ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Saturday, July 31, 2010

KALAU PEMIMPIN UMNO DAH CAKAP MACAM TU...

Ahli Parlimen Gua Musang yang juga bekas Menteri Kewangan iaitu Tengku Razaleigh Hamzah atau lebih dikenali dengan panggilan Ku Li telah megecam Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri merangkap Ahli Parlimen Jeli iaitu Datuk Mustapa Mohamed kerana tidak memberitahu perkara sebenar mengenai sebab utama tentang kejatuhan pelaburan langsung asing (FDI) sebanyak 81 % pada tahun 2009.

Menurut Ku Li, Mustapa tidak langsung bercakap benar dan sering cakapnya berpusing-pusing untuk memberi alasan yang remeh dan tidak boleh diterima akal.Ku Li juga berkata alasan Mustapa yang Malaysia hanya berjaya menarik FDI yang sedikit berbanding dengan FDI negara-negara jiran di sebabkan ia melibatkan skala pembangunan pada tahap yang berbeza yang menyebabkan tidak boleh manarik pelaburan infrastruktur.

Mustapa yang sebelum ini berkata perkara ini berlaku kerana Malaysia tidak berminat untuk menarik pelaburan dalam sektor yang membawa pulangan yang rendah seperti apa yang berlaku kepada negara lain dan bagi Ku Li, beliau menolak perkiraan bahawa pelabur asing lari melabur ke negara asing berikutan dakwaan bahawa pasaran yang ada di Malaysia sudah tepu.Dalam pada itu Ku Li turut menerangkan masalah sebenarnya ialah keyakinan yang ada pada pelabur itu sendiri dan Ku Li juga turut mempersoalkan bagaimana syarikat seperti YTL boleh membina stesen jana kuasa di Singapura dan beliau turut mengaskan bahawa Malaysia sebenarnya perlukan duit untuk membangunkan negara dan FDI bukan sahaja membawa pulangan duit tetapi juga latihan dalam pembangunan.

Tengku Razaliegh berkata sedemikian ketika menghadiri ke Sidang Kemuncak Pemimpin Pelajar pada hari ini.

Friday, July 30, 2010

APA HAL LU TAJUDDIN?

Pada malam esok dan juga lusa akan berlangsung satu perhimpunan yang bakal menghimpunkan Warga Felcra peringkat kebangsaan.Berikutan akan berlangsungnya perhimpunan tersebut pada malam esok dan juga lusa ada la sorang mamat yang tidak puas hati dengan ada nya perhimpunan ni.Mamat ni nama je islam tapi pernah kena tangkap dekat kasino.Mamat ni tak lain dan tak bukan kalau bukan si Tajuddin Rahman yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak.Tajuddin yang juga Pengerusi Felcra leh takut dengan perhimpunan tersebut.Kenapa ye?Tajuddin ada salah gune kuasa ke?
HEHEHE

Bagi Pengerusi Persatuan Anak-Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) iaitu saudara Mazlan Aliman berkata kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Tajuddin itu yang mahu menyaman pihak penganjur jika terdapat fitnah menunjukkan Tajuddin gusar dan seperti ada yang tidak kena.Manakan tidak SIAPA YANG MAKAN CILI DIALAH YANG TERASA PEDASNYA.Mazlan berkata lagi perhimpunan tersebut belum pun bermula lagi dan Tajuddin sudah merasa gusar dan panik.Bagi Mazlan jika Tajuddin melatah Tajuddin adalah emosional dan bukan rasional.

Tambah Mazlan lagi biar pun pihak penganjur menerima pelbagai ugutan amaran untuk tidak meneruskan perhimpunan tersebut beliau akan tetap meneruskan juga perhimpunan tersebut dan beliau sedikit pun tidak akan berasa bimbang kerana beliau yakin apa yang telah dilakukan oleh beliau adalah kebenaran semata-mata.

Tajuddin bukan sahaja mengelabah dengan ada nya perhimpunan yang bakal berlangsung esok dan lusa malah Tajuddin selepas solat jumaat di masjid sekitar Pasir Salak telah memberi amaran keras kepada peneroka-peneroka Felcra agar tidak menghadiri perhimpunan yang bakal diadakan itu.Tajuddin juga memberi ingatan kepada peneroka-peneroka yang hadir pada perhimpunan itu akan di tangkap oleh pihak polis.Kepala bapak ko la Tajuddin.Ko ingat Polis tu bapak ko punye ke ha.Suke-suke ko je nak ugut-ugut orang.

Perhimpunan Warga Felcra Peringkat Kebangsaan itu bakal diadakan pada malam esok dan juga lusa dan bakal berlangsung di di Felcra Bandar Seberang Perak (Changkat Lada) yang telah dianjurkan oleh Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.Walaupun Tajuddin mengeluarkan ugutan dan juga amaran kepada pihak penganjur, pihak penganjur masih lagi baik hati dengan menjemput Tajuddin selaku Pengerusi Felcra ke perhimpunan tersebut dan pihak penganjur juga akan memberi ruang kepada Tajuddin berucap di perhimpunan tersebut jika Tajuddin hadir ke perhimpunan tersebut.

KORANG SUME TUNGGU GUA ADA SATU BENDA YANG BAKAL GUA DEDAHKAN.
HEHEHE......

Thursday, July 29, 2010

DI MANA HAK RAKYAT ?

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kenaikan harga barangan.Turut tersenarai dalam barabg yang harganya naik ialah minyak petrol.Makna nya kalau harga barangan tersebut naik maka bermakna subsidi untuk harga barangan tersebut telahpun di potong.Adakah kita tidak tertanya-tanya mengapa subsidi tersebut telah dipotong?Adakah anda semua terfikir mengenai masalah tersebut?

Menerut Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS yang juga merupakan Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata tindakan kerajaan telah mengarahkan kepada Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membuat pembayaran RM 222.58 juta kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) telah membuktikan lagi bahawa kepentingan kroni sebenarnya telah menjadi keutamaan berbanding kepentingan rakyat yang di seksa dengan kenaikan harga barangan dan juga penarikan subsidi.

Ketika kerajaan membuat keputusan tersebut, kerajaan melalui kenyataan Kementerian Pengangkutan mendakwa telah menggambil kira semua faktor yang berkaitan termasuk komitmen kerajaan kepada pemegang bon dan juga tanggungjawab LPK di bawah perjanjian yang telah ditanda tangani.Dalam pada itu Salahuddin turut mempersoalkan adakah ia tanggungjawab Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) ataupun ia merupakan tanggungjawab Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB).

Salahuddin berkata lagi dengan merujuk laporan mengenai jaminan syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd bahawa sebarang kekurangan dalam pembayaran bon semula adalah merupakan tanggungjawab syarikat dan wang rakyat tidak sepatutnya digunakan untuk membayar pembayaran tersebut dan kerajaan perlu menjelaskan perkara ini dan tanggungjawab siapa menanggung kos ini.Rakyat atau syarikat Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) ?

Menurut Salahuddin yang menyelar kerajaan yang sering menyentap subsidi untuk rakyat dan kalau untuk kroni mereka sanggup membelanjakan sehingga RM 222.58 juta walaupun pembayaran tidak diminta.Bagi Gua la kan apa punya jenis la manusia la macam ni sanggup gadai ratus ribu untuk kroni walupun tak mintak tapi kalau bab rakyat yang mintak bukan sahaja tak dapat malah ade je benda yang dikenakan balik kat rakyat tu.Celake punye kerajaan.

Bagi Salahuddin ini menguatkan lagi ingatan rakyat kepada kepada dakwaan salah seorang pemimpin MCA iaitu Datuk Tee Lian Ker yang sebelum ini telah mendedahkan bahawa ramai pemimpin-pemimpin tertinggi UMNO dan juga MCA telah menerima sejumlah wang daripada Ketua Pegawai Eksekutif KDSB, Datuk Seri Tiong King Sing.Pada masa yang sama Tiong juga merupakan Ahli Parlimen Bintulu.

Tuesday, July 27, 2010

SALAH SIAPA ?

Semenjak satu team yang pernah Gua cakap kan dulu iaitu team Kami Prihatin ini diwujudkan Gua dapat tahu kes buang anak makin bertambah.Apa menyedihkan Gua lagi ialah kes-kes seperti ini berlaku kepada kebanyakan pelajar di negara kita lebih-lebih lagi kepada mereka yang berbangsa melayu.Gua nk tanye la mana pemimpin-pemimpin UMNO yang dikatakan gah suaranya membela bangsa melayu?Adakah mereka ini sekadar berani bersuara sahaja?Kalau inilah hakikatnya nampaknya UMNO telah memperpodohkan seluruh masyarakat melayu.

Bagi Parti Islam Semalaysia PAS pula lain pula pendekatan yang digunakan untuk membenteras gejala tidak sihat ini.PAS mengambil langkah dengan menggesa seluruh masyarakat mengamalkan apa yang di sebut sebagai AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR dengan sebetul-betulnya dan umat islam juga perlulah memilih kerajaan dengan jujur dalam memberikan kesejahteraan dan juga keadilan kepada seluruh masyarakat.

