakan api dan melakukan pencerobohan jenayah pada 24 Jun tahun lalu. Mereka yang di tuduh terlibat di dalam kes tersebut ialah Shazni Munir Mohd Ithnin, Muhammad Aizat Roslan, Muhammad Saufi Jelani,Mohd Izzuddin Hilmi Mohd Zaini dan Mohd Syahriuldeen Ahmad Rosli dari Universiti Malaya yang dituduh melakukan jenayah dibawah Seksyen 427, 436 dan 447 Kanun Keseksaan.
Bagi Seksyen 427, mereka dituduh menyimbah petrol di atas permaidani - yang bakal dilalui isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor - dan menconteng di sebuah dewan akademi pengajian itu kira-kira jam 4 pagi.Manakala bagi Seksyen 436, kelima-lima mahasiswa itu dituduh melakukan perbuatan khianat dengan menggunakan api di tempat dan waktu yang sama.
Bagi Seksyen 447 pula, mereka dituduh melakukan pencerobohan jenayah pada tarikh dan masa yang sama.Prosiding mahkamah akan bermula jam 8.30 pagi esok.
Kepada semua mahasiswa-mahasiswa seluruh jom turun beramai-ramai untuk memberi sokongan kepada sahabat-sahabat kita ini yang berada di dalam kesusahan ini. Mungkin hari ini hari mereka dan hari kita akan datang nanti....
Kepada mereka yang di tuduh ALLAH akan sentiasa bersama kamu....
Friday, September 17, 2010
RAYA DITERUSKAN LAGI TAPI ADA KELAINAN SEDIKIT....
Siap sambut birthday member lagi....
Best tu Gua cakap lu.....
Bukan apa....
Untuk mengeratkan silaturahim....
Diorang ni la Gua anggap sebagai sahabat.....
Raye punye cerite la......
Wednesday, September 15, 2010
RAYA.........
YE YE JE MAMAT NI DAH TAK MINAT....
Sebelum itu terlebih dahulu Gua ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin
Aku arek jalok ngapuro seng akeh-akeh yo.....
MINAL AIDIL WAL FAIDZIN....
Hari ini mantan Menteri Besar Selangor merangkap ketua pembangkang Selangor iaitu siapa lagi kalau bukan Dato Sri Dr. Khir Toyo mengatkan bahawa dia dah tak minat lagi nak jadi menteri besar Selangor jika mendapat peluang sekali lagi...Kenapa ye....Itu yang kita tidak tahu....hehehe
Sebenarnya apa yang membuat kan dia dah tak nak jadi menteri besar lagi ialah dia sudah tak nak mewarisi masalah-masalah yang konon nya telah ditimbulkan di bawah pemerintahan pakatan rakyat sekarang ini...Menurut Khir lagi masalah-masalah yang telah ditimbulkan itu sangat teruk dan tidak boleh di selesaikan dalam masa yang singkat....
Masih ingat tak lagi rakyat Selangor siapa sebenarnya yang telah menimbulkan masalah kepada kerajaan negeri selangor sebelum pakatan rakyat mengambil alih?Khir Toyo la sebenarnya yang telah menimbulkan masalah kepada rakyat dan kerajaan itu sendiri.Selepas pakatan rakyat mengambil alih tampok pemerintahan negeri selangor berapa banyak masalah yang ditinggalkan oleh kerajaan lame...tak payah nak tipu la khir toyo....sehingga hari ini masih banyak lagi masalah yang telah ditimbulkan khir toyo dulu belum lagi dapat di selesaikan...
Dan sekiranya BN menawan kembali selangor ini...masalah yang ad itu bukan datangnya dari pakatan rakyat tetapi masalah tersebut adalah peninggalan kerajaan BN itu sendiri di bawah pimpinan Khir Toyo....
Walaupun Khir berkata begitu namun beliau masih sedang menyusun rancangan untuk menawan kembali Selangor daripada pakatan rakyat dan jika kita lihat kembali UMNO/BN selangor sekarang begitu taksub dengan si sesumpah@ Ezam dan juga dengan si Noh Omar..mungkin diorang masih belum kenal lagi siapa sebenarnya Noh dengan si Ezam ni...
Pegi jahanam la UMNO/BN Selangor ini....
perangai macam setan la korang....






