ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Tuesday, May 25, 2010

KEPALA KU PENING...

Sory dah lame gua x update
dan dalm minggu ni dan minggu depan gua x dapt update
laptop kat kedai
lagipun gua ade misi hidup mati yang gua msti setel kan
kalau x habis la periuk nasi gua.

Friday, May 21, 2010

ROMBAKAN KABINET ?

Hampir separuh hari gua mengadap kertas je.
Naik pening kepala.
Tapi nak buat macam mane dah tuntutan.
Terpaksa dilaksanakan.
Kalau tidak tak makan anak isteri nanti.

Sekarang apa yang aku dapat kemungkinan Najib akan melakukan rombakan kabinet.
Mungkin najib akan rombak sebelum 7 Jun iaitu sebelum berlangsung Sidang Dewan Rakyat.
Rombakan itu mungkin untuk mengisi semula jawatan timbalan menteri yang kosong antaranya jawatan timbalan menteri pengangkutan yang kosang akibat kematian penyandangnya Datuk Robert Lau dan kekosongan jawatan timbalan menteri wanita, keluarga dan pembangunan masyarakat yang dilepaskan oleh penyandangnya Datin Paduka Chew Mei Fun.

Gua rase la kan rombakan yang mungkin berlaku ini kerana Najib nak ganti team nye yang dah lemah lagi nak mampos tu disebabkan kekalahan tempoh hari PRK Sibu.

Setakat ini apa yang gua dapat MCA melaluai presidennya Datuk Seri Chua Soi Lek, MCA tidak bercadang untuk berlaku perubahan dan kekal dengan 4 menteri yang disandang oleh pemimpin kanan MCA.
Antaranya Menteri Pengangkutan Datuk Seri Ong Tee Kiat, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Kong Cho Har, Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan Menteri Pelancongan Datuk Seri Ng Yen Yen.
Tambahan pula pemimpin MCA nak tuntut jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna untuk ditukarkan dengan Pelancongan.

Bagi UMNO pulak setakat yang aku dapat sumber rombakan akan berlaku kepada 2 menteri dan 3 timbalan menteri.

2 menteri yang mungkin digugurkan ialah Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabreey Cheek dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamad Yaacob.
Manakala menteri yang diwar-warkan akan digugurkan juga ialah Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Noh Omar dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Pengguna Datuk Ismail Sabri Yackob.

Sumber tersebut ada juga menyebut Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek@Menteri Judi, Timbalan Menteri Industri Perladangan dan Komoditi Datuk Hamzah Zainudin dan Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Latif Ahmad mungkin akan dinaikan pangakat sebagai Menteri.

Antara muka-muka baru yang disebut-sebut bakal menjadi menteri dan timbalan menteri ialah Ketua Pemuda Umno merangkap MP Rembau dijangka akan dilantik Menteri Belia dan Sukan yang baru dan seorang lagi ni mamat sesumpah iaitu SENATAK Ezam juga disebut-sebut bakal dilantik timbalan menteri pertahanan atau timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Sehingga berita ini ditulis kebanyakan mereka di kalangan tidak senang duduk dengan tersebarnya berita SENATAK Ezam akan dibawa kedalam kabinet Najib.
Belum habis lagi pertikaian di kalangan puak UMNO Ezam dilantik sebagai Senator
sekarang pulak hal Ezam disebut-sebut menjadi timbalan menteri.
Puak-puak UMNO ni tak puas hati sebab mereka yang dah lama dalam UMNO ni tak dibagi pun jawatan.
Datang balik mamat sesumpah@katak ni dalam UMNO tak sampai pun 3 tahun tup-tup dapat Senator dan mungkin timbalan menteri.
Gaduh la korang puak-puak UMNO.

Apa-apa pun kita tunggu dan lihat.
Apa yang akan terjadi seterusnya.
HEHEHE.....

MEMANG HEBAT.............................

Selepas Jumaat tadi bukan main hebat bantahan terhadap kerajaan kerana meluluskan lesen judi kepada Kumpulan Berjaya.
Boleh dikatakan hampir seluruh masjid bergema dengan bantahan selepas sembahyang Jumaat tadi.
Tapi rakan bloger yang bersembahyang di sebuah masjid di Johor memberitahu senyap sepi je selepas sembahyang jumaat tadi.
Masjid tersebut terletak di dalam Parlimen Sri Gading.Tempat Mat Aziz Timbalan Pengerusi Tetap UMNO.
Hai ornag UMNO ni takde perasaan ke?
Ke tak tau judi tu haram?
Atau kerana judi tersebut diluluskan oleh orang UMNO sendiri?
Maka judi tersebut menjadi halal?
Tapi kalo bab PAKATAN RAKYAT ade lak orang UMNO turun berdemo.