Menurut Pengerusi Lajnah Pendidikan PAS iaitu Datuk Abu Bakar Chik yang juga merupakan AJK PAS Pusat berkata perlu diingatkan juga undang-undang Islam dan juga feqah Islam kerana undang-undang islam mampu menaggani masalah seperti ini.Bagi Gua ini lah padahnya terutama sekali bagi mereka yang menolak hukum hudud.Bagi mereka undang-undang tersebut zalim di mata mereka tetapi di sebalik semua itu terdapat banyak kebaikannya.Sebab apa Gua kata macam itu kerana ALLAH yang menciptakan kita dan ALLAh juga tahu apa yang terbaik untuk kita.

Dalam pada itu AJK PAS Pusat itu turut mempersoalkan di mana kejujuran mereka selaku pemimpin negara dan juga mereka yang bertaraf ulama di dalam kerajaan yang mengabaikan keperluan menyelesaikan masalah secara Islam.

Gua tidak heran la kalau dengan perangai UMNO ni.Di hadapan rakyat mereka kan akan cakap lain dan apa yang akan dilakukan oleh mereka di belakang rakyat adalah jauh sama sekali apa yang mereka cakapkan di hadapan rakyat.Puak-puak seperti ini juga mereka ini hanya tahu bercakap sahaja tetapi tiada tindakan apa pun yang diambil oleh mereka.Mereka hendak membenteras gejala-gejala tidak sihat seperti seks bebas di kalangan pelajar tetapi apa tindakan yang sudah mereka lakukan.Kalo kita lihat di kedai-kedai surat khabar berapa banyak buku-buku yang menceritakan cerita-cerita seks yang diluluskan oleh KDN.Bukan setakat itu sahaja malah buku-buku tersebut dijual secara terbuka dan senang dibeli oleh semua golongan terutama sekali pelajar.Dimana KDN waktu ini?Siapa yang menerajuai KDN?Kenapa tidak diambil tindakan terhadap pengeluaran buku-buku ini sedangkan kitab-kitab agama banyak yang dirampas oleh kerajaan.

Abu Bakar yang sebelum ini mengulas mengenai kenyataan Ketua Menteri Melaka iaitu Datuk Ali Rustam yang mahu kerajaan menubuhkan sebuah sekolah untuk pelajar yang telah hamil.Menurut Abu Bakar lagi kenyataan Ali itu telah menunjukkan betapa sangat serius isu pelajar perempuan mengandung disebabkan oleh penzinaan dan juga pengguguran bayi yang sedang berleluasa berlaku di kalangan kita pada hari ini.Tambahnya lagi amat malang bagi umat islam pada hari ini apabila umat islam pada hari ini terpaksa menghadapi dengan isu pembuangan bayi dan hamil di luar nikah tidak ditanggani sewajarnya oleh kerajaan berdasarkan masih berleluasa lagi pergaulan bebas, hiburan liar serta wujudnya segenap pusat-pusat maksiat diseluruh negara.

Sunday, July 25, 2010

SUKE-SUKE KAU JE KAN NAK HALAU ORANG...

Woi mamat sesumpah besar sangat ke ko ha nak halau-halau orang.Ko ingat ko dah jadi senator ko dah leh jadi besar kepala la ye.Tak mengenang budi punye orang.Sebab apa Gua cakap macam 2.Sebab ade ke patut si mamat sesumpah ni suruh Anwar belah je dari Selangor.Tak de otak tul la sesumpah ni.Ops sesumpah memang tak de otak.hahahaha

Semalam bekas setiausaha sulit Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga bekas Ketua AMK Malaysia iaitu Ezam Mohd Nor@SESUMPAH telah menyeru kepada seluruh rakyat Selangor supaya menghalau bekas bos nya itu iaitu Dato Sri Anwar Ibrahim yang juga Penasihat Ekonomi negeri Selangor.Ezam berkata begitu ketika berucap di satu ceramah UMNO di Sri Pendamar Pelabuhan Kelang.Mereka yang hadir kire-kire hanya 500 orang sahaja dan muke yang datang tu pun muke yang datang kene bayar.

Dalam majlis itu Ezam bukan sahaja menyuruh rakyat Selangor menghalau Anwar tetapi Ezam turut memfitnah Anwar dengan mengatakan Penasihat PKR itu menjadi pengkhianat kepada negara kerana Ezam mendakwa Anwar sebenarnya telah menjadi alat dan juga perkakas kepada Yahudi.Ezam ni sebenarnya dah kaya raya ni.Dia pun telah lupe siapa sebenarnya Najib yang dia banggakan itu dan adakah dia lupa mengenai kaitan antara kerajaan pimpinan Najib dengan APCO.Ezam sebenarnya tahu atau pura-pura tidak tahu.Itu yang menjadi persoalan.Maklumlah sesumpah kan.Pe la korang ni tak itu pun tak paham-paham lagi.

Ezam juga turt memfitnah Anwar dengan mengatakan Dato Sri Anwar itu bersekongkol dengan Yahudi apabila Ezam mengatakan Dato Sri Anwar memohon maaf selepas mengetuai lebih 10 ribu orang rakyat Malaysia membantah serangan ke atas flotila bantuan ke Gaza pada jun lalu dan menurut Ezam lagi di Malaysia Anwar di gambarkan hebat melawan Yahudi tetapi di luar Anwar tuduk kepada Yahudi.

Si Ezam ni memang betul-betul bangsat.Sebenarnya si Ezam ni lebih teruk daripada Yahudi.Menipu satu hal.Lepas tu memfitnah orang pulak tu.Korang tak terfikir ke kenapa dia tak nak kaitkan Naib dengan Yahudi sedangkan benda itu terang lagi bersuluh yang mana kerajaan Malaysia terlibat dengan APCO.Memang bongok tul la.Sian betul aku tengok orang yang datang malam tadi semua kene kencing hidup dengan si mamat sesumpah ni.

Bukan setakat itu sahaja malah Ezam turut memfitnah Anwar dengan mengatakan bahawa Anwar pernah menolong rakannya iaitu Paul Wolfowitz yang dikatakan mempunyai skandal dengan seorang pekerja wanita di bank dunia dan Ezam katanya lagi kononnya Anwar pernah menulis satu surat yang mana kandungan surat itu menyebut bahawa perempuan yang terbabit dalam skandal itu bukan bekerja dengan Wolfowitz tetapi bekerja dengan Anwar.

Si Ezam ni memang betul-betul lidah biawak la.

Apa yang lucu bagi Gua pasal si Ezam ni malam tadi boleh pulak dia kata dia masuk UMNO bukan kerana habuan dan meninggalkan PKR hanya semata-mata kerana prinsip nya .Dalam hati gelak macam nak gile.Fuck la ko Ezam.Mana sumpah-sumpah ko dulu masa dalam PKR dulu ha?Ezam juga turut mendakwa bahwa dia bukan pelacur politik dan sebelum sesumpah ni habais bercakap malam tadi beliau ada mengatakan yang BN sebenarnya ada rekod membina negara dan beliau mengajak rakyat supaya mempertahankan apa yang dibina oleh pemimpin sebelum ini.Buto la dia ni.Dia ingat orang kat Selangor ni bodoh sangat ke?Selama ni yang pemimpin UMNO la yang paling banyak menyusahkan rakyat di negara ini.

Selain Ezam yang bercakap malam tadi ada seorang lagi yang turut bercakap malam tadi sapa lagi kalau bukan si bodoh ni si Lokman Adam la.Lokman berkata UMNO dan BN kalah pada pilihan raya umum yang lepas kerana rakyat hanya sekadar mahu menegur sahaja.Fuck la nak tegur.Memang rakyat dah benci kat UMNO dan BN ni.Orang dah tak suke terima jelah.Nak berdalih-dalih pulak ko ye.Tambah Lokaman lagi perdana menteri telah menerapkan gagasan 1 Malaysia dan lapan nilai murni bagi mengembalikan sokongan rakyat.Pegi mampos la.Pisang tidak akan bebuah dua kali la.

Manakala bagi Ketua Bahgian UMNO di situ pulak mengatakan majlis untuk menipu rakyat ini akan diteruskan di kawasan lain di bawah bahagian dia dengan dia akan memanggil lebih remai mereka yang keluar PKR untuk berceramah menipu rakyat setelah disogok dengan habuan dunia.

Wednesday, July 21, 2010

UMNO MENJADI PUNCA SEGALANYA !!!

Khalid Samad yang juga merupakan Ahli Parlimen Shah Alam hari ini berkata bahawa UMNO sebenarnya yang mengajak kepada perpecahan dengan cara menanamkan semangat benci kepada kaum lain selain melayu telah membuatkan orang melayu pada hari ini khususnya UMNO telah jauh daripada islam.Tambah beliau lagi tak ada orang yang tak nak pada perpaduan, semua orang nak pada perpaduan cuma yang menjadi persoalan sekarang ialah perpaduan itu hendak di buat atas dasar apa?

Menurut Khalid UMNO sejak kebelakangan ini baru menguar-uarkan semula mengenai agenda perpaduan Melayu selepas melihat rakyat sekarang lebih cenderung kepada PAS dan juga Pakatan Rakyat.Bagi GUA macam dulu yang pernah GUA pernah kata isu UMNO mengajak untuk perpadauan ini hanya akan timbul bila UMNO itu sendiri dalam masalah dan sekarang telah terbukti dengan kenyataan Khalid Samad ini.Bila UMNO berada dalam keadaan senang lenang mereka akan menyebarkan fitnah kepada Pakatan Rakyat terutama sekali PAS.

