Hari ini setelah sekian lama Gua meninggal kan mata pelajaran Sejarah yang mana kali terakhir Gua belajar subjek ni mase sekolah menengah dulu.Tapi hari ini Gua kembali belajar subjek ini dengan nama yang baru bukan dengan nama sejarah.Apa yang Gua belajar sekarang ialah Pengajian Malaysia atau Gua dan di kalangan member Gua suke memanggil dengan nama singkatan yang diberi iaitu PM.HAHAHA
Subjek-subjek yang ada kaitan dengan sejarah ni sebenarnya memang subjek yang Gua paling minat berbanding dengan MATH.Kalo Gua belajar Math memang pecah la jawabnya kepala Gua ni.Apa yang Gua hendak cerita kali ini pasal subjek yang gua ambik ni ialah apabila Gua belajar kembali sejarah-sejarah negara kita ini ialah timbul didalam hati Gua rasa nak memberontak kepada pensyarah yang mengajar kat depan tu.Sebaba apa Gua rasa macam tu sebab Gua rase semua yang tertulis kat dalam module pengajaian malaysia tu semua nye tipu belaka dan apa yang Gua nampak dekat dalam tu semuanya cerite pasala UMNO je lagilah buat Gua bertambah bengang.
Tapi lain pulak mase Gua belajar mase sekolah menengah dulu.Mase tu Gua belajar semua ni ok je tak de masalah pun.Mungkin la pada masa tu Gua kurang masih lagi kesedaran pada politik ini.Tapi lain sikit la start tingkatan 3 tu Gua pun tak tau macam mane datang kesedaran yang membuat hidup Gua sekarang ni masuk kedalam kancah politik hari ini.Mula nye dari situ la Gua jadi minat gile dengan sejarah ni.Tapi semakin lama Gua belajar sejarah apa yang Gua dapat ialah banyak penipuan yang telah berlaku sebenarnya di dalam sejarah itu sendiri.
Sehingga kan Gua di IPT hari ini semakin lama semakin Gua dapat detect penipuan yang berlaku didalam sejarah kita ini.Apa yang Gua nampak buku-buku sejarah di sekolah dan juga di tempat Gua belajar hari ini semua nye hanya lebih menonjolkan UMNO.Itu yang membuatkan Gua rase bengang je.Gua rase macam nak memberontak je dekat pensyarah kat depan tu.Tapi Gua tengok pensyarah Gua tu ok je dan Gua rase dia terpakse mengajar dengan module yang ad.Tapi kadang-kadang Gua tengok ad juga ke -proan pensyarah Gua tu kepada UMNO.Tapi tak banyak la.Yang banyak Gua tengok dia ini lebih banyak menegaskan soal melayu.Tapi bagi Gua la kan apa la sangant yang ada pada melayu ni.Gua sendiri tak banga walaupun Gua melayu.Terus terang Gua cakap.
Gua bukan 2 muke jenis punye orang.Tapi Gua kesian dekat adik-adik Gua yang masih bersekolah dan yang belajar sejarah tu.Hidup-hidup korang kene tipu nak wat macam ne sebab Gua pun dulu dah kene tipu jugak.
HAHAHA
SELAMAT BERBUKA PUASA
Malam Jangan Lupe Tarawikh oi...
TERHOT: Rakaman CCTV insiden penebat kilat bangunan Amno runtuh
-
*Rakaman insiden penebat kilat runtuh*
Video menunjukkan penebat kilat terjunam dan menghempap jalan serta
mengenai beberapa kenderaan termasuk sebuah k...
7 minutes ago






