ANTI KAKI-KAKI 'JACK'
JOM BUAT DUIT.....SENANG PUNYA CARA NAK DAPAT DUIT KLIK SINI [ CHURP CHURP]

Tuesday, March 30, 2010

PENDEDAHAN TERBARU........

TANGGAL 30 MAC 2010........

Hari ini berlangsung nya persidangan Dun Perak untuk pertama kali pada atahun 2010
Gambar sekitar perjalanan sidang DUN Perak pada hari ini
Dewan ditangguhkan sehingga esok setelah selesai Titah oleh Raja Nazrin
Gambar sekitar perjalan sidang Dun Perak pada hari ini .........

Selamat Bersidang Kepada Semua YB PAKATAN RAKYAT.....
HIDUP PAKATAN RAKYAT......

Monday, March 29, 2010

TAHNIAH.

Harakahdaily.
KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


Tahniah di ucapkan kpd TUAN GURU DATO HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIKMAT
semoga cita-cita PAS untuk menegakkan negara islam
menjadi kenyataan.....
Pegi mampus dengan cakap-cakap UMNO/BN

Sunday, March 28, 2010

SAHABAT KU DI LUAR SANA

Hari ni gua baca paper terkejut beb.Anak luar nikah bersepah kat luar sana.Gua pun dah tak tau nak cakap apa.Yang paling gua sedih yang paling bayak buat anak luar nikah ni orang melayu islam.Lu orang tengok sendiri la tahun 2009 sahaja 17,303 anak luar nikah yang didaftarkan dengan JPN.Yang lagi sedih meningkat lak 762 daripada tahun 2008.Yang sedih anak melayu islam setakat ini anak luar nikah yang didaftarkan ialah 74 723 orang.Itu yang didaftarkan.Macam mana yang tidak didaftarkan?Macam ne lak yang dibuang tepi longkang di makan biawak?Kerajaan UMNO/BN x nk cakap pape ke?
Bisu seribu bahasa?
Mana PERKASA?
Ini la padah pemerintah yang menolak hukum islam ditegakkan.
KDN kitab-kitab agama ko rampasMacam ne buku-buku lucah yang berleluasa kat pasran 2?
x nk rampas ke?
Bodoh Sial


Korang x sian ke?
Apa dosa budak ni?

Ini lah sebahagian anak muda kita yang hanyut.
Mungkin anak didik UMNO?
Dari sini lh bakal lahir anak luar nikah......
Yang gua tengok JIM je yang aktif buat program tentang bahaya zina
Program diarong wat x silap ak JOM JADI BIJAK
SAY NO TO ZINA
Remaja-remaja kat luar sana insaf lah
Kembali ke pangkal jalan
Ak pn masih remaja lagi
Renunglah ayat AL-QURAN ni:
"JANGAN KAMU MENDEKATI ZINA KERANA IA ADALAH PERKARA YANG KEJI JALAN YANG BURUK"
SURAH ISRAK,ayat 32

p/s:sory first time.Kalo salah tolong tul kan