Dalam pada itu juga Khalid menerangkan bahawa PAS sebenarnya mengajar orang melayu dan juga mereka yang bukan melayu untuk kembali bersatu padu mengikut ajaran islam dan apa yang menjadi masalah sekarang ialah UMNO mengajak kita semua padai hari ini kepada perpecahan dengan mengajar kita membenci kaum-kaum lain selain melayu sehingga kebanyakkan orang melayu pada hari ini terutama UMNO telah jauh daripada islam.Beliau berkata berkenaan ketika mengulas mengenai tindakan UMNO yang telah menggunakan Mufti Perak Dato Harussani kononnya untuk memupuk perpaduan di antara UMNO dan PAS.

Perkara tersebut juga di setujuai oleh beberapa Ahli Parlimen PAS yang antaranya Dr. Siti Mariah yang juga merupakan Ahli Parlimen Kota Raja yang mengatakan rancangan yang dikemukakan oleh Harussani itu umpama satu jenaka.Selain itu bagi Ahli Parlimen Tumpat iaitu Dato Kamruddin Jaafar secara peribadi beliau telah mengatakan bahawa beliau sebelum ini pernah terlibat dengan rancangan Harussani itu.Manakala bagi Mohd Firdaus Jaafar yang juga Ahli Parlimen Jerai itu berkata bahawa cadanagan yang dikemukan oleh Harussani itu seolah-olah telah mengikut nasihat APCO walaupun kerajaan menafikan penglibatannya dengan APCO dan bagi Firdaus, APCO percaya UMNO sangat memerlukan PAS pada PRU ke-13 nanti untuk mengekalkan kekuasaanya dan cadangan Harussani itu mungkin kearah itu dan beliau juga menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat dalam cadangan Harussani tersebut.

Monday, July 19, 2010

CEMAS !!!

Masih kah kita ingat kepada satu kes yang cuba dikaburi oleh kerajaan daripada mata rakyat? Apakah kes tersebut masih lagi menjadi permainan di fikiran anda atau sudah sekian lama lenyap dari fikiran anda? Masih banyak yang belum terjawab mengenai kes tersebut.Kes apa yang sedang di perkatakan sekarang ni?Kes ini sebenarnya adalah kes mengenai kehilangan enjin jet milik TUDM.

Di dalam kes ini beberapa orang telah diberkas.Yang membingungkan kepala Gua sekarang ini ialah mereka yang ditangkap itu hanya mereka yang hanya berpangkat rendah sahaja.Tak logik langsung la.Cuba anda semua fikir bagaimana mereka yang berpangkat rendah boleh curi enjin jet tersebut dan menjualnya di pasaran antarabangsa.Logik ke? Bagi Gua memang tak logik.Jika ada ikan bilis di lautan tentu ada juga jerung di lautan tetapi mengapa di dalam kes ini yang terperangkap hanya ikan bilis dan mengapa bukan jerung yang pada fikiran Gua diorang ni yang sepatutnya di dakwa dalam kes ini kerana kuasa hanya ada pada mereka sehingga enjin jet tersebut boleh terjual di pasaran antarabangsa.

Salah seorang mereka ialah seorang bekas Sarjan TUDM iaitu N Tharmendran telah membatalkan ikatjamin terhadapnya selapas Mahkamah Seksyen Petaling Jaya membatalkan permohonannya untuk mendapatkan perintah pelindungan.Thendaran yang sebelum ini telah memfailkan permohonannya untuk mendapat pelindungan telah membuat demikian di sebuah balai polis dan Tharmendran terpaksa mengambil tindakan berkenaan kerana ketika perbicaraan sedang berlangsung beliau telah dimaklumkan bahawa terdapat pegawai TUDM di perkarangan mahkamah sehingga telah menimbulkan kegusaran kepada barisan peguam Tharmendran dan barisan peguam Tharmendran risau jika Tharmendran di tanggkap oleh mereka.

Dengan pembatalan ikat jamin terhadap Tharmendarn itu bermakna Tharmendran akan terpaksa kembali ke penjara Sg. Buloh yang sebelum ini pernah didudukinya dua minggu lepas setalah di ikat jamin sebanyak Rm 50 000.Bukan itu sahaja Tharmendran juga turut berhadapan dengan tuduhan mencuri dan juga bersubahat mencuri dua enjin jet milik TUDM pada Disember 2007.Bagi peguam bela Tharmendran pula iaitu N Surendran berkata Tharmendran terpaksa membuat permohona tersebut berikutan kebimbangan nya jika di tangkap oleh pegwai TUDM yang sentiasa menantinya di perkarangan mahkamah dan ini jelas menunjukkan bahawa orang yang sebelum ini pernah diseksa tidak sanggup lagi untuk menjadi mangsa deraan dan Surendran juga mendakwa bahawa terdapat cubaan daripada pihak TUDM untuk membawa pulang semula Tharmendran untuk di bawa semula ke pengkalan TUDM pada 16 Julai lepas.

Pada ketika itu beberapa kakitangan TUDM telah muncul dan mereka terdiri daripada 2 lelaki dan seorang perempuan telah datang ke rumah Tharmendran di Seremban pada hari jumaat lalu untuk bertayakan mengenai 'lapor diri ke kem' kepada Tharmendran.Ketika itu Tharmendran bernasib baik kerana beliau tiada di rumah tersebut dan ibu bapa nya yang ketika itu berada di rumah tersebut telah menyatakan bahawa anaknya Tharmendran telah meninggalkan rumah tersebut untuk menetap di temapat lain.

Bagi Gua la perkara ini bahaya jugak sebab sebelum ini Tharmendran talah pun meletakkan jawatannya sebagai Sarjan TUDM pada 28 Mei lalu.Selain Tharmendran turut didakwa ialah K Rajandran yang diwakili oleh peguamnya iaitu Gobind Singh Deo dan pihak pendakwaraya diketui oleh timbalan pendakwaraya iaitu Ishak Mohd Yusof dan perbicaraan telah diputuskan untuk disambung pada 6 September ini.

Friday, July 16, 2010

BN = BARANG NAIK !!!

Pandai juga ye si Najib ni nak cover apa dia buat.Apa dia fikir rakyat boleh terima ke apa yang telah dia lakukan?Dia ingat senang-senang je ke nak kelentong rakyat.Kalau puak UMNO karat boleh la dia tipu tetapi dia ingat mereka selain UMNO karat boleh terima ke apa yang dia buat ni.Dia ingat bila dia arah editor setiap akhbar supaya mengelakkan perkataan barang naik itu rakyat boleh terima ke dengan kenaikkan harga barang sekarang ni.Jangan jadi bodoh la.

Najib yang di dalam usahanya untuk mengelak daripada dikecam oleh rakyat terhadap pengumuman kenaikan 5 dalam 1 itu telah meminta semua media yang di kawal oleh kerajaan supaya tidak menggunakan perkataan 'barang naik'.Sebelum kenaikan yang bermula pada tengah malam tadi Najib telah mengarahkan editor-editor akhbar yang di kawal oleh kerajaan dan mereka juga telah diingatkan agar perkataan 'barang naik' perlu di elakan dalam terbitan akhbar.Perkara tersebut di sampaikan kepada semua editor akhbar pada petang semalam sebelum penguatkuasaan kenaikkan harga tersebut.Sebaliknya semua editor-editor tersebut diarahkan supaya mengantikan perkataan 'barang naik' dengan perkataan 'pelarasan harga' atau 'rasionalisasi subsidi'.

Arahan tersebut telah dikendalikan oleh penasihat media Najib atas arahan Najib konon nya untuk menyenangkan hati rakyat dan agar sokongan rakyat terhadap nya kekal.Menurut salah seorang editor akhbar yang hadir pada majlis tersebut memberitahu mereka seca hormatnya memohon supaya editor-editor akhbar supaya bekerjasama tetapi permintaan seperti permintaan budak sekolah tadika itu sukar jika tidak di layan dan setiap media juga digalakkan oleh penasihat media Najib itu supaya menjelaskan mengenai 'rasional pengurangan subsidi' dalam laporan berita yang bakal mereka terbitkan dan mereka juga telah di suruh supaya menekankan bahawa harga gula dan bahan api di Malaysia ini masih yang terendah di rantau ini.

Dalam pada itu juga editor-editor tersebut juga telah di ingatkan supaya tidak membuat tinjauan rambang kepada rakyat berhubung kenaikkan harga tersebut dan media juga telah diminta mendapatkan pandangan hanya daripada NGO dan juga persatuan-persatuan yang pro kepada kerajaan sahaja.Apa yang menarik untuk diperkatakan di sini ialah penasihat kepada perdana menteri itu juga meminta semua media supaya tidak menganggap pengurangan subsidi itu sebagai 'penjimatan kerajaan' di dalam setiap laporan mereka terhadap isu kenaikkan harga barang ini dan mengikut penasihat tersebut perkataan seperti 'barang naik' itu bakal menimbulkan banyak tanda tanya kepada rakyat dan akan membuatkan rakyat tertanya-tanya ke mana penjimatan tersebut akan dibelanjakan.