Di Perak tadi 700 orang berkumpul menyatakan bantahan mereka kepada kerajaan yang meluluskan lesen judi
Yang best nye perhimpunan tersebut turut disertai oleh orang bukan islam sekali di perkarangan masjid negeri di Ipoh.

Woi UMNO malu la seket orang bukan islam pun tolak judi la.
Yang UMNO kemaruk sangat nak luluskan lesen judi ni nak wat pe?
Nak besarkan perut ke?
Atau perut yang ada tu tak cukup besar lagi?

Sementara di Kuala Terengganu juga turut diadakan bantahan di masjid Kuala Terengganu.Perhimpunan tersebut di berlangsung selama 45 minit selepas solat jumaat.
Turut mengadakan perhimpunan ialah Pemuda Pas Selangor yang gua dapat tau diadakan di masjid sekitar Kajang, Hulu Langat dan Kapar.

Antara slogan yang dilaugkan peserta bantahan hari ini 'tarik balik lesen judi' 'Najib bapa judi' dan 'hancur UMNO'.

Yang gua tak puas hatinya hari ini ada je anjing yang nak kacau perhimpunan macam ni.
Mentang-mentang la perhimpunan hari ini dianjurkan oleh yang bukan kerajaan.
Tapi kalau yang anjurkan tu UMNO rilex je polis-polis tu gua tengok.
Macam tak de pape je.
Bodoh nye Polis Malaysia.
Anjing Yahudi betul la korang ni.

Menurut Pemuda Pas perhimpunan hari ini adalah satu persedian untuk perhimpunan besar-besaran yang bakal diadakan pada 3 Julai ini.
Dan perhimpunan pada 3 Julai ini satu memorandum akan diserahkan kepada Yang di-Pertuan Agong.

Orang islam seluruh Malaysia marilah kita sama-sama melahirkan bantahan kita kepada kerajaan UMNO yang meluluskan lesen judi.
UMNO x nk sudah.
pegi mampos dengan diorang.
Ape diorang tahu bab agama ni?
Yang diorang tau MELAYU,MELAYU,MELAYU
lepas 2 kembungkan perut.

NAJIB BAPAK JUDI
HANCOR UMNO
MAMPUS UMNO

Thursday, May 20, 2010

HIMPUNAN BESAR

Ha tu dia
Dah lame aku tunggu ni
pe lagi jom turun

Sumber

1. Membantah Lesen Judi Bola atau sukan yang diluluskan oleh pihak Kerajaan Barisan Nasional membawa kepada tindakan tegas dari pihak Dewan Pemuda PAS Pusat


Pertama : Himpunan 3 Julai 2010

Himpunan Besaran-besaran pada 3 Julai 2010 akan diadakan di perkarangan Masjid Negara dan kemudian berarak ke Istana negera mengiringi pimpinan Pemuda Pakatan rakyat untuk menyerahkan memorandum bantah Lesen Judi serta merayu campur tangan Raja-Raja Melayu untuk mendesak agar Kerajaan memansukhkan Lesen Judi Bola atau sukan tersebut.

Kedua : Himpunan 21 Mei 2010 [ Jumaat ]

Himpunan besar-besaran yang mensasarkan penyertaan 5 ribu rakyat di setiap masjid negeri di seluruh negara pada 21 Mei 2010 untuk tujuan menyuarakan bantahan rakyat terhadap tindakan Kerajaan meluluskan Lesen Judi Bola dan sukan ini.

Ketiga : Memorandum kepada Mufti-Mufti Negeri [ tempoh 21 Mei hingga 30 Jun ]

Satu rally Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri akan menganjurkan satu siri penyerahan Memorandum Bantah Lesen Judi tersebut kepada mufti-mufti di setiap negeri sepanjang tempoh sebulan ini dari 21 Mei hingga 21 June 2010. Mendesak agar mufti-mufti negeri membawa isu ini ke Majlis Mufti Kebangsaan lalu mendesak kerajaan agar menarik balik kelulusan Lesen Judi Bola yang telah dianugerahkan kepada Berjaya Group.