Jika kita masih ingat ketika pemerintahan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2005 Pak Lah telah mendakwa pengurangan subsidi untuk air, tenaga dan juga bahan api membantu kerajaan berjimat RM 4.6 bilion dan ketika itu juga Pak Lah telah berjanji penjimatan itu akan dibelanjakan bagi memperbaiki pengankutan awam tetapi janji hanya tinggal janji sahaja kerana apa yang cuba di selindunggi oleh Pak Lah ketika itu telah dapat dihidu apabila pengkritik mendakwa tiada bukti wang berkenaan dibelanjakan untuk tujuan yang di janjikan itu.

Tetapi ada juga editor-editor media yang sengal juga Gua pun tak tahu kenapa diorang ni jadi sengal mungkin kerana mereka telah di bayar.Kenapa Gua cakap ada di kalangan diorang ni sengal sebab ada di antara mereka ini yang mencadangkan agar memuji kebaranian Najib dalam isu ini.Begok betul la.Tidak seperti sebelum-sebelum ini kenaikkan harga barangan pada kali ini telah di rancang dengan teliti agar rakyat tidak akan memberontak apabila bahan apai dan barangan lain diumumkan kenaikkan harganya dan alasan yang telah diberi Najib mengenai perkara ini ialah tindakan menaikkan harga barangan tersebut tersebut sangat perlu untuk menangani defisit kerajaan dan juga untuk membenteras penyeludupan dan juga untuk menggalakan rakyat supaya hidup dengan sihat dengan mengurangkan pengambilan gula.Bagi Gua ini adalah satu alasan yang bodoh kalau disuruh budak sekolah tadika bagi alasan adalah lebih berkualiti dan diterima akal alasan yang di bagi oleh budak sekolah tadika tadi.

kata Najib lagi wang berkenaan akan dibelanjakan untuk memastikan rakyat mendapat perkhidmatan kesihatan dan pendidikan yang lebih baik.Ini lagi satu alasan Najib untuk menangkan Najib kerana baru-baru ini ramai member Gua yang sambung belajar dan boleh dikatan semua mereka yang menyambung pelajaran ini terpaksa buat pinjaman juga.Jadi kepada Najib sudah-sudah la menipu itu.Rakyat Malaysia ni dah puas terkena tipu kau tu.

Jika kita tengok semalam Malaysiakini boleh dikatan antara yang pertama mendedahkan hal ini kerana semalam Gua tengok berita media yang pro kerajaan sepatah haram pun diorang ni cakap pasal akan berlaku kenaikkan harga barangan pada tengah malam nya.Cuba kita fikir mengapa mereka tidak mahu menyebarkan perkara ini sedangkan mereka telah di beri taklimat sejak pukul 4 petang lagi.Sebenarnya mereka telah di beri ingatan olah Najib supaya tidak mengheboh-heboh kan berita berkenaan .

Bukan setakat televisyen sahaja tidak mahu menyebarkan berita berkenaan tetapi akhbar-akhbar pro kerajaan juga telah diarah supaya patuh kepada garis panduan berkenaan dan mereka telah diingatkan supaya tidak memperbesarkan isu kenaikkan harga barang ini.

Jadi apa nak jadi dengan kita sekarang ini sudah la kita ditipu hidup-hidup oleh perdana menteri kita sendiri media juga turut disekat menyebarkan berita.Bukan itu sahaja malah ada pihak yang sanggup pulak memuji langkah Najib itu.Begok betul la.

JOM TURUN KE JALAN !!!

PROTES atau Gabungan Memprotes Kenaikkan Harga Minyak sedia turun ke jalan raya untuk memabantah tinadakakan kerajaan dibawah perdana menteri Dato Sri Najib yang menakkan harga petrol,diesel ,gula dan gas petroleum cecair (LPG) berkuatkuasa tengah malam semalam.Menurut Penyelaras PROTES Dr Mohd Hatta Ramli yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai merangkap Bendahari PAS Pusat berkata PROTES tidak akan menolak kemungkinan untuk turun ke jalan raya untuk membantah kenaikkan harga barangan tersebut.

Katanya lagi PROTES akan bermesyuarat sekali lagi pada hari Ahad ini untuk membincangkan tindakan-tindakan yang akan diambil dan mesyuarat tersebut akan diadakan di ibu pejabat PAS Pusat di Jalan Raja Laut.Tambah Dr Hatta lagi Protes tidak akan menolak kemungkinana turun ke jalan raya dalam masa yang terdekat ini dan pengalaman PROTES yang lepas ialah apabila rakyat telah digerakkan untuk menunjukkan kemarahan baru kerajaan akan sedar dan terpaksa akur dengan kesusahan rakyat .

Turut menyokong tindakan yang akan diambil oleh PROTES itu ialah NGO-NGO yang terdidri daripada Jaringan Rakyat Tertindas (JERIT) dan MTUC dan NGO-NGO ini juga yang telah bergabung dan bermuafakat sehingga terbentuknya NGO PROTES.

Tambah Dr Hatta lagi kenaikkan tersebut telah mencerminkan bahawa senario ekonomi negara gagal dipulihkan seperti apa yang telah diwar-warkan oleh Najib melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan apa yang telah diperkatakan oleh Najib di dalam Rancangan Malaysia Ke-10 sebelum ini.Menurutnya Dr Hatta lagi Najib berkata kononnya akan tumbuh 6 peratus tetapi kenaikkan ini tentunya memberi jawapan sebaliknya dan dalam pada itu kerajaan juga menguruskan perbelanjaan negara dengan tidak mengutamakan kepentingan rakyat dan telah mendakwa kenaikkan harga gula dan minyak ini bakal meningkatkan lagi kesan berantai kepada rakyat.

KEPALA BAPAK KAU LA NAJIB.
KAU DAH KEBAS DUIT RAKYAT BANYAK BOLEH LA KAU KATA MACAM ITU.
KAU TIDAK FIKIR KE KESAN KE ATAS RAKYAT YANG HIDUP SEDERHANA KE HA...

Dalam pada itu Dr Hatta turut berkata bahawa Najib mungkin anggap langkah yang telah dilakukan itu dengan menaikkan harga barangan terutama sekali minyak itu satu tindakakan yang bijak dan menguntungkan sedangkan kenaikkan harga barang-barang ini sudah tentu memberi kesan berantai seperti inflasi dan peningkatan kos sara hidup.Selain itu alasan kerajaan mengenai kenaikkan harga minyak ini adalah kononya pemotongan subsidi ini bagi menyediakan perbelanjaan yang lebih kepada sektor kesihatan termasuk Klinik 1 Malaysia dan perkara tersebut tidak wajar kerana klinik 1 Malaysia tersebut bersifat program politik UMNO dan Barisan Nasional.

BODOH GILE LA.PATUT LA BERIA SANGAT NAK NAIKKAN HARGA.RUPANYA ADA UDANG DI SEBALIK BATU RUPANYA.CILAKE BETUL.
WOI UMNO DAH TAKDE DUIT KE HA?
DUIT DAH HABIS BUAT MESYURAT BAHAGIAN KE HA?
MUNGKIN KENAIKKAN HARGA MINYAK INI UNTUK MENAMPUNG PERBELANJAAN MESYUARAT AGUNG UMNO DAN JUGA KEMPEN UMNO DAN BARISAN ANSIONAL UNTUK PILIHANRAYA AKAN DATANG INI.

Semalam Najib Altantuya telah mengumumkan harga petrol,diesel ,gula, dan Petroleum Gas cecair (LPG) akan naik dan telah mulai berkuat kuasa bermula tengah malam tadi.Untuk pengetahuan umum petrol RON 95 dan diesel naik sebanyak 5 sen manakalan RON 97 tidak lagi akan diberikan subsidi lagi dan ia tertakluk kepada apungan secars terkawal dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan oleh kerajaan.

Bagi harga gula pula naik sebanyak 25 sen yang membawa kepada RM 1.90 dan gas LPG naik sebanyak 10 sen dan Najib berkata dengan kenaikkan yang didakwa itu sebagai penyelarasan harga tersebut kerajaan dijangka dapat menjimatkan RM 750 juta perbelanjaan negara tahun ini.

Menurut PROTES strategi kerajaan tersebut itu akan terus membebankan rakyat biarpun kerajaan mendakwa kenaikkan tersebut kecil dan tidak membebankan rakyat.

KEPALA BAPAK NAJIB LA...

Thursday, July 15, 2010

KEPALA BAPAK KO LA NAJIB !!!

Berkuat kuasa malam ini petrol dan diesel akan naik lagi harganya ebanyak 5 sen.Woi Najib dah tak de kerje ke ha.Begok gile la ko ni.Ko ingat bapak aku dak kaya ke ha? ko ingat semua rakyat Malaysia ni dh kaya ke ha?Pe bangang tol la ko ni.Perangai macam celake tul la.

Sumber HARAKAHDAILY

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini (15 Julai).

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram.

Perdana Menteri ketika mengumumkan kenaikan memberikan alasan.

Pertama, kesemua subsidi ini tidak menepati sasaran – ia memberi faedah juga kepada pihak yang tidak layak, iaitu warga asing dan rakyat yang berpendapatan tinggi yakni mereka yang mampu untuk membayar petrol tanpa subsidi. Fokus kita sepatutnya ialah bagi membantu golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana bukan mereka yang memandu kereta import yang mewah. Subsidi gula yang berlebihan pula memberi faedah kepada industri-industri dan bukannya keluarga. Hampir dua kali ganda subsidi gula ini digunakan oleh sektor perniagaan berbanding isi rumah.