Keempat : Roadshow Mendidik rakyat [ sepanjang tempoih 21 Mei hingga 30 Jun ]

Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan mengadakan Roadshow ke seluruh negara dalam tempoh sebulan ini bagi menjelaskan kepada rakyat mengenai keburukan dan kesan negatif judi bola yang akan dilaksanakan ini sekaligus mendidik rakyat agar tidak terjebak dalam perangkap judi yang diharamkan oleh semua agama.

Kelima : Edaran Risalah Hindari Judi

Risalah Hindari Judi [ Ya untuk Bola , Tidak untuk Judi ] akan diedarkan oleh Dewan Pemuda PAS Pusat dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Negeri-negeri kepada semua khasnya peminat sukan bolasepak terutamanya di sepanjang musim FIFA WORLD CUP dan EPL pada musim depan.

2. Dewan Pemuda PAS Pusat juga akan memanafaatkan segala ruang dan peluang yang wujud sepanjang tempoh itu untuk menganjurkan apa jua tindakan berkesan ke arah mendesak Kerajaan menarik balik lesen judi yang telas diluluskan itu. Dalam masa yang sama peranan besar Dewan Pemuda PAS Pusat ialah mendidik rakyat agar menyedari keburukan judi lantas menjauhkan diri daripadanya.

3. Saya selaku Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat mengharapkan penyertaan semua warga prihatin termasuklah badan-badan bukan kerajaan dan juga golongan non muslim agar turut menjayakan hasrat rakyat yang insaf dan sedar tentang implikasi buruk dari angkara judi tersebut.

Keterangan lanjut boleh hubungi sekteriat Dewan Pemuda PAS Pusat di talian : 03 269 25000 HJ NASRUDIN HASSAN AT TANTAWI

Mugilan Oh Mugilan......


Timbalan Ketua Pemuda MIC V Mugilan dipecat daripada MIC.
Pemecatan Mugilan dibuat oleh Samy Vellu setelah berunding dengan timbalan nya Palanivel yang disebut-sebut menjadi calon PRK Hulu Selangor har tu.
Tapi sedih calon yang dipilih ialah Kamalanathan.

Alasan MIC memecat Mugilan adalah kerana Mugilan sering kali mengkritik pimpinan MIC terutamanya Samy Vellu.
Antara sebab lain Mugilan mendakwa Samy Vellu tidak membuat apa-apa untuk masyarakat India.
Ini betul dan aku sokong 100%.
Ak sian dekat orang India
Samy vellu kaya raya
Diorang dapat pandang je
Habis harta orang India kene kikis ngn Samy Vellu perut boncit 2

Alasan yang kedua ialah ketika PRK Hulu Selangor MIC mendakwa Mugilan berkempen disana untuk kepentingan dirinya sendiri.

Mugilan jagan risau
Lets join PAKATAN RAKYAT

Hey Samy boncit bile mau letak jawatan
Sudah 31 tahun u kikis harta orang India
Sudah-sudah la Samy........

Monday, May 17, 2010

Tahniah DAP.....

Caya lah DAP kerana berjaya menawan semula Parlimen Sibu.
Akhirnyna kekalahan di Parlimen Hulu Selangor dapat ditebus di Sibu....
Tahniah juga kepada pengundi-pengundi di Sibu kerana membuat pilihan yang tepat dengan mengundi calon DAP....
Tak lupa kepada petugas-petugas Pakatan Rakyat yang memastikan kemenangan di Sibu.
Aku mintak maaf sebab tak dapat turun bertugas disana.

Kepada pengundi kaum cina gua tabik sama lu
lu orang sudah bijak sekarang

Kepada Melayu yang masih mengundi BN woi bukak la mata
Jangan jadi bodoh

keputusan penuh PRK Sibu

Sumber MALAYSIAKINI.

10.58malam: DAP berjaya merampas kerusi parlimen Sibu dengan menewasan BN dengan majoriti tipis 398 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng mendapatkan 18,845 undi untuk menewaskan calon BN Robert Lau Hui Yew yang mendapat 18,447 undi. Manakala calon Bebas Narawi Haron mendapatkan 232 undi.

Undi rosak pula berjumlah 395. Keputusan tersebut diumumkan oleh pengurus pilihan raya, Wong See Meng.

Mengenai undi pos pula, BN memperolehi 2,323 undi manakala calon DAP mendapat 70 undi dan calon Bebas pula mendapat 36 undi.

Manakala jumlan pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 70 peratus atau 37,919 orang.

Pilihan raya kecil ini diadakan ekoran kematian penyandangnya dari BN, Datuk Robert Lau Hoi Chew, yang timbalan menteri pengangkutan, pada 9 april lalu.

Dalam pilihan raya umum 2008, Hoi Chew menang dengan majoiri 3,235 undi. Beliau memperolehi 19,138 undi, manakala Wong Ho Leng mendapat 15,903 dan Lim Chin Chuang dari PKR yang mendapat 812 undi.

Pilihan raya kecil hari ini merupakan yang kedua di Sarawak dalam tempoh setahun. April lalu BN mengekalkan DUN Batang Ai.

10.35malam: Nampaknya berlaku pertikaian kecil berhubung undi pos. Bagaimanapun, difahamkan SPR akan mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu tidak lama lagi.

Difahamkan juga, DAP menang antara 300 hingga 400 undi.

10.15malam: Di Dewan Suarah, dua pemimpin SUPP sedang mengadakan pertemuan dengan pegawai pengurus pilihan raya, Wong See Meng. Difahamkan mereka sedang berbincang mengenai kelewatan pengumuman keputusan undi pos.

Mereka kemudian disertai oleh pemimpin DAP Ng Wei Aik, Lim Lip Eng dan Ronnie Liu.

Hujan masih turun di Sibu. Penyokong kedua belah pihak yang berpayung, sedang menunggu di luar Dewan Suarah.

10.10malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa Borang 15 bagi undi pos sedang dibawa ke pusat perjumlahan di Dewan Suarah.

"SPR sedang menunggu keputusan rasmi undi pos," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Omar Wan Omar berkata pihaknya akan memberi penjelasan mengenai kelewatan tersebut.

"Saya akan jelaskan selepas kami umum keputusannya sebentar lagi," katanya.

10.09malam: Semua pemimpin utama DAP sedang menunggu di Wisama Sanyan, tempat undi pos dikira.

Lim Guan Eng memberitahu Malaysiakini bahawa beliau bimbang "sesuatu yang tak kena sedang berlaku" dan berharap pegawai SPR boleh mengeluarkan Borang 15 - dokumen yang mengesahkan keputusan rasmi undi pos.

Juga difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah pulang ke Kuala Lumpur.

9.50malam: Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang mempersoalkan kelewatan SPR mengumumkan keputusan kiraan 2,571 undi pos.

"Pengiraan undi pos bermula jam 5.30 petang dan selesai pada jam 8.30 malam."

Beliau bertanya mengapa berlaku kelewatan lebih satu jam untuk mengumumkan keputusannya.

9.35malam: Pengiraan undi polis telah selesai. Bagaimanapun, wakil DAP gagal memperolehi Borang 15 - yang mengandungi jumlah rasmi, yang ditandatangani oleh pengurus pilihan raya.

Difahamkan BN menang 2,300 undi pos. Ini bermakna DAP menang dengan majoriti 300 undi.

Calon DAP Wong Ho Leng belum lagi mahu mengaku menang.

"Saya tak mahu ulas. Tunggulah pengumuman rasmi," katanya kepada Malaysiakini.

9.24malam: Pemimpin DAP menuju ke Wisma Sanyan di mana undi pos sedang dikira.

Pemimpin veteran DAP Lim Kit Siang ingin tahu apa yang menyekat SPR daripada mengumumkan keputusan pilihan raya kecil parlimen Sibu.

9.21malam: Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof memberitahu Malaysiakini melalui SMS bahawa jumlah pemilih yang keluar mengundi mungkin melebihi 60 peratus.

Malaysiakini sebelum ini telah meminta beliau mengesahkan sama ada peratusan yang keluar mengundi adalah 59.86% seperti yang diumumkan oleh SPR sebelumnya.

9.10malam: Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan pemimpin lain parti itu akan bergerak meninggalkan ibupejabat DAP.

Tetapi mereka bukan hendak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, tetapi merancang untuk ke Wisma Sanyan, tempat undi pos dikira.

8.57malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan majoriti 2,590 undi. Sehingga ini, 109 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,570
BN - 15,980
Bebas - 201

Majoriti 2,590

Keputusan setakat ini tidak termasuk satu lagi saluran yang belum dikira dan 2,571 undi pos. BN dijangka memenangi 90 peratus undi tersebut tetapi adakah ianya mencukupi untuk menang?

8.30malam: Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

8.14malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,944 undi. Sehingga ini, 103 daripada 110 saluran telah dikira.

DAP - 18,211
BN - 14,267
Bebas - 138

Majoriti 3,944

Undi pos masih dikira. Keputusan dari kg Ilir Nangka - kubu kuat BN - belum tiba.