Persoalannya, walaupun dikatakan kenaikan ini adalah demi mengelakkan pengaliran subsidi kepada sasaran yang salah, tetapi akhirnya beban akan ditanggung oleh rakyat berpendapatan rendah.

Kerajaan perlu menjelaskan secara tepat bagaimana penjimatan dari subsidi ini akan dibelanjakan untuk faedah golongan berpendapatan rendah. Masih kita ingat ketika kenaikan harga petrol dan diesel secara besar-besaran beberapa tahun dahulu, dijanjikan wang penjimatan akan digunakan untuk memajukan perngangkutan awam tapi janji tinggal janji.

Kini dijanjikan pula penjimatan subsidi akan diagihkan kepada bidang pelajaran dan kesihatan. Umum sedia maklum kos pendidikan di Malaysia dan belanja untuk mendapatkan rawatan di hospital-hospital kerajaan adalah di antara dilema bagi rakyat berpendapatan rendah.

Kedua, barangan yang bersubsidi tinggi selalunya membawa kepada aktiviti penyeludupan kerana pemberian subsidi telah menjadikan barangan ini paling murah di rantau ini. Pada tahun 2009 sahaja, ramai penyeludup telah ditangkap ketika cuba membawa keluar lebih 200 tan metrik gula. Sebenarnya, jumlah yang tidak dapat ditangkap kerana penyeludupan ini adalah lebih besar. Diesel terus diseludup dan dijual secara haram di negara jiran. Pihak berkuasa telah meningkatkan pengawalan untuk menghalang penyeludupan, tetapi selagi adanya perbezaan harga yang besar, penyeludup akan terus dengan kegiatan haram ini.

Kalau benar bagai dikata, jelas rakyat bawahan telah terpaksa memikul beban ekoran ketidak mampuan pihak keselamatan menguatkuasakan undang-undang dan menjaga kedaulatan sempadan negara. Apa jaminan selepas kenaikan ini penyeludupan tidak akan berlaku lagi? Kalau penyeludupan masih berlaku, apakah harga akan dinaikkan lagi?

Ketiga, kita perlu menukar cara kita menggunakan bahan bakar dan gula. Penggunaan bahan bakar yang berlebihan akan mengurangkan sumber negara dengan cepat dan tidak menyumbang kepada usaha kita melindungi alam sekitar. Dengan 40 peratus rakyat Malaysia yang berlebihan berat badan atau obes – dan peningkatan jumlah penghidap diabetes – kita perlu menangani apa yang dilihat sebagai satu isu kesihatan. Mengurangkan penggunaan gula di kalangan anak-anak khususnya, adalah langkah yang tepat.

Benarkah harga bahan bakar di Malaysia terlalu murah sehingga dibazirkan sewenangnya oleh rakyat? Selalu kita dengar kempen jimatkan elektrik dan air tapi tidak pernah kita dengar ada kempen jimatkan penggunaan petrol dan gas.

Petrol dan diesel yang diisi ke dalam kenderaan adalah berdasarkan keperluan dan perjalanan juga berdasarkan keperluan. Amat jarang dan hampir tidak pernah terdengar rakyat yang secara suka-suka membazirkan petrol dan gas.

Hujah yang mendakwa gejala berat badan berlebihan dan diabetes mempunyai kaitan dengan harga gula perlu diperkemaskan dengan kajian saintifik dan disokong dengan fakta ilmiah. Saya berpendapat fakta ini terlalu umum dan sangat lemah untuk dipertahankan.


Najib perdana meneteri yang paling bangang sekali dalam sejarah perdana menteri.

Geng cepat rancang demo kita lawan habis-habisan.

UMNO + BONGOK =UMNOGOK

BN=BARANG NAIK

TOLAK UMNO DAN BARISAN NASIONAL

BISU SETELAH DIGANTUNG ...

Adakah anda masih ingat kepada seorang doktor gigi yang tiba-tiba menjadi muda dengan hanya memakan tempe?
Masihkah kau ingat ?
hahahaha...
Kalau anda masih ingat dengan doktor tersebut adakah anda tahu dia masih mengekalkan kemudaannya atau menjadi semakin tua?
Jawapannya ada pada anda semua.
hahaha...

Mantan Menteri Besar negeri Selangor merangkap Ketua Pembangkang Dewan Negeri Selangor iaitu Datuk Sri Dr Khir Toyo telah kembali semula ke dewan setelah setahun digantung daripada hadir ke persidangan Dewan Negeri Selangor.Kehadiran semula Khir Toyo ke dewan nampak seperti wakil rakyat baharu yang masuk dewan.Bisu seribu bahasa tetapi itulah yang dapat digambarkan kepada Khir Toyo yang kembali semula ke dewan.

Apa yang best lagi ialah ketibaan beliau ke dewan selepas selesai bacaan doa disambut oleh beberapa ahli pembangkang sahaja malah ada ahli pembangkang yang duduk buat bodoh sahaja seperti tiada apa-apa ketika ketibaan Khir Toyo itu.

Dalam pada itu apa yang Gua dengar satu cerita ini memang laris gile beb.Ini bukan cerita pasal Luna Maya mahupun Cut Tari tetapi ini cerita pasal UMNO Selangor.Apa yang Gua tahu Datuk Satim yang juga Setiausaha UMNO negeri Selangor ada krisis dengan UMNO Selangor.Krisis ini tersebut telah membuatkan Datuk Satim tidak hadir di mesyuarat parti baru-baru ini.Bayangkanlah Setiausaha tidak hadir dalam mesyuarat.Berat tu.Tapi puak-puak UMNO ni memang dah gila la sekarang ni.

Berbalik kepada cerita pasal doktor gigi tu terutama ketika sepanjang sesi pagi tadi Gua boleh tengok Khir Toyo ini diam je tanpa sepatah pun perkataan yang keluar dari mulut dia walaupun waktu itu terdapat ruang untuk dia bangun ketika sesi soal jawab yang ketika itu soal jawab mengenai alam sekitar termasuk isu yang tengah hangat iaitu isu di Wetland Indah turut dibangkitkan dan isu tersebut telah pun di jawab jelas oleh Exco iaitu Elizebeth Wong yang juga ADUN Bukit Lanjan.Sebelum ini Khir Toyo lah yang telah membongkar isu pasir ini sehingga ke hari ini isu tersebut menjadi tajuk besar akhbar-akhbar UMNO untuk memburuk-burukan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim yang juga Menteri Besar Selangor.

Tapi bukan itu sebenarnya apa yang Gua nak tulis ni sebab pasal isu pasir ini Gua tak heran la sebab benda ni dah berlaku lama dah.Bukan nya benda ini berlaku ketika Tan Sri Khalid memerintah tetapi benda ini zaman Khir Toyo lagi dah start.Khir Toyo ini umpama meludah kelangit la.Dah takde isu langsung untuk memburukan Pakatan Rakyat dan untuk menaikkan semula popularitinya yang sudah jatuh menjunam.

Berbalik kepada kisah yang berlaku di dewan pagi tadi dimana bisu yang ditunjukkan oleh Khir Toyo itu membuatkan ADUN PAS Lembah Jaya iaitu Haji Khosim Abdul Aziz bangun dan berkata kepada pihak pembangkang bahawa pemimpin UMNO ni hanya berani di luar dewan sahaja dan bila berada di dalam dewan diam mencuka dan jika Khir Toyo mempunyai hujah yang kuat apatah lagi berhujah berpandukan fakta beliau meminta Khir Toyo bangun dan di saat itu juga Khir Toyo tidak bangun walaupun untuk sepatah perkataan.

Ini menguatkan lagi hujah yang mengatakan bahawa pemimpin-pemimpin UMNO ini hanya berani bersuara di luar dewan dan dihadapan media sahaja tetapi membisu seribu bahasa di dalam dewan dan pada ketika itu ada wakil rakyat yang menyuruh Khir Toyo balik sahaja ke rumah tetapi bagi ADUN PAS Meru iaitu Dr Abdul Rani Osman tidak setuju dengan kenyataan tersebut yang menyarankan Khir Toyo balik sahaja ke rumah dan beliau menyatakan kasihan terhadap Khir Toyo meskipun Khir Toyo lama berada didalam UMNO tetapi masih ada lagi mereka di dalam UMNO tidak menyukainya dan menyarankan agar Khir Toyo di hantar sahaja ke Palestin agar dapat membantu rakyat Palestin yang di tindas oleh Israel itu.

Pada 19 Mei 2009 yang lepas di dalam mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan (JKHK) Khir Toyo telah didapati bertindak menghina Dewan dengan tidak menghadiri pada sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan Kebertanggungjawab dan Ketelusan (SELCAT) dan Khir Toyo telah digantung daripada menghadiri persidangan Dewan selama setahun dan elaun nya juga turut digantung selama setahun.Untuk pengetahuan umum SELCAT telah ditubuhkan untuk dengan bidang kuasa Dewan Undangan Negeri untuk membolehkan pendengaran awam berhubung pengunaan wang penajaan oleh Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Wakil Rakyat Selangor.