8.10malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,279 undi. Sehingga ini, 99 daripada 110 saluran atau kira-kira 95.5 peratus, telah dikira.

DAP - 17,120
BN - 13,841
Bebas - 137

Majoriti 3,279

7.58malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,130 undi. Sehingga ini, 97 daripada 110 atau 93.90 peratussaluran telah dikira.

DAP - 16,786
BN - 13,656
Bebas - 136

Majoriti 3,130

7.52malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,048 undi. Sehingga ini, 96 daripada 110 saluran atau 92.6 peratus telah dikira.

DAP - 16,538
BN - 13,490
Bebas - 136

Majoriti 3,048

7.40malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 3,022 undi. Sehingga ini, 93 daripada 110 saluran atau kira-kira 90.5 peratus, telah dikira.

DAP - 16,178
BN - 13,156
Bebas - 134

Majoriti 3,022

7.35malam:
Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,920 undi. Sehingga ini, 92 daripada 110 saluran atau kira-kira 89 peratus, telah dikira.

DAP - 15,981
BN - 13,061
Bebas - 134

Majoriti 2,920

7.30malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,817 undi. Sehingga ini, 90 daripada 110 saluran atau kira-kira 87 peratus, telah dikira.

DAP - 15,655
BN - 12,838
Bebas - 132

Majoriti 2,817

7.15malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan majoriti 2,236 undi. Sehingga ini, 83 daripada 110 saluran atau kira-kira 81 peratus, telah dikira.

DAP - 14,83
BN - 12,049
Bebas - 129

Majoriti 2,236

7.07malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP terus mendahului dengan peningkatan majoriti kepada 2,091 undi. Sebanyak 67 peratus undi sudah dikira.

DAP - 11,901
BN - 9,850
Bebas - 99

Majoriti 2,091

7.03malam: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 1,544 undi. Sehingga ini, 66 daripada 110 saluran atau kira-kira 51 peratus, telah dikira.

DAP - 10,773
BN - 9,229
Bebas - 97

Majoriti 1,544

6.50petang: Hujan mulai turun di Sibu kerana perjumlahan undi sedang berlangsung di Dewan Suarah.

6.480petang: Jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah 59.86 peratus atau 32,742 orang.

6.42petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP mendahului dengan 914 undi. Sehingga ini, 59 daripada 110 saluran atau kira-kira 56 peratus, telah dikira.

DAP - 9,188
BN - 8,274
Bebas - 89

Majoriti - 914

6.38petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP masih mendahului dengan 838 undi.


DAP - 8,888
BN - 8,050
Ind - 87

Majoriti - 838

6.24petang: Menurut keputusan tidak rasmi terkini, DAP pula sedang mendahului kiraan undi.

DAP - 7,026
BN - 6,243
Bebas - 52

Majoriti - 783

Sehingga ini, 44 daripada 110 saluran atau kira-kira 43% undi, telah dikira.

"Jelas menunjukkan undi Cina menyebelahi kita," kata pemimpin DAP leader Anthony Loke. "Persoalannya ialah sama ada ia cukup untuk kita menang."

6.16 petang: Kira-kira 150 orang berkumpul di pusat operasi DAP di Sibu. Setiap kali keputusan menyebelahi mereka dipaparkan, mereka bersorak.

6.09 petang: Mengikut pengiraan tidak rasmi terkini, BN mendahului dengan 1,869 undi. Setakat ini, 26 daripada 110 saluran, atau kira-kira 20 peratus undi, telah dikira.

BN - 4,303
DAP - 2,434
Ind - 41

Majoriti - 1,869

5.50 petang: Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata beliau tidak berpuas hati kerana peratusan keluar mengundi lebih rendah berbanding 67% yang dicatatkan dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Ketua Polis Sibu ACP Shafie Ismail berkata proses pengundian berjalan lancar, kecuali insiden kecil melibatkan perang mulut antara penyokong pihak bertanding.

5.40 petang: Beberapa
peti undi tiba di pusat perjumlahan utama di Dewan Suarah. Manakala dalam masa yang sama, awan gelap dan angin kuat mula berarak. Hujan lebat dijangka turut.

5.25 petang:
Kakitangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kelihatan bergerak ke pusat perjumlahan undi di Dewan Suarah, bandar Sibu.

Di sini, kesemua undi akan dijumlahkan. Keputusan rasmi akan diumumkan oleh pengurus pilihan raya malam ini.