Pada ketika itu JKHK turut mencadangkan agar empat ADUN BN yang lain iaitu Datuk Marsum Paing (BN-Dengkil) Datuk Mohamed Idris Abu Bakar (BN-Hulu Bernam) Mohd Isa Abu Kassim (BN-Batang Kali) dan Datuk Warno Dogol (BN-Sabak Bernam) telah digantung daripada menghadiri persidangan Dewan selama enam bulan bagi kesalahan menghina dewan dan pada pertengahan Julai 2009 setelah mendengar semua pandangan daripada Khir Toyo maka Speaker Teng Chang Kim telah menjatuhkan hukuman pengantunggan hadir ke persidangan dewan selama setahun dan pergantunggan tersebut telah berakhir semalam.

Sementara itu ada la dalam 200 orang sahaja daripada puak UMNO,PERKASA dan GPMS yang datang membuat demo di hadapan pintu masuk kawasan SUK di mana persidangan berlangsung di sebelahnya dan mereka juga berjaya merempuh kawalan keselamatan.

Turut mengadakan demo juga ialah Penyokong Pakatan Rakyat yang turut berhimpun mewakili Skuad Komunikasi Selangor diketuai oleh Pengarah Penerangan Kerajaan Selangor iaitu Ustaz Badrul Amin.

Tuesday, July 13, 2010

LAWAN TETAP LAWAN !!!

Hari ini timbul semula berita mengenai permuafakatan antara UMNO dan juga PAS.Mengapa perkara tersebut berbangkit semula.Perkara ini bukan baru hari ini baru berbangkit.Perkara ini sudah lama muncul dan setiap kali berita ini muncul di saat itu juga kita akan terdengar mengenai pergolakan dan perbalahan yang berlaku di dalam UMNO.Mengapa di saat mereka berada di dalam kesusahan baru mereka hendak mencari PAS dan perkara ini tidak akan muncul jika UMNO berada di dalam kesenangan dan di saat kesenangan itu juga mereka akan meghentam PAS secukup-cukup nya.

Bagi PAS pula PAS akan tetap menentang perjuangan UMNO dan Barisan Nasional sehingga ke akhir hayat selagi UMNO dan Barisan Nasional tidak menerima dasar perjuangan sebenar.Menurut Mursyidul Am PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Menteri Besar negeri Kelantan berkata sebagai sebuag parti yang menjadi harapan pelbagai bangsa di negara ini terutamanya umat islam selagi itu PAS akan menentang dasar yang telah dibawa oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Menurutnya lagi biarpun UMNO dan Barisan Nasional menuduh PAS mengamalkan ajaran sesat namun PAS tetap akan berada di landasan yang benar dan tidak akan sekali-kali menghentikan perjuangan semata-mata ugutan daripada mereka yang tidak taat kepada hukum ALLAH.UMNO sebenarnya lupa yang mereka selama ini telah menjadi alat kepada MIC dan MCA sehingga mereka takut untuk melaksanakan hukum ALLAH sedangkan PAS tidak pernah melupakan memperjuangkan hukum ALLAH meskipun bergabung dengan parti-parti lain di dalam Pakatan Rakyat terutama sekali DAP.

Beliau berkata sedemikian ketika berucap pada majlis Persidangan Perwakilan Jawatankuasa Kesepakatan Bersama Peneroka (SEPAKAT) Malaysia.

Monday, July 12, 2010

MASIH KEKAL !!!

Satu lagi berita baik buat Pakatan Rakyat terutama sekali kepada PAS.Apa yang mengembirakan disini ialah mengenai sokongan Melayu kepada PAS kerana sokongan daripada Melayu juga menjadi salah satu penentu kemenangan PAS di dalam pilihan raya.

Sehingga hari ini sokongan Melayu terhadap PAS masih lagi kekal dan perkara tersebut telah disahkan sendiri oleh retreat PAS yang telah melakukan pemukiman di Port Dickson pada hari jumaat sehingga ahad lepas.Rumusan yang dapat dibuat berdasarkan keputusan permukiman tersebut menunjukkan sokongan Melayu terhadap PAS tidak mengalami sebarang kemorosotan seperti apa yang telah didakwa sesetengah pihak.

Menurut Naib Presiden PAS itu sendiri iaitu Datuk Mahfuz Omar berdasarkan analisis yang telah dilakukan sejak pilihanraya umum ke-9 pada tahun 1995 sehingga pilihanraya umum ke-12 pada tahun 2008 undi daripada pengundi Melayu yang mengundi PAS menunjukkan terdapat peningkatan daripada jumlah undi yang diperolehi oleh PAS.

Pada pilihanraya umum yang ke-9 iaitu pada tahun 1995 undi pengundi Melayu kepada PAS sekitar 38 hingga 40 peratus sahaja tetapi pada tahun pilihanraya umum ke-10 pada tahun 1999 undi pengundi Melayu kepada PAS meningkat kepada 55 % ekoran isu pemecatan Dato Sri Anwar Ibrahim sebagai timbalan perdana menteri pada ketika itu.Pada tahun 2008 pula iaitu pilihanraya umum ke-12 peratus undi Melayu yang mengundi PAS berada di paras 44% hingga 46%.Jika melihat kembali terdapat penurunan undi PAS daripada pengundi Melayu pada tahun 2008 dan perkara tersebut terjadi berikutan maklumat-maklumat dan kempen-kempen yang telah disebarkan da dilakukan oleh jentera PAS tidak sampai kepada mereka yang tinggal di daerah pendalaman.

Menurut beliau lagi perkara tersebut telah membuktikan bahawa PAS tidak kehilangan teras pengundi Melayu selama ini dan ini berikutan dakwaan daripada pihak-pihak tertentu yang mengatakan bahawa PAS telah mengalami kemerosotan undi daripada pengundi Melayu ekoran kerjasama PAS bersama dengan PKR dan DAP di dalam Pakatan Rakyat.Tambah Mahfuz lagi di dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang di mana Dato Sri Nizar Jamaluddin telah menjadi calon dan juga memenaggi pilhanraya tersebut, undi daripada pengundi Melayu PAS telah berjaya memperolehi sebanyak 45% undi pengundi Melayu.

Peratus undian daripada pengundi Melayu yang mengundi PAS adalah tidak termasuk peratusan negeri Kelantan dan jika dicampurkan dengan peratusan negeri Kelantan jumlah peratusan tersebut akan menjadi lebih besar kerana di negeri Kelantan undi Melayu yang mengundi PAS adalah diantara yang tertinggi.

Dalam pada itu pemukiman yang diadakan pada hujung minggu itu turut disertai oleh Ahli Majlis Syura PAS dan juga Presidan termasuk AJK PAS Pusat yang lain dan pemukiman tersebut dibuat untuk merangka persedian awal PAS menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 yang dijangka akan diadakan tidak lama lagi.Dalam retreat yang telah diadakan itu beberapa perkara telah pun dirumuskan antara perkara penting yang telah dirumuskan itu ialah mengenai penghakisan kepentingan Melayu seperti apa yang telah termaktub di dalam perlembagaan 153 yang menyebut mengenai kepentingan orang Melayu dan UMNO/BN sendiri yang melanggar perlembagaan tersebut walaupun mereka mengatakan bahawa mereka memperjuangkan kepentingan orang Melayu.

Selain itu isu Pengajaran Math dan Sains didalam Bahasa Inggeris dan juga isu penukaran sistem kemasukan pelajar ke IPT dari sistem kouta ke sistem meritokrasi juga anatara contoh yang jelas menunjukan bahawa UMNO/BN sebenarnya tidak ikhlas memperjuangkan orang Melayu dan apa yang telah dilakukan selama ini oleh UMNO/BN hanya untuk kepentingan perut masing-masing sahaja tanpa memikirkan nasib orang yang berada di bawah.

Atas sebab berkenaan PAS telah memutuskan bahawa PAS akan memulakan uasaha yang lebih konstruktif dalam melindungi hak orang Melayu yang telah sedia termaktub di dalam perlembagaan tanpa menafikan hak kaum-kaum lagi sebagai warganegara Malaysia.

Beliau turut menegaskan bahawa teras PAS adalah keadilan kepada semua mereka yang berhak untuk mendapat keadilan dan semua parti didalam Pakatan Rakyat telah bersetuju mempertahankan apa jua yang telah termaktub di dalam perlembagaan yang telah tersedia ada.

BALA OH BALA !!!

Keengganan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia SPRM untuk bersemuka dan menyoal penyiasat persendirian P.Balasubramaniam telah dipersoalkan oleh ahli parlimen dari Pakatan Rakyat.

Dalam pada itu juga pihak berkuasa Perancis mendakwa mereka telah menjemput Bala ke sana untuk dijadikan saksi pertama dari Malaysia memberi keteranagan dalam siasatan mereka mengenai dakwaan berlakunya rasuah di dalam pembelian kapal selam Scorpene oleh DCN kepada kerajaan Malaysia.

Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar hari ini berkata di lobi parlimen berkata adalah keengganan pihak SPRM menyoal Bala adalah sesuatu yang memalukan kerana kerajaan Perancis yang lebih serious mengenai dakwaan rasuah itu dan bukanya kerajaan Malaysia dan katanya lagi ssebuag kerajaan asing dan bukannya SPRM yang menyiasat perkara tersebut kerana mereka tidak mahu cakap-cakap bahawa salah sebuah agensi milik kerajaan mereka terbabit dalam gejala rasuah yang juga turut melibatkan ahli politik mereka dan kerajaan Malaysia.