5.05 petang: Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN terus di depan dengan kelebihan 2,097 undi. Sebanyak 19 saluran atau 13 peratus undi dikira.

BN - 3,493
DAP - 1,396
Bebas - 33


5.00 petang:
Proses pengundian selesai.

4.53 petang: Sehingga jam 4 petang ini, seramai 31,119 atau 56.9 peratus pemilih telah keluar membuang undi.

4.30 petang:
Keputusan tidak rasmi untuk pusat pengundian yang ditutup awal mendapati BN terus di depan dengan 1,930 undi. Setakat ini, 16 daripada 110 saluran telah dikira.

BN - 2,959
DAP - 1,029
Bebas - 18

Daripada 16 saluran itu, sekurang-kurangnya 10 daripada kawasan Iban.

4.20 petang:
Menurut keputusan tidak rasmi daripada 15 saluran, BN masih di depan dengan majoriti 1,784 undi.

DAP 1,024
BN 2,808
Bebas 18

Terdapat 110 saluran di Sibu.
3.44 petang: Setakat jam 3 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 29,000 orang atau 53.02 peratus.

3.30 petang:
Keputusan tidak rasmi daripada 12 pusat pengundian yang telah ditutup menunjukkan DAP ketinggalan 1,029 undi di belakang BN.

DAP mendapat 810 undi, BN 1,839 manakala bebas 15 undi.

Sudah 21 daripada 45 pusat pengundian telah ditutup setakat ini.

3.15 petang:
Kiraan tidak rasmi DAP mendapati mereka ketinggalan 500 undi kepada BN.

Daripada 11 saluran, DAP setakat ini memperoleh 619 undi, BN mendapat 1,100 manakala bebas hanya mendapat 11 undi.

3.10 petang:
Selepas 21 pusat pengundian ditutup - di kawasan yang jumlah pengundinya sedikit, terutama di rumah-rumah panjang - pada jam 3 petang tadi, pemimpin popular DAP Lim Kit Siang kelihatan terus pesimis.

"Keputusan daripada lapan pusat pengundian - DAP ketinggalan 540 undi," katanya dalam laman Twitter.

"Masih dapat ditebus - tetapi bergantung pada keajaiban Sibu."

2.50 petang:
Pemimpin popular DAP Lim Kit Siang berkata keputusan hasil kiraan di 10 pusat pengundian yang ditutup awal "tidak baik".

"Bolehkah 2 jam 15 minit lagi menampung kekalahan ini? tanya Lim dalam laman Twitter.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 21 telah ditutup (10 ditutup pada jam 1, lima pada 2 petang dan enam pada 3 petang). Manakala dua lagi akan ditutp pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.34 petang: Dengan peratusan keluar mengundi sebanyak 46.29 peratus, sasaran SPR untuk mencapai peratusan sebanyak 80 peratus dalam masa tiga jam lagi dilihat sukar menjadi kenyataan.

"Pada jam 2 petang, sebanyak 63.74 peratus telah mengundi di Hulu Selangor.

"Prospek nampak suram kecuali terdapat peratusan keluar mengundi yang tinggi," tulis tokoh popular DAP Lim Kit Siang dalam laman Twitter beliau.

12.31 tengah hari:
Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi sebanyak 25,319 orang atau 46.29 peratus.

2.18petang: SPR memulakan pengiraan undi untuk pusat pengundian yang telah ditutup.

DAP juga telah memulakan kiraan tidak rasminya.

Daripada 45 pusat pengundian yang dibuka, 10 daripada pusat itu akan ditutup pada 1 tengah hari, lima pusat pada 2 petang, enam pusat pada 3 petang, dua pada 4 petang dan 22 pusat pada 5 petang.

2.15 petang: "PENTING! Peratusan keluar mengundi rendah. Ho Leng mungkin kalah, sila ajak keluarga dan rakan-rakan kamu keluar mengundi!" tulis ahli parlimen Serdang daripada DAP
Teo Nie Ching dalam laman Twitter.

1.41 tengah hari:
Setakat jam 1 tengah hari, sebanyak 23,103 atau 42.24 peratus telah membuang undi.

12.43 tengah hari: Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 12.30 tengahari, sokongan untuk BN dan Pakatan seimbang.

Menurut kajian itu, BN mendapat 49.8 peratus sokongan, Pakatan 49.2 peratus dan bebas 1. peratus.

12.32 tengah hari: Menurut laman Twitter Sibu4change, peratusan keluar mengundi di beberapa pusat pengundian tinggi, setakat jam 12 tadi.

- Di SK Rantau Panjang, BawangAssan PD, peratusan keluar mengundi sebanyak 82.6 peratus. Pusat pengundian ditutup pada jam 1 tengah hari.

- Di SK Sg Pinang, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 72.7%. Akan ditutup pada jam 2 petang.

- Di SK Rantau Panjang has peratusan keluar mengundi sebanyak 80.6%. Ia akan ditutup pada jam 4 petang.

- Di Kg Sg Pasai peratusan keluar mengundi sebanyak 56.5 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

- Di SK Sg Pasai, Rassau PD peratusan keluar mengundi sebanyak 50 peratus, akan ditutp pada jam 4 petang.

12.31 tengahari: Setakat jam 12 tadi, peratusan keluar mengundi sebanyak 37 peratus atau 20,241 orang.

12.30 tengah
hari:
Ahli parlimen DAP bagi kawasan Bakri Er Teck Hwa mendakwa beliau dan pasukan petugas pilihan rayanya dihalang daripada memasuki pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Sg Aup oleh sekumpulan penyokong Umno yang diketuai oleh naib presidennya Datuk Shafie Apdal. [Baca berita penuh]

Shafie bagaimanapun menafikannya.

12.10 tengahari:
Calon SUPP Robert Lau berkata beliau yakin dengan peluangnya kali ini.

Ketika ditemui, beliau bagaimanapun menghentam Malaysiakini yang didakwanya berat sebelah dalam membuat laporan.

Katanya, beliau tidak melihat "artikel yang baik tentang dirinya ditulis."

12.00 tengahari:
Suasana di kawasan Melayu, SK Bandaran Sibu di Jalan Bandong kini lebih panas berbanding kawasan Cina di pusat bandar.

Kedua-dua pihak BN dan Pakatan bekerja keras berkempen di saat akhir di tepi jalan.

Di sebelah BN, kira-kira 50 Pemuda PBB yang kebanyakannya lebih muda dan agresif. Mereka mengibarkan bendera dan bersorak "BN" dan "Undi nombor satu" setiap kali pemilih melinatas.

Sementara kira-kira 30 penyokong Pakatan lebih senyap dan hanya mengibarkan bendera DAP kepada pemilih.

Ketibaan Ketua Pemuda PAS PKR selepas itu disambut sorakan daripada penyokong BN.

Pihak polis kelihatan berdiri antara kedua-kedua kumpulan penyokong untuk mengawal keadaan.

11.59 pagi:
Menurut Zentrum Future Studies - NGO yang mengkaji mikro persepsi kepercayaan politik di Sibu - sehingga jam 11.30 pagi ini, BN mendahului dengan 53.4 peratus, Pakatan 46.2% dan bebas sebanyak 0.4 peratus.

11.31 pagi: Setakat jam 11 pagi, sebanyak 15,767 orang atau 28.83 peratus telah membuang undi.

10.50 pagi:
Pengerusi SPKR Sarawak Takun Sunggah dan Pengurus Pilihan Raya Wong See Meng memberi amaran kepada petugas PKR kerana mendirikan pondok dalam kawasan 50 meter daripada SJKC Methodist di bandar Sibu.

Seorang pemimpin PKR Pulau Pinang bagaimana menolaknya selagi Takun tidak menunjukkan kepada mereka undang-undang yang relevan.

Takun kemudiannya kembali dan memberitahu pemberita menurut seksyen 26(C) tiada pihak boleh mendirikan pondok.

Beliau juga memberitahu akan meminta polis mengambil tindakan.

10.45 pagi: Suasana senyap sunyi di SJKC Methodist. Terdapat satu kaunter semakan SPR dan pondok panas DAP kira-kira 50 meter daripada tempat pembuangan undi itu.

Sekumpulan penyokong SUPP berkumpul di situ. Tiada kempen, bendera atau sorakan.

10.34 pagi:
Setakat jam 10 pagi, 20.61 peratus atau 11,270 orang telah keluar mengundi.

10.30 pagi: Timbalan Ketua Pemuda PKR Fariz Musa mendakwa, terdapat ketegangan di SK Kampung Baru sekitar jam 9.45 pagi, tetapi menurutnya telah selesai.

10.10 pagi
Narawi Haron membuang undi di SK HUlu Sungai Merah.

Calon bebas kelihatan itu masih yakin dengan peluangnya apabila mendakwa menerima respons yang baik daripada lawatan daripada rumah ke rumah.