Tambahnya lagi beliau turut mempersoalkan mengapa SPRM tidak menyiasat perkara tersebut dan mengapa juga mereka tidak bercakap dengan Balasubramaniam dan menurut Mahfuz ia merupakan suatu yang aneh dan beranggapan SPRM sebenarnya takut kepada apa yang akan dibongkarkan oleh Bala dan menyebabkan tercalarnya imej kerajaan di mata rakyat dan dunia.
Mahfuz yang terkenal dengan kelantangannya berhujah di dalam dan juga diluar parlimen menterjemah semula singkatan SPRM iaitu Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia kepada Suruhanjaya Pondan Rasuah Malaysia jika SPRM masih lagi mununjukan sikap pengecut mereka dalam menyiasat kes ini.

Turut berada di lobi parlimen ketika itu ialah seorang ahli parlimen yang cukup hangat diperkatakan sekarang ialah Ahli Parlimen Batu iaitu Tian Chua yang juga bersetuju dengan pandangan yang telah diutarakan oleh Datuk Mahfuz Omar yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena.Tian Chua berkata SPRM sepatutnya merasakan ia lebih baik dari polis Perancis apabila hanya menghantar satu siri "soalan kuiz" sedangkan polis Perancis mengambil berat testimoninya dan bersemuka dengan Bala.

Sunday, July 11, 2010

SESUATU YANG MENCURIGAKAN !!!

Untuk pengetahuan umum penyerahan tanah milik Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjong pagar kepada Singapura telah menimbulkan kecurigaan rakayt kepada kerajaan kepimpinan Dato Sri Najib Tun Razak.

Menurut Ahli Parlimen Jerai iaitu Mohd Firdaus Jaafar selagi kerajaan pimpinan Najib tidak menjelaskan kepada rakyat mengenai penyerahan tanah di Tanjong Pagar kepada kerajaan Singapura selagi itu rakayat akan memandang serong kepada kepimpinan Najib.Firdaus yang juga merupakan Ketua Pilihan Raya Pemuda PAS Pusat berkata tindakan Najib yang enyerahkan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar kepeda kerajaan Singapura mengambarkan tndakan kabinet Najib itu seolah-olah menjual kedaulatan negara itu akhirnya banyak menimbulkan kesedaran kepada rakayat khususnya kepada mesyarakat melayu.

Dalam pada itu beliau telah mengingatkan khususnya kepada jentera PAS Johor supaya tidak bergantung semata-mata kepada isu penyerahan tanah itu saja tetapi masih ada lagi isu yang lebih besar lagi daripada isu tersebut dan PAS Johor sepatutnya mengadakan program-program yang berbentuk bersama rakyat dengan turut juga mendedahkan kepada umum mengenai kegiatan yang dilakukan oleh perdana menteri iaitu Dato Sri Najib Tun Razak sehingga berlakunya penyerahan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar kepada kerajaan Sinagpura dan juga mengenai campur tangan kerajaan Singapura di dalam pelaburan di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Najib yang sebelum ini telah meminta PAS dan juga rakyat bersikap terbuka didalam isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) sedangkan Najib terdapat satu motif yang tersembunyi di sebalik penyerahan tanah tersebut dan juga campur tangan kerajaan Singapura didalam pelaburan di WPI.Oleh itu Firdaus juga mendesak seluruh rakyat khususnya rakyat Johor bangit mempersoalkan tindakan Najib terhadap karajaan Singapura kerana kebelakangan ini Najib dilihat semakin memelihara kepentingan Singapura sehingga tergadai khazanah negara kepada negara asing.

Jika kita melihat didalam isu Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) apakah keuntungan yang diperolehi oleh rakayat di negeri Johor apabila tanah tersebut dibuka kepada negara luar terutama Singapura dan berapa banyak primes di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) dimiliki oleh rakyat tempatan dan berapa banyak primes pula yang dimiliki oleh pihak luar.

Kerajaan mesti jelaskan perkara ini jika sebarang tindakkan yang diambil mungkin tidak lama lagi mungkin satu negeri Johor akan tergadai kepada Singapura dan kerajaan juga harus memikirkan nasib rakyat negeri Johor jika negeri mereka tergadai kepada Singapura.

Tambah Firdaus lagi beliau menyeru kepada seluruh rakyat tidak kira latar belakang politik kembali menjadi dengan satu hati mempertahankan kedaulatan negara dari di khianati oleh pemimpin-pemimpin tertentu yang hanya memikirkan poket masing-masing sahaja dan tidak ada cara lain lagi kecuali rakyat perlulah melupakan fahaman politik masing-masing dan bersama-sama memberi ingatan kepada pemimpin-pemimpin negara yang begitu teruk sekali korupsinya itu dan rakyat tanpa mengira fahaman politik perlulahjuga menolak UMNO dan Barisan Nasional didalam pilihan raya umum yang ke-13 nanti.


Najib dalam ucapannya merasmikan persidangan UMNO bahagian Pulai Johor Bharu berkata jika rakayat ingin juga melihat Wilayah Pembangunan Iskandar(WPI) sebagai wilayah yang maju kerajaan khususnya mestilah bersikap terbuka terhadap semua pelaburan dan pelaburan di wilayah komersial itu seharusnya mementingkan keuntungan semata-mata sahaja sama ada keuntungan tersebut hasil daripada Singapura mahupun Amerika Syarikat.

Menurut beliau lagi tanpa memikirkan nasib rakyat yang mungkin kehilangan negeri sendiri itu berkata tiada beza di antara keuntungan yang diperolehi daripada pelaburan Singapura mahupun pelaburan yang datang dari Amerika Syarikat.

Dalam pada itu juga beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sejak bulan lepas lagi telah mendakwa bahawa penyerahan tanah milik KTMB di Tanjong Pagar itu kepada kerajaan Singapura oleh kabinet pimpinan Najib adalah tidak sah berikutan isu tersebut tidak pernah sama sekali ditimbulkan oleh perdana menteri di parlimen dan penyerahan tersebut juga tidak mendapat perkenan daripada Yang di-Pertuan Agong.

Woi rakyat Johor nak pangkah UMNO lagi ke?
Korang nak duduk mane pulak kalau negeri Johor dah tergadai kepada Singapura nanati.
Woi Najib kaulah sebenarnya perngkhianat negara yang terbesar lagi sehingga sanggup mengadai kan tanah negara kepada negara asing kerana hanya mementingkan keuntungan semata-mata sahaja dan kaulah juga yang sebenarnaya penderhaka kepada Raja-Raja Melayu.

TOLAK UMNO DAN BARISAN NASIONAL!!!
UMNO/BN PENGKHIANAT NEGARA !!!

TAHNIAH DHPP !!!

Jika lembu di pegang pada janjinya tetapi manusia di pegang pada janjinya.Janji tetap janji.Orang yang memungkiri janji adalah tergolong dikalangan orang yang munafik dan tempat untuk orang munafik adalah di neraka.

Hari ini emapat orang ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS telah dilantik menjadi ahli majlis kerajaan tempatan di bawah kouta PAS.Perlantikan tersebut merupakan salah satu yang telah dibuat oleh PAS kepada DHPP dan janji tersebut telah pun ditunaikan.

Mereka yang dilantik ialah K.Deepakaran yang dilantik sebagai ahli Majlis Perbandaran Klang, S.Arun di Hulu Selangor, S.Lakshmanan di Kuala Selangor dan Low Hock Kheing di Selayang.Mereka berempat telah dilantik dan telah juga mengangkat sumpah sebagai ahli majlis dihadapan Pesuruhjaya PAS negeri Selangor iaitu Datuk Dr. Hassan Ali yang juga exco kerajaan negeri Selangor merangkap ADUN Gombak Setia.

Setakat ini PAS mempunyai ahli majlis seramai 67 orang ahli majlis di negeri Selangor.Antara sumpah yang di lafazkan oleh mereka berempat ialah mereka akan meletakan jawatan mereka sebagai ahli majlis serta merta dan juga membayar ganti rugi jika mereka tidak lagi bersama dengan PAS.

Menurut Datuk Dr Hassan Ali beliau percaya bahawa ini adalah kali pertama PAS melantik ahli majlis di negeri Selangor dikalangan mereka yang bukan islam yang mana sebelum ini Kelanatan juga turut menggambil langkah yang sama dimana mereka yang dikalangan bukan islam dan menyokong PAS telah dilantik sebagai ahli majlis kerajaan tempatan atau dilantik sebagai penghulu mukim atau kampung di samping mereka juga dilantik sebagai penghulu tanpa mukim.

Apa yang membangakan PAS lagi ialah ia merupakan satu rekod lebih-lebih lagi selepas buat pertama kalinya dalam sejarah PAS telah melancarkan Dewan Himpunan Penyokong PAS hasil daripada naik taraf daripada Kelab Penyokong PAS yang telah mencapai usia 6 tahun dan DHPP juga telah diminta menghantar wakil dan menjadi sebahagian perwakilan yang berucap di Muktamar Tahunan PAS ke-56 yang telah diadakan di Kota Bharu baru-baru ini.