"Saya bangga dengan penyokong sya yang berani melaungkan 'Hidup Narawi' di depan menteri-menteri (BN).

"Saya jangka akan berjaya dapat sekitar 4,000 undi," katanya.

10.05 pagi: Difahamkam setakat jam 9 pagi tadi, 6.33 peratus daripada 3,310 pemilih telah membuang undi.

9.25 pagi: Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan pemimpin SUPP Peter Chin dan George Chan melawat SJKC Chung Hua.

Chan berkata, menurut pemerhatian umumnya, jumlah yang turun mengundi masih perlahan.

9.20 pagi: Wong Ho Leng mendakwa kakitangan SPR mendapat latihan yang tidak mencukupi. Beliau mendakwa agen pengundian daripada DAP dan SUPP dilarang masuk lebih awal ke pusat pembuangan undi.

"Bagaimana perkara sebegini boleh berlaku, SPR menghabiskan banyak wang untuk latihan, tetapi kakitangan mereka tidak cukup terlatih," katanya selepas membuang undi bersama insterinya.

Keadaan tersebut didakwa berlaku di banyak kawasan, dakwa Wong lagi.

9.15 pagi:
Suasana di pusat pembuangan undi di Malaysia Barat berbeza daripada Semenanjung. Tiada penyokong kelihatan berkumpul di pusat pengundian bagi melakukan kempen di saat-saat akhir dengan membawa lambang parti masing-masing.

Hanya terdapat sekumpulan kecil penyokong parti daripada beberapa pihak di SJKC Chung Hwa. Tugas utama mereka membantu pemilih dan memantau proses pengundian.

8.50 pagi: Ketua SUPP Sibu Wong Soon Koh mengundi di SJKC Chung Hwa.

Beliau meminta pemilih keluar awal membuang undi kerana bimbangkan keadaan cuaca berubah di tengah hari.

Wong juga memberitahu pemberita di beberapa kampung terdapat masalah banjir kecil ekoran air "pasang" di beberapa sungai.

"Tapi kami bersedia dengan kereta lebih besar. Kalau kereta kecil tidak boleh masuk, kereta besar boleh," katanya.

8.10 pagi: Cuaca cerah pagi ini menyebabkan proses pengundian lancar. Pemilih mula berbaris di tempat-tempat membuang undi untuk memilih calon pilihan mereka sama ada Robert Lau Hui Yew dariapda BN, Wong Ho Leng daripada DAP atau calon bebas Narawi Haron.

Pemilih dinasihatkan keluar awal untuk membuang undi. Jabatan Kajicuaca meramalkan ribut petir akan berlaku sekitar waktu tengah hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan 80 peratus akan keluar mengundi dalam pilihan raya kecil ini.

8.00 pagi: Kesemua 45 pusat mengundi dibuka mulai dibuka dalam cuaca baik walaupun dilaporkan hujan pada awal Subuh tadi.

Daripada ketiga-tiga calon bertanding, hanya Wong Ho Leng dan Narawi Haron sahaja calon berdaftar di Sibu.


TERDAHULU

Sejumlah 52,158 pemilih berdaftar mula keluar mengundi esok hari ini untuk memilih anggota parlimen mereka yang baru dalam pilihan raya kecil bagi kerusi parlimen Sibu mulai jam 8 pagi ini.

Manakala 2,537 pengundi pos - yang terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis - mengundi pada hari Khamis dan Jumaat lalu di kem tentera di Rascom dan Oya dan ibu pejabat polis daerah Sibu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membuka 45 pusat pengundian, dengan 110 saluran, di 39 buah sekolah, dua tadika dan sebuah pusat latihan, sebuah rumah panjang, sebuah perpustakaan awam dan sebuah pusat rekreasi awam.

Pilihan raya kecil ini menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara calon BN Robert Lau Hui Yew, calon DAP Wong Ho Leng yang juga ADUN Bukit Assek dan calon Bebas, Narawi Haron.

Hui Yew, , dijadual mengundi di SMK Rosli Dhoby i pada kira-kira 9 pagi manakala Wong akan mengundi di SJKC Goung Ann.

Keputusannya dijangka diumumkan oleh SPR di Dewan Suarah Sibu selewat-lewatnya pukul 9 malam ini.

Kerusi parlimen itu kosong ekoran kematian penyandangnya Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga tiimbalan menteri pengangkutan pada 9 April lalu.












Tahniah kepada YB Wong Ho Leng
Menjadi MP Sibu yang baru...