Menurut Hassan lagi beliau percaya yang PAS telah berbuat demikian dan PAS Selangor hendak mengiktiraf kewujudan DHPP dengan melantik ahli DHPP sebagai ahli majlis di negeri Selangor dan semasa PAS Selangor mengemukakan nama nama kepada kerajaan negeri Selangor ada yang terkejut kerana terdapat calon yang terdiri daripada kalangan mereka yang bukan islam tetapi Hassan menegaskan dengan perlantikan tersebut adalah merupakan cara mengiktiraf mereka yang bukan islam di dalam PAS.

Jika di teliti semula ini adalah merupakan kali pertama PAS khususnya PAS negeri Selangor melantik mereka dikalangan bukan islam sebagai ahli majlis sesi angkat sumpah yang dijalankan telah mendapat tumpuan mereka yang menghadiri majlis tersebut dan di majlis angkat sumpah tersebut ahli-ahli majlis yang terdiri daripada mereka yang beragama islam telah membuat bai'ah dan mereka yang dari kalangan bukan islam telah telah melakukan ikrar akur janji.

Dalam pada itu juga mereka yang dilantik sebagai ahli majlis itu juga telah menandatangani surat letak jawatan sebagai langkah jika mereka melompat parti atau suadah tidak lagi bersama PAS.Antara kandungan bai'ah dan akur janji tersebut ada menyebut dimana jika ada ahli majlis yang juga ahli PAS keluar daripada parti atau pun melompat parti mereka dikehendaki meletak jawatan mereka dan segala pendapatan wakil itu dan ahli keluarganya adalah haram dan untuk mereka yang bukan islam mereka dikehendaki meletak jawatan mereka dan membayar balik pendapatan dan elaun yang mereka perolehi selama menjadi ahli majlis.

TAKBIR !!!

KECOH WOI !!!

Kecoh woi Gua pun dah tak paham la
Asal ade mesyuarat je mesti kecoh
Kata 1 Malaysia bersatu hati
Pe cer ni mat and minah-minah UMNO

Hari ini berlaku sekali lagi kekecohan ketika berlangsungnya mesyuarat UMNO bahagian Sungai Petani.Menurut sumber kekecohan tersebut berlaku berikutan sebahagian besar perwakilan UMNO bahagian Sungai Petani tidak membenarkan ketua bahagian UMNO Sungai Petani daripada berucap dalam perasmian mesyuarat UMNO bahagian Sungai Petani.

Gua di maklumkan kekecohan tersebut yang berlaku kira-kira selama 45 minit dan kira-kira 9.30 selepas bacaan doa dan nyayian lagu negaraku.Kekecohan tersebut meletus apabila seorang anggota ahli jawatankuasa bahagian tersebut bangun dan meluahkan isi hatinya dan mendesak ketua bahagian iaitu Ali Yahya supaya meletakkan jawatannya sebagai ketua bahagian UMNO Sungai Petani.

Menurut sumber lagi kekecohan tersebut bertambah hangat apabila lebih ramai yang bangun 'backup' si Mohd Yusof Lazim ini iaitu ahli jawatankuasa yang mula-mula bangun meluahkan isi hati nya itu.Antara yang bangun untuk menokong Mohd Yusof termasuklah perwakilan-perwakilan wanita yang turut mendesak Ali meletakkan jawatannya sebagai ketua bahagian UMNO Sungai Petani dan Gua difahamkan berlaku pertikaman lidah antara perwakilan dengan penyokong setia Ali.

Menurut Yusof, Ali yang juga ketua bahagian UMNO Sungai Petani tidak layak untuk menerajui UMNO bahagian Sungai Petani kerana Ali telah terlampau banyak menimbulkan masalah dan kesulitan kepada pimpinan parti termasuk tinadakan yang telah dilakukan oleh Ali tidak disenangi oleh banyak pihak dan agensi kerajaan.

Dalam pada itu naib ketua bahagian UMNO Sungai Petani iaitu Datuk Firdaus Zakaria dan juga ketua Puteri UMNO bahagian Sungai Petani iaitu Shahanim Mohd Yusof yang ketika itu turut berada di atas pentas turut mendesak Ali melepaskan jawatannya sebagai ketua bahagian dan menurut bekas setiausaha UMNO bahagian Sungai Petani iaitu Mohd Akhir Shafie berkata hampir 60% perwakilan yang hadir mahu Ali selaku ketua bahagian melepaskan jawatannya.

Menurut bekas timbalan ketua bahagian UMNO Sungai Petani iaitu Abu Bakar Ahmad berkata UMNO Sungai Petani sudah tidak mahu Ali menerajui UMNO Sungai Petani dan Ali sebenarnya tidak layak untuk menjadi menjawat jawatan itu lagi.Beliau juga memanjatkan kesyukuran kerana sebahagian besar perwakilan menyuarakan kehendak mereka pada hari ini kerana perkara ini merupakan perkara yang penting.

Tambahnya lagi Ali telah menjadi punca kepada 10 cawangan di bawah bahagian Sungai Petani tidak dapat melakukan mesyurat dan juga menyebabkan 1 cawangan telah dibubarkan dan UMNO Sungai Petani mempunyai 130 cawangan di bawahnya.

Dalam pada itu MT UMNO iaitu Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim yang mewakili Ibu Pejabat UMNO terpaksa masuk campur apabila melihat keadaan semakin tidak terkawal dan meminta perwakilan memberi sahaja ruang kepada Ali untuk berucap tetapi mereka tetap dengan keputusan mereka yang tidak membenarkan Ali untuk berucap.

Seterusnya Azeez mencadangkan supaya Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Senator Datuk Sri Jamil Khir Bharom untuk berucap merasmikan mesyuarat UMNO bahagian Sungai Petani mesyuarat tersebut berlangsung setelah perasmian dan turut dipersetujui perwakilan.

Ketika di temui pemberita selepas itu Azeez berkata pihaknya akan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikan kemelut UMNO Sungai Petani dalam semangat kekeluargaan dan perlembagaan parti.

Pegi mampuslah nak selesaikan masalah macam ni.
Sampai kiamat kalau masalah daripada UMNO mesti tak dapatkan diselesaikan.
Yang protes-protes tu pe tunggu lagi keluar je la UMNO
Join PAKATAN RAKYAT...

Friday, July 9, 2010

ARTIKEL

sory semua Gua dah lame x update blog
minggu ni btul2 punye minggu sibuk
sibuk satu hal internet plk satu hal

Hari ini deorang pemimpin PKR iaitu Ahli Majlis Tertinggi PKR Badrul Hisyam Shaharin telah ditahan polis ketika berada di Seremban.Penangkapan beliau berikutan satu artikel tulisan di dalam blog beliau mengenai wanita Mongolia yang telah dibunuh iaitu Altatuya Sharibu.

Badrul Hisyam yang juga dikenali oleh orang ramai dengan panggilan Chegubard berkata polis telah menahan beliau di Pejabat PKR Negeri Sembilan ketika hadir untuk mempengerusikan satu mesyuarat PKR cabang Rembau lebih kurang pukul 9 malam pada hari jumaat.

Menurut beliau lagi ketika baru hendak memulakan mesyuarat sekumpulan polis yang terdiri daripada 15 orang telah menyerbu dan telah menahan beliau.Seterusnya beliau sempat memberitahu megenai penangkapan beliau ketika dalam perjalanan ke ibu pejabat polis (IPD) Seremban.

Sebelum ini Badrul juga pernah menghasilkan satu buku ysng bertajuk DI SEBALIK MISTERI PEMBUNUHAN ALTANTUYA juga memaklumkan bahawa rumah beliau juga turut digeledah oleh polis sejurus selepas beliau ditahan .

Beliau akhirnya telah dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 12 malam dan katanya pihak berkuasa telah menahan beliau dan beliau di siasat di bawah akta hasutan kerana terdapat laporan polis terhadapnya dan juga ekoran kenyataan beliau di blog dan juga di pentad ceramah membongkar penyelewengan yang berlaku.

Tambah belia lagi tiada apa yang di ramapas oleh pihak polis daripada rumahnya cuma polis hanya mengambil gambar ruang tempat beliau bekerja di rumah nya.

Thursday, July 1, 2010

MENGEJUT ?

Hari ini Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Datuk Seri Nazri Abdul Aziz telah mengesahkan bahawa kerajaan telah menyediakan peruntukan tambahan sebanyak RM 500 000 untuk setiap kawasan pilihan raya dan beliau juga turut menafikan ia merupakan salah satu tanda akan berlakunya pilihan raya secara mengejut.

Nazri juga turut berkata pertambahan dana tersebut berikutan kerajaan mempunyai lebihan dana kerajaan tidak menyimpan wang tersebut didalam bank untuk mendapatkan faedah tetapi membelanjakan wang tersebut melalui cara seperti ini.

Yang agak terkejut jugak ialah apabila Nazri menyatakan bahawa wang tersebut tidak masuk ke saku beliau malah dibelanjakan untuk pembangunan rakyat.

Woi leh caye ke ngn mamat ni?
Gua tengah-tengah.

Di dalam Malaysia terdapat 222 parlimen keseluruhannya termasuk Sabah dan Sarawak dan peruntukan tamabahan tersebut berjumlah RM 111 juta dan dalam pada itu juga Nazri turut membidas dakwaan DAP bahawa tambahan tersebut bererti pilhan raya akan berlaku secara mengejut.

Berikutan itu Nazri menjawab peruntukan tersebut kerajaan memberinya setiap tahun dan katanya lagi adakah setiap tahun akan berlaku pilihan raya secara mengejut.